Anda di halaman 1dari 10

Amali 1(a)

Objektif : Untuk mengkaji tumbuhan memerlukan cahaya matahari


untuk menghasilkan makanan
Hipotesis : Kehadiran cahaya matahari membantu tumbuhan dalam
proses fotosintesis.
KPS/ KBKK/ NILAI MURNI

Pembolehubah :
Dimanipulasi : Kehadiran cahaya matahari
Bergerak balas : Warna daun / Kesegaran daun
Dimalarkan : Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah :
1. Sepohon tumbuhan hijau yang berdaun segar dan besar dipilih.
2. Sehelai daun dipilih dan bahagian tengahnya ditutup dengan sekeping kertas
hitam dan diklipkan dengan klip kertas seperti dalam (rajah 1) supaya kertas
itu tidak tertanggal.
3. Tumbuhan tersebut dibiarkan begitu untuk beberapa hari.
4. Selepas itu, kertas hitam itu ditanggalkan dan sebarang perubahan yang
diperhatikan direkodkan dalam jadual.

Gambarajah:

Pemerhatian / Keputusan :

Pemerhatian Inferens
Bahagian yang ditutup dengan kertas Kertas hitam telah menghalang cahaya
hitam kelihatan kuning dan tidak segar. sampai kepada daun .

Perbincangan :
1. Sebelum eksperimen dijalankan, daun pada tumbuhan tersebut kelihatan warna
hijau dan keadaannya segar.
2. Selepas eksperimen , daun pada tumbuhan tersebut bertukar warna menjadi
hijau kekuningan dan kelihatan kurang segar.
3. Ini adalah kerana tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan
makanan. Proses ini dipanggil fotosintesis.
4. Semasa proses fotosintesis berlaku tumbuhan hijau membuat makanan sendiri
(kanji) dengan kehadiran cahaya matahari.
5. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga ini untuk membuat makanan dengan
bantuan kehadiran karbon dioksida yang terdapat di udara dan air.
6. Ianya menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada
bahan makanan.
7. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapat
cahaya matahari dan kanji akan terhasil di dalam fotosintesis.Tumbuhan
memerlukan cahaya matahari untuk hidup dengan subur dan sihat.

Kesimpulan:
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis.

Amali 1(b)
Objektif : Untuk mengkaji kehadiran kanji pada daun
Hipotesis : Kehadiran cahaya matahari membantu tumbuhan dalam
proses fotosintesis dan penghasilan kanji.
Pembolehubah :
Dimanipulasi : Kehadiran cahaya matahari
Bergerak balas : Warna daun dalam ujian kanji
Dimalarkan : Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah :
1. Sepohon pokok keembung yang segar dimasukkan ke dalam almari gelap
selama satu hari.
2. Tumbuhan itu kemudian dikeluarkan dan sehelai daripada daun itu dipilih.
3. Sebahagian daripada daun tersebut ditutup dengan kertas hitam dan diklipkan
supaya tidak tertanggal.
4. Tumbuhan itu didedahkan kepada cahaya matahari untuk beberapa jam, Daun
yang ditutup dengan kertas hitam tadi dipetik, ditanggalkan kertas hitam.
5. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk melembutkan daun.
6. Methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan
daun hijau dimasukkan ke dalamnya.
7. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas. (penunu
Bunsen tidak dinyalakan kerana methanol mudah terbakar)
8. Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Daun yang telah
dinyahwarna diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji.
9. Daun itu dibersihkan dengan air.
10. Daun tadi diletakkan di atas jubin putih dan dititikkan larutan iodin.
11. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual di bawah.

Pemerhatian / Keputusan :

Keadaan Daun Ujian Kanji Inferens

Bahagian daun yang Tompok-tompok biru tua Terdapat kehadiran kanji


terdedah kepada kelihatan. dan ia menukarkan
cahaya matahari. warna kuning perang
iodin kepada biru tua.

Bahagian daun yang Warna iodin kuning perang Tidak ada kanji pada
ditutup dengan kekal pada bahagian daun untuk menukarkan
kertas hitam. tersebut kuning perang iodin
kepada biru tua.

Perbincangan :

1. Eksperimen ini adalah untuk menguji kehadiran kanji pada daun hijau.
2. Kanji hadir apabila tumbuhan menghasilkan makanan dengan adanya cahaya
matahari melalui proses fotosintesis.
3. Kehadiran kanji boleh diuji apabila terdapat tompok biru pada daun setelah
titisan iodin diletakkan pada permukaan daun yang telah dididihkan.
4. Daun dididihkan dalam air mendidih selama lima minit. Tujuan daun dididihkan
adalah untuk membunuh sel dan memecahkan sel yang terdapa tdi dalam daun
serta untuk mengeluarkan klorofil.
5. Kemudian daun dicelupkan dalam metanol yang direndam dalam air panas bagi
membuka klorofil dan seterusnya melunturkan warna hijau pada daun.
6. Ini bagi membolehkan sebarang perubahan warna dapat dilihat dengan jelas
semasa ujian kanji.
7. Daun dicelupkan kembali ke dalam air panas bagi membuang metanol daripada
daun kerana metanol telah menyebabkan daun menjadi keras.
8. Kehadiran kanji yang ditunjukkan oleh perubahan warna iodin kuning perang
kepada biru tua menunjukkan daun dapat menjalani proses fotosintesis dan kanji
terhasil apabila ada cahaya matahari.
9. Bahagian yang ditutup dengan kertas hitam tidak menunjukkan perubahan warna
biru tua kerana makanan(kanji) tidak terhasil disebabkan ketidakhadiran cahaya
matahari.
10. Ini membuktikan cahaya matahari sangat diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk
menghasilkan makanan.
Langkah berjaga-jaga :
Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil daripada eksperimen ini :
1. Pastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti
api daripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar.
2. Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas.
Keputusan :
Apabila tumbuhan mendapat sumber cahaya matahari, maka proses
fotosintesis boleh berlaku dan kanji (makanan dalam tumbuhan)
terhasil.

Objektif : Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.


Hipotesis : Tumbuhan memerlukan klorofil untuk
menghasilkan makanan
Pembolehubah :
Dimanipulasi : Kehadiran klorofil
Bergerak balas : Warna daun dalam ujian iodin
Dimalarkan : Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah :
1. Sehelai daun varigasi yang telah terdedah kepada cahaya matahari
selama beberapa jam dipetik.
2. Taburan warna hijau pada daun dilukis.
3. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk melembutkan daun.
4. Methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan
daun hijau dimasukkan ke dalamnya.
5. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas. (penunu
Bunsen tidak dinyalakan kerana methanol mudah terbakar)
6. Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Daun yang telah
dinyahwarna diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji.
7. Daun dicelupkan di dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkan
daun tersebut.
7. Daun diletakkan di atas jubin putih dan beberapa titis larutan iodin dititiskan ke
atasnya.
8. Pemerhatian direkodkan .
.
Pemerhatian / Keputusan :

Keadaan Daun Ujian Kanji Inferens

Daun varigasi (tidak Bahagian yang berwarna Bahagian yang bertompok


serata warna pada hijau telah bertukar hijau mempunyai kanji pada
permukaan) kepada biru tua untuk menukarkan warna
perang iodin kepada warna
biru tua.

Bahagian yang berwarna Bahagian bertompok putih


putih tidak berubah tiada kanji

Perbincangan :
1. Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu
keperluan asas dalam proses fotosintesis.
2. Untuk menguji keperluan klorofil, daun varigasi digunakan dalam eksperimen ini.
Daun varigasi merupakan daun yang mempunyai bahagian berwarna hijau dan
juga bahagian yang tidak berwarna hijau.
3. Bahagian hujung daun dan urat daun serta jalur-jalur tidak diliputi dengan warna
hijau. Bahagian daun yang berwarna hijau mempunyai klorofil yang
membolehkan daun menjalani proses fotosintesis. Manakala, bahagian yang
bukan berwarna hijau tidak dapt menjalani proses fotosintesis kerana tiadanya
klorofil pada bahagian itu.
4. Ini adalah kerana klorofil merupakan pigmen utama yang mengambil cahaya
matahari dan memantulkannya semula sebagai warna hijau. Bahagian berwarna
selain dari warna hijau tidak mempunyai klorofil kerana pigmen klorofil yang
dominan telah didominasi oleh pigmen yang lain. Selepas eksperimen, tompok
biru tua hanya kelihatan pada bahagian daun yang berwarna hijau dan bukan
pada bahagian yang bukan berwarna hijau.
5. Hal ini menunjukkan kehadiran klorofil pada bahagian berwarna hijau yang
membantu dalam proses fotosintesis.

Kesimpulan:

Proses fotosintesis hanya berlaku dengan kehadiran klorofil pada


tumbuhan.

Objektif : Mengkaji kepentingan karbon dioksida bagi


proses fotosintesis.
Hipotesis : Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk
menghasilkan makanan
Pembolehubah :
Dimanipulasi : Kehadiran karbon dioksida
Bergerak balas : Warna daun dalam ujian iodin (kehadiran kanji)
Dimalarkan : Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Kaedah :
1. Dua pasu tumbuhan diletakkan di dalam gelap semalaman untuk mengurangkan
kehadiran kanji.
2. Pasu tersebut ditutup dengan beg politina untuk menghalang penerimaan udara
oleh tumbuhan.
3. Tumbuhan diletakkan di dalam balang kaca dan dilabelkan A dan B setiap
satunya.
4. Dalam baIang A ; diletakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon
dioksida . Udara di dalam balang A bebas dari karbon dioksida.
5. Balang B ; satu bukaan yang membenarkan udara atmosfera memasukinya di
buat.
6. Kedua-dua balang diletakkan ini dibawah cahaya matahari selama beberapa
hari.
7. Kehadiran kanji bagi daun diuji dengan langkah 2 hingga 6 diulang seperti
kaedah (1b).
8. Pemerhatian direkodkan. A B
Matahari

Balang
Tumbuha
n

Kalium
Hidroksid
a

Pemerhatian / Keputusan :

Keadaan Daun Ujian Kanji Inferens

Dalam bilik gelap + Larutan iodin tidak menunjukkan Tiada kanji pada daun
(Kalium Hidroksida) perubahan pada daun dalam
Balang A

Kelihatan tompok-tompok biru tua Terdapat kanji pada


pada daun dalam Balang B daun

Perbincangan :
1. Eksperimen ini dijalankan untuk menguji kepentingan karbon dioksida untuk proses
fotosintesis.
2. Daun yang tidak dibekalkan dengan karbon dioksida iaitu balang A yang
mempunyai Kalium Klorida, tidak menunjukkan kehadiran kanji pada daun
manakala daun yang memperolehi bekalan karbon dioksida dari udara
menunjukkan kehadiran kanji.
3. Ini menunjukkan bahawa karbon dioksida sangat penting untuk fotosintesis.

Kesimpulan :
Karbon dioksida sangat penting untuk proses fotosintesis.

Fotosintesis ialah proses membuat makanan yang berlaku dalam tumbuhan hijau.
Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari, klorofil,karbondioksida dan air
untuk proses fotosintesis.

Objektif : Mengkaji kepentingan air bagi proses


fotosintesis.
Hipotesis : Tumbuhan memerlukan air untuk
menghasilkan makanan
Pembolehubah :
Dimanipulasi : Kehadiran air
Bergerak balas : Warna daun dalam ujian iodin (kehadiran kanji)
Dimalarkan : Saiz daun . jumlah cahaya matahari ,
jenis tumbuhan , tempat penyiasatan
Kaedah :
1. 2 pasu anak pokok keembung disediakan.
2. Pasu-pasu tadi dilabelkan A dan B
3. Kedua-dua pasu tersebut didedahkan pada cahaya matahari.
4. Anak pokok di pasu A tidak disiram dengan air , manakala anak pokok di pasu
B disirami air dengan secukupnya.
5. Pemerhatian dibuat setiap hari selama 5 hari.
6. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.

Pemerhatian / Keputusan :

Pasu Pemerhatian Inferens


A Tumbuhan kelihatan layu dan Ketiadaan air menyebabkan
hampir mati. tumbuhan tidak subur.

B Tumbuhan kelihatan masih segar Kehadiran air membantu


dan sihat. tumbuhan menjadi subur dan
segar.

Perbincangan :
1. Eksperimen ini menunjukkan air penting untuk kesegaran dan kesuburan
tumbuhan.
2. Tumbuhan di Pasu A tidak disiram dengan air dan disebabkan ketiadaan air,
tumbuhan kelihatan layu dan hampir mati walaupun cahaya matahari, klorofil dan
juga karbon diosida hadir.
3. Tumbuhan di Pasu B kelihatan segar dan sihat kerana kehadiran air sangat
membantu dalam proses fotosintesis dengan cahaya matahari , klorofil dan
karbon dioksida.
4. Ini menunjukkan air penting untuk tumbuhan dalam proses menghasilkan
makanan.

Kesimpulan :
Air sangat penting untuk proses fotosintesis.

Anda mungkin juga menyukai