Anda di halaman 1dari 13

AMALI 5

: UNTUK MENYIASAT SYARAT-SYARAT YANG PERLU UNTUK

FOTOSINTESIS Tujuan : a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun hijau. b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis. c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil amat penting untuk fotosintesis. d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah diperlukan untuk proses fotosintesis. e) Untuk menunjukkan oksigen yang dihasilkan semasa proses fotosintesis.

Teori Fotosintesis bermaksud satu proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Fotosintesis juga bermaksud sintesis dengan bantuan cahaya iaitu satu proses klorofil yang mengandungi sel, mensintesis karbohidrat daripada karbon dioksida dan air dengan menggunakan cahaya matahari. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. 6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O Namun demikian, kajian menunjukkan oksigen yang dihasilkan semasa fotosintesis adalah berasal daripada air dan bukan C O2. . Semasa proses fotosintesis, cahaya dan karbon dioksida diperlukan. Tumbuhan amat memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada tenaga ketika matahari menghasilkannya melalui simpanan hidrogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi. Tumbuhan mendapat tenaga.melalui fotosintesis . Air merupakan pelarut bagi mineral yang diperlukan oleh tumbuhan. Penyejatan air di atas permukaan daun dapat menyejukkan tumbuhan ketika cuaca panas . Dari susunan daun, kebanyakkan tumbuhan membentangkan daunnya mengikut satu pola yang disebut susunan mozek daun dengan penindihan yang minimum. Ini membolehkan sehelai daun menerima cahaya secara maksimum. Dari segi bentuk, kebanyakkan daun adalah lebar dan pipih. Bentuk yang lebar akan membekalkan luas

permukaan yang besar untuk penyerapan cahaya dan karbon dioksida. Manakala bentuk yang pipih pula bererti bahawa cahaya dan karbon dioksida tidak perlu bergerak jauh untuk sampai kepada setiap sel mesofil di dalam daun. Tumbuhan hijau memerlukan gas karbon dioksida daripada udara untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan. Udara yang kotor, dan berjerebu akan menyebabkan cahaya matahari terhalang untuk sampai ke tumbuhan, ini akan mengakibatkan tumbuhan akan mati. Bahan-Bahan :

1. Daun 2. Hydrilla atau mana-mana tumbuhan air 3. Bikar 4. Balang kaca 5. Corong turas 6. Beg politena 7. Tabung uji 8. Jubin putih 9. Metanol 10. Larutan Iodin 11. Air mendidih 12. Kalsium hidroksida 13. Hidroksida Kalium

(a) Untuk mengkaji kehadiran kanji dalam daun hijau. Kaedah : 1) Sekeping daun telah dipetik daripada tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam. 2) Daun tersebut telah diletakkan di dalam air yang mendidih.Ini bertujuan untuk mematikan dan melembutkannya. 3) Sedikit mentanol telah diletakkan ke dalam tabung didih dan dimasukkan bersama daun tadi. 4) Tabung didih tadi diletakkan ke dalam bikar yang mengandungi air panas. Penunu Bunsen tidak dinyalakan kerana Metanol adalah sangat mudah terbakar. 5) Selepas 5 minit ,daun tersebut dikeluarkan dan telah dipastikan warna daun telah dilumturkan. Metanol boleh melarutkan klorofil tetapi tidak kanji. 6) Daun telah dicelup lagi di dalam air panas selama beberapa saat untuk melembutkannya lagi. 7) Ratakan daun di atas jubin putih dan meletakkan tiga atau empat titik larutan iodin dititiskan ke atasnya. 8) Pemerhatian telah di catatkan.

Keputusan:

Pemerhatian Terdapat perubahan iaitu daun tersebut bertukar warna kepada biru gelap selepas dititiskan

Inferens Perubahan warna menunjukkan daun itu mengandungi kanji dan berlaku proses fotosintesis.

larutan iodin.

Perbincangan: Daun perlu diletakkan di dalam air panas untuk mematikan sel dan membuka sel membran untuk memudahkan titisan iodin memasuki sel. Daun perlu diletakkan di dalam alkohol panas bertujuan untuk membuang klorofil hijau supaya keputusan akhir dapat dilihat secara jelas. Daun direndam di dalam air panas bertujuan untuk membuang alkohol supaya titisan iodin dapat menembusi daun. Untuk menguji kehadiran kanji daun perlu dilitupi dengan larutan iodin . Iodin akan menukarkan kanji berwarna biru gelap. Perubahan warna daun ke kuning kecoklatan menunjukkan tiada kanji. Perubahan warna daun ke biru gelap menunjukkan kehadiran kanji. Jika tumbuhan menghasilkan kanji, ini menandakan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Daun mempunyai kloroplas. Kloroplas adalah suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel tumbuhan dan tiada di dalam sel haiwan. Kloroplas terdiri daripada dua bahagian, iaitu stroma dan grana. Stroma merupakan cecair matrik tanpa berwarna yang terdapat dalam kloroplas. . Kloroplas ini mengandungi klorofil yang terletak di grana , Fungsinya adalah untuk memerangkap tenaga sinar matahari untuk melaksanakan fotosintesis pada klorofil grana tersebut.grana ialah timbunan cakera nipis yang terdapat dalam stroma. Setiap granum mempunyai klorofil yang menyerap tenaga cahaya untuk fotosintesis.

Gambarajah kloroplas

Kloroplas mengandungi klorofil dan hanya terdapat pada sel tumbuhan. Kloroplas merupakan pigmen hijau yang berfungsi untuk menyerap tenaga cahaya matahari semasa proses fotosintesisPerubahan ke warna hitam biru menunjukkan adanya kanji di daun hijau dan berlakunya proses fotosintesis.

Kesimpulan: Daun hijau yang telah terdedah kepada cahaya matahari mempunyai kanji dan semasa ujian dijalankan ia akan berlaku perubahan warna kepada biru gelap.. Daun hijau yang terdedah dengan cahaya akan mempunyai kanji dan daun tersebut akan bertukar warna kepada biru gelap jika ada kehadiran kanji.

B : Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis.

Kaedah : 1) Simpan sepohon pokok dalam pasu di dalam kegelapan selama kira-kira 24 jam. 2) Petik daun dari tumbuhan tersebut. 3) Daun telah diuji untuk menguji kehadiran kanji.( langkah- 2-6 seperti di a telah diulangi) 4) Pemerhatian telah di catatkan.

Pemerhatian: Apabila diperhatikan warna biru gelap hanya berada pada bahagian hijau di dalam daun sahaja tidak dibahagian warna lain.

Perbincangan: Bahagian daun yang berwarna hijau mengandungi klorofil dan mempunyai warna biru gelap yang mengandungi kanji. Kanji akan terhasil apabila ada kehadiran klorofil ini menunjukkan klorofil amat diperlukan semasa proses fotosintesis. Daun yang mempunyai warna lain yang selain dari hijau, bahagian hijau mengandungi klorofil manakala bahagian yang berwarna selain hijau tidak terdapat klorofil. Kesimpulan: Klorofil amat penting dalam proses fotosintesis.

: Untuk menunjukkan bahawa klorofil amat penting untuk fotosintesis.

Kaedah : 1) Sehelai daun beraneka warna telah didedahkan kepada sinar matahari selama

beberapa jam dipetik. 2) Sebuah gambar rajah telah dilukis untuk menunjukkan edaran warna hijau di daun. 3) Ujian kehadiran kanji pada daun tersebut telah diuji. Langkah 2-6 dalam (a) diulang. 4) Pemerhatian telah direkodkan.

Gambar rajah:

Keputusan : Pemerhatian Inferens

Terdapat gelembung - gelembung udara yang dibebaskan dalam air panas.

Klorofil yang ada pada daun tersebut telah dimusnahkan.

Perubahan warna air panas bertukar menjadi warna hijau.

Sebahagian daripada daun telah bertukar kepada warna biru gelap apabila daun di titiskan dengan larutan iodin.

Terdapat kehadiran kanji pada daun tersebut.

Perbincangan: Proses fotosintesis pada tumbuhan hanya akan berlaku di dalam cahaya, jika tiada kehadiran cahaya fotosintesis tidak akan berlaku. Semua gas yang telah dikeluarkan oleh Hydrila dikumpulkan di dalam tabung uji. Corong digunakan untuk menyalurkan gas ke dalam tabung uji air. Gas yang tidak berwarna telah dikumpul daripada 2 tabung uji tersebut. Gas tersebut menjulangkan api dari kayu bara. Hydrilla di dalam cahaya: gas yang dikeluarkan adalah oksigen yang menjulang kayu bara. Hydrilla di dalam gelap: gas tersebut adalah karbon dioksida menyebabkan air kapur menjadi keruh dan disedut oleh kapur soda. Semasa proses fotosintesis, oksigen akan terhasil dan karbon dioksida akan digunakan di dalam proses fotosintesis.

Kesimpulan : Klorofil merupakan salah satu komponen yang penting untuk proses fotosintesis, ia menolong tumbuhan hijau untuk menyerap tenaga daripada cahaya matahari. Bahagian tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil sahaja akan dapat menunjukkan kehadiran kanji, tetapi bahagian warna lain tidak dapat menunjukkannya..

Soalan : 1. Apa yang anda perhatikan mengenai taburan warna biru-hitam di dalam daun? Sebahagian daripada daun telah bertukar kepada warna biru gelap apabila daun di titiskan dengan larutan iodin. Bahagian yang bertukar kepada warna biru gelap hanyalah bahagian yang bertompok hijau iaitu bahagian yang mempunyai klorofil.

2. Anda boleh mengatakan bahawa kanji hanya dihasilkan pada bahagian hijau yang terdedah kepada cahaya matahari?Adakah fotosintesis berlaku hanya dengan adanya klorofil? Ya.Kanji hanya berlaku pada bahagian hijau yang terdedah kepada cahaya matahari, kerana fotosintesis hanya akan berlaku dengan adanya klorofil sahaja yang seterusnya menghasilkan kanji.. Ini adalah kerana klorofil membantu tumbuhan hijau menyerap tenaga daripada cahaya matahari. Sebaliknya berlaku apabila tiada klorofil pada daun yang seterusnya menghalang pembentukan kanji.Fotosintesis hanya berlaku apabila ada cahaya dan tidak akan berlaku fotosintesis apabila tiada cahaya.

D : Untuk membuktikan karbon dioksida adalah diperlukan untuk proses fotosintesis Kaedah : 1) Dua tumbuhan alam pasu dibiarkan di dalam kegelapan untuk sehari bagi menyahkanji. 2) Pokok telah ditutup dengan beg politene untuk mengelakkan gas karbon dioksida diserap oleh pokok. 3) Tumbuhan-tumbuhan tersebut diletakkan di bawah dua balang kaca, yang telah berlabel A dan B. 4) Bikar yang mengandungi kalium hidroksida telah diletakkan dalam balang kaca berlabel A untuk menyerap sebarang kehadiran karbon dioksida dari udara yang memasuki

balang, jadi udara dalam balang A adalah bebas daripada karbon dioksida. 5) Balang kaca B mempunyai tiub terbuka pada atas yang membolehkan udara atmosfera untuk memasuki balang. 6) Kedua-dua balang telah diletakkan di bawah cahaya matahari selama beberapa jam. 7) Ujian kehadiran kanji telah dilakukan kepada setiap daun daripada kedua-dua tumbuhan itu. Langkah 2-6 dalam (a) telah di ulangi. 8) Pemerhatian telah dicatatkan.

Perbincangan : Karbon dioksida adalah gas yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen. Karbon dioksida merupakan sebatian kimia dikenali dengan formulanya CO2. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida semasa fotosintesis berlaku Karbon dioksida amat penting untuk proses fotosintesis berlaku. Jika tiada bekalan karbon dioksida menyebabkan tumbuhan tidak dapat melakukan proses fotosintesis. Tumbuhan akan membebaskan gas oksigen ke atmosphera di mana ia akhirnya digunakan untuk pernafasan oleh manusia dan haiwan yang membentuk kitaran. Tumbuhan menggunakan kedua-dua karbon karbon dioksida dan oksijen untuk membina karbohidrat. Kehadiran karbon dioksida di atmosphera Bumi pada kepekatan rendah dan bertindak sebagai gas rumah hijau. Ia merupakan komponen utama kitaran karbon. Fungsi kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida di dalam kelalang kaca. Ujian ini lebih mudah dilakukan untuk membandingkan kehadiran karbon dioksida adalah dipengaruhi proses fotosintesis. Antara langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memastikan agar metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti api daripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar. Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas.

10

E : Untuk menunjukkan oksigen dihasilkan semasa fotosintesis.

Kaedah 1) Beberapa tumbuhan air tawar (Hydrilla) telah diletakkan di bawah corong turas secara songsang dalam sebuah bikar air. Corong dibangkitkan di atas bahagian bawah balang untuk membolehkan air bergerak bebas. 2) Satu tabung uji disongsangkan diisi dengan lengkap dengan air ke atas batang corong. . Gelembung udara dipastikan tiada yang terperangkap dalam tabung uji tersebut.Set A telah dilabelkan. 3) Radas ini telah diletakkan di bawah cahaya matahari selama beberapa jam . 4) Satu lagi eksperimen telah dijalankan dengan menggunakan kaedah yang sama tetapi diletakkan di dalam almari yang gelap yang bertindak sebagai kawalan, dan dilabel sebagai Set B. 5) Gas dari tabung uji Set A dan B adalah diuji dengan dengan kayu uji yang menyala. Keputusan :

Set

Pemerhatian Hasil pendedahan kepada cahaya matahari didapati tumbuhan telah mengeluarkan gas yang dikumpulkan di A tabung uji terbalik. Kayu uji berbara menyala untuk beberapa saat

Inferens

Terdapat kehadiran gas oksigen.

Tiada perubahan yang berlaku semasa tumbuhan tersebut ditempatkan di dalam almari gelap. B Tiada oksigen yang terhasil. Tiada kehadiran gas oksigen dikesan

11

Perbincangan: Oksigen akan dihasilkan semasa proses fotosintesis Semasa proses fotosintesis cahaya matahari diperlukan untuk menukarkan karbon dioksida kepada bentuk gula, oksigen dan bahan-bahan organik lain.

Gambarajah proses fotosntesis

Empat faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar fotosintesis ialah kepekatan karbon dioksida, bekalan air, keamatan cahaya dan suhu. Kadar cahaya Air: Walaupun air diperlukan di dalam fotosintesis, air jarang menjadi faktor pengehad fotosintesis kerana jumlah air yang diperlukan sangat sedikit. Jika air tidak dibekalkan dengan mencukupi, tumbuhan akan layu dan ini menyebabkan penutupan stoma. Ini akan menghalang karbon dioksida menyerap ke dalam daun. Akibatnya, kepekatan karbon

dioksida pula menjadi faktor pengehad fotosintesis.

12

Keamatan cahaya: Cahaya matahari adalah sangat penting ketika berlakunya proses fotosintesis. Pertambahan keamatan cahaya akan menambahkan kadar fotosintesis hingga ke suatu takat tertentu. Selepas takat itu, kadar fotosintesis tidak akan meningkat. Ini kerana faktor karbon dioksida menjadi faktor pengehad. Warna cahaya juga mempengaruhi kadar fotosintesis. Cahaya merah dan cahaya biru paling berkesan untuk fotosintesis. Cahaya hijau kurang digunakan, jadi daun memantulkan cahaya hijau menyebabkan daun kelihatan hijau. Kepekatan karbon dioksida: Jika suhu dan keamatan cahaya ditetapkan penambahan kepekatan karbon dioksida akan menambahkan kadar fotosintesis hingga kesuatu takat tertentu. Selepas takat itu, kadar fotosintesis tidak akan meningkat lagi. Walaupun kepekatan karbon dioksida telah ditambahkan, keamatan cahaya yang ada tidak mencukupi untuk meningkatkan kadar fotosintesis.

Suhu: Reaksi gelap di dalam proses fotosintesis dimangkinkan oleh enzim. Oleh kerana keaktifan enzim bertambah dengan suhu, kadar fotosintesis juga menaik apabila suhu menaik, tetapi hanya berlaku jika faktor lain dibekalkan dengan mencukupi. Apabila berlaku peningkatan suhu sebanyak 10 C di dalam suhu sekeliling akan meningkatkan kadar fotosintesis sebanyak 2 kali ganda. Kebanyakan tumbuhan mempunyai suhu optimum di antara 25-30 C.dan suhu optimum bagi setiap tumbuhan adalah berbeza. Apabila suhu terlalu tinggi kadar fotosintesis akan menurun dan akhirnya menjadi sifar, kerana enzim akan ternyahasli pada suhu yang tinggi. Kesimpulan : Cahaya matahari diperlukan semasa proses fotosintesis berlaku untuk menukarkan karbon dioksida kepada gula,oksigen dan bahan-bahan organik lain.Oleh itu, oksigen adalah dihasilkan semasa fotosintesis .

13

Anda mungkin juga menyukai