Anda di halaman 1dari 38

PENGAKUAN

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

TANDA TANGAN : _____________________


NAMA

: ZULKIFLEE BIN ABD MANAP

NO.KP

: 780115076081

NO. MATRIK

: PPG SCE-A AMBILAN FEBRUARI 2013

PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang
tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia
bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi
perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping
mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.Sesungguhnya
Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga
bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti
kepada nusa, bangsa dan juga negara.

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Tuhan kerana daripadaNYAlah saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan baik walaupun menghadapi banyak masalah dan kekangan masa
semasa membuat laporan Bina Insan Guru Fasa 3 2013 ini. Saya ingin mengucapkan
ribuan penghargaan kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menyiapkan tugasan ini terutama kepada ahli keluarga yang
memahami tugasan dan tanggungjawab yang perlu saya siapkan sebagai seorang
pelajar walaupun mempunyai komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada En Abdul Aziz Bin Ishak yang telah memberi bimbingan dan pandangan
tentang tugasan BIG Fasa 3 2013 .Selain itu, ribuan terima kasih juga diucapkan
kepada Guru Besar serta barisan Penolong-penolong Kanan dan warga guru SK Bukit
Gambir yang sudi memberi kebenaran dan kerjasama kepada kami untuk menjalankan
program Bina Insan Guru Fasa 3 2013.

Selain itu,tidak dilupa juga ribuaan terima kasih juga diucapkan kepada rakanrakan sepengajian yang turut sama membantu,memberi nasihat dan pandangan dalam
menjayakan tugasan ini. Akhir kata, penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada
isteri tercinta ,anak-anak serta seluruh keluarga yang sentiasa memberi dorongan untuk
terus berjaya dalam kehidupan.

SEKOLAH

KEBANGSAAN
bukiT gambir
Jalan bukit gambir,

11700 gelugor, pulau pinang

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB
SOALAN UPSR (BM)

2013
TARIKH :

22 & 23 OGOS 2013

TEMPAT : DEWAN SK BUKIT GAMBIR


ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING &
JAWATANKUASA KECEMERLANGAN TAHUN ENAM
4

PENGENALAN

Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR ini adalah untuk muridmurid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir seramai 93 orang. Ia merupakan
satu perancangan khusus bagi

membantu murid-murid untuk membina keyakinan

dalam menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR dengan menggunakan teknik yang
betul.

Program ini diharapkan akan dapat membantu melahirkan sikap positif dalam diri
murid-murid agar dapat melengkapkan diri dengan satu semangat yang kental, dan
sentiasa berusaha tanpa mengenal rasa putus asa serta dapat memberikan tumpuan
terhadap pembelajaran.

RASIONAL

Sebagai persediaan terakhir murid menghadapi UPSR 2013, pihak sekolah


menganggap bahawa semua murid Tahun 6 perlu didedahkan dengan teknik menjawab
soalan yang betul bagi membina keyakinan diri semasa menghadapi UPSR.

OBJEKTIF
1)

Menanamkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran.

2)

Membina keyakinan diri dalam kalangan murid-murid agar lebih bersedia


untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2013.

3)

Mewujudkan nilai belajar yang baik dan berkesan dengan menggunakan


teknik menjawab yang betul.

KUMPULAN SASARAN

TARIKH DAN MASA


Tarikh

22 Ogos 2013 (Khamis)

Masa

10.30-1.30 tengah hari

Perkara

Motivasi UPSR 2013

Tempat

Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir.

Tarikh

23 Ogos 2013 (Jumaat)

Masa

8.30-11.30 pagi

Perkara

Teknik Menjawab Bahasa Melayu

Tempat

Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir.

TEMPAT
Dewan SK Bukit Gambir

JAWATANKUASA PROGRAM MOTIVASI DAN TEKNIK


MENJAWAB UPSR 2013

Penasihat

Puan Salumah binti Mohd (Guru Besar)

Pengerusi

Puan Wan Chik binti Md Noor (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi

Puan Juriah binti Yusoff (PK HEM)


Puan Che Rokiah binti Abdullah (PK Kokurikulum)

Penyelaras 1

Puan Nor Haniza binti Hassin (G.Bimbingan Kaunseling)

Penyelaras 2

Encik Abdul Aziz Bin Ahmad(Penyelaras UPSR Tahun 6)

Setiausaha

Encik Mohd Nor Hisammudin Bin Wahamid

Bendahari

Encik Zulkiflee Bin Abd Manap

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


BI

JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

TUGASAN

Kertas kerja, surat

Puan Nor Haniza bt Hassin

Menyediakan surat makluman

L
1

menyurat dan
jemputan

Encik Abdul Aziz Ahmad

kepada murid dan ibu bapa


Menyediakan kertas kerja dan
surat jemputan penceramah.

PA Sistem/ Siaraya

En. Muhammad Abidin bin

Menyediakan PA sistem sebelum

Zainal Abidin

program bermula dan memastikan


kelancaran sistem sepanjang
program berlangsung.

Pengacara Majlis

En. Abdul Aziz bin Ahmad

Menjadi pengacara program


sepanjang program berlangsung

Jurugambar

Disiplin murid

En. Shaik Ahmad Nizam bin

Mengambil gambar sepanjang

Shaik Abdullah

program dijalankan.

En. Zulkiflee bin Abd Manap

Memastikan disiplin murid

Pn. Nor Azira bt Abd Rahim

terkawal sepanjang program


dijalankan.

Pn. Au Su See
Pn. Norzilah
Pn. Roshila
Cik Laila
7

Persiapan tempat

En. Mohd Nor Hisammudin

Menyusun dewan sebelum dan

(kemas dewan,

bin Wahamid

selepas program

susun atur tempat


8

duduk, kerusi dan

En. Kalaichelvan A/L

Menyusun kerusi dan meja

meja)

Balakrishan

mengikut kesesuaian dewan dan

En. Mohd Fauzi bin Ahmad


8

Latar pentas

Pn. Rohayati bt Abdul Ghani


Pn. Sharimah bt Md Zin

Dokumentasi

Pn. Nor Haniza bt Hassin

tetamu.
Menyediakan latar pentas
program yang dijalankan
Menyediakan dokumentasi
bergambar tentang perjalanan
program.

10

Jamuan
(Penceramah dan
murid)

Pn. Fadilah bt Salleh


Pn. Siti Zuratul Asmahan
Pn. Hazlina bt Mansor

ANGGARAN PERBELANJAAN

Menempah makanan untuk murid


ddan penceramah dan memastikan
makanan yang disediakan
mencukupi.

SUMBER KEWANGAN
-PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat mendedahkan kepada para
pelajar teknik menjawab soalan yang betul dan meningkatkan keyakinan diri mereka
dalam menghadapi cabaran dunia global seterusnya bersedia untuk menghadapi UPSR
pada tahun 2013 ini. Selain itu, diharapkan program ini dapat memberikan pengetahuan
berguna ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Disediakan oleh,

..
(ABDUL AZIZ BIN AHMAD)
Penyelaras Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2013
Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir

Disahkan oleh,

.
10

(SALUMAH BINTI MOHD)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir

IPG KAMPUS PULAU PINANG


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
AMBILAN JUN 2011
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 2013

LAPORAN
MOTIVASI UPSR 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR ,
PULAU PINANG

TARIKH

: 22 OGOS 2013

HARI

: KHAMIS

MASA

: 10.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG

TEMPAT PERKHEMAHAN

: DEWAN SEK. KEB. BUKIT GAMBIR

PESERTA

: 93 ORANG MURID

PERANCANGAN/PERSEDIAAN AWAL/SEBELUM AKTIVITI.

11

Perancangan dan persediaan awal untuk mengadakan Motivasi UPSR 2013


telah dirancang semasa awal pembukaan sesi persekolahan. Tujuan Motivasi UPSR
2013

ini diadakan untuk memberi kesedaran dan persediaan kepada murid-murid

tahun 6 yang menghadapi peperiksaan UPSR

Sebelum menjalankan Motivasi UPSR 2013 saya selaku selaku bendahari dan
Penyelaras UPSR Tahun 6 bersama-sama dengan Puan Wan Chik ,Penolong Kanan
Kurikulum serta

Puan Haniza Guru Bimbingan dan Kaunseling

telah berbincang

bersama-sama sebelum dibawa hal ini kepada Guru Besar. Kami telah berbincang
tentang perjalanan program, hal kewangan,penceramah dan hal-hal lain.

Hasil perbincangan kami telah dibawa kepada Guru Besar akan program ini
dalam dijalankan dengan lancar. Oleh itu,sebuah jawatankuasa telah dilantik untuk
menguruskan program tersebut. Penubuhan jawatan kuasa kerja dan pelaksana telah
di putuskan dalam mesyuarat. Segala perjalanan aktiviti dan tentatif program juga telah
dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat tersebut.

12

PELAKSANAAN/SEMASA KURSUS.

22 Ogos 2013 (Khamis).

Pendaftaran 10.15 - 10.30 pagi

Pendaftaran untuk Motivasi UPSR 2013 ini bermula pada 10.30 - 10.45 pagi di
luar dewan sekolah. Urusan pendaftaran Motivasi UPSR 2013 dijalankan dan diurus
oleh tiga orang guru. Seramai 93 orang murid telah didaftar untuk program ini. Semasa
urusan pendaftaran murid-murid diberi seorang satu fail yang mengandungi maklumat
semasa program ini dijalankan.

Motivasi UPSR 2013 10.30 pagi -1.30 tengah hari

Perjalanan Motivasi UPSR 2013 ini bermula pada tepat pukul 10.30 pagi dengan
kehadiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Puan Salumah binti Mohd.
Penceramah Motivasi , guru-guru dan murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit
Gambir.

Motivasi UPSR 2013 ini dimulakan dengan menjemput Ustaz Mohd Fauzi bin
Ahmad untuk membacakan doa. Seterusnya pengacara majlis menjemput penceramah
Motivasi, Tuan Haji Bohari Bin Samsudin dari Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan Ceramah Motivasi kepadaMuridmurid tahun 6.

I
13

Isi kandungan ceramah Motivasi UPSR yang di sampaikan Tuan Haji Bohari Bin
Samsudin oleh merangkumi dan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan

Akhlak dan tingkah-laku,

pembelajaran,

matlamat hidup,

kepercayaan agama,

kasih sayang kepada ibu bapa

muhasabah atau keinsafan diri

Ceramah motivasi tamat pada pukul 1.30 petang. Sebelum berakhir ceramah motivasi,
pihak sekolah telah memberi cenderahati kepada Tuan Haji Bohari Bin Samsudin sebagai
kenang-kenangan dari pada pihak sekolah.

14

15

16

1.30 petang - Jamuan Ringan Dan Bersurai

Setelah selesai Ceramah Motivasi UPSR , Guru Besar Puan Salumah Binti Mohd
menjemput penceramah Motivasi UPSR serta semua guru pergi ke kantin untuk menikmati
jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan bersurai.

17

PENILAIAN/SELEPAS AKTIVITI

Selepas aktiviti ceramah Motivasi UPSR 2013 berakhir, guru-guru tahun 6 dan
murid-murid membantu mengemaskan peralatan PA sistem dan memastikan kembali
Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir ditinggalkan dalam keadaan yang bersih
dan sedia kala.

Perbincangan lanjut telah dijalankan di antara saya dan rakan PPG bagi
mengenal

pasti

kelemahan

dan

kekuatan

Ceramah

Motivasi

UPSR

2013.

Perbincangan juga melibatkan refleksi kendiri dan kumpulan tentang perjalanan


program bermula sedari awal perancangan hingga ke akhirnya..
Sekian, terima kasih.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH;

...........................................
(ZULKIFLEE BIN ABD MANAP)
780115076081
PPG SCE-A AMBILAN FEB 2012

18

IPG KAMPUS PULAU PINANG


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
AMBILAN JUN 2011
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 2013

LAPORAN
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR ,
PULAU PINANG

TARIKH

: 23 OGOS 2013

HARI

: JUMAAT

MASA

: 8.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI

TEMPAT PERKHEMAHAN

: DEWAN SEK. KEB. BUKIT GAMBIR

PESERTA

: 93 ORANG MURID

19

PERANCANGAN/PERSEDIAAN AWAL/SEBELUM PERKHEMAHAN.

Perancangan dan persediaan awal untuk mengadakan Bengkel Teknik


Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013 telah dirancang semasa awal
pembukaan sesi persekolahan. Tujuan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa
Melayu UPSR 2013 ini diadakan untuk memberi kesedaran dan persediaan kepada
murid-murid tahun 6 yang menghadapi peperiksaan UPSR

Sebelum menjalankan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR


2013 saya selaku bendahari dan Penyelaras UPSR Tahun 6 bersama-sama dengan
Puan Wan Chik Penolong Kanan Kurikulum serta Ketua Panitia Bahasa Melayu En.
Mohd Noor Hisammudin telah berbincang bersama-sama sebelum dibawa hal ini
kepada Guru Besar. Kami telah berbincang tentang perjalanan program, hal
kewangan,penceramah dan hal-hal lain.
Hasil perbincangan kami telah dibawa kepada Guru Besar akan program ini
dalam dijalankan dengan lancar. Oleh itu,sebuah jawatankuasa telah dilantik untuk
menguruskan program tersebut. Penubuhan jawatan kuasa kerja dan pelaksana telah d
putuskan dalam mesyuarat. Segala perjalanan aktiviti dan tentatif program juga telah
dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat tersebut.

20

PELAKSANAAN/SEMASA KURSUS.

23 Ogos 2013 (Jumaat).

Pendaftaran 8.15 - 8.30 pagi

Pendaftaran untuk Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR


2013 ini bermula pada 8.15 - 8.30 pagi di luar dewan sekolah. Urusan pendaftaran
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013 dijalankan dan diurus
oleh tiga orang guru. Seramai 93 orang murid telah didaftar untuk program ini. Semasa
urusan pendaftaran murid-murid diberi seorang satu fail yang mengandungi maklumat
semasa program ini dijalankan.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013 8.30 pagi -11.30 pagi

Perjalanan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013 ini
bermula pada tepat pukul 8.30 pagi dengan kehadiran Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Gambir, Puan Salumah binti Mohd. ,Penceramah Bengkel Teknik
Menjawab Soalan Bahasa Melayu , guru-guru dan murid-murid tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Bukit Gambir.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013 ini dimulakan
dengan menjemput Ustaz Mohd Fauzi bin Ahmad untuk membacakan doa. Seterusnya
pengacara majlis menjemput penceramah Bengkel, En Zulkafly Bin Othman dari Sektor
Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan

bengkel kepada murid-murid tahun 6.

21

En Zulkafly Bin Othman merupakan bekas Jurulatih Utama Bahasa Melayu


sebelum ditukarkan ke Jabatan Pelajaran Negeri

dan Pemeriksa Kertas Bahasa

Melayu UPSR hingga sekarang.

Isi -isi Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013 yang di
sampaikan En Zulkafly Bin Othman oleh merangkumi dan menyentuh perkara-perkara
yang berkaitan:

Soalan-soalan UPSR tahun sebelumnya

Soalan-soalan objektif kertas 1

Soalan-soalan karangan kertas 2

Tatabahasa

Cara-cara menjawab soalan penulisan

Cara mudah mendapat markah soalan penulisan

Tips-tips peperiksaan

Bengkel Teknik Menjawab

tamat pada pukul 11.30 pagi. Sebelum berakhir teknik

menjawab, pihak sekolah telah memberi cenderahati kepada En Zulkafly bin Othman sebagai
kenang-kenangan daripada pihak sekolah.

22

23

24

1.30 petang - Jamuan Ringan Dan Bersurai

Setelah selesai Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013 ,
Guru Besar Puan Salumah Binti Mohd menjemput penceramah En Zulkafly serta semua guru
pergi ke kantin untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan
bersurai.

25

PENILAIAN/SELEPAS AKTIVITI

Selepas aktiviti ceramah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu


UPSR 2013 berakhir, guru-guru tahun 6 dan murid-murid membantu mengemaskan
peralatan PA sistem dan memastikan kembali Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit
Gambir ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan sedia kala.

26

Perbincangan lanjut telah dijalankan di antara saya dan rakan PPG bagi
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa
Melayu UPSR 2013.

Perbincangan juga melibatkan refleksi kendiri dan kumpulan

tentang perjalanan program bermula sedari awal perancangan hingga ke akhirnya..


Sekian, terima kasih.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH;

...........................................
(ZULKIFLEE BIN ABD MANAP)
780115076081
PPG SCE-A AMBILAN FEBRUARI 2012

REFLEKSI
PENGENALAN

Program Bina Insan Guru fasa ke 3 bagi peserta Program Pensiswazahan Guru
ialah berkaitan dengan Ceramah Motivasi dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan
Bahasa Melayu kepada murid-murid .Pada 22 dan 23 Ogos 2013, sesi ceramah teknik
menjawab soalan UPSRdan ceramah motivasi bagi Program BIG telah diadakan di
Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Program ini juga merupakan salah satu

27

komponen yang perlu dilaksanakan dimana ia terdapat dalam proforma kursus untuk
semester ini.Oleh itu saya bersama-sama rakan dari PPG yang sama iaitu IPG
Kampus Pulau Pinang telah bertungkus lumus untuk melaksanakannya dengan lebih
awal memandangkan komitmen yang lain yang perlu dilakukan di sekolah.

Tempoh masa bagi sesi ceramah teknik menjawab soalan dan Ceramah
Motivasi perlu dijalankan selama tiga jam setiap satu . Seramai 93 orang pelajar Tahun
6 SK Bukit Gambir terlibat dalam menjayakan program ini.Sesi ceramah motivasi ini
telah disampaikan oleh Tuan Haji Bohari Bin Samsudin dari Sektor Psikologi Dan
Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang manakala Bengkel Teknik
Menjawab pula disampaikan oleh En Zulkafly Bin Othman dari Sektor Pengurusan
Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

KEKUATAN

Selama tempoh 3 jam setiap slot berlangsung terdapat kebaikan dan kelebihan
yang dapat difahami mengikut tajuk yang disampaikan.Penceramah berjaya menarik
perhatian semua pelajar dengan slaid-slaid powerpoint yang menarik dan mudah untuk
difahami. Di samping itu, terdapat bahan-bahan edaran yang dibekalkan ,maka
memudahkan pemahaman para pelajar.Penceramah juga pandai berinteraksi dan
memberi ceramah dengan baik dan suara yang jelas. Dengan ini ,segala input yang
diberikan dapat meningkatkan motivasi , keyakinan , semangat serta pemahaman

28

terhadap bentuk-bentuk soalan terutamanya soalan struktur di Bahagian B kertas


Bahasa Melayu UPSR bagi tahun 2013.

Seterusnya aktiviti yang dirancang dan kerjasama yang diberikan oleh


penceramah dengan tajuk Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu mempunyai
perjalanan aktiviti yang tersusun dan bersistemetik. Ceramah ini berjalan lancar
mengikut masa yang telah ditetapkan. Program ini memberi pengalaman dan
pengetahuan baru dalam diri murid bagaimana cara untuk menjawab soalan terutama
dalam Bahagian B yang menepati mengikut kehendak soalan.Setiap soalan yang
dikemukakan akan diikuti dengan tips-tips atau klu yang perlu difahami oleh setiap
pelajar agar dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat dan betul.Selain itu para
pelajar juga diajar agar menggaris kata kunci bagi setiap soalan yang diberi.Pelajar juga
diajar bagaimana mencari pembolehubah berdasarkan graf atau jadual yang diberi.
Melalui ceramah beliau, saya dapat melihat kelebihan serta kebaikan yang pelajar
dapat iaitu dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai soalan-soalan
peperiksaan sains UPSR terutamanya di Bahagian B yang disampaikan.Secara tidak
langsung dapat melatih pelajar agar dapat memahami kehendak soalan dan dapat
menjawab dengan tepat serta betul.Selain itu dari aspek penglibatan oleh pelajarpelajar yang memuaskan. Kehadiran pelajar adalah secara menyeluruh di mana
perancangan bagi program hari ini berjalan lancar.Selain itu, sikap pelajar yang berani
bertanya dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk terus berusaha untuk
Berjaya hingga ke puncak menara gading. Murid-murid telah dibekalkan dengan modul
bengkel yang disediakan oleh peserta program PPG . Modul ini dapat membantu muridmurid semasa pengendalian bengkel agar murid-murid dapat memberi tumpuan yang
lebih kepada isi kandungan yang akan disampaikan oleh penceramah.

KELEMAHAN

29

Setiap kebaikan pasti ada kelemahannya iaitu masih terdapat kelemahan pada
Program Bina Insan Guru kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan ruang yang kurang
kondusif.Semasa sesi ceramah sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit
terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana
suasana di dalam dewan agak panas menyebabkan rasa bahang yang melampau di
dalam dewan.Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada
pihak Jawatankuasa Program BIG yang mencari kipas untuk dipasang di dalam dewan
tersebut.Masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat.

CADANGAN

Untuk cadangan saya ingin memberi beberapa usul yang boleh dijadikan
panduan dan dipertimbangkan untuk menjadikan program ini kurang bermasalah dan
berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan.Cadangan tersebut ialah dengan
mengadakan aktiviti ceramah di tempat yang lebih luas serta lebih kondusif.Cadangan
kedua ialah perlu jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa lokasi program yang
akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya tidak timbul sebarang masalah dan
jika terdapat masalah ,cara mengatasinya dapat difikirkan lebih awal.

Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan pada Program BIG pada masa
akan datang adalah diberi tajuk ceramah yang lebih menarik dan ianya dapat
diaplikasikan bukan saja dalam pembelajaran tetapi juga berkaitan dengan sikap dan
sahsiah pelajar serta dapat memotivasikan pelajar yang semakin hari semakin tertekan
dengan beban pendidikan yang banyak dan mencabar. Contohnya ,diadakan lebih
banyak ceramah motivasi yang dapat menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar
agar lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.


30

31

LAMPIRAN

32

33

34

35

36

37

38

Anda mungkin juga menyukai