Anda di halaman 1dari 15

1

PRAKTIKAL 4
Tajuk : Fasa Bulan

Tujuan : Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya.

Pengenalan :

Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Oleh sebab jaraknya
yang paling dekat tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat
dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun adakalanya
kita tidak dapat melihatnya kerana beberapa faktor seperti cuaca dan awan tebal. Bulan
tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia kelihatan bercahaya kerana memantulkan
cahaya matahari kepada bumi.

Bulan adalah satelit semulajadi yang saiznya ialah satu perempat saiz bumi. Ia
berputar mengelilingi bumi pada jarak 384 000 km atas paksi yang condong sedikit
berbanding Dataran Ekliptik. Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya
sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27
hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi.

Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari
bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya diantara bumi dan matahari. Cahaya
matahari yang terkena pada bulan akan dipantulkan bulan. Orang yang berada di bumi
akan dapat melibat bentuk atau fasa bulan yang berbagai ini mengikut tempat dan
keadaan tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu anak bulan, bulan
sabit, bulan separa, bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan purnama lama, bulan
separa lama dan bulan sabit lama.




2














Antara perkara yang penting dalam mengkaji fasa-fasa bulan ialah dengan
mengetahui terlebih dahulu waktu terbit dan terbenam bulan. Ini dilakukan supaya kita
dapat menganggarkan waktu yang sesuai untuk merekod gambar bulan. Waktu bulan
terbit adalah apabila bahagian atas bulan melepasi garisan ufuk manakala waktu bulan
terbenam adalah apabila bahagian bawah bulan menghilang di bawah garisan ufuk.

Menentukan terbit dan terbenam bulan, nilai azimut juga perlu di tentukan.
Azimut adalah jarak garisan mendatar ketika bulan terbit dan bulan terbenam. Azimut
biasanya diukur menggunakan kompas. Dalam 360 darjah, dan dikira mengikut arah
jam, utara memberikan azimut 0
o
, timur memberikan azimut 90
o
, selatan memberikan
180
o
dan barat memberikan nilai 270
o
. Anak panah kecil pula menunjukkan arah
matahari terbit berdasarkan peta yang menunjukkan utara ke atas.

Altitud bulan pula dikenalpasti semasa merekod gambar bulan. Altitud merujuk
kepada jarak pusat bulan kepada garisan horizon. Selain itu, dalam fasa yang berbeza
akan memberikan kecerahan yang berbeza.


3

Radas : Kamera.

Prosedur :
1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan dicari daripada buku, majalah,
jurnal, surat khabar atau internet.

2. Lokasi yang sesuai dipilih serta bulan diperhatikan setiap hari bermula dari fasa
anak bulan hingga fasa bulan purnama.

3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.

4. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar.

5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.

6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan dicatatkan ke dalam
jadual.

7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.












4

Keputusan :

Pemerhatian 1


Pemerhatian 2
Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
1 Februari 2014 09:40 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama
Masa Terbit Masa
Terbenam
Azimut Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
08:52 20:53 98 264 76.8 3.0%


Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
4 Februari 2014 21:50 Kawasan Kediaman Bulan sabit
Masa Terbit
Masa
Terbenam
Azimut
Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
11:05 23:35 83 279 86.8 25.8%


5



Pemerhatian 3


Pemerhatian 4
Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
09 Februari 2014 09:00 Kawasan Kediaman Bulan separa
Masa Terbit
Masa
Terbenam
Azimut
Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
15:05 02:55 71
289
76.9 75.6%


Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
11 Februari 2014 9:15 Kawasan Kediaman Bulan hampir purnama
Masa Terbit
Masa
Terbenam
Azimut
Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
16:41 04:31 72 289 76.9 89.9%


6



Pemerhatian 5


Pemerhatian 6
Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
15 Februari 2014 09:45 Kawasan Kediaman Bulan purnama
Masa Terbit
Masa
Terbenam
Azimut
Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
19:45 07:29 83 279 85 99.8 %

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
19 Februari 2014 10:00 Kawasan Kediaman Bulan purnama lama
Masa Terbit
Masa
Terbenam
Azimut
Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
22:50 10:19 100 262 77 86.4 %

7



Pemerhatian 7


Pemerhatian 8
Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
23 Februari 2014 09:25 Kawasan Kediaman Bulan separa lama
Masa Terbit
Masa
Terbenam
Azimut
Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
01:27 13:39 108 251 65.1 47.3%


Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
27 Februari 2014 09:40 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama
Masa Terbit Masa
Terbenam
Azimut Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
05:19 17:35 104 257 70.2 7.2%

8



Pemerhatian 9




Perbincangan :
Untuk mengkaji fasa-fasa bulan di atas, perkara utama yang perlu dilakukan ialah
dengan memastikan tarikh qamari supaya kemunculan fasa-fasa bulan dapat dipastikan
dengan tepat. Kemudian, maklumat berkenaan waktu terbit dan waktu terbenam bulan
dipastikan supaya kita dapat menjangka waktu yang tepat untuk mengambil gambar
bulan. Maklumat tersebut dapat diperolehi dengan melayari internet di
http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=2&year=
2014&obj=moon&afl=-1&day=1. Maklumat tersebut adalah seperti berikut :



Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan
2 Mac 2014 09:45 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama
Masa Terbit Masa
Terbenam
Azimut Altitud Kecerahan
Terbit Terbenam
08:01 20:26 91 272 84.0 1.3%

9


Masa Bulan Terbit dan Terbenam Bagi Kawasan Georgetown





























10











Daripada data yang diperolehi, nilai azimut, altitud, lepasan meridian bulan dan
perlbagai lagi maklumat lain dapat dikenalpasti. Kesemua maklumat ini menjadi
pengukur bagi menentukan fasa-fasa bulan. Setelah maklumat keseluruhan diperolehi
seperti di atas, jadual perancangan dilakukan untuk memilih tarikh sesuai untuk
membuat pemerhatian terhadap bulan. Jadual tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh
Masa Bulan
Terbit
Masa bulan
Terbenam
Pemerhatian
01 Februari 2014 08:32 20:53 Anak bulan
02 Februari 2014 09:25 21:49 Anak bulan
04 Februari 2014 11:05 23:35 Bulan sabit
05 Februari 2014 11:53 00:26 Bulan sabit
08 Februari 2014 14:17 02:06 Bulan separa
09 Februari 2014 15:05 02:55 Bulan separa
11 Februari 2014 16:41 04:31 Bulan hampir purnama
12 Februari 2014 17:28 05:18 Bulan hampir purnama
15 Februari 2014 19:45 07:29 Bulan purnama
16 Februari 2014 20:30 08:11 Bulan purnama
18 Februari 2014 22:02 09:35 Bulan purnama lama
19 Februari 2014 22:50 10:19 Bulan purnama lama
23 Februari 2014 01:27 13:39 Bulan separa lama
24 Februari 2014 02:24 14:36 Bulan separa lama
27 Februari 2014 05:19 17:35 Bulan sabit lama
11

28 Februari 2014 06:15 18:34 Bulan sabit lama
01 Mac 2014 07:09 19:31 Anak Bulan
02 Mac 2014 08:01 20:26 Anak bulan

Seterusnya lokasi yang sesuai dipilih dan ditetapkan iaitu kawasan kediaman
saya di Kampung Sungai Semambu, Bagan Serai, Perak untuk mengambil gambar fasa
bulan. Hasil daripada pemerhatian yang telah dibuat, saya dapat tentukan kesemua
bentuk fasa-fasa bulan bermula daripada anak bulan, bulan separa, bulan purnama
hinggalah kembali kepada anak semula. Namun bentuk bulan sabit pada 4 Februari
2014 kelihatan terbalik daripada bentuk yang sepatutnya diperolehi. Ini adalah kerana
waktu puncaknya dimana ia berada 90
0
dari garisan ufuk atau meridian passing
adalah pada pukul 17:19. Apabila gambar yang diambil melebihi waktu puncaknya iaitu
pada pukul 21:50 maka imej yang diperolehi juga akan kelihatan terbalik kerana pada
waktu itu bulan sudah melalui waktu terbenam.

Kesimpulan:
Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan
daripada bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan
ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.

Soalan
1. Kita amat kenal dengan bulan. Kita biasa melihat bulan pada waktu malam.
tetapi bulan juga dapat dilihat pada waktu pagi. Bilakah kita lihat bulan pada
waktu malam dan pada waktu pagi?
Waktu kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan waktu pagi bergantung kepada
waktu terbit dan terbenamnya bulan itu sendiri. Waktu bulan terbit pada setiap hari
adalah tidak sama dan akan berubah. Jika bulan terbit pada waktu pagi, kita akan
dapat melihatnya pada waktu pagi dan kita tidak akan dapat melihatnya pada malam
hari. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya bulan sentiasa memantulkan cahaya
matahari sama ada di malam hari atau di siang hari. Namun demikian, disebabkan
kemunculan cahaya matahari pada waktu pagi kadang-kadang menyukarkan kita
melihat bulan pada waktu tersebut.
12

2. Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa
bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari?
Kejelasan untuk melihat fasa- fasa bulan bergantung kepada waktu bulan terbit dan
bulan terbenam dan diantaranya. Selepas bulan terbit, ia mengambil masa beberapa
jam untuk membolehkannya berada dalam keadaan 90
o
dari garisan ufuk. Kedudukan
bulan juga mempunyai hubung kait dengan bumi dan matahari. Hal ini demikian kerana
bulan berputar dan beredar mengelilingi bumi. Bumi pula berputar dan beredar
mengelilingi matahari. Dalam kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berlainan,
fasa-fasa bulan yang berlainan akan terhasil. Contohnya apabila bulan berada di antara
bumi dan matahari, fasa anak bulan akan berlaku. Kebiasaannya, bulan tidak akan
kelihatan. Sekiranya kelihatan ia terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar. Kemudian,
jika bumi berada antara bulan dan matahari, fasa bulan purnama akan berlaku dan
bulan akan kelihatan penuh. Namun jika bulan berada betul-betul pada garisan lurus,
gerhana akan berlaku. Gerhana matahari boleh berlaku ketika fasa anak bulan
manakala gerhana bulan boleh berlaku apabila bulan berada dalam fasa purnama
penuh. Oleh itu, pelbagai kejadian boleh berlaku disebabkan kedudukan bulan yang
tertentu antara bumi dan matahari.

3. Tugasan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah membuat pemerhatian tentang
fasa-fasa bulan.

Aktiviti : Memerhati fasa-fasa bulan

Bahan-bahan : Sebiji bola putih bersaiz 4 (saiz bola sepak) yang separuh
bahagian telah diwarnakan hitam, sebuah bangku, pelekat, kertas
hitam, kapur putih.

Prosedur :
1. Sebiji bola putih yang telah diwarnakan hitam pada separuh bahagian diletakkan
di atas sebuah bangku.
13

2. Bangku tersebut berserta bola di atasnya di letakkan di tengah satu kawasan
lapang (depan kelas/ dataran/ kawasan lapang lain-lain)
3. Kerusi disusun disekeliling bola tersebut dalam bentuk bulatan.
4. Kemudiannya, murid duduk di setiap kerusi yang telah diletakkan.
5. Murid dibekalkan dengan sekeping kertas hitam dan kapur putih.
6. Guru membuat sesi penerangan tentang fasa- fasa bulan bersama murid.
7. Kemudian, murid diminta melukis bentuk yang dilihat pada bola tersebut dari
kerusi yang mereka berada.
8. Setiap murid menunjukkan hasil lukisan mereka.
9. Guru bersama murid berbincang dan mengaitkan lukisan dengan fasa-fasa
bulan.




















14

RUJUKAN

BUKU
Alias A. (2011). Xpress 2011 UPSR Science Bilingual. Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling
Jaya, Selangor.

Moo, L.S (1994). Asas pengajaran sains sekolah rendah: Pendekatan
Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lutgens F. et al (2009).

INTERNET
Fasa Bulan (2010) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://aguscb.blogspot.com/2010/08/fasa-bulan.html

Fasa Bulan (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Fasa_bulan

Fasa-fasa Bulan (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://astronomi-
falak.blogspot.com/2009/10/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2011) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://sklk-panitiasains.blogspot.com/2011/01/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2012) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://www.slideshare.net/4coursemates/fasa-fasa-bulan-12933521

Fasa-fasa Bulan (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/74

Moonrise and Moonset in George Town (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=1&year
15

=2014&obj=moon&afl=-1&day=1

Phases of the Moon (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://www.hometrainingtools.com/moon-phases-science-teaching-tip/a/1088/

Teaching Moon Phase. (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada
http://blogs.scholastic.com/3_5/2009/02/teaching-moon-phases.html

Anda mungkin juga menyukai