Anda di halaman 1dari 21

PROGRAM IJAZAH

SARJANA MUDA PERGURUAN


(PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA NERUS

SCES3103
BIOLOGI PERSEKITARAN

SEMESTER 2 TAHUN 3
Nama NUR SYAMIMI BINTI NORHISHAM
Pelajar/Angka A/G: 2017092340070
Giliran (NO I/C: 980226-06-6018)
Kumpulan/Opsyen PISMP Ambilan Jun 2017/ SAINS 2

Kod dan Mata SCES3103


Pelajaran BIOLOGI PERSEKITARAN

Nama Pensyarah
ENCIK SAZLI BIN AZIZ @ ABDUL AZIZ
Kursus

AMALI 3 : BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN


Tarikh Serahan
( 10 FEBRUARI 2020)

EKOSISTEM TANAH – BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

1
TUJUAN
Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang dapat ditemui di dalam jenis
tanah yang berbeza yang diambil dari kawasan yang berbeza.

PENGENALAN
Sesuatu ekosistem adalah unit semula jadi yang terdiri daripada komponen-
komponen hidup dan tidak hidup, yang perkaitan hubungan antara kedua-duanya
menghasilkan suatu ekosistem yang stabil dan swakekal. Dalam erti kata lain, ia
menghubungkan organisma dalam satu komuniti yang lain dan juga dengan
persekitarannya. Ekosistem terdiri daripada komuniti-komuniti organisma yang saling
bertindak antara satu sama lain dan dengan benda tak hidup (abiotik) dari persekitaran.
Oleh yang demikian, penganalisisan sesuatu ekosistem melibatkan kajian ke atas
komuniti-komuniti semula jadi. Komuniti tersebut boleh wujud dalam kolam air tawar,
tanah, hutan atau lubuk batu di tepi pantai. Walau bagaimanapun keadaannya, adalah
perlu untuk mengenal pasti organisma-organisma yang hidup di tempat itu. Kerja ini boleh
dilakukan dengan prosedur-prosedur yang sistematik. Kemudiannya adalah perlu untuk
menentukan taburan spesies yang berlainan secara kuantitatif serta mengaitkannya
dengan faktor-faktor fizikal dan biotik dari persekitaran.
Ekosistem merupakan suatu sistem yang terbuka di mana input-input,
perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga berlaku
dalam satu arah sahaja bagi setiap ekosistem. Kebiasaannya, aliran tenaga bermula
apabila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.
Autotrof merupakan organisma pengeluar ‘producer’ bagi sesuatu ekosistem. Sebatian
organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas
kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Jaringan makanan merupakan satu kitaran
yang terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam
jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan pengurai.
Pertalian nutrisi di antara organisma-organisma tersebut merupakan suatu jaringan
makanan yang prinsip asasnya dijelaskan dalam Rajah 1. Kebanyakan tenaga yang
memasuki jaringan makanan akan hilang ke persekitaran terutamanya dalam bentuk
metabolism.

2
Rajah 1 : Piramid
tenaga

Biota tanah adalah organisma hidup yang menghabiskan sebahagian kitar


hidupnya di tanah. Biota tanah ini terdiri daripada makrofauna. mikrofauna dan
mesofauna. Makrofauna tanah merupakan salah satu sumber alam yang sangat
bermanfaat bagi lingkungan ekosistem. Keberadaannya sangat dipengaruhi oleh faktor
biotik dan abiotik di sekitarnya. Abiotik dan biotik merupakan dua komponen daripada
kehidupan. Komponen abiotik (persekitaran fizikal) terdiri daripada benda-benda yang
tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala
komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan
manusia. Interaksi antara kedua-dua komponen ini membentuk satu jaringan ekosistem.

BAHAN
Sampel tanah (tanah pamah dan tanah gambut)

RADAS
Pencakar tanah, mentol, wayar, bikar, corong, jaring nyamuk (mosquito net), botol, slaid
kaca dan mikroskop.

3
Rajah 2 : Bahan
dan radas

PROSEDUR
1. Dua sampel tanah daripada dua lokasi yang berlainan (lokasi A dan lokasi B)
diambil.
2. Tanah itu diambil di kawasan pembakaran sampah dan kawasan berhampiran
kolam.

Rajah 3 : Lokasi A Rajah 4 : Lokasi B

3. Sampel yang diambil dimasukkan ke dalam plastik. Jenis tanah dan tempat
pengambilan tanah direkodkan dalam jadual.
4. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam jadual.

4
5. Corong tulgren diubah suai menggunakan bahan kitar semula seperti botol air 1.5
liter.

Rajah 5 : Corong
tulgren

6. Tanah tersebut dimasukkan ke dalam corong tulgren seperti dalam rajah 4 dan
dibiarkan selama dua hari.

Rajah 6 : Corong
tulgren untuk
mengesktrak
makrofauna tanah

7. Bikar yang mengandungi air dikeluarkan dan makrofauna yang terperangkap


diambil dan direkod.
8. Fauna dari sampel tanah lokasi A dan lokasi B yang didapati jumlahnya
diperhatikan.
9. Fauna yang dijumpai diasingkan ke dalam piring petri dan dikenalpasti.
10. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri dan pemerhatian
direkodkan dalam jadual.
5
11. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter
tanah dan litupan daun serta bilangan individu daripada setiap kumpulan litupan
daun.

KEPUTUSAN
i. Jenis lokasi (Jadual 1)

CIRI-CIRI LOKASI LOKASI A LOKASI B


Tempat pembakaran
Lokasi sampah Tepi Kolam

Tahap naungan 20% - rendah 90% - tinggi

Kelembapan/kekeringan tanah Lembap Sedikit lembap

Kemampatan tanah Kurang padat Padat

Jenis tanah Tanah pamah Tanah gambut

Tekstur tanah Kasar dan berbatu Pasir halus

6
ii. Bilangan makrofauna yang terdapat dalam kedua-dua sampel tanah (Jadual 2)

JENIS MAKROFAUNA BILANGAN

Lipas pasir 1

Cacing tanah 1

Cacing gelang 1

Semut 8

Kutu kayu 1

Kelkatu 8

Siput 2

iii. Makrofauna yang diperhatikan di lokasi A dan lokasi B (Jadual 3)

Order atau kumpulan Bilangan makrofauna Bilangan makrofauna


Makrofauna lokasi A lokasi B
Isipadu tanah = 400ml Isipadu tanah = 400ml

Lipas pasir

0 1

7
Cacing tanah

0 1

Cacing gelang (nematodes)

0 1

Semut

2 6

Kutu kayu

8
1 0

Kelkatu

0 8

Siput

0 2

9
iv. Jumlah dalam kumpulan seliter tanah dan litupan daun (Jadual 4)
Formula bagi mendapatkan makrofauna per liter tanah/litupan daun bagi lokasi
A dan lokasi B :

Kuantiti makrofauna
× 1000ml
400 ml

Makrofauna Makrofauna per liter Makrofauna per liter


tanah bagi lokasi A tanah bagi lokasi B

Kuantiti lipas pasir per liter tanah/ - 2.5 unit per liter
litupan daun

Kuantiti cacing tanah per liter - 2.5 unit per liter


tanah/ litupan daun

Kuantiti nematod per liter - 2.5 unit per liter


tanah/ litupan daun

Kuantiti semut per liter tanah/ 5 unit per liter 15 unit per liter
litupan daun

Kuantiti kutu kayu per liter tanah/ 2.5 unit per liter -
litupan daun

Kuantiti kelkatu perliter tanah/ - 20 unit per liter


litupan daun

Kuantiti siput perliter tanah/ - 5 unit per liter


litupan daun

Jumlah makrofauna 7.5 unit per liter 47.5 unit per liter

10
PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?


Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka.
Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk
menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut?

Tanah merupakan hasil perubahan (transformation) dan peralihan


(translocation) zat-zat mineral dan organik yang berlaku di permukaan daratan
yang dipengaruhi oleh faktor-faktor lingkungan yang berlaku dalam tempoh masa
yang panjang, dan terbentuk dengan organisasi dan morfologi tertentu
(Schroeder, 1984). Tanah mempunyai sifat yang berbeza pada tempat yang
berbeza. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi pembentukan
tanah iaitu bahan induk yang mengalami modifikasi, iklim, dan organisma hidup.

Rajah 7 : Lapisan tanah

Bahan induk tanah berasal dari batuan atau longgokan biomass mati
sebagai bahan mentah. Bahan induk yang berasal dari batuan akan
menghasilkan tanah mineral, manakala longgokan biomass mati akan
menghasilkan tanah organik. Iklim mempengaruhi suhu dan kelembapan tanah.

11
Hujan dan angin dapat menambahkan kelembapan tanah. Cahaya matahari pula
menentukan suhu bagi pembentuk tanah yang memastikan peguraian bahan
mineral dan bahan organik berlaku. Semua proses kimia dan biologi bergantung
pada suhu. Organisma hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu yang hidup di
dalam tanah dan yang hidup di atas tanah. Yang hidup di dalam tanah seperti
bakteria, akar tumbuhan, cacing tanah, semut, dan sebagainya. Dengan adanya
organisma ini, tanah membentuk suatu ekosistem. Organisma-organisma hidup
ini mempercepat penguraian zarah- zarah batuan, bahan organik,
mencampurkan bahan organik dengan bahan mineral bagi membentuk tanah.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa kehidupan makrofauna tanah dipengaruhi


oleh komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik yang mempengaruhi
keadaan tanah di kawasan tersebut adalah termasuk pH tanah, suhu kawasan,
kelembapan tanah, tekstur tanah, kelembapan udara dan kadar penerimaan
cahaya matahari. Jenis tanah atau lokasi tanah yang berbeza boleh
menghasilkan kepelbagaian makrofauna. Istilah habitat dapat digunakan bagi
menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang
membentuk suatu komuniti. Oleh hal yang demikian, lokasi yang berbeza
mempunyai makrofauna yang berbeza. Hal ini adalah disebabkan oleh lokasi
sampel tanah itu diambil berdasarkan tahap naungan, kelembapan/kekeringan
tanah, kemampatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut.

Hasil kajian yang dijalankan, sampel tanah dari lokasi B mengandungi


lebih makrofauna dibandingkan dengan sampel tanah di lokasi A. ini dapat dilihat
apabila dapatan hasil kajian menunjukkan sampel tanah di lokasi B mempunyai
seekor lipas pasir, seekor cacing tanah, seekor cacing gelang (nematodes),
enam ekor semut, lapan ekor kelkatu dan dua ekor siput, manakala dapatan hasil
kajian bagi sampel tanah di lokasi A mendapati hanya dua spesies makrofauna
yang ditemui iaitu dua ekor semut dan seekor kutu kayu. Sampel tanah lokasi B
diambil dari kawasan tepi kolam manakala sampel tanah lokasi A diambil di
tempat pembakaran sampah. Berikut merupakan Graf 1 yang menunjukkan
perbandingan antara makrofauna dalam sampel tanah di lokasi A dan lokasi B :

12
Graf Perbandingan Makrofauna
9
8
7
Bilangan makrofauna

6
5 Lokasi A
4 Lokasi B
3
2
1
0
Lipas Cacing Cacing Semut Kutu kayu Kelkatu Siput
pasir tanah gelang
Spesies makrofauna

Graf 1 : Perbandingan Makrofauna Lokasi A dan B

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap keputusan eksperimen


yang diambil, didapati antara faktor yang mempengaruhi bilangan makrofauna
yang lebih tinggi dalam sampel tanah lokasi B berbanding lokasi A ialah jenis
tanah, tahap naungan, kelembapan tanah dan tekstur tanah. Sampel tanah lokasi
B ialah jenis tanah gambut, di mana tanah jenis ini sangat sesuai untuk
membentuk suatu komuniti yang besar kerana mempunyai kandungan organik
yang lebih tinggi, mudah digembur, mempunyai tekstur pasir halus tetapi padat
dan mempunyai saliran yang baik serta lebih sesuai didiami oleh lebih banyak
makrofauna seperti yang dibuktikan melalui dapatan kajian. Tanah di lokasi A
pula ialah tanah pamah yang mempunyai tekstur seperti tanah liat, kurang padat,
kasar dan berbatu menyebabkan ia hanya sesuai sebagai habitat makrofauna
tertentu seperti semut.

Seterusnya, tahap naungan bagi tanah di lokasi B ialah tinggi, iaitu


sebanyak 90%. Hal ini kerana tanah tersebut terlindung daripada cahaya
matahari disebabkan oleh kewujudan flora yang besar dan melitupi permukaan
tanah di kawasan tersebut. Tahap naungan yang tinggi penting untuk
mengekalkan kelembapan tanah yang merupakan suatu keadaan yang optimum
13
untuk makrofauna menjalankan proses hidup. Bagi tanah di lokasi A, tahap
naungannya adalah rendah iaitu sebanyak 20%. Hal ini kerana kekurangan flora
atau komponen biotik lain untuk melitupi kawasan tersebut menyebabkan
permukaan tanah menjadi panas oleh kerana terdedah dengan cahaya matahari
yang banyak. Kelembapan tanah juga adalah kurang pada bahagian permukaan
tanah menyebabkan makrofauna memasuki tanah yang lebih dalam untuk
mendapatkan kelembapan. Oleh kerana, tanah yang digali untuk dijadikan
sampel tidaklah terlalu dalam, maka hanya dua spesies makrofauna sahaja yang
ditemui dalam sampel tanah tersebut.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis. Fungsi utama


makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal
tanah. Makrofauna berperanan besar dalam mengekalkan kesuburan tanah.
Proses penguraian dalam tanah menjadi perlahan tanpa kehadiran makrofauna.
makrofauna berperanan dalam membaiki struktur tanah dan juga proses aliran
karbon dan agregasi tanah. Semut merupakan makrofauna yang sangat penting
dalam penguraian bahan organik. Semut akan memakan sisa-sisa organisma
yang mati dan mereput. Semut juga berperanan sebagai pemangsa dan hama
tanaman. Selain itu, semut juga penting sebagai ‘ecosystem engineers’ yang
membantu membaiki struktur tanah.

Selain semut, terdapat juga makrofauna lain dalam sampel tanah yang
berperanan untuk menyuburkan struktur tanah. Antaranya ialah, cacing tanah
yang dapat mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah dan membawa tanah
dari satu lapisan ke lapisan lain. Ia juga berperanan untuk memperbaiki
pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya serta najisnya
mengandungi kalsium yang dapat menyuburkan tanah. Seterusnya, cacing gelang
ataupun dikenali sebagai nematode yang membantu dalam pereputan bahan
organik. Kelkatu juga terdapat dalam sampel tanah lokasi B. Makanan bagi kelkatu
ialah sel tumbuhan yang telah mati, kayu, daun-daun kering, tumbuhan rendah
yang telah mati, rumput, najis dan humus.

14
Secara kimianya, makanan mereka boleh dikategorikan sebagai bahan
lignoselulosa, iaitu bahan yang kaya dengan bahan organik di dalam biosphera.
Kelkatu mampu mencernakan selulosa dan beberapa spesies lain mampu untuk
mencernakan lignin dengan bantuan daripada simbiosis protozoa dan bakteria
yang terdapat dalam usus mereka. Kebanyakkan kelkatu juga mempunyai
hubungan simbiosis dengan bakteria pengikat nitrogen. Bahan yang dikeluarkan
oleh kelkatu merupakan bahan yang telah ditukarkan daripada biojisim
lignoselulosa kepada biojisim serangga dan ia telah menyokong sebahagian besar
daripada kepelbagaian biologi vertebra tropika termasuk spesies lain seperti
amfibia, reptilian, burung dan haiwan mamalia yang memakan serangga di dalam
tanah.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota


(contohnya fungi, nematode dan lain-lain), apa yang mereka lakukan
(pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga
berlaku.

Contohnya, di manakah bermulanya pembentukan tenaga dan di manakah


ianya berakhir (puncak rantai makanan).

Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada
puncak rantai makanan mati?
Sediakan rajah ini dengan laporan anda.

15
i) Rajah jaringan makanan :

Arthropods Arthropod
Nematod s

Burung
Rumput

Nematod
Akar Fungi
Nematod

Bahan Protozoa
organik Bakteria
Haiwan

Rajah 8 : Jaringan Makanan

Suatu ekosistem terdiri daripada tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar,


pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu
ekosistem yang dihubungkan kepada organisma lain melalui pemindahan atau
pengaliran tenaga. Dalam suatu rantai makanan ia mesti bermula dengan
tumbuhan di mana ia merupakan organisma yang paling utama dalam suatu rantai
makanan kerana tumbuhan dikategorikan sebagai pengeluar yang boleh
menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Ini kerana
tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga daripada
cahaya matahari. Makanan yang terhasil akan digunakan oleh tumbuhan untuk
terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila
organisma memakan tumbuhan. Setiap organisma masing-masing mempunyai
pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan
makanan (siratan makanan) merupakan interaksi makanan yang lebih kompleks
yang terdiri dari pelbagai organisma dari gabungan beberapa rantai makanan.

16
Dalam suatu komuniti, pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan
dan pengguna itu mungkin dimakan oleh pelbagai pengguna yang lain.

Berdasarkan rajah di atas, ia merupakan kombinasi daripada jaringan


makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa. Pada peringkat pertama
tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai. Tumbuhan merupakan
bahan organik dimana akar tumbuhan dimakan oleh nematode seperti cacing.
Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati pula
dihuraikan oleh fungi dan bakteria. Pada peringkat kedua, tenaga dipindahkan dari
pengurai kepada arthropod. Pada peringkat terakhir, tenaga dipindahkan dari
arthropods atau nematod kepada pemangsa kecil seperti burung dan tikus.
Apabila tenaga mengalir menerusi suatu rantai makanan, hanya sebahagian kecil
daripada tenaga yang diambil oleh tiap-tiap rangkaian dipindahkan ke peringkat
yang berikutnya. Hal ini disebabkan oleh kerana pada setiap pemindahan,
kebanyakan tenaga hilang sebagai haba. Faktanya, kecekapan pengubahan
tenaga apabila sesuatu haiwan memakan tumbuhan (atau haiwan lain) adalah
pada amnya kurang daripada 20%.

Dengan kata lain, hanya 20% daripada tenaga yang terkandung di dalam
makanan digabungkan ke dalam ikatan kimia dalam tisu-tisu pengguna. Bakinya
hilang sebagai haba. Kehilangan tenaga secara beransur-ansur di setiap peringkat
rantai makanan ini pembatasan semula jadi ke atas jumlah berat bahan-bahan
hidup yang boleh wujud pada setiap peringkat. Berat seumpama ini dikenali
sebagai biomass dan berat ini dengan jelasnya berkurangan pada setiap peringkat
yang berturutan dalam rantai itu. Perkara ini dapat dijelaskan lagi melalui Rajah 9 :
Aliran Tenaga dalam Rantai Makanan. Di samping itu, apabila organisma yang
berada pada bahagian atas mati, iaitu burung dan tikus, nutrien dan tenaga tidak
akan hilang tetapi ia akan kembali semula ke tanah itu sendiri. Dalam situasi ini,
ulat-ulat akan memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma
seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi mereka dengan
memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati. Sepanjang proses pemindahan
tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain, 90 % daripadanya terbebas ke
persekitaran dalam bentuk haba.

17
Rajah 9 : Aliran Tenaga dalam
Rantai Makanan

ii) Rajah 10 : Rantai makanan di lokasi A berdasarkan keputusan yang dicatat.

Tumbuha Kutu Semut Burun

18
iii) Rajah 11 : Jaringan makanan di lokasi B berdasarkan keputusan yang dicatat.

Siput
Lipas
pasir

Tumbuha Cacing Burung

Semut
Kelkatu

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ekosistem tanah adalah sangat penting bagi kehidupan


makrofauna. Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Makrofauna juga
memainkan peranan yang sangat penting dalam membekalkan nutrisi kepada tumbuhan
dengan menguraikan kebanyakkan benda hidup secara semulajadi. Di dapati makrofauna
di lokasi B (kawasan tahap naungan tinggi) adalah lebih banyak bilangannya berbanding
dengan lokasi A (kawasan tahap naungan rendah). Ini adalah disebabkan keadaan lokasi
B yang mempunyai kandungan organik yang lebih tinggi, mudah digembur dan
mempunyai saliran yang baik yang lebih sesuai didiami oleh lebih banyak makrofauna.

19
RUJUKAN

Choong, N. M., Lee, S. C., & Liew, S. L. (2000). Biologi stpm jilid II (edisi kedua). Selangor
Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Eldon D Enger, Frederick C Ross. (2003). Concepts in biology tenth edition. New York: Mc
Graw Hill Companies.

Ekologi. (t. t). Didapatkan pada 3 Ogos 2012. Dipetik daripada


http://www.saburchill.com/IBbiology/chapters02/045.html

Foo, Y. K. (2004). Stpm biology volume 2. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.

Freeman, S. (2005). Biological science volume 2. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

G. W. Yeat. (2007). Biology spm. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai peperiksaan : biologi stpm jilid II. Selangor : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Peter H.Raven. (2005). Biology for matriculation. Malaysia: The McGraw- Hill Companies.

Pollock. S. (1997). Ekologi. Selangor :Sasbadi Sdn Bhd.

Sabah. (Feb 26, 2003). Diakses pada Ogos 10, 2013 dari Bahagian 3: Ekosistem Tanah

Lembap. Dipetik dari


http://www.wildlife.sabah.gov.my/edu/tanah%20lembab/bahagian%203.pdf 

Sekolah Menengah Teknik Alor Star. (n.d). Diakses pada Ogos 16, 2013 dari Nota Sains
Pertanian: Tanah. Dipetik dari http://sainspertanian.wordpress.com/nota-
sp/tanaman/tanah/

Anda mungkin juga menyukai