Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMPUTER

Pada zaman sekarang yang mordern, saya pasti kebanyakan daripada kamu
semua memiliki sebuah komputer di rumah masing-masing. Terdapat pelbagai
jenis komputer di dunia ini. Komputer telah banyak berjasa kepada kami kerana
ia boleh mengurangkan kerja-kerja kami yang akan mengambil lebih masa dan
tenaga tanpa kehadirannya.


Komputer adalah sumber yang sangat penting di setengah kerja-kerja manusia.
Contoh yang saya dapat memikirkan ialah menyimpan sijil kelahiran manusia,
pengenalan peribadi (IC) dan yang lain-lain. Ini semua telah disimpan dengan
betul dengan pertolongan komputer. Komputer juga boleh menolong manusia
dalam segi kerja-kerja pejabat atau sekolah dan juga boleh mengecilkan kerja
keras seseorang itu seperti memberi persembahan.


Sebagai seorang pelajar, saya sering menggunakan komputer untuk membuat
kerja sekolah seperti sekarang. Guru melayu saya, Cikgu Ismail, juga telah
bermula menyuruh murid-muridnya menggunakan komputer bagi kerja-kerja
yang tertentu. Guru subjek yang lain juga sebergitu. Kebanyakan
menggalakkan murid-murid mereka untuk membuat sebuah persembahan
denga kegunaan komputer.

Sekarang, internet sudah menjelma. Dengan menggunakan komputer dan
internet, kami dapat memhabiskan kerja-kerja kami dengan masa yang lebih
singkat. Saya pula boleh berbicara dengan guru dan rakan-rakan saya melalui
komputer dan internet. Saya juga menggunakan komputer untuk membuang
masa dengan bermain permainan komputer.

Semua benda pasti ada keburukannya. Oleh itu, komputer juga boleh
menyebabkan keburukan kepada penggunaannya. Salah satu contohnya
adalah di waktu seseorang remaja seperti saya sedang membuat kerja sekolah
di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah, remaja itu boleh terganggu oleh
kehadiran komputer di depan matanya. Fikirannya akan sering memikirkan
benda-benda yang lebih menyeronokkan daripada kerja sekolahnya seperti
permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja itu tidak kuat, dia akan
berhenti membuat kerja sekolah lalu meneruskan bermain komputernya.

Pada pendapat saya, pelajar perlu mengetahui tentang kegunaan komputer
kerana dengan pengetahuan tersebut, pelajar akan tahu bila masanya untuk
menggunakan komputer dan sebaliknya. Kerja-kerja seseorang pelajar akan
tidak terhabis.

Anda mungkin juga menyukai