Anda di halaman 1dari 2

Soalan : Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.

Berdasarkan gambar yang diberi, kita perlu meneliti gambar tersebut dan
menyenaraikan kata kerja atau aktiviti yang terdapat dalan gambar untuk memudahkan kita
membina ayat. Antara kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar ialah :

1. Menyusun hadiah
2. Menyapu
3. Menggantung kain rentang
4. Memanjat tangga
5. Menampal gambar
6. Mengangkat podium
7. Menghias pentas
8. Meletakkan pasu bunga
9. Memegang tangga
10. Membetulkan kedudukan sofa

Selepas menyenaraikan kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar, barulah kita
membina ayat. Untuk membina ayat, kita perlu membina pelan maklumat supaya ayat yang
kita bina lebih tersusun dan gramatis. Sebagai contoh, mari kita lihat pelan maklumat yang
telah dilengkapkan di bawah ini;

Keterangan
Bi Siapa / Buat apa / di mana dengan siapa
l Watak Aktiviti guna apa untuk apa
bagaimana pertanyaan lain yang sesuai
1 Aminah dan Lili menyusun hadiah di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.
2 Salina dan Mila menyapu sampah di dalam dewan supaya dewan itu bersih.
3 Mustafa mengangkat di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah
podium cemerlang, dibantu oleh Zamri.
4 Mutu dan Sila menggantung yang bertulis Majlis Anugerah
kain rentang Kecemerlang pada dinding di hadapan dewan
itu.
5 Gary memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding manakala
Raof memegang tangga yang dipanjat oleh Gary.

Selepas itu, barulah kita bina lima ayat yang lengkap seperti berikut;

Ayat Contoh

1. Aminah dan Lili menyusun hadiah di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.

2. Salina dan Mila menyapu sampah di dalam dewan supaya dewan itu bersih.

3. Mustafa mengangkat podium di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah cemerlang,

dibantu oleh Ali.

4. Mutu dan Sila menggantungkan kain rentang yang bertulis Majlis Anugerah Kecemerlang

pada dinding di hadapan dewan itu.

5. Gary memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding itu, manakala Raof memegang

tangga yang dipanjat oleh Gary.

http://anishahsalman.blogspot.my/2012/11/assalamualaikum-dan-selamat-
sejahtera.html

Anda mungkin juga menyukai