Anda di halaman 1dari 3

Merdeka!

*7
Itulah laungan yang bergema dan penuh bersemagat oleh Bapa Kemerdekaan kita.Laungan yang
menandakan kelahiran sebuah negara berdaulat!Laungan yang bermaksud negara kita,Malaysia bebas daripada
belenggu penjajah!
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun membawa makna yang besar kepada masyarakat
dan negara.Usia kemerdekaan tang sudah mencapai 65 tahun ini tidak seharusnya melalaikan kita daripada
mengingati negara.Sambutan ini diadakan agar rasa cinta negara yang mendalam dapat terus disemai dalam
kalangan rakyat Malaysia.Namun,sambutan Hari Kemerdekaan yang cuma sekali setahun itu begitu rapuh fungsinya
dalam membina perasaan cinta akan negara.
Langkah-langkah

1.Bila dilihat secara terperinci, sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan bagi memupuk semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya adalah dengan memupuk semangat patriotik sejak
dari awal umur lagi seperti di bangku sekolah. Pengaruh guru di sekolah adalah penting dan beperanan dalam usaha
menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak-anak murid mereka semenjak mereka masih kecil.
Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa mengajar dalam subjek seperti:
Sejarah (secara umumnya sejarah tanah melayu dalam proses mencapai kemerdekaan)
Bahasa Melayu (penerapan unsur-unsur patriotik melalui medium bahasa kebangsaan)
Pendidikan Islam/Moral (melahirkan akhlak yang selari dengan semangat patriotik)
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat itu akan terus diamalkan dan
dikekalkan sehingga dewasa.Bak kata mutiara: “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

2. Selain daripada itu, ibu bapa yang menjadi suri teladan kapada anak-anak juga harus memainkan peranan penting
dalam memupuk semangat patriotik pada jiwa sanubari anak-anak mereka. Ini kerana, anak-anak yang masih belum
matang untuk berfikir akan sentiasa mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka ibarat kata pepatah “bapa borek,
anak rintik”. Disebabkan itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak mereka “bagai
menatang minyak yang penuh”.Ibu bapa haruslah mendidik anak mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan
kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air.
Selain itu, contoh-contoh lain yang boleh diikuti oleh ibu bapa adalah seperti:
- Melibatkan diri bersama anak-anak dalam mengibarkan bendera ketika sambutan hari kemerdekaan negara
-Melawat bersama-sama anak-anak ke tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah

3. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran dalam memupuk
semangat patriotik antara masyarakat. Jabatan Penerangan Malaysia boleh menggunakan media elektronik seperti
televisyen dan radio yang sememangnya berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Dengan ini, ia bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di negara kita seperti ayat pepatah “sambil menyelam minum air”.
Sebagai contoh, tindakan yang sewajarnya boleh dilakukan oleh media massa televisyen dan radio adalah seperti:
-Menayangkan filem-filem patriotik seperti “Paloh”, “Bukit Kepong” dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.

4. Akhir sekali, generasi pada masa kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Program-
program tersebut lazimnya dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan
berkumpulan. Program seperti ini dapat memupuk semangat patriotik di mana para peserta akan lebih merasai
semangat cinta akan negara.
Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah
-Dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang penting di dalam semangat patriotik sesuai
dengan pepatah iaitu “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
-Program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kedaulatan
negara serta kerajaan yang memerintah.
Kepentingan

Sambutan hari kemerdekaan adalah untuk merai pencapaian yang telah dicapai oleh negara sejak laungan
kemerdekaan menggegar Stadium Merdeka pada ketika dahulu. Kehidupan yang dinikmati oleh masyarakat hari ini
tidak akan menjadi realiti sekiranya kemerdekaan tidak diperoleh daripada penjajah. Hal ini demikian kerana, semasa
zaman penjajahan, masyarakat telah dibezakan kedudukan sosioekonomi dan mewujudkan jurang perbezaan antara
kaum dan bangsa yang duduk di bawah satu rumpun yang sama. Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimipin dan
masyarakat tempatan telah berjaya membawa kemajuan dari pelbagai segi terutamanya perkembangan ekonomi
yang menjadikan Malaysia sebagai hub perdagangan utama di rantau Asia. Kemampuan tenaga kerja tempatan telah
menarik pelabur-pelabur asing untuk merancakkan kemajuan negara dan memberikan keuntungan dalam bentuk
kehidupan yang lebih baik. Kemudahan infrastruktur seperti lebuhraya, lapangan terbang dan bangunan pencakar
langit seperti Menara Berkembar Petronas adalah bukti kemampuan masyarakat kita dalam menempa kemajuan
untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Intihannya, sambutan
kemerdekaan menjadi suatu iltizam kepada rakyat untuk terus berjuang demi mencapai kesejahteraan hidup yang
memberikan kebaikan kepada semua orang.

Dalam masa yang sama, sambutan hari kemerdekaan adalah penting sebagai tanda menghargai perjuangan
tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tanpa kebijaksanaan dan titik peluh yang dikerah oleh individu seperti Tuanku
Abdul Rahman, kita tidak pasti akan menikmati kesenangan hidup pada hari ini. Justeru, dengan sambutan hari
kemerdekaan, kita dapat mengenali semula negarawan-negarawan yang telah berjasa kepada negara serta mendidik
generasi muda masa kini akan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Mungkin sukar untuk generasi masa kini
untuk merasai pengorbanan tokoh terdahulu tetapi mereka boleh mengambil pengajaran dan mempraktikkan nilai-
nilai murni yang menjadi teras kepada perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Lawatan ke muzium dan tempat-
tempat bersejarah seperti Tugu Negara dapat membantu anak-anak muda memahami dan mempelajari sejarah
terdahulu supaya mereka tidak mengulangi kesilapan masyarakat terdahulu apabila mereka menjadi pemimpin
negara pada masa hadapan. Natijahnya, dengan mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu,
kita akan berasa lebih bersyukur atas kemudahan yang kita nikmati hari ini dan menghargai segala usaha untuk
mengharmonikan negara serta mendokong nilai kekitaan sebagai warganegara Malaysia.

Di samping itu, perpaduan antara rakyat juga akan lebih kukuh dengan menganjurkan sambutan hari
kemerdekaan. Masyarakat sedia maklum bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita
selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera
hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Nilai-nilai ini
dilihat semakin pupus dalam kalangan masyarakat hanya disebabkan oleh beberapa golongan yang menggunakan isu
perkauman sebagai elemen politik mereka. Secara tidak langsung, ia menjejaskan dan meruntuhkan teras
perjuangan masyarakat terdahulu yang ingin mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Melalui sambutan hari
kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang dicintai dan
bermuhasabah diri bahawasanya nenek dan moyang kita dahulu bersikap terbuka dan hidup harmoni dalam
masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat sebegini yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling
bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara.
Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, sambutan hari kemerdekaan adalah penting bagi menyemai nilai patriotisme dalam diri setiap
masyarakat konvensional hari ini. Kesibukan mengejar kerjaya dan leka dengan hiburan daripada teknologi-teknologi
masa kini telah membuatkan masyarakat kurang bersikap patriotik. Nilai cinta akan negara ini penting supaya rakyat
sentiasa sedar dan melindungi kedaulatan negara daripada ancaman musuh dan sebagainya. Sebagai contoh, media
massa boleh memainkan peranan penting dengan menyiarkan filem atau drama dan lagu-lagu patriotik di medan
perkongsian sama ada televisyen atau aplikasi penstriman video. Inisiatif ini sedikit-sebanyak dapat menyampaikan
mesej tentang pentingnya menyambut hari kemerdekaan kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia. Industri
kreatif negara yang sering dipandang enteng oleh pemimpin negara merupakan kunci dalam membentuk
masyarakat yang cakna dan bijaksana. Selain itu, sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah dan instiusi
pengajian juga penting kerana generasi muda adalah tunjang masa hadapan negara. Persis kata peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang tersurat dan tersirat dalam penganjuran sambutan hari kemerdekaan.
Sambutan yang diadakan setiap tahun pada 31 Ogos itu seharusnya menjadi klimaks daripada rasa cinta akan
negara yang telah dipupuk menerusi pelbagai cara sebelum ini. Usaha yang bersepadu dan konsisten perlu dilakukan
oleh semua pihak agar semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat terus bersinar. Semoga pergolakan,
peperangan dan ketidak tenteraman yang berlaku di negara lain menjadi pengajaran kepada rakyat dalam negara
untuk sentiasa menghargai dan mengutamakan nilai toleransi dalam masyarakat berbilang kaum. Bersama-sama kita
melahirkan masyarakat yang bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain agar kemajuan dan
kemakmuran bersama dapat dicapai tanpa perlu mengorbankan kedaulatan tanah air kita.

Anda mungkin juga menyukai