Anda di halaman 1dari 2

Cerpen : Tragedi Ramadhan

Masa tu bulan Ramadhan tahun 1979. Umur pakcik masa tu baru 6 tahun manakala umur
abang pakcik pulak 9 tahun. Memang pakcik dan abang pakcik ni selalu bertengkar
sebabnya pakcik masa tu manja sesangat.

Maklum lah anak bongsu. Jadi abang selalu lah menyakat pakcik macam menyuakan isi
durian kat mulut pakcik sebab pakcik memang tak makan durian. Apa lagi lepas tu
pakcik kejar lah dia sampai tawaf rumah cukup 7 pusingan. Sempurnalah Rukun Haji.

Banyak lagi lah kes2 pencerobohan hak asasi kemanusiaan yang abang pakcik lakukan
macam tutupkan lampu dan tinggalkan pakcik sorang2 kat toilet. Pada petang yang tragis
tu mak pakcik sedang menyediakan juadah Ramadhan.

Oleh kerana pakcik tak posa, maka menjadi tugas pakcik untuk merasa segala juadah
yang dah masak. tiba-tiba aje abang masuk ke dapur dan kentut depan muka pakcik.
Pakcik apa lagi….terus saja capai pisau peninggalan arwah atuk yang meninggal 2 tahun
sebelumnya lalu mengejar abang. Kejar punya kejar pakcik pun aim pisau tu baik2 lalu
lempar kat abang. Zzuppp….pisau tu landing kat atas kepala abang.

Apa lagi..abang menjerit kesakitan dan menangis sekuat2 hatinya. Emak bingkas bangun
lalu bertanya kat abang sama ada pisau tu kena ke tidak? Dalam sedu-sedan abang bagi
tahu mak yang pisau tu hinggap kat atas kepala dia. Ada darah keluar dari kepala dia.

Mak pun pergi lah check. Masa tu abang dah buang pisau tu dari atas kepalanya. Mak
terkejut tengok luka tu.

Biar pun tak dalam tapi panjang ke luka tu. Pakcik cuba nak lari tapi mak sempat pegang
lalu dia balun pakcik dengan penyapu lidi dua tiga kali. Pakcik tahan menangis sebab
puas hati sasaran mengena hari tu.

Pas tu mak panggil ayah dan menghantar abang ke hospital. Nasib baik lah ayah tak
balun pakcik. Kalau tidak free2 aje dapat 2-in-1 . Masa puasa tu abang dengan ayah
masih lagi kat spital.

Mungkin mereka bukak posa kat bandar agaknya? Masa time bukak posa tu pakcik bukak
dengan mak dan akak no. 2 aje. Akak sulung masa tu kerja kat Tanah Merah sebagai
pembantu klinik manakala akak no. 3 tinggal dengan atuk sebelah mak.

Bila ayah balik pakcik dapati kepala abang menerima 10 jahitan. Gerun pakcik tengok.
Pas tu ayah marahkan pakcik buat second round. Tak cukup dengan tu akak pun
brainwash pakcik juga.
Mak suruh pakcik minta maaf dengan abang. So pakcik minta maaf aje lah. Pakcik insaf
sekejap tapi lepas raya tahun tu kami back to normal… Pakcik tengok abang masih tak
tinggal posa biar pun dia demam lepas menerima serangan dari pakcik tu.
Pas tu pakcik pergi dekat dia dan makan depan dia. Biar dia jeles. Dia jugak terima MC
selama seminggu. Pakcik saja masih kena pergi Tadika. Boring nya…..

Walaupun kisah tu telah berlalu selama 20 tahun yang lampau namun ia masih didalam
ingatan pakcik. Pesan pakcik pada anda semua jangan lah tiru macam pakcik. Tapi pakcik
tahu "BLOOD IS THICKER THAN WATER". Lepas pakcik masuk sekolah asrama
tahun 1986 kami jarang bertemu.

Bila cuti dah nak habis selalunya abang lah yang tolong guntingkan rambut pakcik. Pas tu
masa pakcik masuk UM….selalunya abang lah yang masukkan duit kat akaun pakcik.
Bukan abang saja yang tolong pakcik dari segi kewangan, tapi akak2 pakcik yang lain.

Pakcik membalas jasa mereka dengan membantu anak2 buah pakcik dengan membeli
hadiah, duit raya dan buku2. Sekarang ni pakcik dah ada dah ada 5 nephews dan 3 nieces.

Abang pun ada dua anak lelaki. Yang sulung tu manja dengan pakcik manakala adiknya
pakcik belum tengok rupanya lagi. Baiklah..itu saja memori brutal dari pakcik buat kali
ini. Semoga kalian mendapat pengajaran daripada KISAH SEBENAR yang pakcik
paparkan di atas.

Pakcik sekarang bukan lagi bersikap brutal macam Milosevic tu…Dah berubah jadi
orang baik apabila usia semakin matang. Dah lah tu pakcik juga sekarang ni penyayang
dan bertanggungjawab orangnya.

Tapi sayangnya tak ada orang yang nak menyayangi pakcik...

Anda mungkin juga menyukai