Anda di halaman 1dari 10

ema :Menghargai kasih sayang guru

Soalan Percubaan Kedah:


Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam
kalangan guru dan murid.
Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
TEMA
: Menghargai kasih sayang guru
ARAH : Cara
Dalam mendepani era milennium pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad
negara yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ekonomi
negara yang semakin maju ibrata tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan negara
maju lain. Namun, dasawarsa ini generasi muda kurang menghormati guru sungguhpun golongan
guru ibarat lilin yang yang sanggup membakar diri. Suffian Astauri ada menyatakan, menuntut
ilmu lebih utama daripada solat sunat. Hal ini kerana , menuntut ilmu merupakan bekalan pahala
kita di akhirat nanti. Surah Al-Baqarah ada menjelaskan, boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu
perkara sedangkan perkara tersebut baik untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara
sedangkan perkara tersebut tidak baik untukmu. Hatta, tanpa guru tidak lahir golongan cerdik
pandai yang mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan. Oleh itu, Konsep Sekolah
Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang antara guru dan murid
sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu, murid akan lebih menghargai setiap ilmu
yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya
bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid sebagai benih
yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke
laut menjadi pulau penuh khazanah.
Sudah terang lagi bersuluh, prakarsa yang afdal untuk menghargai kasih sayang guru
adalah menghormatinya. Tamsilnya, kita mestilah memberi salam dan mengikuti arahan guru
pada setiap masa. Hal ini kerana, guru ialah orang yang mencurahkan ilmu dan mengajar kita erti
kehidupan tanpa mengenal jemu. Natijahnya, kita akan menjadi orang yang berpengetahuan luas
dan bersedia menghadapi krisis kehidupan pada masa akan datang. Murid yang menghormati
guru boleh dianalogikan seperti semut merah yang menghormati dan melindungi permaisurinya.
Menurut Whittier, apabila kepercayaan terhadap guru hilang, maka matilah orang itu. Surah An
Nahl ayat 125 ada menyatakan, serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad dengan hikmah
dan pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan cara yang terbaik. Hal ini bermakna, guru
merupakan orang yang sepatutnya kita letakkan di tempat yang tinggi kerana agama Islam
sendiri meletakkan guru sebagai insan selepas ibu dan bapa. Sekiranya pelajar di Malaysia
menghormati guru-guru mereka , maka wujudlah suasana sekolah yang kondusif dan harmonis.
Oleh itu, marilah kita menghormati guru yang mengajar kita supaya kita menjadi pelajar yang
cemerlang dan berakhlak mulia.

Peribahasa Melayu ada menyatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita
merasa. Oleh itu, sebagai murid, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagiaan
guru yang telah mendidik kita tanpa jemu. Tambahan pula, mereka sanggup bersengkang mata
menanda kertas peperiksaan dan mengadakan kelas tambahan semata-mata mahu melihat
kejayaan anak didiknya. Jika kita sentiasa mendoakan kebahagiaan guru-guru kita, ilmu yang
kita pelajari akan kekal dan diberkati oleh Allah s.w.t. Imam Abu Hanifah pernah menyatakan,
tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan mereka yang pernah
mengajarku. Hal ini kerana, sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa berpegang teguh pada
ajaran Islam dan mentaati serta mendoakan guru-guru kita agar kita dapat belajar dengan tenang
dan selesa.
Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, kita semestinya membantu guru tatkala
mereka inginkan pertolongan kita.Hal ini kerana, guru merupakan golongan yang perlu
dihormati oleh individu bergelar pelajar. Natijahnya, keberkatan ilmu akan diperoleh jika
menyenangkan hati guru mereka tanpa menggores perasaan mereka. Seyogia, setiap pelajar
harus ringan tulang membantu guru-guru mereka. Hal ini bertepatan dengan aforisme, habis
kapak berganti beliung. Tanpa sikap ringan tulang, pasti pelajar akan mengalami kesukaran untuk
berjaya kelak. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, pelajar yang terbaik ialah pelajar yang
sentiasa datang awal ke sekolah membantu guru sesuai dengan peribahasa hanyut dipintasi, lulus
diselami dan hilang dicari. Sementelahan, jasa guru terhadap pelajar tidak ternilai dengan harta
dan wang ringgit. Sekiranya setiap pelajar berusaha sedaya upaya menbatu guru seperti
membawa buku guru dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, segala ilmu akan
beroleh keberkatan.
Peribahasa seperti pahat dengan penukul menggambarkan sikap liat dan berat hati dalam
melakukan tugasan. Oleh itu , pelajar perlu mengubah sikap dan sentiasa bertindak pantas dalam
membuat sebarang tugasan yang diarahkan oleh guru. Menurut Surah Ar Rad, Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut yang mengubahnya. Hal ini
menunjukkan bahawa, pelajar perlu memiliki wawasan dan visi yang jelas di sekolah. Sikap
malas harus dibuang sama sekali dan sikap rendah diri dalam menyiapkan sebarang tugasan yang
diberikan oleh guru perlu wujud dalam diri pelajar. Seperkara yang penting ialah, setiap tugasan
merupakan amanah yang diberikan oleh guru kepada murid. Manakala sebagai murid, kita perlu
berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan yang terbaik untuk diserahkan kepada guru.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami tanggunjawab
diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan murid semakin terpaut erat.
Sebagai pengitlakan, guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi.
Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya. Albert Einstein sendiri
pernah menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Hal ini membuktikan kepada kita bahawa,
pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam semua bidang terhasil daripada komitmen dan
kerja keras golongan guru. Sebagai murid, kita perlu menjadi seperti burung jentayu yang patah
sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku
dalam memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa dan pengorbanan
guru, maka ilmu yang dipelajari diberkati dan seterusnya menjana modal insan kelas pertama.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia ,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara ,
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa ,

Semuanya bermula dengan guru biasa ,


Yang mengajar tulis baca.

Tema : Merokok
Tema : Merokok
Arah : Langkah menangani
Isi:
1. Bijak memilih rakan
2. Pemantauan
3. Didikan
4. Kempen
5. Tindakan
Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad
negara yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bahkan
ekonomi negara yang semakin membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut
dengan negara maju lain. Namun begitu, dasawarsa ini, isu gejala merokok semakin hangat
diperkatakan bak virus epidemik, semakin menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Rokok
diperbuat daripada sejenis tembakau yang mengandungi nikotin, candu, tar dan karbon
monoksida . Hal ini menjejaskan kesihatan seseorang seperti barah paru-paru, kelahiran bayi
pramatang dan mencacatkan fizikal perokok.Biasanya gejala merokok ini terkenal dalam
kalangan remaja yang mempunyai masalah terutamanya dari sudut keruntuhan akhlak. Remaja
sepatutnya menjadi seperti benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang
bersinar cemerlang, dibuang ke laut menjadi pulau yang penuh khazanah.Kerajaan dan
masyarakat perlu mengambil langkah sederap dalam mencapai impian mewujudkan bangsa yang
cemerlang dengan gabungan semua pihak. Allah dalam Surah Ar-Ra'd berfirman, nasib sesuatu
kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Jangan disebabkan nila
setitik rosak bangsa se-Malaysia. Oleh itu, pelbagai modus operandi yang signifikan boleh
diaturkan oleh pelbagai pihak bagi mengatasi gejala merokok.
Ibnu Khaldun dalam karya mukadimahnya, keutuhan sesuatu bangsa bergantung pada
cara pemudanya mempraktikkan sahsiah atau perilaku susila mulia dalam kehidupannya. Oleh
itu, sebagai remaja yang bakal menerajui negara, haruslah bijak dalam memilih rakan sebaya.
Rakan merupakan insan kedua selepas ibu bapa yang sentiasa bersama-sama kita pada waktu
susah atau senang. Jika seseorang itu memiliki rakan yang baik, sudah pasti memberikan impak
yang positif sekali gus memperkasakan jati diri sebagai seorang mukmin yang
unggul.Perumpamaan teman soleh dan teman yang jahat ialah laksana pembawa wangi-wangian
dan tukang besi.Ghalibnya, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari. Oleh itu,
remaja haruslah bijak memilih rakan yang dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sebagai
seorang pelajar. Hadis riwayat Muslim juga ada menyatakan, teman yang paling baik ialah
apabila kamu melihat wajahnya , kita akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya
menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya teringat akan mati. Oleh itu, rakan
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perilaku merokok dalam kalangan kelompok
komuniti remaja di negara kita.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa merupakan suri teladan terbaik kepada
anak-anak untuk membentuk generasi muda yang berakhlak, berilmu dan berjaya. Anak-anal
diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang seharusnya mencorakkannya sama ada
menjadu Yahudi, Nasrani ataupun Islam. Ibu bapa perlu bersikap cakna terhadap kegiatan remaja
masa ini yang semakin hari, semakin terhakis nilai bangsa dan ketandusan niali-nilai
kemanusiaan. bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan skil-skil
kontemporari bagi menangani merokok ini. Ibu bapa mestilah bijak daripada anak-anak dan
sentiasa mendahului dengan memantau sesiapa sahaja yang menjadi rakan baik anak-anak
mereka.Malahan ibu bapa yang sibuk dengan tugas ,asing-masing hendaklah meluangkan masa
bersama-sama dengan anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka kesunyian dan kebosanan.
Ramai dalam kalangan pendidik berpendapat, pengaruh utama yang mesti dipantau oleh ibu bapa
ialah rokok. Oleh itu , ibu bapa mesti bersikap hikmah dan bijaksana dalam menarik minat anak
ke arah kebaikan bertepatan dengan peribahasa, ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak
putus, tepung tidak berselerak. Firman Allah dalam Surah An.Nahl ayat 125 berbunyi, serulah ke
jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad dengan hikmah dan pengajaran yang baik serta berbahaslah
dengan cara yang terbaik. Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi suri teladan terbaik dalam
pencegahan gejala merokok maka remaja Malaysia mampu menjadi ikon terbaik di persada
dunia.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, organisasi pendidikan merupakan satu
organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Hal ini bukan sahaja sebagai indikator pada
tahap pembangunan negara, malah akan menjadi indikator hala tuju negara pada masa akan
datang.Umumnya organisasi pendidikan seperti sekolah merupakan entiti yang unik kerana
mampu menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam menyelesaikan masalah disiplin
seperti merokok, gengsterisme, bili dan dadah. Merokok dalam kalangan pelajar di sekolah
merupakan masalah utama dan semakin hari semakin parah. Oleh itu, guru-guru digalakkan
menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan gejala ini seperti poster-poster yang
berkaitan dengan rokok dan risalah kandungan rokok serta bahan audio video berkaitan rokok.
Penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan akan
memberi kesan mendalam kepada pelajar.Bahkan, pengukuhan dan penghayatan agama Islam
dalam kalangan pelajar ialah strategi yang paling berkesan. Islam sebagai agama syumul
mempunyai nilai-nilai sejagat yang dapat diterapkan dalam diri pelajar. Di samping itu, menurut
Abdullah Al-Qari b Haji Salleh, merokok boleh boleh menjejaskan akal fikiran manusia dan
proses kematangannya. Rasullullah juga pernah bersabda bahawa, umat Islam dilarang
menggunakan setiap yang memabukkan dan melemahkan tubuh dan akal fikiran.Oleh itu,
sebelum nasi menjadi bubur kita sediakanlah payung sebelum hujan. Pendidikan yang utuh lagi
mapan haruslah dipraktikkan dalam diri remaja bermulanya daripada insan yang bergelar
pendidik. Sekiranya pendidikan memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak remaja
maka golongan perokok di negara kita dapat dikurangkan. Di samping itu, prinsip negara bebas
daripada rokok dapat direalisasikan jika rokok diangkat menjadi musuh utama golongan remaja
di
negara
ini.
Memetik wasitah nirmala yang berbeza, melalui kempen kesedaran yang diadakan
oleh pihak governan seperti kempen antirokok, generasi muda akan lebih terdedah tentang
bahaya merokok.Hal ini bertepatan dengan aforisme, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Hatta , kempen secara berterusan terutamanya pada peringkat institusi pendidikan merupakan

salah satu modus operanda yang efisien dalam menangani tabiat merokok. Hal ini kerana,
melalui kempen di sekolah dan institusi pendidikan dilihat mampu menyalurkan maklumat
secara berterusan kepada pelajar dan masyarakat. Di sekolah misalnya, penerapan kempen
bahana merokok bukan sahaja diadakan secara formal tetapi juga melalui kempen serampang dua
mata yang merentas kurikulum dalam bilik darjah. Perkara ini amat penting kerana dilihat
mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar dan masyarakat madani kini
melalui pengajaran berkesan. Uswahnya, melalui mata pelajaran Sains pelbagai impak daripada
tabiat merokok dapat diketaahui oleh pelajar. Kempen Tak Nak Merokok melalui media massa
pada tahun 2010 telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai. Malahan jumlah Klinik
Berhenti Merokok kerajaan telah ditambah daripada 167 buah kepada lebih 200 buah pada tahun
ini. Oleh itu, pihak governan haruslah mevariasikan Kempen Tak Nak Merokok agar dapat
menjadi satu medium yang dapat menarik dan membuka mata masyarakat setempat. Janganlah
hanya bersandarkan cakap-cakap dan angan-angan Mat Jenin kerana walaupun gah setinggi
gunung
namun
akhirnya
jatuh
ke
perdu
kelapa
jua.
Sebagaimana yang kita ketahui, banyak impak negatif akan berlaku jika remaja
di Malaysia terus alpa dan terbawa-bawa dengan amalan merokok. Langkah yang berkesan dan
pragmatik perlu diswadaya iaitu mengenakan tindakan tegas terhadap perokok yang merokok di
kawasan larangan. Pemilik kedai yang menjual rokok kepada remaja berusia bawah 18 tahun
juga perlu dikenakan tindakan tegas dan didenda. Selain itu, perokok wajar dikenakan tindakan
tegas bagi memberikan pengajaran kerana memberi marabahaya kepada orang lain.Masalah ini
perlu ditangani segera sebelum menjadi parah. Oleh itu, kempen antimerokok yang dilaksanakan
perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak.Umpamanya, dalam
ketamadunan Hwang Ho hanya ketegasan undang-undang yang dapat mengawal tingkah laku
manusia dan tiada belas kasihan. Tindakan seperti menaikkan harga rokok ke paras maksimum
dan denda kepada perokok yang ingkar terhadap larangan merokok perlu dilaksanakan segera.
Sementelahan tindakan mandatori seperti ini mampu menimbulkan elemen ketakutan dan
kesedaran dalam diri perokok tegar. Hal ini bertepatan dengan aforisme, hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih. Sekiranya pihak penguat kuasa seiring sejalan dengan kempen antirokok di
negara ini, maka masyarakat Malaysia akan bebas daripada kongkongan najis rokok yang
merosakkan
akal
dan
pemikiran
umat
manusia.
Sebagai pengitlakan, nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan
mereka sendiri yang mengubahnya. Oleh itu semua pihak perlu bersatu hati, berpadu tenaga,
bertindak seia sekata dalam mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah merokok dalam
kalangan remaja. Hal ini bagi memastikan kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang maju,
berdaya saing dan memiliki citra bangsa yang kompetetif seiring dengan hasrat Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang bertaraf dunia.
Namun begitu, iltizam remaja perlu dipahat jitu dalam diri mereka bertepatan dengan peribahasa
serumpun bagai serai, seliang bagai tebu. Janganlah remaja tewas dalam godaan dan cabaran
kehidupan yang semakin menjadi-jadi. Sebaliknya mereka perlu memperkasakan diri bagai
burung jentayu patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu
bertongkatkan kuku.

Tema: Semangat Patriotik


Soalan : Wajib lulus mata pelajaran Sejarah mampu meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan pelajar. Bahaskan.
Dasawarsa ini, isu semangat patriotik yang semakin luntur dalam atma rohani generasi akar umbi
kerap menjadi perbincangan dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepnya,
semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan sanggup
berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta. Biasanya, golongan remaja yang tidak
menyedari kepentingan sejarah silam tidak memiliki semangat patriotik. Hal ini bertepatan
dengan peribahasa, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun
Dr Mahathir, tiada bangsa di dunia yang tidak mencintai tanah airnya sendiri. Natijahnya, negara
akan menjadi mundur, masa depan negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat
patriotiknya. Oleh itu , langkah kerajaan yang akan mewajibkan pelajar peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) lulus mata pelajaran sejarah merupakan langkah yang pragmatik untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan belia.
Antara sebab kerajaan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Sejarah adalah kerana sifat
menyeluruh isi kandungan mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana peristiwa dan tarikh yang
tercatat dalam sejarah tidak boleh dipesongkan kerana faktanya tepat dan tidak terseleweng.
Justeru, peristiwa 31 Ogos 1957 dan 13 Mei 1963 wajar dijadikan iktibar agar generasi muda
lebih menghargai dan menyedari kepentingan sejarah silam. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Menurut Datuk Dr
Haji fadzillah Kamsah, manusia tanpa sejarah, melakukan kesalahan yang sama berulang
kali.Sekiranya, mata pelajaran Sejarah bersifat menyeluruh dipelajari dan dihayati oleh generasi
pelajar , maka pastinya semangat patriotik akan lebih membara dalam jiwa mereka.
Selain itu, tiada cara lain yang lebih berkesan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam diri
pelajar selain daripada mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, mata pelajaran lain seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik tidak membantu secara langsung pemupukan semangat
patriotik.Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra
Malaysia mendapati,mata pelajaran Sejarah memberikan pendedahan kepada golongan pelajar
untuk memahami dan menghayati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.Hal ini bertepatan dengan
peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Menurut Abraham Lincoln, semangat patriotik merupakan
asas pembentukan sebuah negara bangsa. Sekiranya, segenap lapisan marhaen di Malaysia
menghayati sejarah negara, maka Malaysia akan menjadi sebuah negara maju, aman dan damai.
Dalam pada itu, semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja hari demi hari
menyebabkan mata pelajaran Sejarah perlu diwajibkan untuk lulus. Hal ini demikian kerana
terdapat banyak insiden tidak bermoral seperti menjadikan Jalur Gemilang sebagai kain basahan
dan sikap kurang ajar Namawee yang menukar lirik lagu Negaraku ke Negarakuku. Justeru, mata
pelajaran Sejarah perlu disuntik secara paksa dan lebih mendalam dengan cara wajib lulus. Hal
ini bertepatan dengan peribahasa, cegah sebelum parah. Sekiranya pelajar sedar dan percaya
akan kepentingan wajib lulus mata pelajaran Sejarah, maka pastinya hasrat mahu melihat
generasi
muda
lebih
bersemangat
patriotik
akan
tercapai.

Akhir kalam, isu semangat patriotik yang semakin luntur kerap menjadi polemik dalam kalangan
rakyat Malaysia. Sememangnya, semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia kini berada pada
tahap yang rendah dan tidak boleh dibanggakan. Semoga,api semangat patriotik terus berkobarkobar dan bernyala dalam diri setiap insan.Oleh itu kita perlu bersinergi supaya semangat
patriotik dalam kalangan marhaen lebih baik. Sekiranya, semangat patriotik kita tinggi, maka
negara kita menjadi lebih utuh dan kukuh seperti negara-negara atas angin.

Tema: Gejala Buli


Gejala buli semakin berleluasa dalam kalangan remaja.
Bincangkan langkah mengatasi gejala buli di sekolah.
Belakangan ini, isu gejala buli sering meniti dari bibir ke bibir golongan marhaen di negara
ini. Dari segi konsepsinya, gejala buli boleh ditakrifkan sebagai perbuatan memeras ugut pelajar
lain hingga mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. Biasanya, murid sekolah
menengah yang bermasalah terlibat dalam gejala buli ini. Keadaan pembuli dan mangsanya
bertepatan dengan peribahasa, bagai anjing dengan kucing. Oleh itu, terdapat pelbagai strategi
untuk mengatasi gejala buli di sekolah.
Antara prakarsa yang pragmatik dan berkesan untuk menangani gejala buli ialah remaja
seharusnya bijak memilih rakan sebaya. Hal ini demikian dapat mengelakkan remaja daripada
terlibat dalam gejala negatif. Justeru, remaja perlu mencari rakan yang Islamik, taat kepada
kedua ibu bapa dan mempunyai budi pekerti mulia sebagai rakan akrab. Natijahnya, remaja
boleh menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala buli serta perlakuan negatif yang lain.
Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi
kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya.
Rakan yang baik boleh dianalogikan seperti bunga ros yang sentiasa mekar dan harum baunya.
Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, orang yang cemerlang dan hebat dalam
pergaulan bermula daripada cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat.
Sekiranya remaja Malaysia bijak dalam bersahabat, maka pastinya gejala buli dapat
dikurangkan.
Selain itu, langkah seterusnya ialah ibu bapa bertanggungjawab memantau tingkah laku anakanak mereka. Hal ini demikian, ibu bapa boleh mengesan sebarang perlakuan aneh anak-anak
mereka. Justeru, ibu bapa seharusnya megetahui keberadaan anak-anak mereka dengan sentiasa
berhubung melalui telefon bimbit. Natijahnya, ibu bapa boleh menghindarkan anak-anak mereka
daripada sebarang perlakuan songsang terutamanya buli. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,
anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa pencoraknya. Pemantauan berkesan oleh ibu bapa
dalam menangani gejala buli boleh dianalogikan seperti selimut yang menutup tubuh ketika
kesejukan. Sekiranya, ibu bapa peka dengan tingkah laku anak-anak maka statistik masalah buli
dalam
kalangan
remaja
di
sekolah
akan
berkurangan.
Selain itu, pihak kerajaan boleh menjenamakan semula kempen antibuli yang selama ini saban

tahun diadakan di sekolah. Hal ini kerana kempen antibuli yang berteraskan ceramah dan
pameran agak kurang terkesan di hati para pelajar. Pihak sekolah melalui Unit Disiplin Sekolah
boleh menukar strategi kempen yang proaktif dan provokatif bagi tujuan menakut-nakutkan
bakal pembuli. Justeru, pihak sekolah umpamanya boleh meminta kerjasama pihak Jabatan
Penjara Malaysia atau Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kempen antibuli menjadi lebih
berkesan. Kerjasama pelbagai pihak dalam menangani gejala buli boleh diumpamakan seperti
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sekiranya, kempen antibuli berjaya meresapi
nurani pelajar maka pastinya sekolah menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pelajar.
Akhir kalam, gejala buli yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat pelajar di negara ini
perlu ditangani segera. Sememangnya gejala buli masih wujud namun banyak kes-kes terpencil
disensasikan oleh media massa di negara ini. Semoga gejala buli dapat ditangani secara
bijaksana oleh pihak berkuasa dengan kerjasama pihak sekolah. Oleh itu kita perlu bersinergi
dalam memastikan gejala buli dapat dilenyapkan di bumi bertuah ini. sekiranya gejala buli tidak
wujud maka Malaysia mampu berdiri gah di persada dunia dan mendabik dada kerana generasi
mudanya bertaraf dunia.

Tema : Membaca
Masyarakat Malaysia perlu menjadikan amalan membaca sebagai budaya yang mampu merubah
masa depan rakyat Malaysia. Bincangkan peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca
dalam
kalangan
anak-anak
di
rumah.
Dasawarsa ini, isu masyarakat Malaysia yang dikatakan antara masyarakat yang malas membaca
menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepsinya, membaca dapat
ditakrifkan sebagai amalam mulia yang dapat mencambah biak ilmu pengetahuan. Melalui
amalan membaca kita dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada di dalam ataupun di luar
negara. Biasanya, golongan pelajar perlu lebih kerap membaca kerana mereka berada dalam
lingkungan dunia pendidikan. Amalan membaca bertepatan dengan cogan kata, Bangsa
Membaca, Bangsa Berjaya. Oleh itu, terdapat banyak prakarsa yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.
Prakarsa perdana yang boleh diimplementasikan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan
membaca ialah membeli bahan bacaan secara berkala. Hal ini kerana, anak-anak akan sentiasa
membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta menjadi insan berguna pada masa hadapan.
Justeru, ibu bapa perlu memperuntukkan wang sebanyak RM50 sebulan bagi membeli bahan
bacaan. Biasanya , ibu bapa yang prihatin dan mementingkan masa depan anak-anak akan
membeli banyak bahan bacaan khusus untuk anak-anak. Implikasinya, anak-anak yang
didedahkan dengan bahan bacaan meluas dapat berfikir secara rasional dalam semua bidang bagi
memenuhi tuntutan membangunkan negara ke persada antarabangsa. Anak-anak yang
didedahkan dengan bahan bacaan sejak kecil bertepatan dengan peribahasa, belakang parang jika
diasah lagikan tajam.Ibu bapa yang sentiasa membelikan bahan bacaan setiap bulan boleh
dianalogikan seperti pelukis handal yang mencorakkan dinding yang buruk. Menurut Datuk Dr
Haji fadzillah kamsah, ibu bapa merupakan pencorak budaya membaca dalam jiwa anak-anak.

Sekiranya, semua ibu bapa di negara kita mengamalkan sikap tidak buruk siku dalam
membelikan bahan bacaan untuk anak-anak maka generasi yang lahir nanti dapat bersaing dan
duduk
sama
rendah
dengan
generasi
maju
di
negara
Barat.
Sementelahan pula, prakarsa afdal yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan
membaca di rumah adalah dengan menyediakan suatu ruangan sebagai perpustakaan mini di
rumah. Dalam konteks ini, Mengapa perlunya perpustakaan mini di rumah?Hal ini demikian,
kerana apabila ada perpustakaan mini di rumah, anak-anak tidak akan membuang masa
menyertai aktiviti yang tidak sihat di luar rumah. Justeru, ibu bapa haruslah mencari suatu ruang
kecil atau pun bilik kecil di rumah bagi menempatkan bahan bacaan supaya anak-anak berasa
selesa sewaktu membaca. Biasanya ibu bapa yang berkemampuan serta memiliki rumah yang
besar mampu menyediakan perpustakaan mini di rumah. Natijahnya, anak-anak yang memiliki
budaya membaca dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa, sambil meyelam minum air. Menurut Tun Abdullah Ahmad
Badawi,perpustakaan mini di rumah memudahkan pemantauan selamat sekali gus mengurangkan
gejala sosial di negara kita. Sekiranya ibu bapa berjaya menwujudkan perpustakaan mini di
rumah nescaya anak mereka akan menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.
Akhirul kalam, masyarakat Malaysia dikatakan antara masyarakat yang malas membaca. Semoga
amalan membaca dapat dapat diteruskan sepanjang masa. Oleh itu , kita perlu bersinergi
bersama-sama dengan ibu bapa, pihak swasta dan kerajaan untuk memupuk amalan membaca
dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa hadapan. Sekiranya amalan membaca berjaya
dipupuk sejak peringkat akar umbi oleh ibu bapa, maka bangsa Malaysia akan menjadi lebih
cemerlang serta mampu bersaing dengan negara-negara maju di dunia.

Tema:Menabung
Pada era globalisasi,isu menabung kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di
Malaysia.Dari segi konsepsinya,menabung boleh ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang
ke dalam tabung untuk diguna pakai pada masa hadapan.Biasanya, kanak-kanak menabung
seawal usia 5 tahun.Amalan menabung bertepatan dengan peribahasa,sikit-sikit lama-lama jadi
bukit.Oleh itu, terdapat banyak kebaikan yang dapat saya peroleh hasil daripada amalan
menabung.
Antara kebaikan menabung ialah dapat menggunakan wang untuk menyambung pelajaran.Hal
ini demikian, dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa.Justeru, kita mestilah
menabung dalam jumlah yang konsisten setiap bulan. Natijahnya, ibu bapa kita tidak perlu
bergolok bergadai untuk membiayai kos pelajaran anak-anak.Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekiranya ibu bapa
memikirkan kemaslahatan masa depan anak-anak dengan menabung sejak awal lagi maka
pastinya masa depan anak-anak akan cerah.

Selain itu, kemaslahatan menabung ialah wang yang disimpan dapat digunakan pada waktu
kecemasan. Hal ini demikian kerana, wang tersebut dapat digunakan untuk membayar hutang
dan membayar kos perubatan luar jangka. Justeru, kita mestilah menabung agar memudahkan
kita di kemudian hari. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.
Sekiranya kita bersedia menghadapi saat-saat kecemasan sejak awal lagi maka, kita tidak akan
mengalami kesusahan.
Seyogia, faedah amalan menabung yang seterusnya ialah dapat membeli barangan mewah yang
dihajati. Dalam konteks ini, barangan mewah dan berkualiti mampu kita miliki hasil amalan
menabung. Biasanya, barangan mewah diimpikan oleh golongan berpendapatan sederhana dan
berpendapatan rendah. . Natijahnya, mereka tidak perlu berhutang walaupun memiliki barangan
eksklusif dan mewah. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, hendak seribu daya , tak hendak
seribu dalih. Sekiranya semua pelajar mengamalkan amalan menabung sejak kecil lagi maka,
mereka dapat membeli pelbagai barangan tanpa menyusahkan kedua-dua ibu bapa mereka.
Akhir kalam, isu menabung yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat perlu diberikan
perhatian oleh golongan pelajar. Semoga, amalan menabung dapat disubur biak dari peringkat
akar umbi lagi. Sememangnya amalan menabung memberikan pelbagai kemaslahatan kepada
umat manusia. Oleh itu, kita perlu bersinergi untuk memastikan amalan menabung dapat menjadi
amalan masyarakat Malaysia. Ingatlah bahawa sesungguhnya peribahasa bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian akan memayungi hidup golongan yang suka menabung.

Anda mungkin juga menyukai