Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 2

Nama : ............................................................

Kelas : ..........................

Arahan : Lengkapkan dialog dengan kata ganti nama diri orang yang betul. Bualkan.
Harris :

Baru-baru ini, ______dan ahli Kelab Keselanatan Jalan Raya sekolah telah
Menyertai pertandingan lalu lintas di Litar Lalu lintas Taman Tasik Titiwangsa.
Pertandingan ini dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, dan SHELL Malaysia.

Ramesh:

Ceritalah kepada saya tentang pengalaman _________sepanjang mengikuti


pertandingan itu, Harrris. Tentu menarik.

Harris:

Boleh, Ramesh. Dalam pertandingan lalu lintas itu,para peserta dipilih


Sama ada perlu berjalan kaki, memandu kereta atau menunggang basikal.
Saya telah dipilih untuk menunggang basikal semasa pertandingan itu.
Sebelum pertandingan bermula, _________diberikan taklimat ringkas tentang
aspek keselamatan di jalan raya.

Ramesh:

Sebagai penunggang basikal, apakah aspek-aspek keselamatan yang


perlu diberikan perhatian, Harris?

Harris:

Sebelum menunggang basikal, _________perlulah memastikan setiap


peralatan basikal lengkap dan mengikut peraturan bagi mengelakkan
sebarang kecelakan. Seorang penunggang basikal haruslah memakai ves
pemantul cahaya.

Ramesh:

Megapakah penunggang basikal perlu memakai ves pemantul cahaya?

Harris:

Penunggang basikal perlu memakai ves pemantul cahaya supaya mudah


dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.Jika penunggang basikal tidak
Memakai ves pemantul cahaya, _________berisiko terlibat dalam
kemalangan
terutamanya pada waktu malam.
Ramesh:

Selain itu, apakah langkah keselamatan lain yang perlu dititikberatkan oleh
penunggang basikal?

Harris:

Para penungang basikal juga haruslah memakai topi keledar dan


memastikan sistem keselamatan basikal seperti lampu hadapan, pemantul
cahaya hadapan dan belakang serta pemantul cahaya jejari berada dalam
keadaan baik.

LAMPIRAN 1
Nama : ..................................................

Kelas : ................

Berbasikal dengan Selamat


Dialog 1
Hafiz menghadiri ujian lencana berbasikal bersama-sama dengan ahli persatuan
pengakap Sekolahnya. Ujian berbasikal itu dijalankan di Taman Lalu Lintas KanakKanak Seremban.
Hafiz :

Nadia, kamu lihat Izani di sana.Dia telah ditahan oleh anggota


polis. Tentu dia telah melakukan kesalahan dalam ujian lencana
berbasikal ini. Apakah agaknya kesalahan yang dilakukan olehnya ?

Nadia:

Betul kata kamu, Hafiz. Sebelum berbasikal, kita perlu memastikan


Peralatan basikal lengkap dan mengikut peraturan. Kawan-kawan tahu
apa yang perlu ada pada sesebuah basikal ?

Dialog 2
(Rujuk gambar di belakang)
Guru

Murid-murid, lihat gambar ini. Penunggang basikal ini memakai ves


Pemantul cahaya. Siapakah yang tahu tujuan dia memakai ves ini ?

Haikal :

Saya, cikgu. Tujuan dia memakai ves pemantul cahaya supaya mudah
Dilihat oleh pengguna yang lain.

Guru

Betul, Haikal. Sekarang cuba kamu nyatakan nama peralatan dan


fungsinya pula.

Anda mungkin juga menyukai