Anda di halaman 1dari 13

1

AMALI 5

MENYIASAT SYARAT-SYARAT YANG PERLU UNTUK


FOTOSINTESIS.

Objektif

a) Untuk menguji kehadiran kanji dalam daun hijau.


b) Untuk menunjukkan cahaya matahari diperlukan dalam proses
fotosintesis.
c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil amat penting untuk
fotosintesis.
d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah diperlukan
untuk proses fotosintesis.
e) Untuk menunjukkan oksigen dihasilkan semasa fotosintesis.

Pengenalan / Teori
Fotosintesis ialah proses mensintesiskan sebatian organik (glukosa) daripada air dan
karbon dioksida dengan tenaga cahaya yang diserap oleh klorofil. Tumbuhan
memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada radiasi
elektromagnetik yang dibebaskan sebagai tenaga ketika matahari menghasilkannya
melalui simpanan hidrogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi. Radiasi
elektromagnetik yang diterima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam proses
fotosintesis. Fotosintesis adalah penting kerana melalui cara inilah tumbuhan mendapat
tenaga.
Klorofil adalah pigmen hijau yang didapati pada daun tumbuhan hijau. Ia menyerap
tenaga daripada matahari dan menukarkannya kepada glukosa dalam bentuk tenaga
kimia. Karbon dioksida dalam udara dan air daripada dalam tanah juga diperlukan
semasa proses fotosintesis dan sangat penting untuk pertumbuhan tanaman, tanpa

jumlah CO2 terlarut yang cukup, fotosintesis tidak dapat berlaku. Oksigen pula
dibebaskan sebagai produk fotosintesis. Persamaan bagi keseluruhan proses
fotosintesis adalah seperti berikut :

Klorofil
6CO2

+ 12H2O

6O2

C6 H12 O6

6H2O

Cahaya matahari

Fotosintesis memainkan peranan yang sangat penting di dalam mengekalkan


keseimbangan ekosistem. Ini kerana proses tersebut membebaskan oksigen ke
ekosistem dan pada masa yang sama ia menyingkirkan karbon dioksida daripada
atmosfera. Oksigen yang terbebas bukan sahaja digunakan untuk tujuan respirasi
malah turut digunakan untuk pembakaran dan pengaratan. Kadar peratus oksigen
bergantung kepada jumlah tumbuhan hijau yang ada. Ini menyebabkan pentingnya
mengekalkan kehijauan terutama sekali di bandar-bandar.

Bahan dan radas


Daun

Jubin putih

Hydrilla

Metanol

Bikar

Larutan iodin

Balang kaca

Air mendidih

Corong turas

Kalsium hidroksida

Beg politena

Hidroksida kalium

Tabung uji

Prosedur
a)

Menguji kehadiran kanji dalam daun hijau

1.

Sehelai daun dipetik dari sebatang pokok yang telah didedahkan kepada cahaya
matahari selama beberapa jam.

2.

Daun tersebut diletakkan dalam bikar air mendidih bertujuan mematikan dan
melembutkan daun.

3.

Daun dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji yang mengandungi metanol dan
diletakkan dalam sebuah bikar air panas. (Awas ! Api mesti dipadamkan kerana
metanol mudah terbakar). Tujuan langkah ini adalah untuk melarut dan
mengeluarkan klorofil dari daun. Jika tidak , warna hijau mungkin akan
menganggu pengenalan warna biru tua dalam ujian iodin nanti.

4.

Selepas lebih kurang lima minit , daun dikeluarkan dan pastikan warna daun
telah dilunturkan.

5.

Celup daun tersebut ke dalam air panas selama beberapa saat lagi untuk
melembutkannya.

5.

Daun dikeluarkan dan diletakkan diatas jubin. Titikkan tiga atau empat larutan
iodin ke atas daun tersebut.

6.

Pemerhatian di catatkan.

Pemerhatian
Warna biru hitam terhasil.

Perbincangan
Daun mempunyai kloroplas. Bahagian daun yang dinamakan mesofil palisad berfungsi
untuk melakukan fotosintesis. Di bahagian ini banyak mengandungi kloroplas. Sel
mesofil palisad tersusun secara padat dan menegak untuk menerima cahaya secara
maksimum. Terdapat banyak kloroplas yang mengandungi klorofil di dalam mesofil
untuk menyerap cahaya yang sampai kepadanya. Warna biru hitam yang terhasil pada
daun selepas ujian iodin menunjukkan adanya kanji dan berlaku proses fotosintesis.

Kesimpulan
Kanji hadir dalam daun yang telah didedahkan kepada cahaya matahari.

b)

Menguji cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis.

1.

Simpan sepohon pokok dalam pasu di dalam kegelapan selama lebih kurang 24
jam.

2.

Petik sehelai daun daripada pokok tersebut.

3.

Daun tersebut diletakkan dalam bikar air mendidih bertujuan mematikan dan
melembutkan daun.

4.

Daun dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji yang mengandungi metanol dan
diletakkan dalam sebuah bikar air panas. (Awas ! Api mesti dipadamkan kerana
metanol mudah terbakar).

5.

Selepas lebih kurang lima minit , daun dikeluarkan dan pastikan warna daun
telah dilunturkan.

6.

Celup daun tersebut ke dalam air panas selama beberapa saat lagi untuk
melembutkannya.

7.

Daun dikeluarkan dan diletakkan diatas jubin. Titikkan tiga atau empat larutan
iodin ke atas daun tersebut.

8.

Pemerhatian di catatkan.

Pemerhatian
Warna biru hitam tidak terbentuk pada daun.
Perbincangan
Daun yang tidak terdedah kepada cahaya matahari tidak menjalani proses fotosintesis.
Ini menyebabkan tiada kanji yang terhasil pada daun tersebut.
Kesimpulan
Cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis.
c)

Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis

1.

Ambil daun beraneka warna (bervariegasi) yang telah terdedah kepada cahaya
matahari selama beberapa jam.

2.

Lukis gambar rajah untuk menunjukkan taburan warna hijau pada daun.

2.

Daun tersebut diletakkan dalam bikar air mendidih bertujuan mematikan dan
melembutkan daun.

3.

Daun dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji yang mengandungi metanol dan
diletakkan dalam sebuah bikar air panas. (Awas ! Api mesti dipadamkan kerana
metanol mudah terbakar). Tujuan langkah ini adalah untuk melarut dan
mengeluarkan klorofil dari daun. Jika tidak , warna hijau mungkin akan
menganggu pengenalan warna biru tua dalam ujian iodin nanti.

4.

Selepas lebih kurang lima minit , daun dikeluarkan dan pastikan warna daun
telah dilunturkan.

5.

Celup daun tersebut ke dalam air panas selama beberapa saat lagi untuk
melembutkannya.

5.

Daun dikeluarkan dan diletakkan diatas jubin. Titikkan tiga atau empat larutan
iodin ke atas daun tersebut.

6.

Pemerhatian di catatkan.

Rajah 1
Daun bervariegasi

Pemerhatian
Hanya bahagian yang berwarna hijau pada daun bertukar kepada warna biru hitam.

Rajah 2
Daun bervariegasi selepas ujian iodin
Perbincangan

Bagi daun bervariegasi hanya bahagian daun yang berwarna hijau menghasilkan warna
biru hitam apabila ujian iodin dijalankan. Bahagian daun yang berwarna hijau
mempunyai kanji. Kanji hanya hadir di bahagian daun berwarna hijau yang
mengandungi

klorofil.

Kloroplas

mengandungi

klorofil

dan

berfungsi

untuk

memerangkap sinaran matahari dan akan ditukar menjadi tenaga kimia yang disimpan
dalam molekul makanan yang dibina.
Bahagian daun yang pada asalnya berwarna bukan hijau menjadi
klorofil

dan tidak mempunyai kanji

tidak mempunyai

. Tiada perubahan warna berlaku apabila diuji

dengan iodin. Warna daun selain hijau tidak menjalani proses fotosintesis.

Kesimpulan
Klorofil diperlukan untuk fotosintesis.

Soalan
1. Apa yang anda perhatikan mengenai taburan warna biru-hitam di dalan daun?
Bahagian daun yang diuji dengan larutan iodin dan berubah warna ke biru hitam
menunjukkan adanya kanji.
2. Anda boleh mengatakan bahawa kanji hanya dihasilkan pada bahagian hijau yang
terdedah kepada cahaya matahari ?
Ya . Hanya bahagian hijau pada daun yang terdedah kepada cahaya matahari
menghasilkan kanji.

3. Adakah fotosintesis berlaku hanya dengan adanya klorofil ?


Ya. Fotosintesis hanya berlaku apabila dengan kehadiran klorofil.
d)

Mengkaji bahawa karbon dioksida diperlukan untuk proses fotosintesis.

1.

Dua tumbuhan dalam pasu dibiarkan dalam kegelapan selama lebih kurang satu
hari untuk menyahkanjinya.

2.

Pokok ditutup dengan beg politena. Mengapa?

3.

Letakkan tumbuhan tadi di bawah dua balang kacaberlabel A dan B.

4.

Di dalam balang A diletakkan bikar yang mengandungi kalium hidroksida


bertujuan menyerap karbon dioksida dari udara yang memasuki balang. Balang
ini bebas dari karbon dioksida.

5.

Balang B mempunyai tiub terbuka di atasnya yang meembolehkan udara


atmosfera memasuki balang.

6.

Kedua-dua balang diletakkan di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

7.

Petik sehelai daun dari setiap pokok. Daun-daun tersebut diletakkan dalam bikar
air mendidih bertujuan mematikan dan melembutkan daun.

8.

Daun dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji yang mengandungi metanol dan
diletakkan dalam sebuah bikar air panas. (Awas ! Api mesti dipadamkan kerana
metanol mudah terbakar). Tujuan langkah ini adalah untuk melarut dan
mengeluarkan klorofil dari daun. Jika tidak , warna hijau mungkin akan
menganggu pengenalan warna biru tua dalam ujian iodin nanti.

9.

Selepas lebih kurang lima minit , daun-daun dikeluarkan dan pastikan warna
daun telah dilunturkan.

10.

Celup daun-daun tersebut ke dalam air panas selama beberapa saat lagi untuk
melembutkannya.

11.

Daun-daun dikeluarkan dan diletakkan di atas jubin. Titikkan tiga atau empat
larutan iodin ke atas daun-daun tersebut.

12.

Pemerhatian di catatkan.

10

Balang A
Pokok tidak terdedah kepada karbon dioksida

Balang B
Pokok terdedah kepada karbon dioksida
Rajah 1

Pemerhatian

11

Daun yang diambil dari pokok dalam balang A tidak berubah warna kepada biru hitam
apabila diuji dengan larutan iodin.
Manakala daun yang dipetik dari balang B berubah kepada warna biru hitam bila duji
dengan larutan iodin.

Perbincangan
Kanji tidak terbentuk pada daun pokok dalam balang A. Kalium hidroksida yang yang
diletakkan dalam balang A telah menyerap karbon dioksida dari udara yang memasuki
balang. Ketiadaan karbon dioksida menyebabkan proses fotosintesis tidak berlaku dan
tiada pembentukan kanji pada daun tersebut.
Kehadiran kanji yang dikesan pada daun pokok balang B disebabkan pokok tersebut
menjalani proses fotosintesis. Proses ini berlaku kerana pokok dalan B terdedah
kepada karbon dioksida. Ini menunjukkan karbon dioksida diperlukan untuk fotosintesis.
Penggunaan beg politena bertujuan membenarkan aliran udara keluar masuk sebelum
kedua-dua pokok diletakkan di bawah balang kaca. Ini kerana beg tersebut mempunyai
lubang.

Kesimpulan
Karbon dioksida diperlukan untuk fotosintesis.

e)

Untuk menunjukkan oksigen yang dihasilkan semasa fotosintesis.

12

1.

Letakkan beberapa tumbuh-tumbuhan air tawar (Hydrilla) di bawah corong turas


secara songsang dalam sebuah bikar air, sebaik-baiknya kolam air. Corong
dibangkitkan di atas bahagian bawah balang untuk membolehkan air bergerak
bebas.

Songsang tabung uji diisi dengan lengkap dengan air ke atas batang corong.
Pastikan tiada gelembung udara yang terperangkap dalam tabung uji. Labelkan
sebagai set A.

3.

Letakkan radas di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

4.

Bina satu lagi eksperimen dengan cara yang sama tetapi letakkan ia dalam
almari yang gelap. Ini bertindak sebagai kawalan. Labelkan ia sebagai set B.

5.

Uji gas dengan menggunakan kayu uji berbara dalam tabung uji untuk set B dan
set A. Apa yang berlaku? Apakah gas yang dihasilkan oleh tumbuhan air?

Rajah 1
Pemerhatian

13

Apabila set A diuji dengan kayu uji berbara ia menyala untuk beberapa saat sebelum
padam. Kayu uji berbara terpadam apabila diuji kepada set B.

Perbincangan
Kayu uji berbara menyala untuk seketika apabila diuji kepada set A kerana terdapat
kehadiran gas oksigen. Gas ini terhasil ketika pokok tersebut didedahkan kepada
cahaya matahari yang menukarkan kaarbon dioksida kepada gula, oksigen dan bahan
organik lain. Apabila fotosintesis berlaku maka gas oksigen akan dibebaskan.
Bagi tumbuhan set B tiada oksigen terhasil kerana fotosintesis tidak berlaku. Ini
disebabkan tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari semasa diletakkan di tempat
gelap. Apabila diuji dengan kayu api berbara ia akan padam dan begitu juga yang akan
berlaku sekiranya diuji dengan kayu api menyala.

Kesimpulan
Gas oksigen dihasilkan semasa fotosintesis.

Anda mungkin juga menyukai