Anda di halaman 1dari 1

Karangan Fakta - Kepentingan Komputer

Komputer sangat penting bagi murid-murid. Tuliskan sebuah karangan yang


bertajuk, “Kepentingan Komputer Kepada Murid-murid”.

‘Sebuah Rumah Sebuah Komputer,’ begitulah ungkapan yang dilaungkan


oleh kerajaan negara kita. Mengapakah komputer sangat penting? Bolehkah
komputer membantu kita terutamanya murid-murid dalam pelajaran?
Sebenarnya komputer memang banyak mendatangkan kesan yang baik
jika digunakan dengan jalan yang betul. Perisian yang ada dalam komputer
dapat membantu murid-murid dalam pelajaran. Segala tugasan dapat
diselesaikan dengan mudah dan berkualiti.
Bagi murid-murid yang melayari internet, dunia mereka hanya di hujung
jari. Segala maklumat dan perkara-perkara yang berlaku di dunia akan dapat
diketahui dengan segera dan mudah. Ini membantu mereka mengikuti
perkembangan semasa di dalam dan luar negara.
Dengan mempelajari komputer, hubungan silaturahim dapat dieratkan.
Kita boleh berhubung antara satu sama yang lain melalui komputer
terutamannya rakan kita yang berada di luar negara. Kaedah ini mudah dan
menjimatkan kos.
Selain itu, komputer boleh dijadikan alat hiburan ringan. Apabila kita
mengalami tekanan atau kerunsingan, komputer boleh membantu kita
menenangkan fikiran. Kita juga boleh bermain permainan yang terdapat di
dalamnya.
Oleh yang demikian, murid-murid digalakkan mempelajari dan menguasai
bidang komputer. Hasrat kerajaan yang ingin menjadi sebuah negara maju pada
tahun 2020 dapat direalisasikan dengan ilmu pengetahuan yang lebih mudah
diakses menggunakan komputer. Joleh itu, di peringkat sekolah lagi pendedahan
tentang kemahiran menggunakan komputer perlu dilatih untuk persediaan
menghadapi dunia teknologi.

Anda mungkin juga menyukai