Anda di halaman 1dari 6

Tajuk

Persampelan populasi kumbang beras

Tujuan
Menentukan bilangan kumbang beras dalam sesuatu populasi.

Teori
Terdapat berjuta-juta organisma yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan dan
tumbuhan hidup secara berkelompok dan saling bergantung antara satu sama lain. Spesies
ialah sekumpulam organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk yang sama.
Populasi pula merupakan satu kumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup di
dalam satu kelompok dan kawasan yang sama. Organisma dalam satu populasi juga perlu
membiak antara satu sama lain. Hal ini bermakna mereka boleh bertukar-tukar gamet
secara kerap untuk menghasilkan keturunan yang sihat dan kumpulan pembiakan itu juga
dikenali sebagai Gamodeme.
Seterusnya, kumbang beras (Sitophilus oryzae) merupakan sebuah binatang
perosak yang menyerang beras-beras yang tersimpan. Selain daripada beras, mereka juga
boleh menyerang jagung dan gandum. Selain itu, kumbang beras mempunyai jangka hayat
selama lima bulan sahaja. Mereka membiak dengan menetaskan telur ke dalam sebutir
beras. Telur tersebut akan menetas dan larva yang berukuran 4 mm panjang tanpa kaki
akan makan biji beras sehingga merosakan biji beras dan seterusnya membentuk
kepompong atau pupa. Pupa akan dewasa dan keluar dari dalam biji beras dengan
mempunyai enam kaki dan dua sesungut pendek serta muncong dikepalanya.

Kumbang beras
Bahan dan radas
Sampel beras berkutu, bikar, forceps, piring petri, pemberat elektronik.

Prosedur
1. Sample beras diagihkan dengan menggunakan bikar
2. Sampel beras ditimbang menggunakan pemberat elektronik
3. Kumbang beras diasingkan dan dibilang satu persatu menggunakan forseps
4. Angka akhir bagi bilangan kumbang beras dicatatkan di dalam pemerhatian.

Pengumpulan data

Minggu Keadaan sampel Bilangan kutu beras

1 1 minggu terbiar, lembap 6

2 2 minggu terbiar, lembap 73

3 3 minggu terbiar, lembap 116

Perbincangan

Kumbang beras (Sitophilus oryzae) merupakan sejenis serangga perosak yang


terdapat dalam beras dan bijirin lain dari keluarga Circulionidae. Haiwan ini dipanggil
sebagai kumbang beras, kutu beras atau juga dikenali sebagai bubuk beras. Jika beras
disimpan untuk beberapa ketika, kita akan dapati terdapat beberapa ekor kumbang beras di
dalamnya dan beras tersebut telah rosak. Serangga ini juga menyerang bijirin gandum, oats,
shorgum, barli dan bijirin jagung (Sitophilus zaemais). Ianya mudah dijumpai di kawasan
tropika dan sub tropika. Beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang beras membiak kerana
beras adalah satu sumber tenaga terbesar yang kaya dengan karbohidrat. Selain itu,
kumbang beras merupakan serangga kecil yang berukuran 2.5-3.5mm panjang dan yang
dewasa kebanyakannya berwarna hitam atau coklat kehitaman.
Kumbang beras betina akan mengigit dan masukkan telur halus berbentuk bulat
lonjong di dalam biji beras. Faktanya, seekor kumbang beras betina mampu mengeluarkan
300-400 biji telur sekali. Telur berwarna putih akan di tutup (sealed) dengan cecair khas
yang dikeluarkan oleh kumbang betina. Seterusnya, telur ini akan menetas dan larva yang
berukuran 4 mm panjang tanpa kaki akan makan biji beras sehingga merosakkan biji beras
dan kemudiannya membentuk kepompong atau pupa. Pupa akan menjadi dewasa dan
keluar dari dalam biji beras dengan mempunyai enam kaki dan dua sesungut pendek serta
muncung di kepalanya. Keadaan beras yang lembap memudahkan lagi pembiakan
kumbang beras. Berdasarkan kuputusan yang diperolehi, didapati pada minggu pertama,
bilangan kumbang beras adalah sebanyak enam ekor manakala pada minggu kedua,
bilangan kumbang beras meningkat sebanyak 67 ekor menjadikan jumlah keseluruhannya
adalah sebanyak 73 ekor.

Pada minggu ketiga, bilangan kumbang beras meningkat kepada 116 ekor.
Peningkatan kumbang beras sebanyak 67 ekor pada minggu kedua dan 43 ekor pada
minggu ketiga ini adalah kerana dipengaruhi oleh faktor suhu dan kelembapan. Didapati,
suhu tempat penyimpanan beras tersebut adalah pada suhu bilik dan sampel beras berada
dalam keadaan yang lembap kerana disimpan di dalam plastik yang diikat dengan rapi.
Menurut Anem. M dalam penulisannya, beliau menyatakan bahawa jangka hayat kumbang
beras lazimnya selama lima bulan sahaja dalam suhu kurang dari 30 darjah celsius dengan
kadar kelembapan sebanyak 70%. Kadar optimum kumbang beras hidup dalam beras
adalah pada suhu 27-28 celsius dengan kelembapan sekitar 60%. Selain itu, faktor lain bagi
peningkatan kumbang beras yang banyak dalam tempoh waktu selama tiga minggu ini
adalah faktor beras tersebut. Didapati, sampel beras yang diambil pada hari pertama
merupakan sampel beras yang lama. Sampel beras ini didapati oleh pengkaji di kedai runcit
berdekatan dan beras ini merupakan stok beras yang lama dari pembekal.

Industri penyimpanan beras memerlukan teknologi khusus untuk mengawal


serangga ini daripada terus memusnahkan stok simpanan beras dalam simpanan stor,
dalam kapal atau telah di bungkus untuk pasaran runcit. Kaedah pengawalan ini perlu
disesuaikan agar tidak memberi kesan kimia terhadap beras yang akan digunakan oleh
manusia. Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk membasmi
serangan kumbang beras tanpa menjejaskan kualiti beras. Antara kaedah yang sering
dijalankan ialah dengan kaedah fumigasi, kawalan suhu tinggi dan penggunaan produk
tumbuhan dalam mengawal pembiakan kumbang beras. Kawalan menggunakan kaedah
fumigasi boleh digunakan untuk semua jenis bijirin. Dengan menggunakan metil bromida,
kaedah dijalankan dengan prosedur khusus yang selamat dan mengikut keperluan khas.
Metil bromida akan mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti bawang putih.
Pengilang dan pengedar yang ingin menjalankan fumigasi haruslah mendapatkan kelulusan
dan kebenaran daripada pihak berkuasa. Namun begitu, kaedah fumigasi ini adalah
merbahayakan manusia jika tidak dijalankan dengan betul.

Selain itu, kawalan menggunakan suhu tinggi akan membunuh kumbang beras
dalam kontena khas yang dibina dan ianya didapati lebih murah, selamat tetapi
keberkesanannya kurang sempurna. Penggunaan produk tumbuhan seperti minyak
tumbuhan, daun dan serbuk tumbuhan serta ekstrak juga dapat digunakan. Sebagai contoh,
minyak biji Neem merupakan produk yang paling berkesan dalam mengawal pembiakan
kumbang beras (Thomas et.al, 2002). Di samping itu, terdapat beberapa petua yang boleh
digunakan untuk menghalau kumbang beras. Letakkan bahan yang mempunyai aroma yang
kuat seperti daun limau purut, daun pandan dan kulit kayu manis. Walaupun ianya berbau
wangi pada kita, namun kumbang beras sangat tidak selesa dengan baunya. Untuk kesan
yang lebih efektif, masukkan daun tersebut pada tiga lapisan dalam bekas beras iaitu pada
bahagian atas, tengah dan bawah supaya kumbang beras dapat diusir dengan cepat. Jika
didapati terlalu banyak kumbang beras dalam beras tersebut, dengan meletakkan cili kering
ke dalam bekas beras tersebut adalah salah satu solusi yang baik. Rasa pedas dan panas
ini menyebabkan kumbang beras berasa tidak selesa. Kemudian, beras tersebut dijemur di
bawah cahaya matahari agar semua kumbang beras dapat diusir dengan cepat.
Rujukan

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological survey of estuaries and coast. Cambridge University
Press: Cambridge.
Chang, D. (2010, December 30). Anim agro technology. Retrieved August 25, 2015, from
blogspot: http://animhosnan.blogspot.sg/2010/12/struktur-tumbuhan.html

Choong, N.M.,Lee, S.C. & Liew, S.L. (1997). Biologi stpm jilid II. Selangor. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Eldon D Enger, Frederick C Ross. (2003). Concepts in biology tenth edition. New York: Mc
Graw Hill Companies.

Freeman, S. (2005). Biological science volume 2. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

J. A. Lee Ching. (2014). Stpm biology second term. Malaysia: Pearson Sdn Bhd.

Jenny H. (1994). Factors of soil formation: a system of quantitative pedology. UK: Dover
Publications.

Kamaludin A. Rashid. (2012). College biology edisi pertama. Shah Alam: IPTA
Publications Sdn. Bhd.
Wong, T.C., Teh, L.H. & Hasimah Azit. (2012). Biologi tingkatan 5. Selangor: IMS Books
Trading Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai