Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Persampelan kumbang beras

Tujuan : Menentukan bilangan kumbang beras dalam sesuatu satu populasi

Pengenalan :

Sitophilus oryzae, lebih dikenali dengan nama bubuk beras adalah sejenis
serangga perosak yang ada dalam beras dan bijirin dari keluarga Circulionidae.
Bubuk beras ini juga dikenali sebagai kutu beras dan dijumpai di kawasan tropika
dan sub-tropika. Ianya sering dijumpai di dalam beras yang disimpan untuk
beberapa selama berhari-hari atau berbulan-bulan. Oleh itu, hal ini menunjukkan
bahawa beras tersebut telah rosak kerana telah menjadi tempat pembiakan kutu
beras. Penyimpanan beras memerlukan teknologi khusus untuk mengawal serangga
dari terus memusnahkan stok beras yang disimpan. Namun begitu, kaedah
pengawalan yang dilakukan adalah harus sesuai agar tidak memberi kesan kimia
terhadap beras yang akan digunakan oleh manusia.

Amali yang dijalankan pada kali ini, kami telah menggunakan 2 sampel beras
iaitu sampel beras A dan sampel beras B. Sampel beras A dan B adalah daripada
jenis dan jenama beras yang sama namun tempoh penyimpanan beras adalah
berbeza dimana sampel beras A disimpan selama satu tahun manakala sampel
beras B disimpan selama enam bulan. Hal ini menyebabkan eksperimen dijalankan
bagi mengenalpasti populasi kutu beras yang membiak pada kedua-dua sampel
yang disediakan.

Alat radas

dan bahan :

- Beras yang mengandungi kumbang beras


- 1 sudu plastik besar
- 2 piring petri besar yang berdiameter 10-15 cm
- 1 berus lukis kecil
- 1 bikar muatan 1 liter
- Penimbang
- Kertas putih A4
Prosedur :

1. Beras A ditimbang sebanyak 100 gram dengan menggunakan penimbang


elektronik dan bikar.
2. Beras A dibahagikan kepada 5 kelompok secara sama rata iaitu 20 gram bagi
setiap kelompok.
3. Kutu beras dikenalpasti dan dikira mengikut kelompok yang telah
dibahagikan.
4. Keputusan dicatatkan kedalam jadual.
5. Salah satu daripada kutu beras tersebut diambil dan diukur saiznya dengan
menggunakan pembaris.
6. Langkah 1-5 diulang dengan menggunakan Beras B.

Keputusan :

Kelompok Bilangan Kumbang


Sampel A Sampel B
1 3 0

2 2 1

3 1 0

4 2 2

5 2 1

Perbincangan

Amali telah dijalankan terhadap kedua-dua sampel 100 g beras yang bertujuan
untuk menguji bilangan kutu beras per kilogram. Kaedah persampelan rawak
berkelompok telah digunakan untuk mengira kutu-kutu beras tersebut. Kaedah ini
adalah yang paling sesuai kerana melalui kaedah ini, sesebuah populasi akan
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri-ciri yang sama
dengan keseluruhan sampel. Sampel yang dipilih mewakili sampel lain yang tidak
terlibat dalam kajian. Kaedah ini juga digunakan apabila timbul kesulitan seperti
sukar medapat ahli populasi atau tiada peruntukan untuk kesemua lokasi kajian.
Merujuk kepada amali, kaedah ini menunjukkan bahawa bilangan kutu beras dapat
dikira dengan mudah dalam pembahagian-pembahagian di dalam sampel beras ini.
Tambahan pula, kaedah ini lebih praktikal dan menjimatkan kos jika dibandingkan
dengan kaedah persampelan lain.

Beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang beras membiak kerana beras adalah
satu sumber tenaga terbesar yang kaya akan karbohidrat. Pemerhatian mendapati
bahawa Sampel A mengandungi bilangan kutu beras yang lebih banyak berbanding
sampel B. Hal ini kerana, terdapat beberapa perbezaan antara Sampel A dan
Sampel B. Pertama, Sampel A adalah beras yang telah disimpan lebih lama
berbanding sampel B. Sampel A disimpan selama setahun iaitu suatu tempoh masa
yang sangat lama manakala Sampel B telah disimpan selama 6 bulan. Hal ini
berkemungkinan besar bahawa kutu akan membiak dengan lebih banyak dalam
tempoh masa yang lebih lama berbanding Sampel B yang disimpan dalam tempoh
masa yang lebih singkat.

Kumbang beras betina akan mengigit dan masukkan telur halus berbentuk bulat
lonjong di dalam biji beras. Seekor kumbang beras betina mampu mengeluarkan
300 - 400 biji telur sekali. Telur berwarna putih akan di tutup (sealed) dengan cecair
khas yang dikeluarkan oleh kumbang betina. Telur ini akan menetas dan larva yang
berukuran 4 mm panjang tanpa kaki dan akan makan biji beras sehingga
merosakkan biji beras kemudian membentuk kepompong atau pupa. Pupa akan
menjadi dewasa dan keluar dari dalam biji beras dengan mempunyai 6 kaki serta
dua sesungut pendek serta muncung di kepalanya.

Selain itu, bilangan kutu dalam beras juga dipengaruhi oleh kelembapan bekas.
Sampel A yang telah disimpan lebih lama dalam bekas mempunyai tahap
kelembapan yang lebih tinggi berbanding Sampel B kerana tempoh masa bagi
sampel A terdedah kepada udara adalah lebih lama berbanding sampel B. Hal ini
akan membuatkan kutu beras dalam Sampel A akan berasa selesa dan keadaan
beras yang lembap memudahkan lagi pembiakan kutu beras untuk membiak
berbanding Sampel B. Semakin bertambah bilangan kutu beras, semakin bertambah
kadar pembiakan kutu beras.

Di samping itu, pemerhatian bagi saiz kutu juga telah dilakukan terhadap kedua-dua
sampel. Kutu di dalam Sampel A mempunyai saiz yang lebih besar dan bergerak
dengan lebih laju berbanding kutu dalam Sampel B yang bersaiz kurus dan kecil. Hal
ini keran, jumlah kanji yang dimakan oleh kutu beras Sampel A adalah lebih banyak
dalam tempoh masa yang lebih lama manakala jumlah kanji yang dimakan kutu
beras Sampel B adalah lebih sedikit kerana tempoh keberadaan kutu beras di dalam
beras tersebut adalah lebih singkat.

Kesimpulan :

Tempoh beras sampel A adalah disimpan lebih lama berbanding Sampel B. Oleh itu,
bilangan kumbang per kilogram bagi Sampel A adalah lebih banyak berbanding
Sampel B. Hal ini disebabkan oleh sampel A yang disimpan dalam keadaan tempoh
yang lama berbanding sampel B. Keadaan persekitaraan yang lembap
meningkatkan kadar pembiakan kumbang beras. Apabila beras disimpan dalam
tempoh yang lama, hal ini akan menyebabkan kelembapan pada persekitaran akan
dipengaruhi. Sampel A yang disimpan selama setahun mempunyai banyak kutu
beras yang membiak manakala Sampel B mempunyai beras yang sedikit sepanjang
tempoh enam bulan.
Bibliografi

McCombes, S. (2019). Understanding different sampling


methods. Diperoleh daripada
https://www.scribbr.com/methodology/sampling-
methods/
Sabella Mohamad. (2018, Mac 11). Amali kumbang
beras. Retrieved from Scribd.com:
https://www.scribd.com/document/373532306/AMA
LI-KUMBANG-BERAS
Yos Wahyu Harinta. (2016). Uji ketahanan beberapa
jenis beras (oryza sativa) terhadap hama kumbang
bubuk beras (sitophilus oryzae). Agrovigor Volume
9, 96-104.

Anda mungkin juga menyukai