Anda di halaman 1dari 7

Tajuk :

Prinsip Keabadian Archimedes

Tujuan :

Untuk mengkaji hubungan antara berat air tersesar dengan daya tujah ke atas.

Teori :

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa objek yang sebahagian atau sepenuhnya


direndamkan ke dalam bendalir (cecair atau gas) ditindakkan oleh daya tujah ke atas yang
sama dengan berat bendalir tersesar. Selain itu, objek yang direndam dalam bendalir akan
mengalami satu pengurang berat yang sama berat dengan berat bendalir yang disesarkan.
Pengurangan berat ini adalah disebabkan oleh daya tujah ke atas yang wujud di dalam
bendalir. Daya tujah ke atas merupakan daya tolakan ke atas objek yang direndam dalam
bendalir.

Pernyataan masalah :

Apakah hubungan antara daya tujah yang bertindak ke atas pemberat yang direndam di
dalam bikar berisi air dengan berat air yang disesarkan?

Hipotesis :

Semakin bertambah ketumpatan objek, semakin bertambah berat air yang tersesar. Daya
tujah ke atas iaitu daya apungan adalah sama dengan berat air yang disesarkan.
Bahan dan radas :

Kaki retort, pemegang retort, neraca spring, alat penimbang, bikar, benang, tin eureka dan
pemberat.

Prosedur :

1. Pemberat A diikatkan dengan benang dan pemberat itu digantungkan pada neraca
spring.

2. Jisim sebenar pemberat A di udara dicatatkan sebagai x.

3. Sebuah bikar kosong ditimbangkan dengan sebuah alat penimbang dan jisimnya
dicatatkan sebagai m1.

4. Sebuah tin eureka diisikan dengan air sehingga air berlebihan mengalir keluar dari
muncungnya. Apabila air tidak mengalir dari muncungnya lagi, sebuah bikar kosong
diletakkan di bawah muncung itu.

5. Pemberat yang tergantung pada neraca spring diturunkan dengan perlahan-lahan ke


dalam tin eureka sehingga pemberat itu terendam sepenuhnya di dalam air tanpa
menyentuh dasar tin itu.

6. Bacaan pada neraca spring dicatatkan sebagai jisim pemberat dalam air, y.

7. Apabila tiada lagi air mengalir dari muncung tin eureka, berat bikar yang berisi air
tersesar itu ditimbangkan. Berat bikar berisi air tersesar dicatatkan sebagai m2.

8. Eksperimen diulangi dengan pemberat B.


Keputusan :

Pemberat Jisim bikar (kg), Jisim pemberat Jisim pemberat Jisim bikar + air
m1 (kg), x dalam air (g), y tersesar (g), m2

Pemberat A 0.050 0.145 0.110 0.085

Pemberat B 0.050 0.285 0.225 0.110

Analisis data :

Pemberat Berat bikar (N), Berat pemberat Berat pemberat Jisim bikar + air
w1 (N), x dalam air (N), y tersesar (N), w2

Pemberat A 0.5 1.4 1.1 0.8

Pemberat B 0.5 2.8 2.2 1.1

Pemberat A

Jisim air tersesar = w2 – w1

= 0.8 N – 0.50 N

= 0.3 N

Jisim ketara yang hilang = x – y

= 1.4 N – 1.1 N

= 0.3 N

Berdasarkan rumus :

(w2 – w1)N = (x – y)N

0.3 N = 0.3 N

(x – y)N = daya apung bertindak pada pemberat

(w2 – w1)N = berat air yang disesarkan

Oleh itu, berat air yang disesarkan adalah sama dengan daya apung (daya tujah ke atas).
Pemberat B

Berat air tersesar = w2 – w1

= 1.1 N – 0.5 N

= 0.6 N

Jisim ketara yang hilang = x – y

= 2.8 N – 2.2 N

= 0.6 N

Berdasarkan rumus :

(w2 – w1)N = (x – y)N

0.6 N = 0.6 N

(x – y)N = daya apung bertindak pada pemberat

(w2 – w1)N = berat air yang disesarkan

Oleh itu, berat air yang disesarkan adalah sama dengan daya apung (daya tujah ke atas).
Perbincangan :

Dalam eksperimen ini, pengkaji ingin menentukan daya tujah menggunakan Prinsip
Archimedes. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas atau dikenali
sebagai daya apungan adalah sama dengan berat air yang tersesar. Pengkaji telah memilih
dua pemberat yang berbeza iaitu pemberat A dan pemberat B. Perbezaan jisim pemberat ini
dipilih kerana ketumpatan mereka. Kedua-dua pemberat yang dipilih mempunyai
ketumpatan yang lebih tinggi berbanding ketumpatan air. Oleh itu, kedua-dua pemberat
dapat direndamkan ke dalam air dengan mudah tanpa menambah daya ke atas objek
tersebut.

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan pada pemberat A, didapati

Berat air yang disesarkan = daya apung bertindak pada pemberat

0.3 N = 0.3 N

Berat air yang disesarkan adalah sama dengan daya apung (daya tujah ke atas). Hal ini
bermakna, bagi menyeimbangkan daya yang dikenakan oleh pemberat terhadap air, daya
tujah ke atas (daya apungan) yang diperlukan adalah sebanyak 0.3 N.

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan pada pemberat B, didapati

Berat air yang disesarkan = daya apung bertindak pada pemberat

0.6 N = 0.6 N

Berat air yang disesarkan adalah sama dengan daya apung (daya tujah ke atas). Hal ini
bermakna, bagi menyeimbangkan daya yang dikenakan oleh pemberat terhadap air, daya
tujah ke atas (daya apungan) yang diperlukan adalah sebanyak 0.6 N.

Selain itu, daya tujah yang diperlukan untuk menyeimbangkan berat pemberat B
adalah lebih besar berbanding pemberat A. Hal ini kerana pemberat B mempunyai
ketumpatan yang lebih besar berbanding pemberat A. Ini dapat membuktikan bahawa
semakin bertambah ketumpatan sesuatu objek, semakin bertambah berat air yang
disesarkan serta daya apungan yang bertindak ke atas objek tersebut. Prinsip Archimedes
yang menyatakan bahawa daya tujah ke atas atau dikenali sebagai daya apungan adalah
sama dengan berat air yang tersesar juga dibuktikan.
Langkah berjaga-jaga adalah seperti berikut :

1. Tetapkan penimbang yang sama agar keputusan yang didapati adalah tepat. Kesensitifan

penimbang yang tinggi akan menjadikan keputusan eksperimen menjadi lebih tepat.

2. Pastikan kedudukan paras mata adalah berserenjang dengan skala bacaan pada neraca

spring semasa membuat bacaan.

Kesimpulan :

Hipotesis diterima. Semakin bertambah ketumpatan objek, semakin bertambah berat air
yang tersesar. Daya tujah ke atas iaitu daya apungan adalah sama dengan berat air yang
disesarkan.
Rujukan

Ahmad, D. (n.d.). Pengertian Gaya Apung dan Prinsif Archimedes. Retrieved from
https://www.sridianti.com/pengertian-gaya-apung-dan-prinsif-archimedes.html

Archimedes. (n.d.). Retrieved from https://www.thefreedictionary.com/Archimedes

Cheong Foon Choong. (2007). Pre-U Text STPM Physics (Volume 1). Selangor: Pearson
nnn Sdn Bhd.

Lee Cheng Xi. (2013). Whizz Thru SPM Physics. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Poh Liong Yong, S. N. (1996). Fizik Stpm. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ross, R. (2017, April 25). Eureka! The Archimedes Principle. Retrieved from
https://www.livescience.com/58839-archimedes-principle.html

Yap Eng Keat. (2014). Fizik SPM. Kuala Lumpur: Pearson Sdn. Bhd.

Yap Eng Keat. (2016). Esensi Fizik SPM. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai