Anda di halaman 1dari 10

REFLEKSI

Dalam menghasilkan guru Bahasa Melayu yang dapat menangani dan mendepani pendidikan Bahasa
Melayu, empat aspek berikut perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Ini berdasarkan
pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat konsep Pedagogical Content
Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) jika mahu menghasilkan guru yang
cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sewajarnya
diikuti dan diamalkan oleh guru, termasuk guru-guru Bahasa Melayu.
Apakah yang dimaksudkan dengan PPK? Shulman (1987) mendefinisikan PPK kepada pengetahuan
guru menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan
memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan
guru terhadap pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri
setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan. PPK banyak melibatkan cara penyampaian guru secara berkesan
terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah,
penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran itu dapat
difahami pelajar dengan mudah.

PPK dapat memperkasa pengajaran guru Bahasa Melayu dari segi membimbing pelajar
untuk memahami mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih bermakna seperti dengan
penggunaan bahasa yang mudah difahami, pertuturan yang lancar dan sistematik,
perwatakan yang ceria dan meyakinkan ketika kelas Bahasa Melayu, penjelasan topik yang
disusun, diolah, diubah suai dan disampaikan berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar.
Dengan adanya PPK ini, guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan isi pengajaran
dengan lebih mudah dan berkesan.
b. Pengetahuan isi kandungan
Guru-guru Bahasa Melayu perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa
Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu
sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang
perlu difokuskan ialah:
i.

Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara
terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna
pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan
kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.

ii.

Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep
yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu
seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang
melibatkan isu-isu semasa.

iii.

Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu
dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu
kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa
Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh,
analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut
tahap pemikiran pelajar.

iv.

Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu
pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan
sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu
kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini
bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan
pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung


kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk
dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu
yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan
secara sistematik dan bertulis.
c. Pengetahuan Kurikulum
Pengetahuan kurikulum bermaksud guru-guru Bahasa Melayu perlu memahami, mengetahui
dan menguasai bagaimana kurikulum Bahasa Melayu itu dibina dan direka bentuk menjadi
satu kurikulum yang sesuai untuk tahap kognitif pelajar. Antara elemen dalam pengetahuan
kurikulum Bahasa Melayu itu ialah:
i.

Kesinambungan kurikulum: Hal ini bermaksud setiap kurikulum Bahasa Melayu yang dibina
perlu saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, kurikulum Bahasa Melayu
menengah rendah ada kesinambungan dengan kurikulum Bahasa Melayu menengah atas.
Tajuk tatabahasa misalnya, jika di peringkat sekolah rendah, penekanannya diberikan
kepada tatabahasa yang mudah, pembinaan ayat-ayat yang mudah, maka sebaliknya di
peringkat menengah rendah dan atas, sudah pasti tatabahasa yang digunakan jauh lebih
sukar berbanding tatabahasa pelajar sekolah rendah. Begitu juga dengan pembinaan ayat
dan sebagainya.

ii.

Orientasi kurikulum: Penekanan kurikulum Bahasa Melayu yang berorientasikan peperiksaan


perlu dikurangkan. Hal ini bermaksud, apabila kurikulum Bahasa Melayu lebih berfokus
kepada peperiksaan, maka matlamat utama untuk membantu pelajar menguasai kesemua
kemahiran bahasa, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain tidak tercapai. Pelajar hanya
menguasai Bahasa Melayu untuk tujuan peperiksaan sahaja.

iii.

Pelaksanaan kurikulum: Guru-guru perlu memiliki pengetahuan bagaimana hendak


melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan menyeluruh untuk membolehkan guruguru membuat perancangan dan pelaksanaan pengajarannya mengikut tahap
perkembangan dan kematangan pelajar. Apabila guru Bahasa Melayu memahami
pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu tersebut, maka guru-guru dapat merancang
pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu secara menyeluruh, terutamanya menangani
perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan bahasa. Hal ini penting diketahui dan
dikuasai setiap guru agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu yang dibuat dapat
disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa.

iv.

Kandungan sukatan pelajaran: kandungan sukatan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga
perlu berubah mengikut perubahan semasa yang berlaku. Perkara-perkara berkaitan dengan
ICT, penilaian dan pentaksiran, kemahiran abad ke-21, kepelbagaian kecerdasan dan
sebagainya perlu dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu selain
mengekalkan perkara-perkara sedia ada seperti kemahiran bahasa, penerapan nilai dan
lain-lain. Sebaik-baiknya kesemua perkara ini disebatikan dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu.
Rumusannya, Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) perlu dikuasai oleh setiap guru
Bahasa Melayu. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini
banyak mencabar keupayaan dan kebolehan guru Bahasa Melayu untuk mengajar dengan
baik dan berkesan. Keadaan ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam
kalangan pelajarnya. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu perlu bersedia dan lebih
terkehadapan dalam banyak perkara agar proses pengajarannya menjadi lebih menarik dan
menyeronokkan pelajar.

Menurut Zamri Mahamod (2011) Kemahiran berkaitan dengan normal, nilai murni dan
kerohanian ini bermaksud guru-guru Bahasa Melayu perlu menerapkan elemen-elemen
ini ketika mengajar Bahasa Melayu. Penerapan dan penyebatian norma, nilai murni dan
kerohanian ini tidak hanya diserapkan secara tersurat dalam kandungan kurikulum,
tetapi juga secara tersirat. Menerapkan nilai rasa bersyukur mempelajari Bahasa
Melayu, mencintai bahasa ibunda serta menyedari akan kepentingan ilmu bahasa dalam
kehidupan serta menyepadukan ilmu bahasa dengan pelbagai
ilmu/multidisiplin/merentas ilmu serta mengaitkan ilmu bahasa dengan ilmu dunia dan
akhirat adalah penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran yang
seimbang dalam aspek norma, nilai murni dan kerohanian.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali
sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri
ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang
mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga
kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk
individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang
secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara.
Menurut http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafah-pendidikan.html
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem
pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber
inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai
beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga
pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan.


Ungkapan tuntutlah ilmu sampai keliang lahad merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi
menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu
bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan
dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat
dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan
secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya.
Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya
perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi
matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Ini turut disokong oleh membangunkan modal
insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di mana ia memberi fokus kepada sistem nilai,
aspek disiplin, sahsiah, dan jati diri pelajar. Setiap perancangan yang disusun tidak dapat lari dari
tujuan utama untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu,
pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
ii.
memperkembang potensi individu.
Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani.
Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah
unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat
penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur
emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat
perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah
laku yang baik.

iii.

Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan
penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur
intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah
sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan
potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang
maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri
individu tersebut.
iv.
insan yang seimbang dan harmonis.
Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak
mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh
badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini
dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati
orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan tenang dan cepat.
v.

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

ix.

Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya
Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang
telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini
dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan
kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa
mengukuhkan kepercayaan beragama.
vi.
Berilmu pengetahuan
Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu
dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan
ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha
berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
vii.
Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan
tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga
merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran
yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan
unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai
mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan
dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang
perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
viii
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan
sempurna. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan
negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan. Rakyat
Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup,
mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam
menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain.
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan
negara.
Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara
dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat
kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai
teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita.

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI


MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
MAJLIS PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN 2013
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
17 JUN 2014
SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)
PUTRAJAYA
http://buletinkpm.blogspot.com/2014/06/teks-ucapan-oleh-tpm-pada-majlis.html

PPPPM

21. Turut dipaparkan di dalam Laporan Tahunan 2013 PPPM ini ialah kejayaan inisiatif LINUS (Literasi
dan Numerasi). Peningkatan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid menjadi keutamaan segera PPPM 2013-2025. Inisiatif LINUS telah mensasarkan 100 peratus
murid menguasi literasi Bahasa Malaysia dan numerasi. Pada tahun 2013, LINUS 2.0 telah
menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan bagi murid Tahun 3, iaitu 99.1 peratus murid
menguasai literasi Bahasa Malaysia dan 99.3 peratus menguasai numerasi. Literasi Bahasa Inggeris
Tahun 1 yang baharu dilaksanakan pada tahun lalu telah menunjukkan peningkatan yang ketara
daripada saringan garis asas 50.1 peratus kepada 63.3 peratus dalam saringan 2.

Pengajaran Efektif
Pengajaran yang efektif ialah satu sistem aktiviti yang dapat
meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang
dikehendaki dalam suasana yang sihat, demokratik dan
bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan
ialah perubahan tingkah laku murid akibat penerimaan
pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia merangkumi
perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Pengajaran yang efektif dihasilkan oleh guru yang efektif.
Menurut satu kajian oleh Daveid G. Ryans (1959), guru yang
efektif ialah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Bersikap adil dan tidak pilih kasih.
- Bertimbang rasa dan baik hati.
- Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.
- Tenang dan stabil emosinya.
- Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya berjenaka.
- Berpersonaliti dinamik, iaitu menarik, tangkas dan kerap kali
menghidupkan suasana bilik darjah.
- Mempunyai kecerdasan tinggi yang membolehkannya
memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangan yang
luas.
- Mempunyai imaginasi tinggi yang membolehkannya
memberikan pelbagai jenis contoh yang dapat membantu
murid-murid memahami sesuatu konsep dengan mudah serta
cepat.
- Bersuara lantang dan bertingkah laku beradab.
- Bersabar. Kesabaran penting ketika guru membimbing muridmurid yang lemah dan nakal.

- Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas. Murid-murid akan


mempercayai guru seperti ini. Dengan itu murid lebih sedia
berkongsi masalah dengan guru.
- Bersikap tegas. Guru yang tegas dapat mewujudkan disiplin
yang baik. Ini membolehkan pengajaran-pengajaran berjalan
dengan licin.
- Mementingkan ketepatan masa. Guru yang menepati masa
ketika masuk ke bilik darjah dapat memulangkan tugasan murid
akan dihormati murid-muridnya. Amalan seperti ini juga
merupakan teladan yang baik bagi murid-murid.
- Berdedikasi dan rajin. Guru yang berdedikasi kerap kali
menyempurnakan tugasannya dengan baik. Dia sentiasa
bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran murid yang
maksima.
- Sedia memberi galakan dan pujian. Sikap seperti ini akan
mendorongkan lagi murid-murid untuk berusaha dengan
bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka.

http://kakramgc.blogspot.com/2008/11/peranan-dan-tugas-guru-yang-efektif.html

Peribadi:

- Dedikasi terhadap pengajaran


- Memudahcarakan pembelajaran dan pertumbuhan murid-murid
- Prihatin terhadap kebajikan murid,ibu bapa dan rakan sejawat

Berunsurkan pengajaran:
Keupayaan menguruskan bilik darjah,tingkah laku dan masa
Bersemangat untuk mengajar
Kebolehan memotivasikan murid
Cekap mengajar
Ketinggian Daya Intelektual:

- Gemar membaca,mentelaah,meneroka sesuatu


- Serasi dengan norma masyarakat,budaya dan sub budaya
- Kesihatan mental yang tinggi

Bersikap Positif:

Percaya murid akan belajar


Berusaha bantu murid
Semai keyakinan dalam diri murid
Tunjukkan minat dalam segala aktiviti murid
Proaktif:

- Pertimbangkan segala isu yang berkaitan


- Jantina
- Tempat duduk murid
- Kecerdasan murid
- Sediakan pelan tindakan secara mental

Bijak Dalam Pencegahan:


Pertimbangkan segala isu yang berkaitan
Jantina
Tempat duduk murid
Kecerdasan murid
Sediakan pelan tindakan secara mental
Kualiti peribadi

- Komitmen
- Tanggungjawab
- integriti

Penghayatan dan amalan nilai

- Kemahiran teknologi
- Nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam
- Tonggak dua belas

Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran

Kandungan mata pelajaran


Strategi pengajaran
Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran
Kemahiran pengurusan bilik darjah
Kemahiran motivasi

- Kemahiran komunikasi

Anda mungkin juga menyukai