Anda di halaman 1dari 15

1

AMALI 2

Tajuk : Awan Dan Cuaca
Tujuan : Mengkaji jenis-jenis awan

Latar Belakang Pengetahuan

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap
berwarna putih atau kelabu di langit. Awan terbentuk apabila wap air ini meluap menjadi titisan
air. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru udara panas yang sarat dengan
air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah,
wap itu akan mencair dan membentuk awan.
Awan merupakan titisan air yang sangat halus serta terapung di udara. Apabila awan
sudah terbentuk, titik air di dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan akan menjadi
semakin berat dan perlahan-lahan daya tarikan bumi akan menariknya ke bawah menjadi
hujan. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut
semakin lama akan menjadi tepu dengan wap air.


Rajah 1
Pembentukan awan
2

Terdapat sepuluh jenis awan mengikut tiga peringkat utama iaitu :
1. Awan peringkat rendah (0 hingga 2 kilometer)
a) Stratokumulus


Rajah 2
Awan Stratokumulus

Awan ini bertompok dan berbentuk seperti bola-bola yang sering menutupi daerah
seluruh langit sehingga nampak seperti gelombang. Lapisan awan ini adalah nipis,
berwarna putih kelabu dengan tepian yang terang dan tidak menghasilkan hujan.

b) Stratus


Rajah 3
Awan Stratus

Awan ini sangat rendah iaitu kurang 610 meter di atas bumi dan sangat luas.
Lapisannya melebar seperti kabut yang berlapis-lapis, berwarna kelabu, pinggirnya
bergerigi dan menghasilkan gerimis.
3

c) Kumulus


Rajah 4
Awan Kumulus

Awan ini berada dalam keadaan terpisah-pisah. Bahagian dasarnya berwarna hitam dan
di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas. Ianya memiliki puncak berkepul-kepul
membulat agak tinggi dan memiliki horizontal dan tebal. Biasanya terbentuk pada siang
hari dalam udara yang tinggi. Biasanya, awan ini akan menghasilkan hujan.

d) Kumulonimbus


Rajah 5
Awan Komulonimbus

Awan ini merupakan salah satu awan yang menimbulkan hujan disertai dengan petir.
Ianya memiliki isipadu yang besar, tebal, nampak seperti menara atau gunung dengan
bahagian bawah yang melebar. Awan ini menghasilkan hujan, hujan es dan kilat.
4

2. Awan peringkat pertengahan (2 hingga 7 kilometer)
a) Altokumulus


Rajah 6
Awan Altokumulus

Awan ini nampak kecil-kecil tetapi jumlahnya lebih banyak. Biasanya berbentuk seperti
bola-bola yang tebal atau bergulung-gulung melingkar seperti makaroni. Ianya berwarna
putih atau kelabu.

b) Altostratus


Rajah 7
Awan Altostratus

5

Awan ini sangat luas dan meliputi hampir keseluruhan langit. Berwarna kekelabuan dan
bahagian yang menghadap matahari akan nampak lebih terang. Biasanya, awan ini
terbentuk pada waktu senja dan malam. Ianya akan hilang apabila matahari terbit pada
awal pagi. Awan ini akan menghasilkan hujan apabila ianya cukup tebal.

c) Nimbostratus


Rajah 8
Awan Nimbostratus

Awan ini mempunyai bentuk yang tidak menentu dengan bahagian pinggirnya compang-
camping, tebal dan berwarna putih kegelapan. Biasanya awan ini menghasilkan gerimis.









6

3. Awan peringkat tinggi (5 hingga 13 kilometer)
a) Sirus

Rajah 9
Awan Sirus

Awan ini halus, struktur berserat dan bentuknya seperti bulu burung. Ianya sering
tersusun sebagai pita yang melengkung, berwarna putih dengan pinggiran yang tidak
jelas. Awan ini tidak menghasilkan hujan.

b) Siruskumulus


Rajah 10
Awan Siruskumulus

Awan ini bentuknya terputus-putus dan penuh dengan kristal-kristal es sehingga
bentuknya seperti sekelompok domba,berwarna putih tebal dan dapat menimbulkan
bayangan.
7

c) Sirustratus


Rajah 11
Awan Sirustratus

Awan ini berbentuk seperti kelambu putih halus yang rata menutup seluruh langit
sehingga nampak cerah. Ianya mempunyai struktur berserat dan kelihatan seperti
anyaman yang tidak teratur. Awan ini juga menimbulkan lingkaran bulat yang
mengelilingi matahari dan bulan yang biasanya terjadi pada musim kemarau.

Jika disimpulkan dalam sebuah gambar kategori awan dapat dilihat pada gambar di bawah ini.


Rajah 12
Peringkat-Peringkat Awan
8

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak dapat dikategorikan
mengikut kumpulan-kumpulan ini, seperti awan kumulus dan kumulonimbus dimana lebih
dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan oleh pertambahan saiz awan ini secara
selari, dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian
rupa bentuk awan sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubah
mengikut keadaan cuaca. Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah setiap
hari . Bentuk dan jenis awan ini juga dapat digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada
masa dan hari berikutnya.

Oleh itu amali ini telah dilaksanakan untuk melihat keadaan cuaca dengan
pembentukan awan dalam satu tempoh masa selama empat belas hari , bermula pada 23 Mac
2014 hingga 5 April 2014. Lokasi yang telah dipilih adalah di perkarangan rumah guru SMK
Dato Lela Pahlawan, Padang Serai arah Timur sekitar jam 3:30 petang.



Radas dan Bahan
1. Sebuah kamera digital Olympus
2. Sebuah termometer


Prosedur
1. Maklumat berkenaan awan dicari dari buku dan internet.
2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan tersebut
diperhatikan dalam tempoh dua minggu.
3. Gambar awan yang muncul diambil menggunakan kamera digital Olympus.
4. Pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan cuaca sama ada berlaku hujan atau
tidak sepanjang tempoh kajian.
5. Data yang diperoleh dianalisa dan ditafsir.
6. Laporan ditulis beserta gambar yang diambil dengan jadual.




9

Data Pemerhatian

JADUAL PEMERHATIAN TERHADAP AWAN MENGIKUT HARI
HARI /
TARIKH
GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT



Hari Pertama
23.03.2014







Jenis : Awan tinggi
Nama : Sirus
Suhu : 35C
Cuaca : Cerah, panas, berangin dan
agak berjerebu
Kelembapan : Kering
Keadaan awan : Memiliki bentuk
yang tidak sekata, berwarna putih,
berpecah-pecah dan nipis di
bahagian atas serta lebih tebal dan
bercantum di bahagian bawah. Awan
ini tidak menimbulkan hujan.




Hari Ke-2
24.03.2014








Jenis : Awan tinggi
Nama : Sirus
Suhu : 32C
Cuaca : Panas, cerah dan sedikit
berjerebu
Kelembapan : kering
Keadaan awan : Berwarna putih dan
sedikit kelabu, kelihatan gumpalan
yang lebih tebal pada bahagian yang
berwarna kelabu berbanding putih
bahagian berwarna putih.




Hari Ke-3
25.03.2014

















Jenis : Awan pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 32C
Cuaca : Sedikit mendung
Kelembapan : kering
Keadaan awan : Awan ini memiliki
bentuk yang tidak menentu, tepinya
bercompang-camping tidak
beraturan, tebal dan berwarna putih
kegelapan.

10



Hari Ke-4
26.03.2014




Jenis : Awan pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 34C
Cuaca : Panas dan cerah (berjerebu)
serta berangin.
Kelembapan : kering
Keadaan awan : Awan ini memiliki
bentuk yang tidak menentu, tepinya
bercompang-camping tidak
beraturan, tebal di bahagian bawah
dan berwarna kelabu.



Hari Ke-5
27.03.2014






Jenis : Awan pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 37C
Cuaca : Sangat panas, cerah serta
berangin (berjerebu)
Kelembapan : kering
Keadaan awan : Keadaan awan yang
berwarna putih dan kelabu, tak
beraturan serta mempunyai bentuk
yang tidak menentu.



Hari Ke-6
28.03.2014














Jenis : Awan pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 35C
IPU : 65
Cuaca : Panas, cerah dan berangin
Kelembapan : Rendah (Kering)
Keadaan awan : Berpecah dan
bentuk yang tidak menentu, bahagian
atas berwarna lebih putih berbanding
bahagian bawah yang lebih kelabu.



Hari Ke-7
29.03.2014





Jenis : Awan pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 31C
Cuaca : Mendung
Kelembapan : Sederhana
Keadaan awan : Berwarna putih
kekelabuan, bentuk yang tidak
menentu, tebal pada bahagian
tengah.
11



Hari Ke-8
30.03.2014







Jenis : Awan tinggi
Nama : Sirus
Suhu : 32C
Cuaca : Panas
Kelembapan : Rendah
Keadaan awan : Halus, struktur
berserat seperti bulu burung,
berwarna putih dengan pinggiran
yang tidak jelas. Awan ini tidak
menghasilkan hujan.


Hari Ke-9
31.03.2014






Jenis : Awan pertengahan
Nama : Altrostratus
Suhu : 29C
Cuaca : Mendung
Kelembapan : Tinggi
Keadaan awan : Sangat luas dan
meliputi hampir keseluruhan langit,
Berwarna kelabu, kelihatan padat
dan akan menghasilkan hujan
apabila cukup tebal.


Hari Ke-10
01.04.2014






Jenis : Awan pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 31C
Cuaca : Mendung
Kelembapan : Tinggi
Keadaan awan : Mempunyai bentuk
yang tidak menentu, bahagian
pinggirnya compang- camping, tebal
dan bewarna putih kegelapan.


Hari Ke-11
02.04.2014





Jenis : Awan pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 33C
Cuaca : Mendung
Kelembapan : sederhana
Keadaan awan : Bahagian tengah
lebih tebal dan berwarna kelabu
gelap, bentuk yang tidak menentu.
12



Hari Ke-12
03.04.2014






Jenis : Awan rendah
Nama : Stratus
Suhu : 23C
Cuaca : Hujan
Kelembapan : Tinggi
Keadaan awan : Sangat rendah dan
sangat luas, berwarna kelabu dan
lapisannya melebar.


Hari Ke-13
04.04.2014






Jenis : Awan rendah
Nama : Kumulus
Suhu : 32C
Cuaca : Mendung
Kelembapan : Tinggi
Keadaan awan : Berada dalam
keadaan terpisah-terpisah, Dasarnya
berwarna hitam dan tebal. Awan ini
menghasilkan hujan.


Hari Ke-14
05.04.2014






Jenis : Awan rendah
Nama : Kumulus
Suhu : 31C
Cuaca : Mendung
Kelembapan : Tinggi
Keadaan awan : Berada dalam
keadaan terpisah-pisah. Dasarnya
berwarna hitam. Memiliki puncak
berkepul dan menghasilkan hujan.








13

Analisis Data


Hari

Jenis Awan
Nama
Awan
Rendah Pertengahan Tinggi
1 Sirus
2 Sirus
3 Nimbostratus
4 Nimbostratus
5 Nimbostratus
6 Nimbostratus
7 Nimbostratus
8 Sirus
9 Altostratus
10 Nimbostratus
11 Nimbostratus
12 Stratus
13 Kumulus
14 Kumulus

Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat belas hari
berturut-turut, didapati awan peringkat pertengahan mempunyai kekerapan yang lebih tinggi
berbanding awan peringkat rendah dan tinggi. Awan pertengahan terjadi pada hari ketiga
sehingga hari ke tujuh kajian. Seterusnya, pada hari kesembilan hingga kesebelas kajian. Awan
yang terjadi adalah awan nimbostratus dan juga awan altostratus.

Awan Altrostratus merupakan awan yang seolah-oleh kepingan seragam kelabu atau
kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian. Kemunculan awan altrostratus telah
menunjukkan kejadian hujan akan berlaku. Pada sekitar jam 1.00 petang pada hari kesembilan
telah berlaku hujan yang agak lebat selama lebih kurang setengah jam. Kemudian hujan turun
dengan lebat sekitar jam 6.00 petang pada hari yang sama. Ketika gambar diambil sekitar jam
3.30 petang, suhu ketika itu adalah rendah sekitar 29
0
C. Nimbostratus pula adalah awan tumpat
yang yang rendah yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa
kerpasan yang berterusan. Memandangkan ketika pemerhatian amali awan ini dijalankan
14

adalah masih dalam musim kemarau yang agak panjang, maka suhu ketika itu adalah antara
31
0
C hingga 37
0
C. Tahap kelembapan juga adalah rendah kerana keadaan yang kering serta
berjerebu.

Awan peringkat tinggi pula terjadi pada hari pertama, kedua dan kelapan kajian
dijalankan. Awan sirus ini lebih halus, mempunyai struktur yang berserat dan berbentuk seperti
bulu burung. Kebiasaannya, ia akan tersusun sebagai pita yang melengkung, berwarna putih
dengan pinggirannya yang tidak jelas. Awan ini tidak menghasilkan hujan. Suhunya adalah
sekitar 31
0
C hingga 35
0
C. Pada hari pertama dan kedua tahap jerebu adalah lebih tinggi
daripada hari-hari lain sekaligus meningkatkan lagi suhu yang dicatat. Kelembapan yang
direkodkan juga adalah rendah.

Awan peringkat rendah terbentuk pada hari ke-12 hingga hari ke-14. Awan stratus yang
terjadi pada hari ke-12 telah menyebabkan kejadian hujan yang lebat. Suhu pada hari tersebut
adalah paling rendah iaitu 23
0
C. Ini menyebabkan tahap kelembapannya sangat tinggi. Hujan
yang lebat itu kemudiannya disusuli hujan renyai yang berlarutan sehingga lewat petang. Awan
kumulus pula terjadi pada hari ke-11 dan 12 kajian. Awan ini berada dalam keadaan terpisah-
pisah. Bahagian dasarnya berwarna hitam dan atasnya berwarna putih seperti kapas. Awan ini
biasanya menghasilkan hujan. Walaupun suhu agak tinggi iaitu 31
0
C hingga 32
0
C tetapi
cuacanya adalah mendung dan berlaku hujan pada lewat petang seterusnya berlanjutan hingga
malam hari.

Perbincangan / Kesimpulan

Setelah melaksanakan kajian di lokasi yang telah ditetapkan selama empat belas hari,
ia menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setiap hari. Peringkat awan yang
terbentuk sama ada awan tinggi, awan pertengahan ataupun awan rendah saling berkait rapat
dengan suhu dan kelembapan. Berdasarkan kajian ini, didapati awan rendah memberikan
bacaan suhu yang paling rendah berbanding awan tinggi dan pertengahan. Awan berperanan
untuk menghasilkan hujan. Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan kitaran air. Air hujan
sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala hidupan di muka bumi ini. Awan juga
berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-
merah bumi.. Awan juga membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku.
Contohnya awan kumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.
15




















Senarai Rujukan
Rosnah Haji Salleh & Shukri Sulaiman (2011)Geografi Fizikal Tingkatan 6 Rendah,Kuala
Lumpur :Penerbit Fajar Bakti.
Yew Poi Keng et al.(2002),Geografi Fizikal STPM.Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.
http://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-faktor-cuaca-dan-
iklim

Anda mungkin juga menyukai