Anda di halaman 1dari 2

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang berpengang pada

prinsip keadilan, penjaga masa yang taat seterusnya hadirin dan hadirat yang
dikasihi sekalian. Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Hafizul Iqbal Bin Mohd Hafiz
dari SMK Nilai Impian. Berdirinya saya disini untuk memberikan syarahan yang
bertajuk ‘ Kepentingan Menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan ‘.

Asal-usul Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit Maharddhika yang


membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan". Istilah Kemerdekaan
digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu
kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi
politik dan tentera. Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini merupakan tarikh hari kemerdekaan yang
disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada setiap tahun.

Hadirin dan Hadirat yang dikasihi,

Pada era globalisasi ini, Sambutan hari kemerdekaan adalah untuk merai
pencapaian yang telah dicapai oleh negara sejak laungan kemerdekaan menggegar
Stadium Merdeka pada ketika dahulu. Hal ini demikian kerana, semasa zaman
penjajahan, masyarakat telah dibezakan kedudukan sosioekonomi dan mewujudkan
jurang perbezaan antara kaum dan bangsa yang duduk di bawah satu rumpun yang
sama. Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimipin dan masyarakat tempatan
telah berjaya membawa kemajuan dari pelbagai segi. Tamsilnya, seperti
kemampuan tenaga kerja tempatan telah menarik pelabur-pelabur asing untuk
merancakkan kemajuan negara dan memberikan keuntungan dalam bentuk
kehidupan yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, sambutan hari kemerdekaan adalah penting sebagai tanda
menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Mungkin sukar untuk
generasi masa kini untuk merasai pengorbanan tokoh terdahulu tetapi mereka boleh
mengambil pengajaran dan mempraktikkan nilai-nilai murni yang menjadi teras
kepada perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Sebagai contoh, mereka boleh
membuat lawatan ke muzium dan tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara
dapat membantu anak-anak muda memahami dan mempelajari sejarah terdahulu
supaya mereka tidak mengulangi kesilapan masyarakat terdahulu apabila mereka
menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Hadirin dan Hadirat yang dihormati,

Di samping itu, perpaduan antara rakyat juga akan lebih kukuh dengan
menganjurkan sambutan hari kemerdekaan. Negara yang harmoni dan sejahtera
hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum dapat bersatu padu, bekerjasama dan
bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul
bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang dicintai dan bermuhasabah diri
bahawasanya nenek dan moyang kita dahulu bersikap terbuka dan hidup harmoni
dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Akhir sekali, sambutan hari kemerdekaan adalah penting bagi menyemai nilai
patriotisme dalam diri setiap masyarakat konvensional hari ini. Nilai cinta akan
negara ini penting supaya rakyat sentiasa sedar dan melindungi kedaulatan negara
daripada ancaman musuh dan sebagainya. Sebagai contoh, media massa boleh
memainkan peranan penting dengan menyiarkan filem atau drama dan lagu-lagu
patriotik di medan perkongsian sama ada televisyen atau aplikasi penstriman video.
Selain itu, sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah dan instiusi pengajian
juga penting kerana generasi muda adalah tunjang masa hadapan negara. Persis
kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Sebelum kaki melangkah keluar meninggalkan persada hujah, saya ingin mengambil
kesempatan Menyusun sepuluh jari memohon ampun jika ada keterlajakan kata dan
kekasaran sebentar tadi. Semoga kita berjumpa di masa akan datang. Yang baik
datang darinya dan yang buruk itu datang dari khilaf saya sendiri. Sekian,
wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai