Anda di halaman 1dari 10

AT 20103 ICT FOR SOCIAL SCIENCE

PENSYARAH: EN.FAUZIE BIN SARJANO


TUTOR: EN.NASIR

SOALAN 7 : BINCANGKAN PERANAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT KOMUNIKASI TERHADAP STRATIFIKASI
SOSIAL DAN KETAKSAMAAN SOSIAL DI MALAYSIA

NAMA
JULIANA SAMUEL EMANG

1.0 PENGENALAN

NO.MATRIK
BA13110142

Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun sebutan ringkasan IT


merupakan istilah yang sinonim dengan masyarakat hari ini. Begitulah juga
dengan

istilah

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

(Information

and

Communication technology) ataupun ringkasannya ICT. Oleh itu,kedua-dua istilah


tersebut seringkali menjadi topik perbualan di kalangan pelbagai lapisan
masyarakat. Malahan boleh dikatakan hampir semua golongan sama ada
individu,masyarakat, dan pemimpin di serata dunia telah didedahkan dengan
kedua-dua istilah tersebut.
Dunia sekarang berada dalam era teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK). Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat berhenti dari membicarakan
globlalisasi dan dunia tanpa sempadan. Teknologi maklumat dan komunikasi
memberi kesan dalam kehidupan manusia dan sudah menjadi satu budaya,
kerjaya dan gaya hidup. Manusia sudah tidak dapat dipisahkan daripada mesin
kerana mesin terutamanya Teknologi maklumat dan komunikasi mengubah cara
dan kualiti hidup. Setiap aspek kehidupan manusia mengalami anjakan
paradigm.
Menurut Mumford, teknologi adalah sebahagian daripada kebudayaan.
Perubahan penggunaan hasil kerja tangan dan alat yang dimanipulasi secara
manual kepada mesin adalah merupakan perubahan dalam nilai budaya.
1

Borbour

mengulas terdapat tiga aliran pandangan mengenai teknologi iaitu:

Teknologi sebagai pembebas, teknologi sebagai ancaman dan teknologi sebagai


alat kekuasaan.
Mereka yang melihat teknologi sebagai pembebas mempunyai pandangan
optimistic mengenai faedah yang dibawa oleh teknologi. Golongan pesimistik
sebaliknya

melihat

teknologi

sebagai

satu

ancaman

kerana

teknologi

menjejaskan hubungan sesame manusia. Pandangan yang mengatakan teknologi


sebagai alat kekuasaan pula melihat teknologi berpotensi digunakan oleh
mereka yang mempunyai kuasa sebagai alat penindasan, manakala golongan
yang tidak mempunyai kuasa pula menggunakan teknologi sebagai alat

1 Zawiyah Mohd Yusof & Nazura Abdul Manap,Teknologi Maklumat & Komunikasi:
Etika, Undang-Undang dan Sosial,Kuala Lumpur: McGrawHill(Malaysia)Sdn.Bhd,2005.hlm 25-26

pembebasan.Ketiga-tiga aliran pandangan ini mengakui adanya hubungan


sebab-munasabah antara sains,teknologi dan masyarakat.

2.0 DEFINISI KOMUNIKASI


Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal
dan komunikasi antara manusia.Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan
seperti perhubungan jalan raya keretapi dan kapal terbang. Komunikasi antara
manusia pula lebih tertumpu kepada perhubungan antara manusia yang
melibatkan penyampaian atau penukaran sesuatu utusan daripada individu
kepada individu yang lain sama ada secara bersemuka atau melalui perantaraan
media massa.2
Istilah

komunikasi

ialah

terjemahan

daripada

istilah

Inggeris,

communication. Istilah Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu
communcare

yang

bermaksud

to

make

common

atau

mewujudkan

persamaan.Hybels dan Weavers (1991), menyatakan komunikasi adalah apa saja


proses di mana melibatkan seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan.
Proses tersebut bukan hanya melibatkan percakapan dan tulisan perkataan
tetapi juga bahasa badan, gaya dan tingkahlaku dan meliputi apa saja perkara
yang memberi makna kepada mesej.
Diana Janun (1991), memetik pendapat Alexender Code (1959), yang
memberi

definisi

komunikasi

sebagai

maklumat

yang

dijadikan

milik

bersama.Berdasarkan kepentingan sumber dalam komunikasi, maka Irving Janis


(1953),mendefinisikan komunikasi sebagai proses ransangan secara lisan untuk
memperigaruh

perlakuan

individu

lain.

Steven

(1966)

menyatakan

pandangannya dari perspektif penerima,di mana komunikasi adalah tindakbalas


individu terhadap ransangan.

3.0 DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

2 Mokhtar Muhammad.2004. Komunikasi & Perubahan. Shah Alam: Universiti Teknologi


Mara

Istilah ICT didefinisikan sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini


untuk berhubung di antara satu sama lain. ICT merangkumi komunikasi tanpa
sempadan

di

mana

berkomunikasi

atau

tidak

ada

berinteraksi

jurang

pemisah

pada

bila-bila

untuk

kedua-dua

masa.Takrifan

pihak

tersebut

memberikan maksud bahawa ICT melibatkan penggunaan suatu teknologi


sebagai alat dalam melaksanakan proses komunikasi danmenjadi medium
penghubung di antara pelbagai pihak tanpa mengira situasi,masa, dan lokasi
geografi.3

Terdapat tiga komponen utama yang membangunkan system ICT. Ia


melibatkan kombinasi tiga perkara utama, iaitu teknologi computer, teknologi
komunikasi, dan teknologi media. Sinergi di antara ketiga-tiga teknologi tersebut
berupaya menggerak dan mewujudkan satu kuasa teknologi yang bernilai dan
berdaya maju dalam aspek komunikasi atau perhubungan. Dari aspek kombinasi,
integrasi yang efektif dan mantap di antara ketiga-tiga teknologi tersebut adalah
penting supaya system Ict yang dibangunkan mampu menyokong perhubungan
di kalangan pelbagai pengguna. Integrasi yang utuh juga penting dari perspektif
perniagaan memandangkan ia adalah penentu kepada darjah penerimaan dan
kepercayaan pengguna terhadap aplikasi IT yang digunakan dalam transaksi
perniagaan.4

Terdapat juga penulis yang mendefinisikan ICT sebagai penggabungan


antara teknologi computer, multimedia dan system telekomunikasi. Untuk
memudahkan pemahaman dan penguasaan para pembaca dalam bidang ICT,
maka elemen atau komponen utama yang membangunkan ICT perlu dikenal
pasti. Antara komponen utama dalam system ICT ialah computer. Oleh itu, setiap
lapisan masyarakat perlu mempelajari dan memahami computer terlebih dahulu
sebelum menguasai dan menerokai bidang ICT secara keseluruhannya. 5
3 Abdul Manaf Bohari,Isu-Isu Profesional ICT di Malaysia, Teknologi dan
Perniagaan,Selangor : IBS BUKU SDN.BHD,2005.hlm 29
4 Ibid.hlm 30
5 Ibid

4.0 STRATIFIKASI SOSIAL


Berasal dari bahasa Latin iaitu stratum yang bererti tingkatan dan Socius yang
bererti teman atau masyarakat.Secara umumnya, Stratifikasi sosial adalah
tingkatan

sosial

yang

ada

dalam

masyarakat.Menurut

Horton

dan

Hunt,stratifikasi sosial bererti sistem perbedaan status yang berlaku dalam suatu
masyarakat. Masyarakat terbahagi pula kepada beberapa stratifikasi sosial
bergantung kepada apa yang dihargai dan dinilai sebagai baik dan diperlukan
oleh masyarakat yang berkenaan. Contohnya kemahiran atau jawatan yang
dipegang oleh seseorang (menurut David & Moore),kriteria kekeluargaan, sifat
peribadi, pencapaian dan benda-benda yang dimiliki (menurut Takot Persons),
kriteria agama, tanggung jawab, berpendidikan dan kedudukan ekonomi
(menurut Husin Ali) dan faktor jantina (Christian Delphy). Unsur dan kriteria
seperti yang dinyatakan itu merupakan faktor-faktor yang meletakkan seseorang
itu berada dalam kelas sosial tertentu.

Dengan itu stratifikasi sosial bererti perbezaan individu dalam masyarakat


yang menyebabkan kemunculan satu hirarki yang terdiri daripada lapisan orang
yang berlainan kedudukan. Pada kebiasaannya, kelas masyarakat di negara ini
dibahagikan mengikut kriteria tahap pendidikan dan umur. Oleh itu kelas sosial
negara ini bolehlah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan elit
(terpelajar dan berkedudukan tinggi), kumpulan orang awam (kurang terpelajar),
kumpulan remaja dan kanak-kanak.
Hubungan di antara media dan stratifikasi sosial adalah dalam bentuk
peranan dan pengaruh media terhadap masyarakat sasaran dan bagaimana pula
masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai strata ini menerima media
massa dalam bentuk yang mereka pilih. Media massa dan masyarakat
sememangnya tidak dapat dipisahkan perkaitan antara keduanya. Tanpa media,
masyarakat tidak mendapat berita, pengetahuan dan hiburan. Tanpa masyarakat
pula, media tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan kerana media
kehilangan khalayak. Perkaitan yang sangat rapat ini memberi kesan pro dan
kontra terhadap kehidupan sesebuah masyarakat.

6 Stratifikasi sosial.https://www.scribd.com/doc/25198935/Stratifikasi-Sosial

Dalam konteks media dan masyarakat, pembentukan masyarakat akan


dilihat daripada sudut bagaimana media massa berperanan dalam pembentukan
minda sesebuah masyarakat dan bagaimana pula masyarakat tersebut memberi
maklum balas mereka terhadap media serta kesan-kesan yang timbul akibat
daripada penglibatan media dalam masyarakat yang mempunyai berbagai-bagai
stratifikasi.

5.0 PERANAN TMK TERHADAP STRATIFIKASI SOSIAL


Peranan dan fungsi media massa adalah berlainan bagi tiap-tiap golongan elit,
menengah dan bawahan. Golongan Elit memerlukan segala maklumat yang
sesuai untuk memastikan keberkesanan dasar dan rancangan mereka.Dalam
bidang Ekonomi,golongan ini memanfaatkan Teknologi Maklumat dan komunikasi
semaksimum mungkin untuk kepentingan mereka seperti ruang saham, beritaberita ekonomi, perkembangan perdagangan semasa di erena antarabangsa dan
sebagainya.Golongan elit politik pula memanipulasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

sebagai

alat

propaganda.Golongan

Menengah

menggunakan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai satu bidang kemasyarakatan yang


penting, penyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat,sumber maklumat dan
penyalur hiburan.Golongan Bawahan menganggap Teknologi Maklumat dan
Komunikasi sebagai satu alat yang member hiburan dan keseronokan sematamata tanpa mengambil manfaat daripada maklumat-maklumat semasa dan
kemasyarakatan.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia telah
mempengaruhi pelbagai transformasi telah berlaku. Teknologi maklumat dan
komunikasi bukan sahaja memberi peranan kepada bidang ekonomi, pendidikan,
dan kerajaan malahan telah mempengaruhi perubahan kepada stratifikasi sosial
di Malaysia. Di mana, teknologi maklumat dan komunikasi membuka peluang
kepada masyarakat untuk mengubah kedudukannya tanpa ada halangan dan
belenggu

nilai

tertentu.

Sebelum

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

berkembang di Malaysia kita boleh imbas kembali struktur sosial di Tanah Melayu
sebelum British memerintah Tanah Melayu, di mana susun lapis masyarakat
ketika itu tidak bebas untuk mengubah keduduknya. Ini kerana susun lapis
masyarakat yang berbeza-beza mengikut kedudukan, kekuasaan dan perwarisan
yang diturunkan kepada generasi yang seterusnya. Sebagai contohnya, jika satu

keluarga adalah golongan petani dan pedagang maka pekerjaan yang sama akan
diwarisi oleh genarasi yang seterusnya. Hal ini kita boleh lihat bahawa
masyarakat di Tanah melayu sebelum kedatangan kuasa barat tidak bebas untuk
mengubah struktur sosialnya.7
Setelah teknologi maklumat dan komunikasi berkembang dengan pesat
masyarakat tidak ada halangan lagi untuk mengubah struktur sosialnya. Ini
kerana pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi membantu
mencapai kejayaan dalam kehidupan masyarakat. Individu yang menceburi
dalam perniagaan tidak lagi seperti dahulu di mana kedudukannya masih
dianggap golongan bawahan atau kurang dihormati oleh masyarakat yang
berkedudukan

tinggi.

Kemunculan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

membolehkan perniagaan satu individu berkembang dengan mudah sehingga ia


menjadi

kaya

dan

mempunyai

pendapatan

yang

mendadak.

Ini

kerana

pengunaan TMK seperti Internet untuk mempromosikan barangan atau produk


telah membantu meningkatkan pendapatan malahan mengubah susun lapisnya
kepada golongan atasan. Oleh itu kita boleh simpulkan bahawa kemajuan dalam
TMK mampu mengubah kedudukan satu individu tanpa ada halangan pihak lain.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga mampu mengubah sistem pekerjaan


tanpa mengira kedudukan sosial dalam masyarakat. Merujuk kepada sejarah
Tanah Melayu sebelum kedatangan British, dapat dilihat bahawa sistem
pekerjaan adalah mempunyai batasan tertentu. Di mana golongan bawahan
tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan.
Golongan bawahan hanya boleh bekerja dalam bidang pertanian, perikanan dan
sebagainya. Manakala golongan atasan boleh menjawat jawatan kerajaan
dengan lebih baik kerana perwarisan dan keturunan diutamakan ketika itu.
Apabila wujunya teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia boleh
dilihat bahawa penawaran pekerjaan itu tidak lagi berdasarkan keturunan atau
perwarisan

tetapi

diukur

berdasarkan

kelayakan

pendidikan,

kemahiran,

pencapaian, dan pengalaman. Ini kerana TMK memainkan peranan penting untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak melihat kepada rekod
7 Kajian sosial:stratifikasi dan mobiliti
sosial.http://www.scribd.com/doc/35414834/kajian-sosial-Stratifikasi-dan-MobilitiSosial

kejayaan keluarga yang seterusnya diwarisi kepada generasi baru walaupun ia


tidak layak untuk mengantikannya dalam pekerjaan tertentu. TMK juga
membantu memajukan bidang pertanian dan perindustrian. Oleh itu pekerjaan
dalam bidang industri dan pertanian boleh meningkatkan pendapatan individu
dengan bantuan peralatan teknologi yang canggih. Sebelum TMK maju di
Malaysia mereka yang bekerja dalam bidang perindustrian dan pertanian adalah
golongan yang rata-ratanya adalah miskin.

6.0 KETAKSAMARATAAN SOSIAL


Ketaksamaan sosial saling berkaitan dengan stratifikasi sosial, namun masih ada
konsep dan maksudnya yang tersendiri. Menurut Kantayya,ketaksamaan sosial
merujuk kepada penyusunan anggota masyarakat ke dalam kedudukan atau
kelompok yang memiliki sumber atau ciri yang dihargai dalam masyarakat.
Menurut Zawiyah,

ketaksamaan

sosial

adalah

satu

konsep

umum yang

merangkumi apa-apa bentuk penyusunan manusia ke dalam kedudukan sosial


yang tidak sama rata. Oleh itu ketaksamaan sosial dapat dilihat dalam
ketidakseimbangan dari segi aspek layanan dan kepuasan dalam struktur
ekonomi, kaum dan gender. Dari segi ekonomi dapat dilihat bahawa orang
bawahan mungkin hanya boleh bertani di mana golongan ini kurang bebas untuk
mengubah bidang tersebut kepada bidang yang lain. Selain itu, dalam pekerjaan
juga terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita.

7.0 PERANAN TMK TERHADAP KETAKSAMARATAAN


SOSIAL
Teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia juga memainkan peranan yang
penting kepada ketaksamaan sosial. Ketaksamaan sosial di Malaysia merupakan
satu isu yang sering diberi perhatian oleh masyarakat. Ini kerana masyarakat di
Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama, dan budaya. Hal ini kemungkinan
faktor kepada berlakunya ketaksamaan sosial di Malaysia. Namun dengan ada
teknologi maklumat dan komunikasi perkara ini akan dikurangkan atau boleh
diatasi dengan baik.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia membantu


merapatkan jurang dalam pendidikan antara luar Bandar dengan Bandar.
Sebelum perkembangan TMK di Malaysia penduduk luar Bandar sering diabaikan
dari segi pembangunan dan bantuan yang kurang disalurkan kepada masyarakat
luar Bandar. Hal ini menyebabkan luar Bandar banyak ketinggalan dalam bidang
pendidikan kerana kurangnya pembangunan di yang dilakukan oleh kerajaan.
Namun perkembangan TMK yang begitu pesat kerajaan telah menyalurkan
peruntukan di luar Bandar untuk membina pelbagai kemudahan seperti makmal
komputer atau bilik komputer, di setiap sekolah, rangkaian jalur lebar dan
sebagainya. Usaha pembinaan TMK di luar Bandar ini supaya masyarakat luar
bandar mempunyai kemudahan seperti masyarakat bandar.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga berperanan untuk merapatkan


jurang

antara

masyarakat

iaitu

dari

segi

pemerolehan

maklumat

dan

pengetahuan semasa. Pengunaan TMK seperti internet dapat memberi maklumat


kepada masyarakat setelah melayari internet di sekolah atau di rumah.
Pengunaan internet juga boleh digunakan untuk mencari maklumat dan
berkongsi maklumat dengan pantas melalui website, website berita, dan
sebagainya yang boleh menambah ilmu pengetahuan masyarakat. Selain itu
juga, masyarakat luar bandar dengan bandar juga boleh berbincang mengenai
pelajaran

dengan rakan melalui pembinaan kumpulan dalam laman sosial

(facebook). Hal ini akan menambah ilmu pengetahuan serta merapatkan


hubungan yang baik anatara pelajar. Penduduk luar bandar juga boleh
menjimatkan masa dan kos kerana ada perkhidmatan perbankan secara talian
yang boleh digunakan untuk memindahkan wang kepada akaun bank yang sama
atau yang lain. oleh itu perkembangan TMK di luar bandar memberi faedah
kepada masyarakat dan setaraf dengan masyarakat bandar. Ilmu pengetahun
masyarakat luara bandar juga setanding dengan penduduk bandar.

8.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan,Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat dijelaskan
bahawa memainkan peranan yang penting untuk keseimbangan dan keadilan

terhadap stratifikasi sosial dan ketaksamaan sosial di Malaysia.Ini menunjukkan


bahawa TMK dapat mengubah masyarakat dalam pelbagai bidang yang diceburi
dan diminati. Perubahan yang baik ini diharapkan dapat berkekalan demi
keselesaan dan kebebasan masyarakat untuk mengubah kehidupan seharian
dengan lebih baik.TMK bukan sahaja memberi keseimbangan dalam pelbagai
perkara malahan menawarkan pekerjaan kepada masyarakat berdasarkan
kemahiran yang ada pada individu tersebut.Oleh itu, perkembangan TMK sudah
tentu memberi kesan yang positif kepada individu, masyarakat dan negara.

RUJUKAN
Mokhtar Muhammad.2004. Komunikasi & Perubahan. Shah Alam: Universiti
Teknologi Mara
Zawiyah Mohammad Yusof & Masni Mohd.2003. Sains Sosial & Teknologi
Maklumat. Kuala Lumpur: Prentice Hall Pearson
Abdul Razaq, A., Norhasni, Z.A., Jamaludin B. and Pang S. W.2009. Computer
Usage and Achievement among Adults in Rural Area Malaysia. Journal of Social
Sciences
http://www.scribd.com/doc/35414834/kajian-sosial-Stratifikasi-dan-Mobiliti-Sosial

Anda mungkin juga menyukai