Anda di halaman 1dari 7

PRAKTIKAL 2

TOPIK: Persampelan Kumbang Beras

OBJEKTIF:

Menentukan bilangan kumbang beras dalam sesuatu satu populasi

PENGENALAN:

oryzae , atau lebih dikenali dengan nama bubuk beras, ialah sejenis serangga
Sitophilus oryzae,
perosak yang terdapat dalam beras dan bijirin lain dari keluarga Circulionidae. Turut dikenali
sebagai kutu beras atau kumbang beras, serangga ini dijumpai di kawasan tropika dan sub-
tropika. Seringkali ia dijumpai di dalam beras yang disimpan untuk beberapa ketika dan didapati
bahawa beras tersebut telah rosak. Penyimpanan beras memerlukan teknologi khusus untuk
mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok simpanan beras. Namun begitu, kaedah
pengawalan ini perlu disesuaikan agar tidak memberi kesan kimia terhadap beras yang akan
digunakan oleh manusia.

Untuk amali pada kali ini, kami telah menggunakan 2 sampel beras iaitu sampel A dan
sampel B. Sampel A adalah beras yang disimpan dalam tempoh 1 tahun dan telah mengalami
kerosakan yang teruk manakala sampel B adalah beras yang disimpan dalam tempoh 6 bulan
dan tidak mempunyai banyak kerosakan.

ALAT DAN BAHAN:

 Beras yang mengandungi kumbang beras


 1 sudu plastik besar 
 2 piring petri besar yang berdiameter 10-15 cm
 1 berus lukis kecil
 1 bikar muatan 1 liter 
  Penimbang
 Kertas putih A4
PROSEDUR:

1. Sampel beras yang akan digunakan ditimbang menggunakan penimbang

2. Sampel dibahagikan kepada beberapa bahagian

3. Kumbang yang ada dalam sampel dikira serta jumlah kumbang perkilogram ditentukan

KEPUTUSAN:

BILANGAN KUMBANG
BIL.
SAMPEL A SAMPEL B
1. 9 17
2. 7 6
3. 6 9
4. 11 6
5. 10 16
6. 10 14
7. 11 28
8. 13 41
9. - 14
10. - 14
JUMLAH
96/kg 165/kg
 /kg
 Antara langkah berjaga-jaga yang diambil ialah

i. Memastikan kedudukan mata selari dengan bacaan ketika bacaan penimbang diambil

KESIMPULAN:

Tempoh beras sampel A adalah lebih lama berbanding Sampel B. Namun begitu, bilangan
kumbang per kilogram bagi Sampel A adalah lebih sedikit berbanding Sampel B. Hal ini
disebabkan oleh sampel B yang disimpan dalam suhu yang lembap menyebabkan bilangan
kumbang yang terdapat agak banyak iaitu 165/kilogram. Sampel A pula yang disimpan pada
keadaan yang kering, mempunyai bilangan kumbang yang lebih sedikit berbanding Sampel B
iaitu 96/kilogram. Keadaan persekitaraan yang lembap meningkatkan kadar pembiakan
kumbang beras.

SOALAN:

1. Dari fakta sains, bincangkan kenapa beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang
membiak

Beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang beras membiak kerana beras adalah satu
sumber tenaga terbesar yang kaya akan karbohidrat. Kumbang beras betina akan mengigit dan
masukkan telur halus berbentuk bulat lonjong di dalam biji beras. Seekor kumbang beras betina
mampu mengeluarkan 300 - 400 biji telur sekali. Telur berwarna putih akan di tutup (sealed)
dengan cecair khas yang dikeluarkan oleh kumbang betina. Telur ini akan menetas dan larva
yang berukuran 4 mm panjang tanpa kaki dan akan makan biji beras sehingga merosakkan biji
beras kemudian membentuk kepompong atau pupa. Pupa akan menjadi dewasa dan keluar
dari dalam biji beras dengan mempunyai 6 kaki serta dua sesungut pendek serta muncung di
kepalanya. Keadaan beras yang lembap memudahkan lagi pembiakan kumbang beras.
2. Cadangkan kaedah rawatan untuk membasmi serangan kumbang terhadap beras ini
dan tidak menjejaskan kualiti beras

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk membasmi serangan
kumbang beras tanpa menjejaskan kualiti beras. Antara kaedah yang sering dijalankan ialah
dengan kaedah fumigasi, kawalan suhu tinggi dan penggunaan produk tumbuhan dalam
mengawal pembiakan kumbang beras. Kawalan menggunakan kaedah fumigasi boleh
digunakan untuk semua jenis bijirin. Dengan menggunakan metil bromida, kaedah dijalankan
dalam keadaan ptotokol khusus yang selamat dan mengikut keperluan khas. Metil bromida
akan mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti bawang putih. Pengilang dan pengedar
yang ingin menjalankan fumigasi mesti mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak
berkuasa. Namun begitu, kaedah fumigasi ini adalah merbahayakan manusia jika tidak
dijalankan dengan betul.

Kawalan menggunakan suhu tinggi akan membunuh kutu beras dalam kontena khas
yang dibina dan ianya lebih murah , selamat tetapi keberkesanannya kurang sempurna.
Penggunaan produk tumbuhan seperti minyak tumbuhan, daun & serbuk tumbuhan serta
ekstrak juga dapat digunakan. Sebagai contoh, minyak biji Neem merupakan produk yang
paling berkesan dalam mengawal pembiakan kumbang beras (Thomas et.al, 2002).

Di samping itu, terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk menghalau
kumbang beras. Letakkan bahan yang mempunyai aroma yang kuat seperti daun limau purut,
daun pandan dan kulit kayu manis. Walaupun ianya wangi pada hidung kita, namun kumbang
beras sangat tidak selesa dengan baunya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun
tersebut pada 3 bahagian beras; atas, tengah dan bawah supaya kumbang beras dapat diusir
dengan cepat. Jika didapati terlalu banyak kumbang beras dalam beras tersebut, anda boleh
meletakkan cili kering. Rasa pedas dan panas ini menyebabkan kumbang beras berasa tidak
selesa. Kemudian, beras tersebut dijemur di bawah cahaya matahari. Anda akan mendapati
bahawa kumbang beras tersebut berpusu-pusu keluar dari beras.
3. Selain daripada beras, bijirin apa yang selalu menghadapi masalah serangan kumbang
ini dan cadangkan kaedah penyimpanan yang sesuai tanpa merosakkan kualiti bijirin
tersebut

Bijirin yang turut menghadapi serangan kumbang adalah tepung, kekacang dan jagung
kering. Untuk penyimpanan di rumah, bijirin tersebut boleh disimpan dalam bekas tertutup dan
disimpan di tempat bersih, sejuk dan kering seperti peti sejuk. Kekacang boleh disimpan di
dalam bekas kedap udara dan boleh juga disimpan dalam peti sejuk sekiranya ingin
menyimpannya dalam tempoh yang lebih lama.

Menurut Buletin Teknologi MARDI (2013), MARDI telah menjalankan aktiviti


penyelidikan dan pembangunan terhadap aspek mutu beras dan juga penyimpanan. Salah satu
aktiviti yang dijalankan ialah mengekalkan kualiti beras semasa penyimpanan dan melalui
teknik keusangan cepat, mutu beras dapat ditingkatkan. Melalui kajian, MARDI membangunkan
proses keusangan cepat dengan penggunaan haba lembap pada peringkat pengeringan padi.
Keusangan cepat dihasilkan dengan memanaskan padi pada kelembapan (18, 20 dan 24%)
dengan suhu tinggi (80, 100 dan 120 °C) di dalam bekas tertutup agar tiada kehilangan
lembapan untuk mengelakkan keretakan padi.

Bushan Bibwe (2017) menyatakan bahawa kaedah Penyimpanan Hermetic


meningkatkan kualiti bijirin dan biji benih kerana ianya mengekalkan kandungan kelembapan
dan mengurangkan kerosakan akibat serangga perosak tanpa menggunakan racun serangga.
Penyimpanan Hermetic berperanan dengan mengedapkan bijirin yang disimpan daripada
atmosfera luar. Ia mengelakkan kemasukan oksigen dan udara yang lembap daripada udara
persekitaran dan melindungi bijirin daripada serangga perosak. Dalam kaedah penyimpanan ini,
terdapat beberapa bahan peralatan yang berbeza untuk digunakan, sesuai dengan keadaan
dan keperluan. Antara peralatan tersebut ialah bag super grains, cocoon storage, bunkers, pits
tunnel  dan silo bag.
RUJUKAN:

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast.  Cambridge University
Press: Cambridge.

Choong, N.M.,Lee, S.C. & Liew, S.L. (1997). Biologi STPM Jilid II. Selangor. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Jenny H. (1994). Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. UK: Dover
Publications.

Kamaludin A. Rashid. (2012). College Biology. (Edisi Pertama). Shah Alam. IPTA
Publications Sdn. Bhd.

Wong, T.C., Teh, L.H. & Hasimah Azit. (2012). Biologi Tingkatan 5. Selangor. IMS Books
Trading Sdn. Bhd.

ClimaTechWiki. (2013). Seed and Grain Storage . [Online], [Diakses: 27 Feb 2018]. Boleh
didapati: http://www.climatetechwiki.org/content/seed-and-grain-storage

Grain SA. (2016). Different Ways and Option for Storing Grain. [Online], [Diakses: 27 Feb 2018].
Boleh didapati: http://www.grainsa.co.za/different-ways-and-options-for-storing-
  grain

Rod Davis et.al. (2016). Grain Storage and Handling. [Online]. [Diakses: 27 Feb 2018]. Boleh
didapati: https://www.mla.com.au/globalassets/mla-corporate/research-and-
  development/program-areas/feeding-finishing-and-nutrition/feedlot-design-manual/030-
  grain-storage-and-handling-2016_04_01.pdf 
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai