Anda di halaman 1dari 2

1.

0 TAJUK YANG RELEVEN DENGAN SEKOLAH

Dalam bidang Sains dan Matematik, terdapat beberapa pertandingan yang akan
berlangsung untuk memastikan murid dapat menyertai semua aktiviti ini. Antara
pertandingan utama dalam bidang Matematik ialah Pertandingan Olimpik Matematik
yang akan dianjurkan pada setiap tahun. Dengan merujuk kepada portal rasmi
Persatuan Sains dan Matematik Malaysia, terdapat senarai pemenang dalam
kumpulan kategori bongsu bagi pertandingan ini. Sekolah yang memperoleh johan
dalam pertandingan ini SMK (L) Methodist yang berada di Kuala Lumpur. Oleh itu,
diharapkan Persatuan Sains dan Matematik Malaysia dapat ditubuhkan di SJKC Chi
Ming 1 supaya dapat mencungkil bakat murid dalam bidang Matematik semasa berada
di sekolah rendah. Dengan cara ini, apabila murid sudah menjejaki sekolah menengah,
tahap penguasaan murid dalam subjek Matematik akan menjadi semakin mantap.
Oleh itu, murid baru boleh berfikir secara kritis terutamanya semasa menyelesaikan
soalan yang berunsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang disyorkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P)
abad ke-21. Secara kesimpulannya, adalah amat diharapkan penubuhan persatuan
ini SJKC Chi Ming 1 dapat melahirkan murid yang celik dalam bidang Sains dan
Matematik. Sekolah kita berharap kita berpeluang menghantar wakil murid untuk
menyertai Pertandingan Olimpik Matematik dan mencapai kecemerlangan kepada
Persatuan Sains dan Matematik secara tidak langsung dapat mengharumkan nama
sekolah di negeri Johor. Oleh itu, sekolah kita berharap kita dapat memperoleh
kejayaan seperti SMK (L) Methodist pada masa akan datang.

Tambahan pula, kebanyakan murid di SJKC Chi Ming 1 juga mempunyai bakat
dalam bidang Sains dan Matematik. Dengan menubuhkan persatuan ini, bakat murid-
murid dapat dicungkil secara tidak langsung memupuk semangat kecintaan terhadap
bidang Sains dan Matematik dalam kalangan murid. Diharapkan sekolah kita
berpeluang untuk melawat ke Persatuan Sains dan Matematik SMK (L) Methodist
untuk mengetahui tindakan guru dan murid semasa menjalankan aktiviti latihan tubi
sebelum menyertai Pertandingan Olimpik Matematik. Dengan cara ini, guru penasihat
di sekolah kita dapat mempelajari cara tersebut agar mendidik anak murid secara
berkesan dan sistematik. Oleh itu, SMK (L) Methodist merupakan inspirasi kepada
SJKC Chi Ming 1 untuk menubuhkan Persatuan Sains dan Matematik supaya sekolah
kita mampu mencapai kejayaan seperti sekolah itu.
2.0 PENGENALAN DAN SEJARAH PENUBUHAN

•Tahun penubuhan: 1970


Persatuan •Ditubuhkan oleh: sekumpulan ahli yang berminat di
Sains Universiti Malaya
Matematik •Tujuan: menggantikan Persatuan Sains Matematik
Malaysia Malaya yang memberikan khidmat di Malaya dan
(PERSAMA) Singapura.

•Ahli dalam persatuan: 42 orang ahli


Pada
permulaan •Hampir kesemuanya dari Universiti
Malaya

•Jumlah ahli dalam persatuan: 300


Pada orang
masa kini •Terdiri daripada ahli akademik dan
guru sekolah seluruh negara (tidak
termasuk pelajar dan institusi)

Anda mungkin juga menyukai