Anda di halaman 1dari 5

MANUAL PENGGUNAAN

Multimedia Interaktif Pembelajaran Sains Topik Sistem Suria Tahun 3


Pengenalan

Multimedia interaktif ini mengandungi beberapa butang yang berfungsi untuk


memudahkan sesiapa yang menggerakkan dan menggunakan multimedia ini demi
tujuan memudahkan penggunaan mereka. Multimedia yang dihasilkan adalah
merupakan inovasi digital yang memerlukan pengguna mempunyai perisian
PowerPoint dan internet untuk mengakses multimedia interaktif ini. Multimedia
interaktif ini dihasilkan demi memudahkan murid-murid Tahun 3 terutamanya murid
berkeperluan khas (MBK) Hiperaktif untuk menggunakan multimedia interaktif ini
sebagai medium pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka. Multimedia
interaktif ini adalah berdasarkan topik Tahun 3 Sistem Suria. Ianya juga dapat
meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam mempelajari topik Sistem Suria
kerana disertakan dengan aktiviti dan nota pembelajaran yang ringkas namun padat
bagi membantu memudahkan murid untuk belajar. Multimedia ini dihasilkan kerana
pencipta yang mereka inovasi mendapati bahawa murid-murid masih menghadapi
masalah dalam mengingati ahli Sistem Suria dan juga mengingati susunan planet-
planet dengan betul walaupun bantuan akronim digunakan. Dengan penghasilan
multimedia ini, diharapkan memudahkan urusan pengguna-pengguna dalam
mempelajari topik Sistem Suria Tahun 3.
Objektif

a) Meningkatkan tumpuan murid terutamanya yang berkeperluan khas (Sindrom


Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) dalam mempelajari topik Sains Tahun 3
Sistem Suria.

b) Meningkatkan daya ingatan murid terutamanya yang berkeperluan khas (Sindrom


Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) dalam mempelajari topik Sains Tahun 3
Sistem Suria.

c) Menghasilkan slaid interaktif untuk murid terutamanya murid berkeperluan khas


(Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) bagi memberi peluang murid
belajar menggunakan alat teknologi digital.

Cara Penggunaan:
Butang Multimedia Interaktif:
Butang Interaktif Penerangan
Butang mula ini adalah butang yang
akan digunakan pengguna untuk masuk
ke dalam saluran multimedia interaktif
yang disediakan. Apabila butang ini
ditekan, pengguna akan terus dibawa
ke menu utama dan boleh memilih
mana-mana butang yang ada di menu
utama. Terdapat empat kategori di
menu utama iaitu pendahuluan, isi
pembelajaran, kuiz dan juga permainan
(game).
Butang ini adalah untuk menggerakkan
slaid ke slaid seterusnya ataupun ke
slaid sebelumnya. Hal ini membantu
pengguna untuk sama ada memilih ke
slaid seterusnya atau balik ke slaid
sebelumnya.
Butang berbentuk rumah ini adalah
menandakan butang yang
memudahkan pengguna balik ke
halaman menu utama bagi memilih
mana-mana isi menu utama yang
dikehendaki oleh mereka.
Butang ini adalah berada pada setiap
nota. Butang ini adalah memudahkan
murid untuk pergi ke halaman nota-nota
yang disediakan dalam slaid interaktif.
Setiap halaman nota mempunyai
butang ini untuk kembali ke halaman
nota pilihan.
Butang ini ada pada halaman kuiz yang
disediakan oleh pencipta. Apabila
pengguna sudah bersedia untuk
menjawab soalan-soalan kuiz dan
membaca arahan dengan baik,
pengguna akan menekan butang ini
untuk menjawab soalan kuiz yang
disediakan.
Butang ini ada pada menu utama.
Butang ini adalah untuk pengguna
memilih sama ada hendak meneruskan
sesi penggunaan multimedia interaktif
atau hendak menutup medium interaktif
ini apabila selesai digunakan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, multimedia interaktif dihasilkan bagi memudahkan pengajaran dan


pembelajaran murid-murid untuk topik Tahun 3 Sistem Suria. Semua pengguna
boleh mengakses inovasi digital yang disediakan ini dan adalah sesuai digunakan
oleh orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai