Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

LAPORAN AMALI 1
EKOSISTEM TANAHBIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN
NAMA : CHE KHAIRI BIN KAMARU ZAMAN NO KAD PENGENALAN : 810106 - 03 - 5485 KUMPULAN : PPG SCE A PPG KOHOT 2 ( AMBILAN FEBUARI 2012 )

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING


EN. AZMIN BIN ABD RAHIM TARIKH HANTAR 24 OGOS 2013

AMALI 1 EKOSISTEM TANAH- BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

TUJUAN Untuk mengenal pasti jenis makrofauna dan bilangan makrofauna yang ditemui didalam jenis tanah yang berbeza di tempat yang berbeza. PENGENALAN Ekosistem adalah semua organism pada suatu tempat tertentu yang berinteraksi dengan lingkungan abiotiknya. Suatu ekosistem juga dikatakan bahawa ia merupakan sekumpulan binatang dan tumbuhan yang berinteraksi satu-sama lain dan berinteraksi dengan lingkungan hidupnya. Ekosistem meliputi komponen fizik dan kimia, seperti tanah, air dan unsur-unsur lain yang mengandungi kehidupan organisma di dalamnya. Organism yang berada didalamnya mempunyai pelbagai jenis iaitu dari binatang dan tumbuhan yang tinggi hingga ke bakteria yang yang terlalu halus. Ekosistem juga melingkupi semua interaksi di antara semua organisma tersebut dalam suatu habitat tertentu. Manusia juga merupakan sebahagian daripada ekosistem. Tanah pula merupakan thriving ecosystem dari tumbuhan dan binatang yang memegang peranan penting dalam tanah. Tumbuhan dan binatang tersebut mampu mengubah komposisi dan struktur ekosistem tanah dengan berbagai cara. Tanah merupakan tim yang bagus bersama dengan binatang-binatang yang ada di dalamnya. Antaranya binatang-binatang tersebut adalah seperti cacing tanah, semut, rayap, dan binatang-binatang yang membuat liang dalam tanah. Tetapi organisma lainnya seperti bakteria, fungi memerlukan mikroskop untuk dapat melihatnya. Dengan adanya interaksi interaksi tersebut maka sesuatu ekosistem dikatakan dapat mempertahankan keseimbangannya. Dalam eksperimen ini saya dan rakan-rakan telah menjalankan suatu penyiasatan sampel tanah di dua lokasi yang berbeza iaitu satu dikawasan lindungan cahaya matahari dan satu lagi dikawasan terdedah cahaya matahari. Saya dan rakan-

rakan telah mengambil sampel tanah dibawah pokok dan satu lagi dikawasan lapang. Hasilnya nanti kami akan cuba membuat perbandingan kandungan yang terdapat pada tanah-tanah tersebut.

KEPUTUSAN JENIS LOKASI Ciri-ciri lokasi Lokasi 1 (Lindungan Matahari) Bunga raya Hitam/Hitam merah Lembap Peroi Halus Jadual 1 Lokasi 2 ( Bawah cahaya matahari) Akar rumput,rumput kering,biji benih Coklat kehitaman Lembap berpasir Berketul kecil Kasar

Jenis tumbuhan Warna tanah Kekeringan/Kelembapan Kepadatann tanah Tekstur tanah

MAKROFAUNA YANG DIPERHATIKAN DI LOKASI 1 DAN LOKASI 2 Kumpulan Makrofauna besar Belalang Kumbang Cacing Makrofauna kecil Semut kecil Kutu tanah Bilangan @lokasi 1 Bilangan @ lokasi 2

Tiada Tiada 1 1 3 Jadual 2

1 1 5 3

ORGANISMA YANG DITEMUI DI DALAM KEUDA-DUA JENIS TANAH KUMPULAN MAKROFAUNA SEMUT KUTU TANAH BILANGAN 6 6

Jadual 3

KRITERIA MAKROFAUNA MAKROFAUNA LOKASI 1 Bilangan kumpulan per liter tanah 5 Tada Tiada 15 5 Jadual 4 LOKASI 2

Cacing Kumbang Belalang kecil Kutu tanah Semut

Tiada 5 5 15 25

PERBINCANGAN 1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza?Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut. Jawapan:
Kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah adalah berbeza daripada kedua-dua lokasi adalah di sebabkan oleh sifat tanah yang berbeza dan berada di tempat yang berlainan. Faktor lain juga adalah di pengaruhi oleh habiat yang juga digunakan untuk menunjukkan tempat sekelompok tempat organism dari pelbagai spesies yang membentuk suatu komuniti.Parameter tanah, adalah ukuran atau

acuan untuk mengetahui atau menilai hasil suatu proses perubahan yang terjadi dalam tanah sebagai medium pertumbuhan tanaman berfungsi sebagai medium pertumbuhan tanaman. Parameter tanah yang di gunakan adalah berdasarkan populasi
biodiversiti,kelembapan,suhu dan bahan organik.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah. Jawapan : Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan mengaulkan bahan organic dengan tanah 3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat,nematode),apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh ; di bahagian atas rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organism di bahagian atas mati?

Jawapan:
Matahari Nematod

Arthropod Arthropod Rumput Nematod Kulat @ fungi Burung kecil Pemangsa

Fungi

Bahan-bahan organik

Bakteria

Protozoa Amoeba Flaggelates Ciliates

Binatang pemangsa

Dalam siratan makanan ini dapat saya nyatakan , terdapat 2 subkomponen faktor biotic iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof ialah terdiri daripada semua jenis tumbuhan yang dapat menjalankan proses fotosintesis iaitu proses membuat makanan oleh tumbuhan.Heterotrof pula terdiri daropada haiwan-haiwan yang sangat bergantung kepada haiwan lain dan juga tumbuhan atau autotrof . Autotrof ini bertindak sebagai pengeluar manakala heterotrof pula dikenali sebagai pengguna. Daripada gambarrajah diatas, aliran tenaga bermula dari tumbuhan hijau ataupun dikenali hidupan yang telah bertindak membuat makanannya sendiri dengan menjalankan proses fotosintesis dengan tenaga utamanya di perolehi daripada cahaya matahari. Senario itu di teruskan dengan pengaliran tenaga kepada haiwan pengguna setelah haiwan itu mekmakannya. Haiwan ini di kenali sebagai haiwan pengguna primer atau pengguna pertama .Kemudian haiwan yang pertama di makan oleh haiwan seterusnya iaitu di kenali sebagai haiwan sekunder dan di akhiri dengan haiwan yang memakan haiwan sekunder iaitu haiwan

tertier.Daripada aliran inilah sumber tenaga dipindahkan dari satu hidupan kepada hidupan yang lain dan ia dikenali sebagai siratan makanan apabila terdapat banyak raitai makanan dalam sesuatu habitat.

Sebagai contoh raitai makanan yang terlibat dalam gambar rajah tersebut adalalh seperti: Rumput arthtropod nematod arthropod binatang pemangsa.

Rumput adalah permulaan kepada raintai makanan tersebut dan ia dikenali sebagai pengeluar kerana ia juga berada di aras pertama dalam piramid rantai makanan. Arthropod adalah pengguna pertama. Nematod pula pengguna sekunder manakala arthropod yang memakan nematod dikenali pengguna tertier dan binatang pemangsa pula berada di aras tertinggi dan akhir dalam piramid rantai makanan. Jumlahnya adalah paling sedikit berbanding semua hidupan dalam siratan makanan ini. Apabila organism dibahagian puncak mati tenaga dan nutrient yang terdapat didalamnya tidak hilang begitu sahaja malah ia pula di manfaatkan pula oleh organisama yang yang lain yang bertindak sebagai pengurai untuk mereputkan jasad organism tersebut.Maknanya di sini organism pengurai mendapat aliran tenaga dari organism yang mati tersebut. Tidak semuanya juga tenaga dapat di pindahkan oleh sebab semasa proses pemindahan tenaga tersebut telah berlakunya kehilangan tenaga haba dipersekitaran tersebut maka tenaga yang sepenuhnya akan diperolehi daripada sumber tenaga cahaya matahari oleh pengeluar.

4. Apakah kumpulan organism yang membentuk mesofauna?Apakah kumpulan organism yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini? Jawapan: Kumpulan yang membentuk mesofauna adalah terdiri daripada haiwan-haiwan seperti cacing tanah, arthropod dan nematode yang bersaiz besar.Manakala kumpulan organism yang membentuk mikrofauna pula terdiri daripada haiwan kecil dan juga organisama uniselular. Organisma uniselular hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop . ini kerana ia terlalu halus dan sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Ianya hanya berukuran antara 0.1 mm. Fungsi utama kedua-dua kumpulan ini adalah seperti bertindak sebagai penukar daun reput. Ia juga turut menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan.Najis mereka dan najis organisma lain turut dimakan oleh mereka bagi membentuk nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka.

5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah. Jawapan: Antara kaedah pengurusan tanah yang baik untuk mengekalkan kesihatan tanah ialah : a. Struktur tanah hendaklah diperbaiki dengan menggunakan bahan-bahan organik. b. Mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara semulajadi dengan kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakkan. c. Bagi tanah yang kurang saliran,sistem peparitan yang sesuai serta berkesan hendaklah di sediakan. d. Meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah dengan mengambil kira aspek kimia,biologi dan fizikal tanah.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbangkan kepada fungsi tanah di dalam ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan? Jawapan: Sumbangan biota tanah kepada tanah dalam ekosistem boleh kita lihat seperti kehadiran cacing ke dalam tanah yang mana kewujudannya telah menjadikan kualiti tanah yang stabil dan sturktur yang baik. Cacing tanah mampu menghasilkan sturuktur tanah dengan baiak dengan mengali tanah dan menarik tanah keluar sehingga menjadikan lapisan tanah gembur. Aktiviti ini menggalakkan kemasukkan oksigen kedalam tanah dan seterusnya menjadikan tumbuhan di sekelilingnya hidup dengan subur. Kawalan ekosistem yang perlu dilakukan ialah menggunakan tenaga yang diperbaharui agar ia tidak akan kehabisan dan tidak mencemarkan alam sekitar.Seterusnya tidak menggunkan bahan kimia dalam bidang pertanian seperti pestisid. Menggunakan pemangsa semulajadi untuk mengawal populasi perosak. KESIMPULAN Hasil daripada penyiasatan yang dibuat dapatlah dinyatakan di sini bahawa tanah yang berada dibawah cahaya matahari mempunyai makrofauna dan mikrofauna yang banyak berbanding di kawasan lindungan cahaya matahari.Kehadiran bahan organik yang banyak memungkinkan keputusan ini dihasilkan.

BAHAN

RUJUKKAN

BAHAN RUJUKAN
BUKU

1. Mahadiah Musa.(2012)Biology SPM.Petaling Jaya:Sasbadi Sdn.Bhd.

2. S.H.Chan.(2011)Kuasa Melalui Minda,Biologi SPM,Shah Alam,Sap Publication (M) Sdn.Bhd.

INTERNET

1. Tree Builder(2010) Ekosistem,Retrieved Ogos 19,2013,from http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/ekosistem.html 2. Yatnanta Padma Devia.(2010) Ekosistem Tanah,Retrieved Ogos 19,2013,from http://www.scribd.com/doc/50704668/4-Ekosistem-Tanah

Anda mungkin juga menyukai