Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 3 – PENGURUSAN PERKHEMAHAN

NAMA : POO JING YI


NO. KAD PENGENALAN : 970807-01-5180
ANGKA GILIRAN : 2016151340085
UNIT BERUNIFORM : PANDU PUTERI KADET (KUMPULAN 2)
JAWATANKUASA : AJK SLOT MORAL

LAPORAN:

Kekuatan :

1. Semua ahli jawatankuasa memberi kerjasama yang baik semasa melaksanakan


tugasan yang diamanahkan. Semua AJK bertanggungjawab terhadap tugasan
masing-masing. Misalnya, kami bersama-sama untuk mencari video yang sesuai
untuk ditayangkan kepada guru pelatih dan menjemput penceramah untuk
mengendalikan slot moral. Semasa menghadapi sebarang masalah, kami telah
berkongsi idea dan berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan kekangan yang
dihadapi.
2. Kami bersikap tabah dalam melaksanakan segala tugasan walaupun menghadapi
sebarang kekangan dan cabaran. Kami menghadapi cabaran semasa menjemput
penceramah untuk mengendalikan slot moral. Hal ini kerana kebanyakan penceramah
tinggal di kawasan yang jauh dengan tapak perkhemahan, maka mereka tidak mampu
untuk menjayakan slot moral pada waktu malam. Oleh itu, kami berusaha untuk
mencari dan menjemput penceramah yang boleh mengendalikan slot moral. Akhirnya,
kami telah berjaya menjemput dua orang penceramah untuk mengendalikan slot
moral.
3. Kami mampu mengendalikan slot moral dengan sempurna walaupun tidak
mempunyai penceramah yang bertugas pada slot moral tersebut. Hal ini kerana
terdapat satu slot moral yang dijalankan dengan menayangkan video yang bertema
dengan profesion keguruan kepada guru pelatih tanpa kehadiran penceramah. Pada
akhir slot ini, sesi perkongsian pendapat tentang video telah dilaksanakan supaya
guru pelatih dapat meluahkan pandangan mereka terhadap video yang ditonton.
Secara keseluruhan, slot moral telah berjaya dikendalikan oleh semua AJK dan
semua situasi adalah terkawal.
4. Kami mempunyai kebolehan untuk menerima segala perubahan yang berlaku dalam
slot moral. Misalnya, kami telah melaraskan masa untuk memulakan slot moral kerana
kebanyakan guru pelatih telah melakukan tugasan sehingga lewat menghadiri slot
moral pada hari pertama. Oleh itu, kami berbincang dengan penceramah dan
menagguhkan slot tersebut selama 15 minit agar semua guru pelatih dapat
menghadiri slot ini tepat pada waktu yang ditetapkan.
5. Saya telah menghasilkan kad jemputan untuk menjemput pensyarah untuk memberi
ceramah semasa sesi slot moral.

KELEMAHAN:

1. Video yang ditayangkan oleh AJK tidak dapat menarik minat semua guru pelatih untuk
memberi perhatian yang sepenuhnya dalam slot moral ini. Akibatnya, mereka tidak
menumpukan perhatian semasa AJK menayangkan video dan keadaan di dalam balai
ilmu menjadi bising. Selepas video ditayangkan, mereka juga tidak memberi respons
yang baik dalam sesi berkongsi pengalaman.
2. AJK mengalami masalah kesuntukan masa dalam memberi jemputan. Hal ini kerana
kami mempunyai banyak bebanan kerja pada jangka masa tersebut. Jadi, kami tidak
sempat untuk menjemput tiga orang pensyarah untuk menjadi penceramah yang
mengendalikan ketiga-tiga slot moral pada waktu malam. Akhirnya, AJK hanya
berjaya untuk menjemput dua orang pensyarah untuk memberi ceramah dalam slot
moral.
3. Masa yang diperuntukkan untuk slot moral adalah terlalu panjang. Rentetan itu, guru
pelatih berasa letih dan tidak mampu memberi respons yang baik terhadap soalan
penceramah. Terdapat sesetengah guru pelatih yang keletihan mengantuk semasa
slot moral dikendalikan oleh penceramah.
4. Slot ini tidak menggalakkkan penglibatan guru pelatih dalam aktiviti. Oleh itu, slot ini
hanya berbentuk pembelajaran satu arah di mana penceramah yang
bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memberi penerangan.
Guru pelatih pula hanya menjadi pendengar yang pasif tanpa memberi sebarang
pandangan terhadap isi kandungan yang dibincangkan.
5. Kepimpinan di dalam kumpulan kami adalah lemah. Kami tidak memaparkan
kenyataan tentang maklumat slot moral di dalam kumpulan Whatsapp. Hal ini telah
menyebabkan guru pelatih tidak memahami maklumat terperinci tentang slot moral
dan secara tidak langsung mereka tidak dapat menghadiri slot moral pada masa yang
ditetapkan.
6. AJK slot moral tidak mempunyai perancangan yang rapi semasa pendaftaran. Kami
hanya menyediakan seorang ahli untuk mengambil kehadiran guru pelatih di kaunter
pendaftaran sehingga mengakibatkan sesetengah guru pelatih yang hadir ke slot
moral gagal mendaftarkan nama mereka.
Cadangan penambahbaikan:

1. AJK slot moral boleh memilih topik video yang sesuai dengan minat guru pelatih.
Misalnya, AJK boleh menayangkan video yang boleh meningkatkan semangat guru
pelatih seperti video yang berkaitan dengan motivasi diri sendiri dan video tentang
kejayaan seorang guru dalam mendidik anak bangsa. Dengan cara ini, mereka akan
memberi perhatian yang sepenuhnya dalam slot moral ini dan keadaan bising dapat
dielakkan. Secara tidak langsung, mereka akan memberi respons yang baik semasa
sesi berkongsi pengalaman.
2. AJK perlu belajar untuk menguruskan masa dengan terancang. Dalam konteks in,
kami perlu merancang untuk menjemput pensyarah berkenaan satu bulan sebelum
perkhemahan dijalankan. Dengan cara ini, kami dapat memberi jemputan kepada
pensyarah tertentu yang sudi memberi ceramah dalam slot moral. Tambahan pula,
kami juga dapat mencari penceramah lain untuk menggantikan pensyarah yang tidak
dapat hadir ke slot moral. Jelaslah bahawa AJK perlu merancang masa dengan
teratur supaya ketiga-tiga slot moral dapat dijalankan dengan lancar.
3. AJK harus mengambil perhatian tentang masa yang diperuntukkan untuk slot moral.
Jangka masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini adalah satu jam. Dengan cara
ini, guru pelatih akan berasa cerdas dan berupaya untuk memberi pandangan dan
idea yang bernas terhadap soalan penceramah. Rancangan ini juga dapat mengatasi
masalah mengantuk guru pelatih di dalam slot moral.
4. AJK patut menggalakkan penglibatan guru pelatih di dalam setiap aktiviti yang
dijalankan dalam slot moral. Oleh itu, slot ini akan menjadi pembelajaran dua hala di
mana penceramah dan guru pelatih mampu saling berkongsi pengetahuan tentang
topik yang dibincangkan. Dalam konteks ini, penceramah akan menyampaikan ilmu
pengetahuan dan memberi penerangan yang terperinci tentang topik tersebut. Pada
masa yang sama, guru pelatih akan menjadi pendengar yang aktif kerana mereka
akan memberi pandangan yang positif terhadap isi kandungan yang dibincangkan.
Penceramah akan memberi respons terhadap pandangan guru pelatih dan berusaha
untuk memperbaiki kelemahan mereka dengan cara yang bermotivasi.
5. AJK harus menitikberatkan aspek kepimpinan di dalam kumpulan. Hal ini kerana
kepimpinan yang sempurna akan menjayakan slot moral ini. Oleh itu, kami perlu
memaparkan kenyataan tentang maklumat slot moral di dalam kumpulan Whatsapp
supaya guru pelatih memahami maklumat terperinci tentang slot moral. Dengan cara
ini, mereka mampu menghadiri slot moral pada masa yang ditetapkan dan
mengelakkan masalah kelewatan.
6. AJK perlu mempunyai perancangan yang rapi semasa pendaftaran. Kami perlu
menyediakan tiga orang ahli untuk mengambil kehadiran guru pelatih di kaunter
pendaftaran. Pada masa yang sama, kami patut menyediakan sanarai nama guru
pelatih mengikut unit sebelum menjalankan pendaftaran. Hal ini dapat memastikan
semua guru pelatih yang hadir ke slot moral dapat berjaya mendaftarkan nama
mereka sebelum dan selepas slot ini dijalankan.

REFLEKSI:

1. Saya sedia menerima cabaran serta berusaha untuk meminta tunjuk ajar daripada
orang yang lebih berpengalaman supaya saya dapat menjayakan tugasan yang
diamanahkan oleh pensyarah. Semasa pensyarah penasihat membahagikan kerja
perkhemahan kepada semua guru pelatih, kumpulan kami telah terpilih untuk
mengendalikan slot moral. Slot ini diadakan pada waktu malam sepanjang
perkhemahan dijalankan. Pada permulaannya, semua ahli dalam kumpulan kami
tidak mempunyai pengalaman lepas untuk mengendalikan slot ini. Walaupun kami
tidak berpengalaman dalam melaksanakan tugasan ini, kami tetap sudi menerima
cabaran. Oleh itu, kami telah mengadakan perbincangan dalam kumpulan dan
bersama-sama meluahkan idea untuk mengendalikan slot ini. Semasa perbincangan,
kami telah merancang untuk melaksanakan beberapa aktiviti seperti aktiviti
permainan tentang keperibadian mulia guru pelatih, aktiviti ceramah dan aktiviti
seminar. Oleh sebab kami tidak mengetahui aktiviti yang sesuai, kami telah merujuk
kepada pensyarah penasihat. Beliau telah memberi pandangan bahawa slot moral
lebih sesuai dilaksanakan dalam bentuk ceramah. Beliau juga berpendapat bahawa
penceramah boleh dipilih daripada kalangan pensyarah yang mempunyai
pendedahan yang luas tentang aspek moral dan insaniah. Dengan cara ini, slot moral
ini mampu mencapai objektif yang ditetapkan iaitu melahirkan guru pelatih yang
memiliki kesihatan mental. Jelaslah bahawa kumpulan kami telah sudi menghadapi
dugaan dan tidak mudah berputus asa semasa mengendalikan slot moral. Sebaliknya,
kami bersikap tabah dan sanggup meminta tunjuk ajar daripada pensyarah penasihat
yang lebih berpengalaman.
2. Semasa menjalankan slot moral ini, saya telah belajar untuk bekerjasama dalam satu
pasukan. Ketua bagi AJK slot moral telah mengagihkan tugasan kepada kami dan
kami berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan sempurna. Contohnya,
kami bertungkus lumus untuk mencari dan menjemput pensyarah untuk memberi
ceramah dalam slot moral ini. Walaupun kami menghadapi pelbagai kekangan, kami
tetap bekerjasama untuk mengatasi dugaan tersebut. Akibatnya, kerjasama kami
telah membolehkan kami berjaya menjemput dua orang pensyarah yang
berpengalaman untuk mengendalikan slot moral. Apabila salah satu AJK tidak dapat
melengkapkan tugasannya, kami akan memberi bantuan kepadanya agar kami dapat
menjayakan aktiviti dalam slot moral.
3. Semasa menjalankan slot moral ini, kami telah menghadapi pelbagai masalah yang
berlaku secara serta-merta. Oleh itu, kami perlu merancang strategi untuk
menghadapi perubahan ini. Contohnya, tempat untuk mengadakan slot moral telah
tertutup akibat pihak pengurus tidak membuka pintu balai ilmu sebelum slot ini
dikendalikan. Oleh itu, kami terpaksa untuk berhubung dengan pihak pengurus iaitu
Encik Balan dan bertindak dengan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Akhirnya, Encik Balan datang dan membuka pintu balai ilmu tepat pada pukul 7.20
malam iaitu 10 minit lebih awal daripada slot ini bermula. Walaupun kami berasa
gelisah pada ketika itu, kami tetap bersikap tenang dan mengeluarkan pandangan
untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi.
4. Saya berasa bersyukur kerana AJK slot moral dapat menjemput penceramah yang
berpengalaman dalam bidang pendidikan untuk memberi ceramah. Contohnya, topik
keperibadian guru yang mulia telah dibincangkan. Oleh itu, saya mengetahui bahawa
seorang guru yang berketerampilan perlu melengkapkan diri dari segi rohani, intelek,
emosi, jasmani dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Dengan cara ini, saya akan berusaha untuk memajukan diri dalam kelima-lima aspek
tersebut supaya generasi muda dapat menjadikan ciri-ciri guru yang terpuji sebagai
teladan dan mengamalkannya di dalam kehidupan.
5. Dalam slot moral ini, saya telah mempelajari beberapa amalan murni yang perlu
dipupuk dalam kehidupan. Misalnya, guru pelatih perlu menghadiri majlis rasmi yang
dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum masa yang ditetapkan. Hal ini
dapat menunjukkan kehormatan kita terhadap pihak penganjur. Oleh itu, aspek
menepati masa perlu dipatuhi oleh semua guru pelatih khususnya semasa pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan kerana guru yang menepati masa mampu
menyampaikan isi kandungan kepada murid dalam masa yang terancang.
6. Sebelum mengendalikan slot moral, saya mempelajari bahawa saya berani mencuba
perkara yang baru. Saya telah melayari Internet untuk memperoleh maklumat tentang
penghasilan kad jemputan yang baik. Tambahan pula, saya juga mengaplikasikan
pengetahuan yang sedia dalam kursus Pengurusan Kokurikulum, iaitu saya pernah
menghasilkan kad jemputan kepada ibu bapa bagi memeriahkan Sambutan Hari
Kebangsaan. Oleh itu, saya mengetahui bahawa isi kandungan dalam kad jemputan
untuk slot moral adalah berbeza dengan kad yang saya hasilkan sebelumnya. Saya
telah mengubah ayat undangan kerana kad jemputan adalah diberi kepada pensyarah
yang sudi untuk menjadi pencermah dalm slot ini.
7. Saya berasa slot moral ini merupakan salah satu program pembangunan modal insan
yang baik. Hal ini kerana topik perbincangan yang dikemukakan oleh penceramah
dapat memupuk guru pelatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa menjawab
soalan yang melibatkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pada masa
yang sama, slot ini menggalakkan guru pelatih untuk memberi pandangan mereka
terhadap topik yang dibincangkan supaya penceramah dapat mengetahui pendapat
guru pelatih. Jika pendapat guru pelatih adalah munasabah, penceramah telah
menerima pandangan tersebut dan memberi peneguhan positif kepada mereka
sebagai penghargaan. Sekiranya idea guru pelatih adalah tidak bernas, penceramah
telah memperbaiki kelemahan dalam pendapat tersebut agar guru pelatih dapat
menerima pandangan orang yang lebih berpengalaman dan mempraktikkannya
dalam kehidupan. Oleh itu, saya berasa slot ini memberi peluang kepada guru pelatih
untuk berfikiran terbuka kerana tindakan ini akan menjadi petunjuk dan arah yang
bermakna kepada mereka dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. Jadi, saya
berpendapat bahawa aktiviti berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain dalam
slot ini menggalakkan pertukaran pendapat sesama guru pelatih.
8. Saya berasa slot ini dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan guru pelatih
yang berlainan kaum. Penceramah menggalakkan kita duduk dengan kaum yang
berbeza kaum dalam sebaris supaya kami berpeluang untuk bergaul mesra dengan
guru pelatih yang berlainan kaum. Dengan cara ini, kita dapat bertukar-tukar buah
fikiran, berkongsi ilmu pengetahuan dan menyedari kekuatan masing-masing. Oleh
itu, semangat muhibah dapat disemarakkan dalam kalangan guru pelatih walaupun
berbeza bangsa kerana kita berpegang kepada prinsip tak kenal maka tak cinta.
9. Saya juga berasa slot moral adalah mustahak untuk melapangkan fikiran dan
menghiburkan hati guru pelatih. Slot ini adalah melibatkan perbincangan tentang topik
keperibadian mulia yang dikemukakan oleh penceramah dan aktiviti permainan.
Dengan mengamalkan slot ini, otak dan tubuh badan guru pelatih dapat berehat
sebentar daripada mengalami tekanan semasa menghasilkan gajet dan melakukan
ujian amali. Pada masa yang sama, guru pelatih juga memperoleh maklumat untuk
memajukan diri sendiri dari aspek moral dan insaniah.
10. Slot moral sepanjang tempoh perkhemahan telah dilaksanakan secara lancar dan
mencapai matlamat yang ditetapkan. Hal ini kerana semua aktiviti yang dikemukakan
dalam slot ini telah menggalakkan penglibatan guru pelatih untuk menyumbangkan
pendapat. Pertukaran idea dan pandangan yang bernas mampu mematangkan tahap
pemikiran guru pelatih. Jelaslah bahawa slot ini bermakna kepada guru pelatih.

Anda mungkin juga menyukai