Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Tajuk:
Keapungan dan Prinsip Archimedes

2.0 Tujuan:
Menguji daya yang bertindak ke atas objek berubah bagi objek pada kedalaman yang
berbeza di dalam air.

3.0 Teori:
Daya keapungan membenarkan objek seperti kapal untuk tereapung di atas lautan.
Fenomena ini adalah hasil daripada tekanan hidrostatik. Apabila satu objek
ditenggelamkan di dalam cecair, bahagian bawah objek yang berada pada kedalaman
yang paling dalam akan mengalami lebih banyak tekanan berbanding bahagian atas
objek. Hal ini menghasilkan daya tujahan di bahagian bawah objek yang dikenali sebagai
daya keapungan. (rujuk rajah 1.) Semakin dalam objek, semakin tinggi daya tujahan.

Rajah 1: rajah jasad bebas objek terapung yang menunjukkan daya keapungan adalah
sama dengan berat objek.

Sebagai contoh, sebuah kotak direndam sepenuhnya di dalam kotak. Ianya


mempunyai ketinggian ʅ, dan di atas dan di bawah kotak tersebut mempunyai luas
permukaan A, dan isipadunya ialah V=ʅ,A. Air memberi tekanan pada setiap pada setiap
sisi kotak seperti rajah 2.

Tekanan daya
mendatar pada
kedua-dua sisi
adalah simetri

Tekanan daya menegak di bahagian bawah lebih


tinggi berbanding di bahagian atas.

Rajah 2: tekanan daya di dalam cecair yang dikenakan pada kotak.


Tekanan pada kotak ini bergantung kepada kedalaman,h kotak tersebut. Untuk
memastikan kotak tersebut terapung di dalam air, tekanan di bahagian atas kotak dan
tekanan di bahagian bawah kotak mestilah dibandingkan menggunakan 2 rumus.

Fatas = PatasA = ρhgA


Fbawah = PbawahA = ρ (h + ʅ, )gA

Pada keempat-empat sisi, daya yang dikenakan adalah sama pada semua arah,
maka tiada daya mendatar bersih (no net force). Daya keatas pada bahagian bawah kotak
adalah lebih besar berbanding daya kebawah yang dikenakan di atas kotak, maka
terdapat daya bersih keatas (net force). Daya apungan dapat ditentukan.

Fapungan =Fbawah - Fatas


= ρ (h + ʅ, )gA- ρhgA
= ρ ʅ,gA = ρVg
Daya Keapungan Fapungan = ρVg

Hal ini menunjukkan bahawa daya tujahan bersih ialah bekadar terus dengan isipadu
kotak. Isipadu ini adalah sama dengan isipadu air yang akan disesarkan, atau ditolak
keluar oleh kotak. Oleh itu, magnitud daya tujahan, ρVg, ialah sama dengan berat cecair
yang disesarkan. Perkaitan ini ditemui oleh archimedes, dan menamakannya prinsip
archimedes. Prinsip archimedes menyatakan bahawa daya tujahan pada objek di dalam
cecair adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh objek. Daya ini juga tidak
bergantung pada berat objek tetapi hanya pada berat cecair yang tersesar. Prinsip
archimedes dapat ditunjukkan melaui pengiraan matematik :

Fapungan = mcecairg

Ketumpatan ρ= jisim, m /isipadu, V

Selain itu, jisim cecair yang disesarkan adalah sama dengan ketumpatan
didarab dengan isipadu objek, maka jisim, m, dalam persamaan diatas dapat
ditukarkan kepada ρV. Isipadu ini adalah sama dengan isipadu objek yang
ditenggelamkan. Maka terhasilnya daya keapungan: Fapungan = ρVg. Prinsip Archimedes
juga meletakkan syarat untuk keadaan yang akan terapung di dalam cecair. Jika objek
terapung, maka daya apungan mestilah lebih besar berbanding berat objek:

mobjek ≤ mcecair tersesar

Jika objek tenggelam sepenuhnya, maka ketumpatan objek mestilah lebih rendah
berbanding cecair
ρobjek ≤ ρcecair

4.0 Bahan dan radas:

Benang, tin eureka, bikar 250cm, bongkah kayu, penimbang elektronik, plastisin, botol
kaca, pembaris, kalkulator saintifik

5.0 Susunan bahan dan radas penyiasatan

6.0 Prosedur:

1. Botol kaca diisi dengan air dan dan dilekatkan dengan plastisin sehingga membentuk
silinder dan diikat dengan benang. Kemudian, senggatan 1cm ditanda pada botol
tersebut menggunakan pen marker. Rujuk rajah 3 di bawah:
Rajah 3: botol silinder yang telah diikat dengan benang
2. Kemudian, diameter botol diukur menggunakan pembaris, radius botol dikira dengan
rumus r= d/2. Data direkodkan di dalam jadual.
3. Sebuah bikar kosong ditimbangkan dengan sebuah penimbang elektronik dan beratnya
dicatatkan.
4. Sebuah tin eureka diisikan dengan air sehingga air berlebihan mengalir keluar dari
muncungnya. Apabila air tidak mengalir dari muncungnya lagi, sebuah bikar kosong
diletakkan di bawah muncung itu.
5. Bahan dan radas disusun mengikut rajah 4 dibawah:

Rajah 4: susunan bahan dan radas ketika penyiasatan dijalankan.


6. Botol silinder yang diikat benang diturunkan dengan perlahan-lahan ke dalam tin
eureka bermula dengan kedalaman 2cm, 4cm, 6cm, 8cm sehingga pemberat itu
terendam sepenuhnya di dalam air.
7. Apabila tiada lagi air mengalir dari muncung tin eureka, berat bikar yang berisi air
tersesar itu ditimbangkan. Berat bikar berisi air tersesar dicatatkan
7.0 Keputusan penyiasatan:

Jadual 1: dapatan kasar daripada hasil penyiastan

Kedalaman air/cm Jejari objek silinder, r/cm Ketinggian objek yang


dimasukkan ke dalam air,
h/cm
2.0 1.6 2.0
4.0 1.6 4.0
6.0 1.6 6.0
8.0 1.6 8.0
10.0 1.6 10.0

Jadual 2: pertukaran unit nilai kepada meter(m)( cm/100)

Kedalaman air/m Jejari objek silinder, r/m Ketinggian objek yang


dimasukkan ke dalam air,
h/m
0.02 0.016 0.02
0.04 0.016 0.04
0.06 0.016 0.06
0.08 0.016 0.08
0.10 0.016 0.10

8.0 Analisis data:


Jadual :Daya Apungan bagi objek silinder dan berat air yang tersesar apabila objek
silinder dimasukkan ke dalam air pada kedalaman yang berbeza.
Kedalaman air/m Daya Apungan FB/N Berat air tersesar, W / N
0.02 0.158 0.155
0.04 0.316 0.300
0.06 0.473 0.504
0.08 0.631 0.680
0.10 0.789 0.749

Graf Daya Apungan FB/N melawan Kedalaman air/m


Graf Daya Apungan FB/N melawan
Kedalaman air/m
0.8
f(x) = 7.84 x + 0.01
0.75

0.7
0.68

0.6

0.5 0.5
Daya Apungan FB/N

0.4

0.3 0.3

0.2

0.16

0.1

0
0.01 0.02 0.03 0.04 0.05 0.06 0.07 0.08 0.09 0.1 0.11

Kedalaman air/m

9.0 Perbincangan:

Penyiasatan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menguji daya yang bertindak ke
atas objek berubah bagi objek pada kedalaman yang berbeza di dalam air. Oleh itu, untuk
menguji perubahan daya pada objek pada kedalaman air yang berbeza, kaedah
pensesaran air dilaksanakan. Kaedah ini dilakukan dengan mengukur jumlah air yang
disesarkan oleh objek yang direndam dalam tin eureka. Berat air yang tersesar adalah
sama dengan daya tujahan (Daya Apungan) yang dikenakan kepada objek. Oleh itu,
rumus daya keapungan ialah FB= ρgV, dimana ρ (huruf Greek, rho) ialah ketumpatan
cecair yang disesarkan, V ialah isipadu objek, dan g ialah pecutan disebabkan oleh graviti
iaitu g=9.80 N/kg. Manakala nilai ketumpatan untuk air ialah 1atm = (1000 ± 1) kg/m3.
Penyiasatan ini diulang sebanyak lima kali dengan kedalaman air yang berbeza iaitu 0.02
m, 0.04m, 0.06m, 0.08m dan 0.10m.

Objek berbentuk silinder telah digunakan dalam melakukan penyiasatan ini kerana
lebih mudah untuk mendapatkan isipadu,V objek mengikut rumus πr 2h dan h ialah
ketinggian kedalaman objek silinder tersebut dimasukkan kedalam air. (rujuk rajah..)
Berdasarkan rajah jasad bebas pada rajah… didapati bahawa terdapatnya dua daya yang
bertindak ke atas objek silinder yang menyebakan objek tersebut terapung ,iaitu daya
tujahan daripada bawah objek silinder, FB dan daya ke bawah iaitu berat objek,W. Apabila
objek silinder direndam keseluruhannya di dalam air dengan kedalaman 0.10m,
terdapatnya tekanan,P1 di atas permukaan objek yang menghasilkan daya ke bawah, P1A,
A iaitu luas permukaan objek. Hal ini juga berlaku pada bahagian permukaan bawah
silinder, tekanan P2 menyebabkan berlakunya daya tujahan P2A. Selain itu, daya kebawah
(graviti) melebihi daya tujahan bertindak pada silinder menyebabkan objek silinder
tenggelam ke dasar tin eureka iaitu permukaan bawah tin menjejaki dasar tin. Menurut ….
jika daya tujahan tidak cukup besar untuk menyeimbangkan berat objek, objek tersebut
akan tetap tenggelam ke dasar walaupun telah direndam sepenuhnya di dalam air.
Menurut prinsip archimedes hal ini berlaku kepada semua objek dan tidak bergantunng
pada objek yang khusus.

Selain itu, menurut prinsip archimedes iaitu daya apungan adalah sama dengan berat
air yang disesarkan objek apabila dimasukkan ke dalam air dapat dibuktikan dalam
penyiastan ini apabila daya apungan dan berat air yang tersesar mempunyai nilai yang
lebih kurang sama. (rujuk jadual). Nilai ini tidak mempunyai jarak perbezaan yang sangat
ketara iaitu hanyalah sebanyak 1.90%, 5.06%, -6.34 %, -7.76 % dan 4.94% untuk setiap
kedalaman 0.02 m, 0.04m, 0.06m, 0.08m dan 0.10m. Terdapat ralat positif dan ralat
negatif hasil daripada penyiasatan ini. Ralat positif berlaku kerana jisim air tersesar hasil
penyiasatan adalah lebih ringan daripada jisim air yang sepatutnya disesarkan manakala
ralat negatif pula ialah sebaliknya. Walaubagaimanapun, nilai perbezaan ini adalah kecil
dan tidak melebihi 10% dan ralat yang paling ketara perbezaanya ialah -7.76%
disebabkan kecuaian seperti ralat bersistem seperti ketika mengambil bacaan daripada
penimbang elektronik berlaku ralat sifar, ralat akibat masa tindak balas ketika
memasukkan objek silinder kedalam air yang melebihi ukuran kedalaman yang
sepatutnya , ralat paralaks yang disebabkan kedudukan mata yang tidak betul apabila
mengambil bacaan dan ralat rawak apabila sebahagian isi padu air masih belum habis
menitik tanpa disedari.
Ralat peratus digunakan untuk mengira ketepatan nilai berat air yang disesarkan oleh
objek. Bagi mendapatkan nilai ralat peratus, nilai sebenar jisim air yang tersesar mestilah
diketahui. Oleh itu aplikasi omnicaculator.com digunakan untuk mendapatkan ketepatan
jisim air yang sepatutnya disesarkan oleh objek.(rujuk lampiran) Menerusi aplikasi ini,
pengiraan mengikut teori FB= ρgV telah dikira secara automatik dengan hanya
memasukkan nilai isipadu objek silinder,V pada ruangan yang disediakan.

Berdasarkan penyiasatan ini didapati hasil, daya apungan objek silinder semakin
meningkat apabila semakin dalam objek silinder direndam. Hal ini dapata dilihat dengan
menggunakan rumus FB= ρgV. Berdasarkan jadual …, menunjukkan bahawa daya
apungan bertambah daripada 0.158N, 0.316N, 0.473N, 0.631N sehingga 0.789N. hal ini
berlaku kerana apabila objek diletakkan dalam air, maka terdapat terkanan yang
dikenakan pada objek yang menghasilkan daya apung. Maka apabila semakin dalam
objek direndam didalam air, semakin tinggi tekanan di bahagian bawah permukaan objek
berbanding permukaan atas objek. Oleh itu, terhasilnya daya bersih ke atas (net upward
force) yang menyebabkan objek akan timbul atau tenggelam. (kjj,33) Walaupun pada
kedalaman 0.10m objek silinder mempunyai daya apungan yang tinggi namun, daya ini
tidak dapat melawan daya ke bawah(graviti) pada permukaan atas objek dan
menyebabkan objek silinder tenggelam.

Seterusnya, berdasarkan kaedah sesaran air, didapati bahawa nilai air yang tersesar
juga semakin meningkat sama seperti nilai daya apungan apabila objek direndam
semakin dalam. Hal ini dapat dilihat pada Graf Daya Apungan FB/N melawan Kedalaman
air/m. Graf ini menunjukkan bahawa daya apungan berkadar terus kedalaman air objek
direndam. Berdasarkan dapatan penyiasatan ini, tujuan untuk menguji daya yang
bertindak ke atas objek berubah bagi objek pada kedalaman yang berbeza di dalam air
dapat dilaksanakan dengan baik kerana hasil dapatan yang didapati adalah seperti yang
dijangka iaitu berlaku pertambahan daya apungan terhadap objek apabila kedalaman
objek bertambah.

10.0 Kesimpulan:
Daya tujah (daya keapungan) adalah sama dengan jumlah air tersesar. Semakin dalam
objek silinder dimasukkan kedalam air, semakin meningkat daya keapungan
This information is confirmed when this calculated density is compared to
the density calculated by simply taking the mass of the fluid divided by
the volume. These results yield a very low percent difference, and from
this information it can be concluded that the values are nearly the same.
This information confirms Archimedes' Principle, and its value in
practical situations. 

Rujukan:

Haponiuk, B. (2018, October 24). Buoyancy Calculator. Retrieved March 22, 2019, from
https://www.omnicalculator.com/physics/buoyancy

Hughes, I., & Hase, T. P. (2010). Measurements and their uncertainties: A practical guide
to modern error analysis. Oxford: Oxford University Press.

Debby Syefira, Damavara & I Wayan Surya Aryana. (2015) Laboratorial Report 9:
Archimedes Principles. Jakarta: Sampoerna University

Landau, L. D., Akhiezer, A. I., Lifshitz, E. M., Petford, A. D., Petford, C. L., & Sykes, J. B.
(1967). General physics: Mechanics and molecular physics. Oxford: Pergamon

Serway, R. A., & Jewett, J. J. (2014). Physics for Scientists and Engineers. Mary Finch.

Cutnell, J. D., & Johnson, K. W. (1999). Take note!: To accompany Physics fourth edition.
New York: J. Wiley.

Zitzewitz, P. W. (2005). Glencoe physics: Principles and problems. New York, NY:
Glencoe/McGraw-Hill.

Leroy, Bernard. (1985). LETTERS AND COMMENTS: Archimedes principle: a simple


derivation. European Journal of Physics. 6. 56-. 10.1088/0143-0807/6/1/107.

Lampiran
Rajah : diameter objek silinder diukur Rajah : air dituangkan kedalam tin eureka
sehingga menggunakan pembaris. berlebihan.

Rajah : objek silinder direndam rajah : berat air tersesar ditimbang


sepenuhnya di dalam tin eureka menggunakan penimbang elektronik.

Anda mungkin juga menyukai