Anda di halaman 1dari 5

Sajak

Mengintai Ruang Insaf


Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan Rangkap 1
Memburu nur-mu

Sewaktu berlari di padang hidup


Kerap berlaku tersadung selirat akar
Tubuhku tercalar duri pidana
Pada samar kejauhan Rangkap 2
Ancala mulia makin kabur
Dan mengilang
Sekadar songsang aksara kata
Tanpa kembali ke tunjang makna
“Apakah dalam saraf kilaf Rangkap 3
Masih terbuka ruang untuk
Dianugerahkan keinsafan.”

Rabb,
Moga pintu taubat-Mu terbuka Rangkap 4
Sebelum api bara itu daripada menyala
(Dipetik daripada Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 20)
Soalan Kefahaman:

1.Apakah maksud rangkai kata sarat khilaf?


Maksud rangkai kata sarat khilaf ialah penuh dengan kesilapan.

2. Apakah maksud baris-baris sajak tersebut?


Sewaktu berlaku di padang hidup
Kerap berlaku tersadung selirat akar
Tubuhku tercalar duri pudina
Maksud baris-baris sajak tersebut adalah ketika penyajak menjalani
kehidupan, dia kerap berada dalam keadaan kerakusan. Hal ini
menyebabkan dia sering melakukan kesilapan.
3. Berdasarkan rangkap terakhir dalam sajak tersebut, mengapakah
penyajak berdoa?

Berdasarkan rangkap terakhir dalam sajak tersebut, penyajak berdoa kerana


berharap agar pintu taubat untuknya dibuka oleh Tuhan sebelum imannya menjadi
goyah.

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara anda membimbing rakan


sebaya supaya insaf setelah mereka melakukan kesalahan ? Berikan
satu cadangan anda.

Pada pendapat saya, cara saya membimbing rakan sebaya supaya insaf setelah
melakukan kesalahan ialah menegur kesalahannya secara dipomasi. Contohnya,
apabila kawan saya melakukan kesalahan, saya akan menemainya, memberikan
nasihat dengan baik dan galakan untuk mengubah sikapnya.

Anda mungkin juga menyukai