Anda di halaman 1dari 19

BM SPM KSSM 2021

I-RA M A L
U-H A F A L

Senarai Peribahasa

Probably Malaysia’s most creative BM coach !

More than 4 MILLION CIKGU 019 6626 057


views on
SUGUZ
youtube.com/cikgusuguz

cikgusuguz.com.my
KANDUNGAN
SENARAI PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA 3

PERUMPAMAAN 7

PEPATAH 9

BIDALAN 13

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 2


Senarai Peribahasa

SIMPULAN BAHASA Simpulan Bahasa Tingkatan 1, 2, dan 3

ada hati: ada keinginan yang melebihi kesanggupan

ambil berat: memberikan perhatian

ambil langkah: memulakan sesuatu tindakan

asam garam: pengalaman hidup

atas angin: negara-negara Barat

ayam tambatan: orang harapan dalam sesuatu pertandingan

baik sangka: berpendapat bahawa orang lain baik

batu loncatan: sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan

bau-bau bacang: pertalian keluarga yang sudah jauh

bawa alamat: memberi tanda

berat mulut: pendiam

berbalik hati: berubah pendirian

beri jalan: memberi laluan, nasihat, keterangan, bantuan, atau buah fikiran untuk membuat sesuatu
perkara

berpeluk tubuh: malas bekerja atau berusaha

besar hati: (a) bangga; (b) gembira

bidan terjun: seseorang yang dipanggil secara mendadak bagi menggantikan tempat atau tugas
orang lain

buah fikiran: pendapat atau pandangan

buah hati: orang yang dicintai atau dikasihi

buah mulut: perkara yang menjadi sebut-sebutan orang

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 3


buah tangan: pemberian

buka mata: sedar akan sesuatu perkara yang baik dan cuba untuk mengikutinya

bulat hati: (a) ikhlas; (b) tetap hati dan bersungguhsungguh

bunga dedap: perempuan yang hanya memiliki rupa paras yang cantik tetapi berperangai buruk
dan tidak berbudi

campur tangan: turut serta dalam urusan orang lain

dalam tangan: pasti diperoleh

diam-diam ubi: orang yang berusaha secara senyap tetapi menguntungkan

durian runtuh: mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah

hancur hati: kecewa

jantung hati: orang yang dikasihi

jinak-jinak merpati: perempuan yang mesra tetapi sukar dipikat

kera sumbang: orang yang hidup dengan mengasingkan diri

langkah bendul: hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak

langkah kanan: mujur; bemasib baik

lapang dada: berasa lega

lembut hati: orang yang sentiasa menerima nasihat

lintah darat: orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberikan

lipas kudung: pantas melakukan sesuatu perkara

makan angin: pergi bersiar-siar untuk berehat

mati kutu: tidak melawan

membanting tulang: kerja bennati-matian

mencari akal: berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara

mencolok mata: memakai baju yang tidak menutup aurat

otak cair: cerdik

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 4


pening-pening lalat: pening sedikit

perang dingin: perang secara gertak-menggertak

pilih kasih: melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi

putus asa: hilang semangat

ringan mulut: peramah; suka bercakap

ringan tulang: rajin bekerja

salah adat: tidak mengikut adat atau melanggar adat

singkat akal: tidak bijak

tajam akal: cerdik; pintar

tali barut: orang yang menjadi orang suruhan yang berkuasa untuk melakukan sesuatu pekerjaan
yang tidak baik

tangan terbuka: (a) suka menolong orang yang dalam kesusahan; (b) murah hati

tangkai jering: orang yang kedekut

tangkap muat: mengambil mana-mana yang sempat

tidur-tidur ayam: tidur yang tidak lena

tulang empat kerat: anggota badan

tumbuk rusuk: memberi rasuah

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 5


SIMPULAN BAHASA Simpulan Bahasa Ekstra yang Lazim Digunakan

ada angin: berkelakuan luar biasa pada satu-satu ketika


alas perut: makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar
angkat kaki: meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas pagar: tidak menyebelahi mana-mana pihak
bangkai bernyawa: orang yang sangat kurus dan sering dijangkiti penyakit
beralih akal: berubah fikiran atau pendapat
bergadai nyawa: sanggup membahayakan diri sendiri untuk mencapai sesuatu
bertikam lidah: bertengkar atau berdebat
bintang terang: bernasib baik
bodoh sepat: kelihatan bodoh secara zahirnya, tetapi cerdik
buta hati: tidak dapat menerima pengajaran orang lain
cahaya hidup: panduan hidup
cakap angin: kata-kata yang tidak berfaedah
cepat tangan: suka mencuri
daki dunia: harta yang diperoleh semasa hidup yang tidak dapat dibawa mati
dapat nama: menjadi terkenal
habis akal: habis segala usaha
hidung tinggi: sombong atau angkuh
ibu keladi: orang tua yang masih berkelakuan seperti orang muda
iri hati: perasaan dengki atau cemburu
isi hati: apa-apa yang difikirkan atau perasaan
keliling pinggang: hutang yang sangat banyak
kepala angin: orang yang kelakuannya sering berubah-ubah
lepas laku: melakukan sesuatu tanpa segan silu
lidah bercabang: kata-kata yang tidak boleh dipercayai
mandi keringat: bekerja sepenuh tenaga
mengadu domba: melaga-lagakan atau memecahbelahkan
mulut tempayan: tidak tahu menyimpan rahsia
naik darah: menjadi marah
nyawa-nyawa ikan: hampir mati
otak udang: bodoh
patah kandar: hilang tempat bergantung

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 6


PERUMPAMAAN Perumpamaan Tingkatan 1, 2, dan 3

Bagai air mencari jenisnya: Berusaha mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan
tidak mengenal jerih payah

Bagai aur dengan tebing: Tolong-menolong antara satu dengan yang lain; persahabatan yang
sangat karib

Bagai aur ditarik songsang: Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah
jalan

Bagai ayam disambar helang: Malang sekali; nasib yang buruk

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan: Terlalu banyak pada sesuatu masa

Bagai gembala diberi keris: Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna baginya

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup enggan mati tak mahu: Hidup melarat dan miskin

Bagai layang-layang putus talinya: Sudah putus harapan, (bergantung pada nasib)

Bagai menatang minyak yang penuh: Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurnanya

Bagai murai dicabut ekor: Perempuan yang suka bercakap banyak

Bagai pucuk dilancarkan: Sangat laju atau luncur perginya

Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung: Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan

Seperti air di dalam talam (atau dulang): Dalam keadaan aman sentosa

Seperti api di dalam sekam: Perbuatan jahat yang tersembunyi; perasaan cinta yang terpendam

Seperti cincin dengan permata: Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar

Seperti embun di hujung rumput: Tidak kekal; lekas hilang (kasih sayang dan sebagainya)

Seperti harimau menyembunyikan kukunya: Orang yang menyembunyikan kelebihannya

Seperti lintah menghisap darah: Meminjamkan wang dengan bunga/faedah yang terlalu tinggi;
menipu dengan cara yang lemah lembut

Seperti lipas kudung: Selalu bergerak dengan cepatnya / Pantas lagi cekap membuat kerja

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 7


PERUMPAMAAN Perumpamaan Ekstra yang Lazim Digunakan

Bagai dakwat dengan kertas: Sangat akrab

Bagai duri dalam daging: Sesuatu hal yang selalu terasa di dalam hati

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing: Tiada kata sepakat dalam
sesuatu perbincangan
Bagai itik pulang petang: Terlalu lambat

Bagai kuku dengan isi: Sangat karib

Bagai kumbang putus tali: Amat cepat

Bagai lebah menghimpun madu: Sangat rajin

Bagai melepaskan batuk di tangga: Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai

Bagai tikus membaiki labu: Hendak membetulkan barang yang tiada diketahuinya

Seperti abu di atas tunggul: Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila sahaja dapat
dipecat

Seperti air di dalam kolam: Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya

Seperti anjing dengan kucing: Selalu bertengkar

Seperti cacing kepanasan: Selalu gelisah

Seperti hujan jatuh ke pasir: Nasihat yang tidak dihargai; sesuatu pekerjaan yang sia-sia

Seperti kera mendapat bunga: Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung: Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang lain

Seperti langit dengan bumi: Banyak sekali bezanya

Seperti mentimun dengan durian: Orang yang lemah melawan orang yang kuat

Seperti pinang dibelah dua: Serupa benar

Seperti pungguk merindukan bulan: Dalam percintaan

Seperti rumput di tepi jalan: Hidup dalam kemiskinan

Seperti rusa masuk kampung: Tercengang-cengang kehairanan

Seperti telinga lintah: Tajam pendengaran

Seperti tikus jatuh ke beras: Suka dan senang sekali

Seperti ulat lupa akan daun: Melupakan kebaikan orang kepadanya

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 8


PEPATAH Pepatah Tingkatan 1, 2, dan 3

Bagaimana acuan begitulah kuihnya: (bagaimana contoh begitulah gubahannya) Anak menurut
baka ibu bapanya; sesuatu itu menurut asalnya

Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang: Merendah diri; tidak sombong

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul: Betapa susah kita melihat
kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggung kesusahan itu

Biar berputih tulang, jangan berputih mata: Lebih baik mati daripada menanggung malu

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (atau terhempas): Berhenti bekerja dengan
kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat

Biar mati anak, jangan mati adat: Adat yang tidak boleh dilanggar

Carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga: Berselisih sesama anggota keluarga,
akhirnya berbaik semula

Condong ditumpil, lemah dianduh: Orang yang kesusahan diberi pertolongan

Datang nampak muka, pergi nampak belakang: Datang dengan baik, pergi pun harus dengan
baik juga

Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat: Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan;
bekerja dengan diam-diam

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan: Kalau seseorang mempunyai cita-cita, dia akan
berusaha untuk mencapainya

Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama: Orang yang berjasa
itu akan selalu disebut-sebut walau berapa lama pun ia sudah mati

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih: Kalau ada kemahuan, ada sahaja jalan untuk
melakukannya; kalau tiada kemahuan, ada sahaja alasan untuk tidak melakukannya

Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga: Selalu kembali ke tempat
asalnya

Sesiapa yang makan lada, dialah yang berasa pedas: Sesiapa yang berbuat salah akan terasa
apabila disindir

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran: Keuntungan yang diharapkan tidak
diperoleh, sedangkan yang sudah ada hilang pula

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam: Sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan,
tetapi jika bernasib malang akan mendapat kerugian

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 9


PEPATAH Pepatah Ekstra yang Lazim Digunakan

Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras: Bagi orang yang mampu, semua
maksud mudah tercapai

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak: Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan
kerajinan

Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas: Perbuatan yang jahat pada suatu waktu akan mendapat
balasan juga

Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam: Sangat sedih sehingga tidak lalu makan
dan minum

Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui: Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan
urusan orang lain

Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga: Perempuan dan lelaki, kalau sudah
jodoh, bertemu juga akhirnya

Asal sabut terapung, asal besi tenggelam: Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat,
kalau bernasib malang tentu jatuh

Ayam terlepas, tangan bau tahi: Kejahatan tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-
mata

Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling: Tidak senang
melihat kebahagiaan orang lain

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam: Tiap-tiap orang mempunyai
pendapat atau kemahuan sendiri-sendiri; Semakin banyak orang, semakin banyak pula pendapat
atau kemahuannya

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian: Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah dahulu

Berani kerana benar, takut kerana salah: Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara
orang yang tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing: Suka duka sama-sama ditanggung

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar: Jika membicarakan sesuatu,


berhati-hatilah agar tidak menyinggung perasaan orang lain

Buang yang keruh, ambil yang jernih: Buang yang jahat dan ambil yang baik

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 10


Bukit sama didaki, lurah sama dituruni: Persahabatan yang sangat karib

Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain: Memandang diri sendiri dulu, sebelum
memandang orang lain

Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat
sulit; berada dalam keadaan serba salah

Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu: Lahirnya baik, batinnya jahat

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung: Kita hendaklah menurut adat dan aturan di
tempat yang kita diami

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah: Pemimpin dengan pemimpin
berperang, rakyat mendapat susah

Guru kencing berdiri, murid kencing berlari: Murid yang mencontoh kelakuan gurunya terutama
dalam hal yang tidak baik

Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan: Oleh sebab keuntungan besar
yang diharapkan tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil sudah pasti, dilepaskan

Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan: Kerana mengharapkan keuntungan


yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil yang sudah pasti dilepaskan; Mengharapkan
barang sesuatu yang belum tentu, barang yang sudah ada dibuang

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah: Susah senang dirasai bersama

Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya: Janji mesti ditepati

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam diduga jangan: Jika mempunyai pengetahuan yang
sedikit sahaja, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya

Kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan: Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi
besar

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan: Sangat berbesar hati

Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah: Orang lain yang melakukan
kesalahan, orang lain pula yang dituduh

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati: Tiap-tiap orang mempunyai keinginan yang berbeza

Lembu punya susu, sapi dapat nama: Orang lain yang berusaha, orang lain pula yang mendapat
pujian

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 11


Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut: Jika segan berusaha, tidak akan
mendapat kemajuan

Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak:
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan: Setiap orang mempunyai pendapat yang
berlainan

Ringan tulang berat perut: Yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit: Seseorang yang berbuat salah, semuanya
terbawa-bawa

Sepandai-pandai tupai melompat, sekali terjatuh juga: Sepandai-pandai orang, ada kalanya
salah juga

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan: Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu
kejahatan, eloklah menginsafinya segera

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi: Oleh sebab sudah mendapat yang
lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang: Orang yang bertuah mendapat
keuntungan dari mana-mana sahaja

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 12


BIDALAN Bidalan Tingkatan 1, 2, dan 3

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh: Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki
dengan mudah

Adat juara kalah menang: Tiap-tiap usaha ada untung ruginya

Air beriak tanda tak dalam: Orang yang sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang
ilmunya)

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya: Orang yang diam jangan disangka pengecut

Alah bisa tegal biasa: Pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan

Alah membeli menang memakai: Barang yang bermutu memang mahal harganya, tetapi dapat
dipakai lama

Alang-alang berminyak biar licin: (alang-alang mandi biar basah): Kalau mengerjakan sesuatu,
janganlah sekerat jalan biarlah sempurna, jangan separuh jalan sahaja

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan: Kalau sudah terlanjur berbuat
sesuatu, biarlah sampai beroleh hasilnya

Anak harimau jangan dibela pelihara: Jangan berbuat baik kepada orang yang suka berbuat
jahat

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan: Menderita kesusahan meskipun
berpendapatan besar (beristerikan/bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan
makmur

Ayam tak patuk, itik tak sudu: Keadaan orang yang hina dalam masyarakat

Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak: Sementara belum ada yang lebih baik,
baiklah digunakan dahulu apa-apa yang ada walaupun kurang baik

Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar: Sekali melakukan kerja, dua tiga maksud
tercapai

Belum duduk sudah berlunjur: Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang
hati lebih dahulu

Besar pasak daripada tiang: Lebih besar belanja daripada pendapatan

Dapat durian runtuh: Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 13


Diberi betis hendak paha: Diberi sedikit lalu minta banyak

Genggam hara api biar jadi arang: Jika melakukan pekerjaan yang susah, haruslah sabar sehingga
mendapat nikmatnya nanti

Harap hati hendak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai: Kehendak hati terlalu besar
sehingga tiada upaya hendak mencapainya

Hati hendak semua jadi: Jika ada kemahuan, semua perkara dapat dikerjakan

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai: Hendak
mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu

Jangan seperti si buta mematahkan tongkat: Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita

Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka: Menunjukkan kebencian

Jikalau ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya: Orang besar yang merendah diri tidak
akan jatuh martabatnya

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya: Tidak akan tercapai cita-cita jika tidak
sungguh-sungguh berusaha

Jong pecah, yu yang kenyang: Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan
daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang keuntungan bagi yang lain

Kalau ada asap, tentu ada api: Jika berlaku sesuatu, tentu ada sebabnya

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau: Seseorang yang berketurunan baik
akan tetap baik walau di mana dia berada

Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah: Tentu ada maksud tersembunyi
seseorang berlaku atau berbuat secara luar biasa

Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang: Tentu ada sebabnya rnaka terjadi
sesuatu hal

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi: Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun
ke anaknya

Kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau: Tidak ada gunanya ilmu
pengetahuan disimpan sahaja dan tidak diajarkan kepada orang lain

Makin murah makin menawar: Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 14


Marahkan nyamuk, kelambu dibakar: Kerana sakit hati akan sesuatu yang kecil maka melakukan
sesuatu yang mendatangkan kerugian yang besar

Menangguk di air yang keruh: Mencapai keuntungan sementara ada kekacauan

Menetak dengan belakang parang: Menyuruh orang yang malas bekerja

Minyak dengan air adakah bercampur: Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan,
mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Naga ditelan ular lidi: Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan

Nyamuk mati, gatal tak lepas: Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun
yang jahat itu sudah dihukum

Orang buta diberi bersuluh: Melakukan perbuatan yang sia-sia

Orang mengantuk disorongkan bantal: Memperoleh sesuatu yang diinginkan

Perempuan serasan, lelaki pemalu: Pegangan hidup yang tidak serupa

Sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar: Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud
tercapai

Tajam pisau kerana diasah: Menjadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh)

Tiada rotan akar pun berguna: Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna
juga.

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 15


BIDALAN Bidalan Ekstra yang Lazim Digunakan

Ada gula, ada semut: Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah

Ada sampan, hendak berenang: Sengaja menyusahkan diri

Ada udang di balik batu: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
atau perkataan

Air dicencang tiada putus: Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

Air susu dibalas dengan air tuba: Kebaikan dibalas dengan kejahatan

Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang: Pendirian yang tidak tetap

Anjing menyalak bukit, takkan runtuh: Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak
akan binasa kebaikannya

Ayam menang, kampung tergadai: Keberuntungan yang tidak ada faedahnya

Bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru: Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan

Bapa borek anak rintik: Anak mencontohi kelakuan bapanya

Belakang parang sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam juga: Biar bodoh sekalipun,
kalau belajar sungguh-sungguh akan menjadi pandai juga

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul: Berapa susah kita melihat kesusahan
orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggung kesusahan itu

Berharapkan pegar, pegar makan padi: Berharapkan orang yang kita percayai, tetapi orang itu
membinasakan kita

Berketak dulu sebelum bertelur: Bersuka ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan
keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum lagi dilakukan

Bertanam tebu di bibir: Mengeluarkan perkataan yang manis untuk memujuk

Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi: Sesuatu kejadian tidak mungkin berlaku daripada
satu pihak sahaja

Besar suap daripada mulut: Belanja lebih besar daripada pendapatan

Burung terbang dipipiskan lada: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum diperoleh

Gajah mati kerana gadingnya: Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 16


Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga: Perselisihan sering juga berlaku antara suami isteri,
saudara-mara, dan sahabat handai

Hilang di mata, di hati jangan: Walaupun berjauhan, tetap ingat di hati

Indah khabar daripada rupa: Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang
sebenarnya

Jangan berludah ke langit: Jangan mengeji ibu bapa atau saudara-mara sendiri

Jauhari juga yang mengenal manikam: Orang yang bijaksana juga yang dapat melakukan
penilaian yang tepat

Jauh panggang dari api: Jawapan atau sindiran yang tidak tepat

Kaduk naik junjung: Orang yang hina apabila mendapat pangkat atau kekayaan berbuat mengada-
ngada

Melentur buluh biarlah ketika rebung: Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil

Membuang garam ke laut: Membuat pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah; memberikan
pertolongan kepada orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya

Menarik rambut di dalam tepung: Bersikap bijaksana dan berhati-hati dalam menyelesaikan
sesuatu masalah

Mencurahkan air ke daun keladi: Memberikan nasihat tetapi tidak diterima oleh orang yang
mendengarnya

Nasi sudah menjadi bubur: Sudah terlanjur tidak dapat diubah lagi

Pancing makan umpan: Orang yang kita harapkan berkhianat kepada kita

Patah kemudi perahu hanyut: Sesuatu kaum atau masyarakat apabila hilang pemimpinnya, akan
menjadi kucar-kacir

Patah tumbuh hilang berganti: Terus-menerus ada gantinya

Pelanduk dua serupa: Dua orang yang serupa benar

Pipit hendak menjadi enggang: Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan

Rumah buruk disapu cat: Perempuan tua yang suka bersolek

Rumah sudah, pahat berbunyi: Bersungut tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 17


Sambil menyelam minum air: Membuat dua kerja sekali gus

Sarang tebuan jangan dijolok: Jangan sengaja mencari kesusahan

Sebab mulut leher terjerat: Kecelakaan yang timbul kerana percakapan

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga: Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan

Sebelum ajal berpantang mati: Tidak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh
Tuhan

Sediakan payung sebelum hujan: Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana

Selama hayat dikandung badan: Selama masih hidup

Sudah jatuh ditimpa tangga: Ditimpa bencana berturut-turut

Sudah terhantuk baru terngadah: Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat

Tanam lalang, tak akan tumbuh padi: Setiap kejahatan akan dibalas dengan kejahatan juga

Tepuk dada tanya selera: Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik
menurut keyakinan kita

Ukur baju di badan sendiri: Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri

019 6626 057 cikgusuguz.com.my 18


6 Peribahasa
for Successful life
Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya
no pain, no gain

Sediakan payung sebelum hujan


be prepared for anything

Alah bisa tegal biasa


even the most difficult things become easy
when you keep on doing them

Alang-alang menyeluk pekasam


biar sampai ke pangkal lengan
give your best in whatever you do

Buang yang keruh, ambil yang jernih


leave the bad, take the good

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


where there is a will, there is a way

019 6626 057 CIKGU SUGUZ


cikgusuguz.com.my
cikgusuguz.com.my
19

Anda mungkin juga menyukai