Anda di halaman 1dari 15

PRAKTIKAL: 1 TOPIK: Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Siratan Makanan OBJEKTIF: i. ii.

. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yangberbeza. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah.

PENGENALAN: Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yangsaling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga.Sebagai contohnya tumbuhan (pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari prosesfotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperolehi tenaganya dari

memakantumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan karnivor (pengguna tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga denganmemakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabilamenaiki tangga rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010). Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan menggunakan penapis dengan saiz jaringan 0.5 atau 1.0 mm(Baker dan Wolff, 1987).Makrofauna bertindak sebagaipengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati

danmempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-cebisan kecilsupaya mudah untuk diuraikan.Sebahagian dari tenaga tersebutakan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selainitu, makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibatdalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993).Dalam sesebuah ekosistemtanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yangterdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiranmakrofauna. Di dalam eksperimen yang telah kami jalankan, lokasi yang kami pilih untukmengambil sampel tanah ialah dibawah pokok berdekatan nurseridan kawasan penanaman kelapa sawit.Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah yangmengandungi biota tanah di antara dua lokasi yang berbeza.Justeru, sebanyak 27 g tanah telah diambil dari seiap lokasi untuk dianalisis. Alat dan bahan: Besen, serampang tiga mata, sudip tanah, bikar, dulang, corong Tulgren, beg plastik, air, etanol.

Prosedur: 1. Dua lokasi yang berbeza dipilih. 2. Lokasi pertama ialah di bawah teduhan atau redup manakala lokasi kedua ialah di tempat yang terbuka. 3. Sampel tanah di setiap lokasi diambil dan dimasukkan ke dalam beg plastik. 4. Beg plastik ditutup dan dilabel dengn nama kumpulan dan lokasi. 5. Ciri-ciri tanah dan jenis tumbuhan yang terdapat di setiap lokasidirekodkan. 6. Masukkan sejumlah isipadu tanah ke dalam corong Tulgren. Sampel tanah ditinggalkan selama dua hari. 7. Kemudian fauna yang dijumpai diasingkan ke dalam petri dish untuk pengenalpastian dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. Fauna yang dijumpai dimasukkan ke dalam etanol untuk mematikannya. 8. Mereka dikelaskan kepada kumpulan mengikut ciri-ciri yang berbeza. 9. Bilangan organisma yang dijumpai disusun mengikut peringkat spesies.

Dapatan / Pemerhatian: Ciri-ciri Jenis tumbuh-tumbuhan Lokasi 1 Rumput, pokok berkayu Lokasi 2 Rumput, tanaman pokok kelapa sawit Tahap keredupan Kelembapan tanah Kepadatan tanah Tekstur tanah Habitat Redup Agak lembab Sederhana Tanah liat dan berbatu Bawah pokok rending berdekatan nursery Jadual 1: Ciri-ciri sampel tanah. Panas Lembab Sederhana Tanah gembur Tepi perparitan tanaman kelapa sawit

Lokasi 1 Makrofauna besar Isipadu tanah = 27g Cacing tanah

Lokasi 2 Isipadu tanah = 27g

Semut

Lipan

Ulat gonggok

Makrofauna kecil Tidak diketahui

Lokasi 1 Isipadu tanah = 27g

Lokasi 2 Isipadu tanah = 27g

Tidak diketahui

Jadual 2: Bilangan makrofauna besar dan kecil yang dijumpai di kedua-kedua lokasi.

Kumpulan

Lokasi 1 Isipadu tanah = 27g

Lokasi 2 Isipadu tanah = 27g 5 1 2 8 1 2

A (berkaki enam) B (berkaki lapan) C (berkaki banyak) D (tidak berkaki) E (badan bersegmen) F (berkulit keras) G(berkulit lembap)

2 1 2 5 3 2

Jadual 3: Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal.

Jadual 4: Pengelasan makrofauna mengikut peringkat dalam taksonomi. Perbincangan: 1. Dalam amali ini, organisma makrofauna boleh diasingkan daripada sampel tanah menggunakan corong Tulgren. Sampel tanah yang digunakan akan diletakkan di atas jaring dawai dan kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari. Oganisma akan bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke dalam silinder kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Teknik corong Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap cahaya yang terang, suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. Lampu yang digunakan adalah terang, bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah dan seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin. Sumber gambar: http://www.pitlochry.pkc.sch.uk/ScienceOutcomes/chapter19-notes.htm. 2. Selepas itu, ia akan dimasukkan ke dalam air untuk mengaktifkan kembali organisma tersebut supaya kami dapat menganalisa ciri-ciri fizikal dengan lebih baik. Kemudian orgaisma ini akan dimasukkan ke dalam etanol untuk dimatikan.
Makrofauna Ulat gonggok Cacing tanah Semut Lipan

Kingdom Phylum Class Order Family Genus Spesies

Animalia Arthropoda Diplopoda Spirobolida Spirobolidae Narceus Narceus americus

Animalia Annelida Clitellata Haplotaxida Lumbricidae Lumbricus Terrestris

Animalia Anthropoda Insecta Hymenoptera Formicidae Monomorium Minimum

Animalia Anthropoda Chilopoda Geophilomorpha Geophilidae Geophilus Geophilus flavus

3. Antara langkah berjaga-jaga yang kami ambil ialah i. ii. Menggunakan alat untuk mengambil sampel tanah dengan berhati-hati. Mengendalikan organisma makrofauna yang dijumpai dengan berhati-hati supaya ia berada dalam keadaan yang asal unuk dianalisa ciri-ciri fizikalnya.

Kesimpulan: Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yanglebih banyak.Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organismauntuk hidup dalam tanah tersebut.Justeru, didapati sampel tanah 2 mempunyaimakrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1.Tanah 2 mempunyaiwarna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang lebih banyak.

Soalan: 1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu ) makrofauna daripada tanah daripada dua lokasi yang berbeza?. Bolehkah anda cadangkan mengapa mungkin ada perbezaan. Apakah parameter tanah yang anda boleh ukur untuk menerangkan perbezaan tersebut? Sifat tanahyang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyakfaktor yang membentuknya. Hans Jenny (1899-1992), tanah terbentuk daripada bahan induk yang telah modifikasi akibat dari perubahan pada faktor iklim, organisma (termasuk manusia),

dan juga bentuk permukaan muka bumi atau topografi. Maka lokasi yang berbeza akan mempunyai jenis makrofauna yang berbeza. Dalam eksperimen ini, kami mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza terdapat di lokasi berbeza dengan mengambil kira faktor tahap keredupan lokasi, kelembapan,kepadatan serta tekstur tanah. Lokasi 1 mempunyai jumlah makrofauna yang lebih sedikit berbanding lokasi 2.Lokasi 1 iaitu di bawah sebatang pokok besar mempunyai teduhan yang redup tetapi tanahnya agak kering berbanding lokasi 2 yang terletak di tepi perparitan tanaman kelapa sawit, tanahnya agak lembap walaupun terdedah kepada cahaya matahari kerana pokok kelapa sawitnya masih lagi kecil. Maka tanah di loaksi 2 akan sentuasa lembap kerana mendapat bekalan air yang cukup. Makrofauna akan lebih bertumpu di kawsan yang lembap untuk mengelakkan badan mereka kehilangan air dan mati. 2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah. . Makrofauna dikenalpasti sebagai jurutera ekosistem kerana mereka mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources, 2011). Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri fizikal dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai dalam eksperimen yang dijalankan seperti cacing, berfungsi sebagai agen penyubur tanah. Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidaklangsung ia memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah. Di samping itu, cacing tanah boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampahorganik seperti daun-daun dan ranting kering yang terdapat pada tanah.Seterusnya, hasil kotoran cacing tersebutdijadikan sebagai nutrien kepada tanah.Manakala semut penting dalam tanahkerana mereka mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta menambahbaikkapasiti tanah untuk menakung air. Disebabkan semut menambahkan keliangan tanah, ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh (Clive A. Edwards,2011).

3. Pada rajah rangkaian makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh: fungi, nematode dan sebagainya). Apa yang mereka lakukan (pemangsa, pengurai daun dan sebagainya) dan terangkan bagaimanakah cara tenaga disalurkan cth. Dimanakan tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu berakhir (ie. Yang utama dalam rantaian makanan). Apa yang terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati? Masukkan rajah ini dalam laporan anda.

Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik juga mempengaruhi dan saling berinteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang stabil dan seimbang.Berdasarkan siratan makanan ini, terdapat dua subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof terdiri daripadasemua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagaipengeluar manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yangtidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lainataupun tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna (Schraer dan Stolltze,1993).

Merujuk kepada rajah siratan makanan ini, autotrof (rumput hijau) akanbertindak memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melaluiproses fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepadapengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof).Lazimnya, dalam sesuatu rantai makanan,

bilangan peringkat adalah terhad keranapemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semuatenaga habis digunakan. Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpastiberdasarkan siratan makanan di atas ialah: Rumput Nematode Arthropod Arthropod Burung pemangsa kecil Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod ialah pengguna primer, arthropod ialah pengguna sekunder, arthropod ialahpengguna tertier manakala burung ialah

pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di puncak siratan makanan mati (burung dan tikus),tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang, sebaliknya iaakan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. Ulat ini akanberfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90%tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru, tenaga yanghilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar. 4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna?. Kumpulan mana yang membentuk mikrofauna?. Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan utama ini? Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0.1 mm dan 2 mm yangbertindak sebagai penukar daun reput (litter transformer). Mesofauna ini menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan.Mereka ini juga akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan inimenyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain (BiologicalResources, 2011).Contoh kumpulan yang membentuk organisma mesofauna termasuklah nematodes, oligochaete worms, sn larvae dan mikroarthropod.

29 taxa bagi mesofauna tanah yang telah dikumpul dan dikenal pasti oleh oleh sekumpulan pengkaji. Sumber gambar:

http://web.engr.oregonstate.edu/~tgd/bugid/ Manakala mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100 mm.Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik sertamemerlukan karbon organik bagi tumbesaran.Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yangmendap. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untukmenguraikan bahan selulos. Contoh bagi mikrofauna ialah protozoa, nematodes dan arthropod yang bersaiz mikro. Gambar menunjukkan beberapa jenis hama dengan pembesaran imej oleh komputer.

Sumber gambar: http://www.fhigreen.com/soil_helper.html

5. Rangkaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks, dan juga kesuburan tanah. Terangkan bagaimana pihak pengurusan tanah meningkatkan kesuburan tanah Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan tanah.Salah satunya adalah dengan menggunakan racun organik tanpa menggunakan racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti pertanian.Contoh racun organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang putih.Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut keadaan yang

diperlukan.Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk diguna pakai oleh petani-petaniberskala kecil, tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah didapati di negara kita.Bagi mengatasi masalah rumpai dan rumput, petani-petani haruslah mencari satu jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka. Sistem pintar penyemburan racun rumpai organik patut diperkembangkan dan diguna pakai.Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga patut dikaji dan dipraktikkan oleh para petani. Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan cangkul, jentera penggembur, penggunaan tangan,membakar dan membanjir juga patut digalakkan. Walau pun cara ini adalah agak lambat, mengambil masa dan tenaga petani, tetapi ianya berkesan sekiranya kita dapat mengekalkan keindahan alam sekitar daripada dicemari racun rumpai dan bahan-bahan bukan organik. Selain itu, kesihatan manusia juga tidak akan terjejas kesan daripada memakan tanaman tersebut. Kita juga boleh mengamalkan teknik penanaman bergilir.Petani-petani boleh menanam tanaman yang berlainan jenis untuk menjaga sertamengekalkan kesuburan tanah (Allan Suman Pillai, 2009).

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. Apakah servis yang ekosistem jalankan? Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbangkepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Aktiviti biota tanah adalah pentingkerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara pantas ke dalam bentukmineral tanah. Di samping kitaran ini, penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganismatanah yang lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak.Justeru, akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus dan kalsiumyang boleh digunakan oleh pokok-pokok. Selain itu, biota tanah boleh meningkatkan pemineralan nitrogen melalui kesan terus atau tidak terus ke atas komunitimikrobioal.Biota tanah juga menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan serta menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira Bhadauria dan Krishan Gopal Saxena, 2009).

REFLEKSI:

Sebelum memulakan amali praktikal ekosistem tanah mengenai biota tanah dan siratan makanan, saya bersama rakan kumpulan telah berbincang bahawa sampel tanah yang bakal diambil perlulah mempunyai persekitaran yang berbeza supaya hasil kajian kami lebih jelas.Oleh itu, kami telah memilih kawasan tanah yang mempunyai tahap kelembapan dan warna yang berbeza. Semasa proses pengambilan sampel tanah, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai macrofauna yang dijumpai. Kami juga telah bekerjasama untuk mengutip daun-daun kering yang kian reput di atas permukaan tanah tersebut. saya menyedari apabila kami tiba di kawasan tersebut, kami juga telah menjadi salah satu agen pengurai iaitu dengan memijak daun-daun mati menjadi cebisan yang lebih kecil. Penggunaan corong tulgren yang digunakan dalam kajian ini merupakan kali pertama saya mengendalikan bahan tersebut.saya berharap agar semasa saya telah bergelar guru sebenar di sekolah kelak, saya boleh menerangkan penggunaan alatan-alatan di makmal supaya pelajar saya dapat mengenalpasti radas dan cara penggunaannya dengan betul. Setelah menyiapkan laporan dan juga hasil kajian, barulah saya sedar bahawa makrofauna dan mikrofauna yang terdapat dalam tanah mempunyai tugas yang amat besar terhadap kitaran alam semulajadi. Walupun saiznya yang amat kecil, namun tanpa makrofauna dan mikrofauna, haiwan atau tumbuhan yang mati tidak mengalami proses penguraian dan akan mendatangkan masalah kepada alam sekitar. Justeru penjagaan alam sekitar secara semula jadi amatlah penting untuk diterapkan dalam diri setiap individu supaya, keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan.Saya juga sedar bahawa pengetahuan seawal di bangku sekolah rendah adalah amat penting supaya muridmurid dapat menanam pengetahuan asas yang kukuh. Penambahbaikkan yang saya rasa perlu untuk kajian ini ialah, kawasan kajian yang lebih bersifat semula jadi seperti di dalam hutan ataupun kawasan paya adalah menarik sekiranya dijadikan sampel tanah untuk kajian ini.Hal demikian kerana kawasan sampel tanah yang kami ambil adalah di kawasan tempat pembakaran sampah, kebun-kebun dimana tanah tersebut telah dicemari dengan bahan kimia hasil daripada pembuangan manusia ataupun racun serangga. Kesimpulannya, aktiviti untuk kajian untuk ekosistem tanah ini, amat memberikan saya pengetahuan baru dan kesedaran supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling dan beringat

bahawa walaupun ciptaan Allah itu nampak kecil dan tidak kuat, ia masih membawa peranan yang besar yang tidak boleh dilakukan oleh hidupan yang lain.

NUR ADILAH BT HAMIDON 900820-03-5916

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillahirobbilalamin kami telah dapat melaksanakan Amali 1 ini serta berjaya meyiapkan laporannya pada masa yang telah ditetapkan.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Hajah Fatimah @Timah binti Abd Kadir kerana telah banyak membantu kami sepanjang pelaksanaan amali ini.Penghargaan juga kepada rakan-rakan sekumpulan iaitu Syukri dan Adilah kerana telah memberikan kerjasam yang mantap. Sepanjang proses melaksanakan Amali 1 ini, banyak perkara dan pengetahuan baru yang telah saya perolehi. Melalui pembacaan daripada sumber buku dan internet, kini saya mengetahui betapa banyak dan pelbagainya spesies yang ada di muka Bumi kita ini.MasyaAllah.Dalam sistem bumi kita ini juga terdapat pelbagai interaksi tanpa kita sedari antara benda hidup dengan benda bukan hidup.Saya begitu kagum bagaimana simbiosis ini berlaku dengan begitu tersusun.KepadaNya kita mengembalikan puji-pujian.Maka di sini saya mengambil iktibar daripada pembacaan yang telah dibuat, tugas manusialah untuk menjaga keharmonian alam yang terbentang ini. Pada pandangan saya, sebagai guru, kita harus menanamkan semangat cintakan bumi dan alam sekitar kepada kanak-kanak sedari mereka mula dapat memahami sesuatu kerana pendidikan itu bermula daripada buaian dan dipraktikkan sentiasa.Kita boleh mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti berunsurkan alam sekitar.Misalnya baru-baru ini kelas kami telah mengikuti Program Pendidikan Biodiversiti kelolaan Jabatan Perhilitan Negeri Johor di Jemaluang, Mersing, Johor. Selain itu, dalam melaksanakan amali ini, saya juga mendapat pengetahuan baru mengenai haiwan yang hidup dalam tanah yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri walaupun ia sekadar hama yang memakan batang-batang kayu reput. Begitulah Allah menjadikan setiap sesuatu dan tugas dan peranan masing-masing. Saya juga berpendapat tugasan amali yang dilakukan secara berkumpulan ini dapat mengeratkann.hubungan kami dan memupuk budaya bekerjasama dan saling bantu-membantu

untuk memudahkan kerja. Akhir sekali saya berharap agar Puan Hajah Fatimah akanberpuas hati dengan hasil kerja kami ini dan semoga ia membawa kebaikan kepada semua pihak. Yang baik itu daang dari Allah S.W.T. Yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih. NUR SYUHAIDA BT MUHAMMAD 910105-11-5318

REFLEKSI Berdasarkan praktikal 1 berkaitan ekosistem tanah, biota tanah dan rantaian makanan, saya dapat mendalami dengan lebih lanjut tentang topik ekosistem. Ekosistem ialah satu unit biologi di mana konumiti biotik berhubungan dengan persekitaran bukan hidup (abiotik) Daripada tugasan ini, saya dapat memahami bahawa persekitaran yang berbeza mempunyai ekosistem yang berbeza.Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yanglebih banyak.Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organismauntuk hidup dalam tanah tersebut. Daripada hasil analisis yang terperinci ini, saya mendapati bahawa ekosistem dapat dibahagikan kepada empat, iaitu abiotik , pengeluar, pengguna dan pengurai.Komponen-komponen ini dihubungkan melalui rantaian makanan.Hasil pembelajaran ini menjadikan saya lebih menghargai alam sekitar kerana setiap unsur ini saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya bumi tercemar, sudah pasti rantaian makanan ini akan terganggu.Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya harus menerapkan pendidikan lestari ke dalam jiwa anak-anak murid saya.

Tugasan ini juga mengajar saya tentang cara-cara melakukan kiraan populasi makrofauna besar dan kecil di lokasi sekitar kampus. Saya berharap agar pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan ini, dapat saya aplikasikan apabila tiba masanya kelak. MUHAMMAD SYUKRI BIN SAPUAN Rujukan: Buku Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge University Press: Cambridge.. Eugene P. Odum. (1996). Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi Asas Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka Herbert dan Schraer. (1993). Biology: The Study Of Life. UK: Prentice Hall. Jenny H. (1994). Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. UK: Dover Publications. Miller G.T., Spoolman S. (2008). Environmental Science 8 th Edition. Kanada: Brooks/ cole Thompson learning. Soil Science Society of America.(2008). Glossary Of Soil Science Terms. US: Soil Science Society of America Inc. Whalen J.K., Sampedroc L. (2009). Soil Ecology and Management. Cambridge University Press: Cambridge. Edwards c. (2011). Images

Edwards Spray. Interior Design: A Critical Introduction. (2010). Berg Editorial Internet http://en.wikipedia.org/wiki/Fauna#Mesofauna http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/

Anda mungkin juga menyukai