Anda di halaman 1dari 2

Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Vandalisme dalam kalangan remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah
meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,
nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan,
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah
menconteng harta benda awam dan merosakkannya. i

i. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu
ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak
menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme
berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.
Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan
berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna
daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa
ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai
unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.
Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media
massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan
melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal
kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang
sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja
menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang
dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka
bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta
benda awam.

Langkah-langkah i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih
setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan
pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-
belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan
harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya
menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak
sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini.
Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan
kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat
dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar
tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di
sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan
mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman
betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada
pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam
tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa
perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak
bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang
pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan
mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai
maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam
media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan

kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ”

Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa

maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

Anda mungkin juga menyukai