Anda di halaman 1dari 4

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1.Perselisihan sesama ahli keluarga akhirnya akan kembali berbaik semula.

• Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga;


• Air dicencang tak akan putus

2.Sesuatu (seperti pingat atau piala kemenangan) yang berpindah milik, akhirnya pulang kepada
asal / Kena pada tempatnya / Pulang ke tempat asal.

• Belut pulang ke lumpur;


• Gagak pulang ke benua;
• Ikan pulang ke lubuk;
• Sireh pulang ke gagang;
• Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau;

3. Musuh yang ada dalam kalangan ahli sendiri tanpa diketahui.

• Gunting dalam lipatan;


• Musuh dalam selimut;
• Api dalam sekam;

4.Sikap atau tingkah-laku anak-anak bergantung kepada didikan yang diterima daripada ibu bapa
atau penjaga.

• Bagaimana acuan begitulah kuihnya;


• Bapa borek anak rintik;
• Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi;

5.Keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah.

• Telur di hujung tanduk;


• Retak menanti belah;

6.Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

• Menangguk di air keruh;


• Menahan lukah di pergentingan;
7.Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk
mendapatkannya.

• Usaha tangga kejayaan;


• Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan;
• Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya;

8.Pasangan yang secocok dan sepadan.

• Bagai pinang dibelah dua;


• Bagai cincin dengan permata;

9.Menggambarkan keadaan atau perasaan yang sangat sedih.

• Seperti kaca terhempas ke batu;


• Bagai kaca retak seribu;

10.Nasihat yang tidak dihargai atau melakukan sesuatu kerja yang sia-sia.

• Bagai mencurahkan air ke daun keladi;


• Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri;
• Seperti hujan jatuh ke pasir;

11.Sentiasa gelisah dan tidak tenteram.

• Seperti duduk di dalam duri;


• Seperti cacing kepanasan;

12.Kemalangan atau malang yang datang bertimpa-timpa.

• Sudah jatuh ditimpa tangga;


• Antan patah lesung hilang;

13.Keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama.

• Embun di hujung rumput;


• Abu di atas tunggul;
14.Manusia mempunyai sikap berbeza antara satu sama lain.

• Lain padang lain belalang;


• Rambut sama hitam, hati lain-lain;
• Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam;

15.Dalam kehidupan seharian kita harus menghormati atau mematuhi adat-istiadat atau
peraturan serta kebudayaan di mana-mana sahaja kita berada / Menyesuaikan diri dengan
keadaan.

• Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga


• Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pun baik biar di mana-mana sekalipun akan
dimuliakan juga.
• Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung;
• Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak;

16.Apabila memiliki barang yang baharu yang lebih baik, barang yang lama sudah tidak
diperlukan lagi.

• Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi;


• Habis madu sepah dibuang;

17.Perhubungan yang akrab dan karib kerana saling membantu dan sentiasa melakukan sesuatu
perkara bersama-sama tidak kira sama ada waktu senang mahupun susah.

• Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni;


• Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah;
• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing;
• Terapung sama hanyut, terenang sama basah;

18.Perbuatan yang salah sehingga memalukan diri dan keluarga.

• Menconteng arang di muka;


• Membuka pekung di dada;
• Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri;
• Seperti meludah ke langit;

19.Disebabkan perbuatan seseorang semua yang lain turut menanggung akibatnya.

• Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit;


• Kerana setitik nila rosak susu sebelanga;
20.Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti / Barang yang tersedia dilepaskan.

• Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan;


• Burung terbang dipipiskan lada;
• Belum duduk sudah berlunjur;

21.Perhubungan yang sangat karib.

• Bagai isi dengan kuku;


• Bagai dakwat dengan kertas;
• Bagai inai dengan kuku;
• Bagai empedu lekat di hati;

22.Orang yang diam jangan diusik, kelak buruk padahnya.

• Sarang tebuan jangan dijolok;


• Lembu dogol jangan dibalun;

23.Berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.

• Genggam bara api biar sampai menjadi arang;


• Alang-alang mandi biar basah;
• Alang-alang berdakwat biar hitam;
• Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan;

Anda mungkin juga menyukai