Anda di halaman 1dari 6

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN KOMPUTER

Dewasa kini, negara semakin maju seiring dengan azam menuju ke arah wawasan 2020.
Segalanya bermula dengan kemunculan alat teknologi yang semakin canggih. Komputer
merupakan antara alat teknologi yang semakin hari semakin diperlukan masa kini. Antara
kebaikan penggunaan komputer ialah menyimpan segala maklumat yang penting dan
memudahkan urusan harian.
Kebaikan penggunaan komputer ialah membantu manusia dalam menyimpan segala
maklumat yang penting. Pada zaman nenek moyang kita, mereka perlu menulis kembali segala
surat ke atas kertas yang lain untuk simpanan dan tujuan tertentu. Cara ini mempunyai banyak
kelemahan antaranya hilang dakwat tulisan dan kertas menjadi kuning sehingga sukar untuk
membacanya. Komputer telah mengubah tradisi ini kepada yang lebih baik dan memudahkan
kita dengan hanya perlu mengimbas segala sijil dan surat yang penting ke dalam komputer dan
akan disimpan secara selamat. Tidak dinafikan dengan adanya komputer, segala maklumat
disimpan dengan lebih sistematik.
Selain itu, komputer memudahkan urusan harian merupakan antara kebaikan penggunaan
komputer. Pada masa kini, komputer yang dulunya merupakan alat teknologi yang tidak
mampu dimiliki sekarang merupakan alat teknolgi yang wajib dimiliki dalam urusan harian.
Segala urusan harian memerlukan penggunaan komputer seperti menyiapkan kertas kerja,
menulis karangan dan sebagainya. Tanpa penggunaan komputer, urusan yang sepatutnya
menjadi mudah hanya akan menjadi lebih sukar. Justeru, kebaikan penggunaan komputer
sememangnya memudahkan segala urusan harian kita.
Walaubagaimanapun, di setiap kebaikan pasti ada keburukan. Antara keburukan
penggunaan komputer ialah penyimpanan maklumat yang tidak terjamin. Komputer
merupakan sebuah mesin yang menyimpan segala maklumat penting ke dalam bentuk yang
lebih ringkas. Tetapi, maklumat yang disimpan tidak terjamin kekal selamanya. Oleh itu, kita
tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada bantuan komputer dalam menyimpan
maklumat yang penting. Kita seharusnya menyimpan maklumat yang penting dalam beberapa
salinan seperti dalam cakera keras dan sebagainya.
Selain itu, keburukan penggunaan komputer ialah kurang berinteraksi dengan masyarakat
luar. Contoh yang termudah, kita boleh lihat kesan penggunaan komputer terhadap kanak-
kanak. Mereka cenderung untuk menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan di
komputer tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kesannya, kanak-kanak zaman sekarang
kurang berinteraksi dengan masyarakat luar. Kanak-kanak seharusnya dididik sedari kecil
dengan perkara yang baik untuk kebaikan mereka.
Kesimpulannya, penggunaan komputer boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan
terhadap pengguna. Semuanya bergantung kepada diri kita samada menggunakan komputer
untuk tujuan yang lebih baik ataupun hanya menghabiskan masa dengan perkara yang tidak
berfaedah.Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sememangnya
penggunaan komputer semakin diperlukan untuk memudahkan urusan harian kita.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMPUTER
Pada zaman sekarang yang mordern, saya pasti kebanyakan daripada kamu semua memiliki
sebuah komputer di rumah masing-masing. Terdapat pelbagai jenis komputer di dunia ini.
Komputer telah banyak berjasa kepada kami kerana ia boleh mengurangkan kerja-kerja kami
yang akan mengambil lebih masa dan tenaga tanpa kehadirannya.
Komputer adalah sumber yang sangat penting di setengah kerja-kerja manusia. Contoh yang
saya dapat memikirkan ialah menyimpan sijil kelahiran manusia, pengenalan peribadi (IC) dan
yang lain-lain. Ini semua telah disimpan dengan betul dengan pertolongan komputer. Komputer
juga boleh menolong manusia dalam segi kerja-kerja pejabat atau sekolah dan juga boleh
mengecilkan kerja keras seseorang itu seperti memberi persembahan.
Sebagai seorang pelajar, saya sering menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah
seperti sekarang. Guru melayu saya, Cikgu Ismail, juga telah bermula menyuruh murid-
muridnya menggunakan komputer bagi kerja-kerja yang tertentu. Guru subjek yang lain juga
sebergitu. Kebanyakan menggalakkan murid-murid mereka untuk membuat sebuah
persembahan denga kegunaan komputer. Sekarang, internet sudah menjelma. Dengan
menggunakan komputer dan internet, kami dapat memhabiskan kerja-kerja kami dengan masa
yang lebih singkat. Saya pula boleh berbicara dengan guru dan rakan-rakan saya melalui
komputer dan internet. Saya juga menggunakan komputer untuk membuang masa dengan
bermain permainan komputer.
Semua benda pasti ada keburukannya. Oleh itu, komputer juga boleh menyebabkan
keburukan kepada penggunaannya. Salah satu contohnya adalah di waktu seseorang remaja
seperti saya sedang membuat kerja sekolah di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah, remaja
itu boleh terganggu oleh kehadiran komputer di depan matanya. Fikirannya akan sering
memikirkan benda-benda yang lebih menyeronokkan daripada kerja sekolahnya seperti
permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja itu tidak kuat, dia akan berhenti
membuat kerja sekolah lalu meneruskan bermain komputernya.
Pada pendapat saya, pelajar perlu mengetahui tentang kegunaan komputer kerana dengan
pengetahuan tersebut, pelajar akan tahu bila masanya untuk menggunakan komputer dan
sebaliknya. Kerja-kerja seseorang pelajar akan tidak terhabis.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMPUTER
Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada
semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak
ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan
komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-
perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya
dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan
mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu bapa yang
sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat namun mereka lupa memberi
didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya
lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak
diberikan kepada pengasuh yang digaji di rumah. Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru
melihatnya namun jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak kita.
Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk
bermain permainan dalam komputer.

Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran
permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka
mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung
permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka
tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal
mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka
hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada
disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu
bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang
tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti
akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi
dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang
permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut
dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu.

Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah.
Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang
melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam
internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba
laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang
tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negative itu tanpa mengetahui
bahawa perkara itu sebenarnya salah.

Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh
guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam pengajaran mereka.
Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan
komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar
begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan
menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi
Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap
digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan memikirkannya kerana
kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi
kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak
kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan
berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk
melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat
mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.

Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu
perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat
dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan
mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu
dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak
akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalhui pengalam mereka disekeliling.

Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-
mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak
menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak
akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara
yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar
dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung
sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak
akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara
yang tidak berfaedah.

Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat
belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio
yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang
keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada
apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu
dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan
diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak
akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan
diksi.

Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa


halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia
menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta cuba menengani perubahan yang bakal
timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa,
latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah
tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara
berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar
dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah
guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.
Kay (1990) merumuskan bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara
terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow (1991:
165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer sebagai " a central in the
evaluation of computer course and in the development of computer based curricula". Tanpa persiapan
dari aspek sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar
untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah
menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar seperti kementerian
pendidikan.Matlamat utama pengintegrasian teknologi adalah untuk melibatkan pelajar dalam
pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata.

Intihanya, ICT sememangnya membawa kebaikan kepada kita namun terdapat keburukan dalam
penggunaan ICT sekiranya diabaikan begitu sahaja boleh memberikan kesan yang negative kepada
kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga
harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT . Mencari
maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepasa semua guru-guru di tadika namun jika ia
disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi
mundur kebelakang dan tidak dapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanaya tidak
dapat memajukan negara.

Anda mungkin juga menyukai