Anda di halaman 1dari 3

AMALI 2 : Menyiasat Keperluan Fotosintesis

Tujuan: Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi proses fotosintesis

Objektif:
a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan hijau.
b) Untuk menunjukkan cahaya matahari diperlukan bagi proses fotosintesis.
c) Untuk menunjukkan klorofil diperlukan bagi proses fotosintesis.
d) Untuk menunjukkan karbon dioksida perlu bagi proses fotosintesis.
e) Untuk menunjukkan oksigen dihasilkan semasa proses fotosintesis berlaku.

Bahan dan radas:


Daun hijau
Limnophila sessiliflora
Bikar
Bell jar
Corong turas
Bag Polythene
Tabung uji
Jubin putih
Metanol
Larutan Iodin
Air panas
Kalsium klorida
Kalium hidroksida

Prosedur
(a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun hijau.
1. Sehelai daun yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam dipetik.
2. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk membunuh dan melembutkan daun.
3. Methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan dimasukkan
daun hijau ke dalamnya.
4. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas.

5. Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Daun yang telah dinyahwana
diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji.
6. Daun dicelupkan di dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkan daun.
7. Daun diletakkan di atas jubin putih dan beberapa titis larutan iodin dititiskan.

(b) Mengkaji keperluan cahaya matahari untuk fotosintesis.


1. Sebuah pasu tumbuhan diletakkan di dalam bilik gelap selama 24 jam.
2. Sehelai daun dipetik.
3. Kehadiran kanji pada daun diuji.
4. Langkah 2-6 dalam kaedah (a) diulang.

(c) Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.


1. Sehelai daun bervarigat yang telah terdedah kepada cahaya matahari
selama beberapa jam dipetik.
2. Gambarajah menunjukkan taburan warna hijau pada daun dilukis.
3. Ujian kanji dilakukan ke atas daun tersebut. Langkah 2 hingga 6 pada
kaedah (a) diulang.
Soalan:
1. Apa yang anda boleh katakan berkaitan warna biru tua pada daun?
Ini menunjukkan bahawa daun tersebut mengandungi kanji.
2. Bolehkah dikatakan hanya bahagian daun yang berwarna hijau sahaja yang menghasilkan
kanji di bawah cahaya matahari.
Ya, ini kerana bahagian daun yang berwarna hijau ini sahaja terdapat kesan warna biru tua.
3. Adakah fotosintesis berlaku hanya apabila klorofil hadir?
Fotosintesis hanya berlaku jika klorofil hadir kerana klorofil akan menyerap cahaya matahari
dan menggunakan tenaga cahaya matahari untuk menghasilkan kanji daripada karbon
dioksida dan air.

(d) Mengkaji kepentingan karbon dioksida bagi proses fotosintesis.


1. Dua pasu tumbuhan diletakkan di dalam gelap semalaman untuk mengurangkan
kehadiran kanji.
2. Pasu tersebut ditutup dengan bag polithene.
3. Tumbuhan itu diletakkan di dalam balang kaca dan dilabelkan A dan B setiap satunya.

4. Dalam baIang A diletakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida .
Udara di dalam balang A bebas dari karbon dioksida.
5. Balang B mempunyai satu bukaan yang membenarkan udara atmosfera memasukinya.
6. Kedua-dua balang ini diletakkan dibawah cahaya matahari selama beberapa hari.
7. Kehadiran kanji bagi daun diuji dan langkah 2 hingga 6 seperti kaedah (a) diulang.

(e) Mengkaji penghasilan oksigen ketika fotosintesis.


1. Limnophila sessiliflora sp. diletakkan dibawah corong turas yang diterbalikkan . Air kolam
digunakan bagi tujuan merendamkan tumbuhan ini. Corong turas ditinggikan sedikit dari
bahagian bawah bikar untuk membolehkan pergerakan air yang bebas.
2. Tabung uji yang dipenuhi dengan air diterbalikkan pada bahagian corong turas. Tiada
gelembung udara yang terperangkap di dalam tabung uji dipastikan. Set ini dilabel sebagai
A.
3. Radas ini diletakkan di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.
4. Satu lagi set radas seperti di atas disediakan tetapi diletakkan di tempat gelap. Radas ini
bertindak sebagai kawalan dan dilabelkan dengan B.
5. Gas yang terkumpul diuji dengan kayu uji bernyala bagi kedua-dua set A dan set B.

Pemerhatian
a) Dalam eksperimen kami, kami tidak Berjaya mendapat warna biru tua dalam ujian
kanji yang dilakukan pada daun itu.
b) Didapati bahawa tumbuhan yang tidak terdedah dengan cahaya matahari tidak
mengandungi kanji kerana kekurangan tenaga cahaya matahari untuk menghasilkan
kanji.
c) Berdasarkan eksperimen ini, klorofil adalah sangat penting untuk proses fotosintesis.
d) Di dalam balang A dimana ia tidak mempunyai karbon dioksida, didapati bahawa
tumbuhan itu menjadi sedikit layu daripada balang B. Namun begitu, kelayuannya
dalah tidak begitu ketara dan proses ini mengambil masa yang lama kerana mungkin
terdapat karbon dioksida lagi yang belum dikeluarkan dari balang itu.
e) Gas yang terdapat dalam tabung uji diuji dan didapati bahawa ia adalah bukan gas
oksigen. Tumbuhan yang digunakan telah didapati mereput dan menghasilkan bau
yang tidak disenangi. Proses pereputan itu mungkin telah menggunakan oksigen
yang dihasilkan dan bertukar menjadi karbon dioksida.

Perbincangan
Eksperimen yang telah dijalankan kali ini menunjukkan banyak keputusan yang tidak sama
dengan apa yang kita inginkan. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana terdapat kecuaian,
persekitaran yang tidak sesuai dan peralatan yang tidak mencukupi. Jika diberi peluang lagi
kita akan melakukan eksperimen ini lagi dengan lebih berhati-hati supaya mendapat
keputusan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai