Anda di halaman 1dari 3

Peribahasa_2014

1. seperti anak ayam kehilangan ibu : mengalami kesusahan kerana kehilangan ketua/pemimpin

2. seperti musang berbulu ayam : seorang yang berpura-pura berbuat baik untuk menyembunyi
kesalahannya

3. seperti anjing berjumpa pasir : bertemu sesuatu yang disukai

4. seperti ayam berak kapur : muka pucat dan tidak bermaya

5. bagai mencurah air ke daun keladi : siar-siar memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu
mendengar kata (f2)


6. seperti air dalam kolam : orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya




7. bagai mencencang air : melakukan perbuatan yang sia-sia





8. Bagai air titik ke batu : amat sukar hendak memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan
degil




9. bagai melepaskan batuk di tangga : membuat kerja dengan tidak bersungguh-sungguh





10. bagai berumah di tepi tebing : selalu kegelisahan dan kebimbangan





11. seperti melukut di tepi gantang : tidak berharga dalam masyarakat/ tidak dapat menolong dan
sebagainya

12. seperti hujan jatuh ke pasir : sesuatu kerja yang tiada faedah / nasihat yang tidak dihargai


13. seperti katak di bawah tempurung : orang yang mempunyai pengetahuan yang cetek

14. seperti rusa masuk kampung : tercengang-cengang apabila tiba di suatu tempat yang baru

15. seperti tikus jatuh ke beras : suka dan senang sekali





16. seperti ular kena palu : keadaan yang bengkang-bengkok





17. bagai bulan kesiangan : gadis berwajah manis namun pucat kerana kekurangan tidur




18. bagai bulan jatuh ke riba : kesenangan yang datang secara tidak disangka-sangka

Anda mungkin juga menyukai