Anda di halaman 1dari 10

Jenis Imbuhan Contoh Contoh kata berimbuhan

meN- menolong, membawa


beR- berbasikal, bekerja
Jenis Imbuhan peN- pendidik, pemuda
Awalan teR- terjatuh, terjumpa
ke- keempat, kedua-dua
di- dilihat, dirotan
-i nikmati, say angi
Jenis Imbuhan
-an tumpuan, kasihan
Akhiran
-kan berikan, tunjukkan
meN-…….i menghadiahi, menghadiri
meN-…….kan memberikan, membentukkan
peN-…….an pengawasan, pemberian
pe-……an peperiksaan, pedalaman
peR-…….an perumahan, perusuhan
Jenis Imbuhan beR-……an berguguran, berdekatan
Apitan beR-…….kan berdasarkan, bermenantukan
ke-…….an keindahan, kelihatan
mempeR-…….i memperkawani, memperingati
mempeR-…….kan mempersembahkan, mempertemukan
di-……kan diingatkan, dijadikan
Apitan Ke…an
1) Kata yang berapitan ke…an dapat dibentuk dengan
      

memberikan awalan ke- dan akhiran –an pada kata dasar


2) Apitan ke…an tidak mengubah bentuknya apabila
      

diimbuhkan pada kata dasar


3) Apitan ke…an menyatakan beberapa makna, iaitu
      

a) Sesuatu atau seseorang yang di…kan


      

Contoh keinginan = sesuatu yang diinginkan


b) Tempat yang di…i
      

Contoh kediaman = tempat yang didiami


c) Keadaan atau sifat
      

Contoh Keindahan = keadaan atau sifat indah


d) Hal tentang sesuatu
      

Contoh kehakiman = hal tentang hakim


e) Tempat bertugas atau daerah
      

Contoh kerajaan = daerah raja


f) Perihal
        

Contoh kedudukan = tempat yang diduduki


Apitan Ber…an
1) Apitan Ber…an tidak mengubah bentuknya
            

apabila diimbuhkan pada kata dasar


2) Awalan ber- pada apitan ber…an dapat berubah
            

menjadi be-
Contoh beterbangan
3) Apitan Ber…an menyatakan beberapa makna,
            

iaitu
a) Banyak yang berbuat atau yang berlaku
      

Contoh berguguran = banyak yang gugur


b) Berlaku merata-rata atau ke mana-mana
      

Contoh Berlarian = berlari ke mana-mana


c) Dalam keadaan
      

Contoh berjauhan = dalam keadaan jauh


d) Saling melakukan
      

Contoh bercakap-cakapan = saling bercakap  


Apitan Ber…kan
1) Akhiran –kan pada apitan ber…kan ialah
kependekan kata sendi akan
2) Kata sendi akan ini dapat mewakili kata-kata
sendi yang lain seperti dengan, kepada, pada atau
tentang
3) Apitan ber…kan sama makna dengan kata-
kata kerja tak transitif yang berawalan ber- yang
disertai kata sendi seperti dengan, pada dan tentang
Contohnya
a) Berdasarkan agama = berdasar pada agama
b) Bertanyakan khabar = bertanyan tentang
khabar
c) Bersenjatakan keris = bersenjata dengan keris
Apitan Men…kan
1) Apitan men…kan sekeluarga dengan apitan me…kan, mem…kan,
      

meng…kan dan menge…kan.

2) Apitan men…kan menyatakan beberapa makna, iaitu


      

a) Menjadikan Contoh menduakan = menjadi dua


      

b) Menjadikan sebagai Contoh mencalonkan = menjadi sebagai


      

calon
c) Memasukkan ke dalam Contoh mengetinkan = memasukkan ke
      

dalam tin
d) Membawa Contoh menerbangkan = membawa terbang
      

e) Membawa ke Contoh Mendaratkan = membawa ke darat


      

f) Menyebabkan Contoh menurunkan = menyebabkan turun


        

g) Menyebabkan berlaku Contoh menyandarkan = menyebabkan


      

bersandar
h) Menyebabkan jadi Contoh menluaskan = menyebabkan jadi luas
      

i) Menganggap Contoh memudahkan = menganggap mudah


        

j) Melakukan perbuatan untuk seseorang Contoh membelikan =


        

membeli untuk seseorang


k) Menggunakan sesuatu sebagai alat untuk melakukan
      

perbuatan Contoh memotongkan = menggunakan pisau untuk


memotong sesuatu
Apitan Men…i
1) Apitan Men…i sekeluarga dengan me…i, meng…i dan menge…i
      

2) Akhiran –i pada kata yang berapitan men…i bertugas sebagai ganti kata


      

sendi seperti akan, terhadap, dengan, di, ke,


kepada dantentang Contoh
Menemui = bertemu dengan
Menjumpai = berjumpa dengan
3) Apitan men…i menyatakan beberapa makna, iaitu
      

a) Memberikan…kepada Contoh Menghadiahi = memberikan hadiah


      

kepada
b) Menjadi…di/kepada Contoh Mengetuai = menjadi ketua kepada
      

c) Mengalami sifat…akan/terhadap
      

Contoh Mengasihi = mengalami sifat kasih akan


d) Memiliki dan memberikan sifat…kepada
      

Contoh Membasahi = memiliki atau memberikan sifat basah kepada


e) Melakukan perbuatan…di
      

Contoh melalui = melakukan perbuatan lalu di


f) Melakukan berkali-kali Contoh memukuli = memukul berkali-kali
        

g) Memperlakukan dengan sifat


      

Contoh menghalusi = memperlukan dengan halus


Apitan Per…an
1) Apitan Per…an sekeluarga dengan apitan pe…
      

an dan pel…anContoh
Persatuan, pekerjaan, pelajaran
2) Apitan Per…an menyatakan beberapa makna, iaitu
      

a) Hal ber Contoh perebutan = hal berebut


      

b) Sesuatu yang di…i atau di…kan


      

Contoh perbualan = sesuatu yang dibualkan


c) Tempat berbuat sesuatu Contoh perguruan =
      

tempat berguru
d) Hal tentang sesuatu Contoh perubatan = hal
      

tentang ubat-ubatan
e) Hasil perbuatan ber- atau memper-
      

Contoh perolehan = hasil beroleh atau memperoleh


   f) Tempat sesuatu Contoh perpustakaan = tempat
pustaka
Apitan Pen…an
1)      Apitan Pen…an sekeluarga dengan
apitan pe…an, pem…an, peng…
an dan penge…an Contoh pengurusan,
pembukaan, pengertian
2)      Apitan Pen…an menyatakan beberapa
makna, iaitu
a)      Hal melakukan perbuatan men
Contoh penjagaan = hal menjaga
b)      Hasil men Contoh pendapatan = hasil
mendapat
c)      Tempat melakukan sesuatu Contoh
penginapan = tempat menginap  
pitan Memper…kan
1)      Apitan Memper…kan dapat dibentuk dengan
mengimbuhkan awalan rangkap memper- dan akhiran –
kan pada kata dasar. Contoh mempelbagaikan,
memperlakukan
2)      Apitan Memper…kan sekeluarga dengan
apitan mempe…kan danmempel…kan
3)      Apitan Memper…kan mempunyai beberapa makna,
iaitu
a)      Menjadikan sesuatu atau seseorang beroleh
sesuatu
Contoh mempergunakan = menjadikan berguna
      Mempersuami = menjadikan bersuami
b)      Menjadikan sesuatu sebagai sebab berbuat
Contoh memperkatakan sastera = menjadikan sastera
sebagai sebab berkata-kata
c)      Menyebabkan sesuatu dapat di- atau ter-
Contoh memperdengar = menyebabkan dapat didengar
Apitan Memper…i
1)      Apitan Memper…i dapat dibentuk dengan
mengimbuhkan awalan rangkap memper- dan
akhiran –i pada kata dasar. Contoh mempelajari
2)      Apitan Memper…i mempunyai beberapa
makna, iaitu
a)      Menjadikan sesuatu atau seseorang
beroleh sesuatu
Contoh mempersenjatai = menjadikan seseorang
beroelh senjata
b)      Menjadi…bagi/kepada Contoh mempertuani
= menjadi tuan kepada
c)      Berbuat akan/kepada/tentang Contoh
mempelajari = belajar tentang
d)      Menjadikan sesuatu memperoleh sesuatu
Contoh memperbaiki = menjadikan baik semula

Anda mungkin juga menyukai