Anda di halaman 1dari 23

REFLEKSI TENTANG

LIBERALISME

Nama : Cecilia Ting Sie Wen


Gayathiry A/P Gangatharan
Poo Jing Yi
Unit : Matematik (SJKC/SJKT)
Subjek : MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Nama pensyarah : Puan Fairuzzah
PENGERTIAN LIBERALISME
Fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan
demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi
(Kamus Dewan Ed.5)
Fahaman yang menghendaki adanya kebebasan kemerdekaan
individu dalam segala bidang (politik, ekonomi, agama)
suatu ideologi dan pandangan falsafah serta tradisi politik yang
mendasar pada kebebasan dan kesamaan hak
mencita-citakan suatu masyarakat untuk bebas dengan
kebebasan berfikir bagi setiap individu
menolak adanya pembatasan bagi pemerintah dan agama
SEJARAH LIBERALISME
Liberalisme pertama kali disuarakan oleh golongan borjuis perancis
pada abad ke-18 sebagai reaksi protes terhadap kepincangan
keganjilan yang telah lama berakar kuat di Perancis.
Sebagai akibat warisan sejarah masa lampau, di Perancis terdapat
pemisahan pembendaan yang tajam antara golongan berhak istimewa
dan golongan tanpa hak.
Golongan pertama memiliki segala-galanya. Seakan-akan golongan
inilah yang memiliki negara Perancis. Mereka terdiri daripada kaum
bangsawan dan kaum alim atau ulama (padri).
Golongan kedua hanya memiliki kewajiban, tidak mempunyai hak apa-
apa. Mereka itu adalah rakyat Perancis (golongan borjius yang kaya
dan golongan rakyat biasa)
NEGARA YANG MENGAMALKAN LIBERALISME

Liberalisme dianut oleh negara-


negara di berbagai benua.
Benua amerika: Amerika
Serikat, Argentina, Bolivia,
Brazil, Cili, Cuba, Kolombia,
Ekuador, Honduras, Kanada,
Meksiko, Nikaragua, Panama,
Paraguay, Peru, Uruguay,
Venezuela Aruba, Bahamas,
Republik Dominika, Greenland,
Grenada, Kosta Rika, Puerto
Rico Suriname.
NEGARA YANG MENGAMALKAN LIBERALISME
Benua Eropah: Albania, Armenia,
Austria, Belgia, Bulgaria, Kroasia,
Cyprus, Republik Cekoslovakia,
Denmark, Estonia, Finlandia,
Perancis, Jerman, Yunani,
Hungaria, Islandia, Italia, Latvia,
Lithuania, Luxembourg, Macedonia,
Moldova, Netherlands, Norwegia,
Polandia, Portugal, Romania, Rusia,
Serbia Montenegro, Slovakia,
Slovenia, Spanyol, Swedia,
Switzerland, Ukraina dan United
Kingdom Belarusia, Bosnia-
Herzegovina, Kepulauan Faroe,
Georgia, Irlandia dan San Marino.
NEGARA YANG MENGAMALKAN LIBERALISME
Benua Asia: India, Iran,
Israel, Jepang, Korea
Selatan, Filipina, Taiwan,
Thailand, Turki Myanmar,
Kamboja, Hong Kong,
Malaysia dan Singapura
Kepulauan Oceania:
Australia dan Selandia Baru
NEGARA YANG MENGAMALKAN LIBERALISME

Benua Afrika: Mesir,


Senegal dan Afrika
Selatan, Aljazair, Angola,
Benin, Burkina Faso,
Mantol Verde, Cte
D'Ivoire, Equatorial
Guinea, Gambia,
Ghana, Kenya, Malawi,
Maroko, Mozambik,
Seychelles, Tanzania,
Tunisia, Zambia dan
Zimbabwe
BENTUK-BENTUK LIBERALISME
(Scott Burchil & Andrew Linklater)

Liberalisme Liberalisme
sosiologi interdepensi

Liberalisme Liberalisme
institusional republik
LIBERALISME SOSIOLOGI
Pandangan liberalis yang menekankan hubungan transnasional
(bukan sesuatu yang melangkaui sempadan/kepentingan
sesebuah negara) iaitu hubungan antara masyarakat, kelompok
dan organisasi yang berasal dari negara berbeza
LIBERALISME INTERDEPENDENSI
Interdependensi bererti hubungan timbul antara rakyat dan pemerintah
yang dipengaruhi oleh peristiwa yang dilakukan pihak negara lain
Modernisasi sebagai latar belakang munculnya interdependensi antara
negara
Interdependensi mampu mengakibatkan kompleksiti kerana adanya
perluasan ruang lingkup dan darjat negara yang semakin
multidimensional
Dalam interdependensi kompleks, faktor-faktor transnasional semakin
penting sehingga menurunkan fungsi ketenteraan
keamanan bukan lagi dianggap sebagai tujuan utama, melainkan
kesejahteraan yang lebih kooperatif
LIBERALISME INSTITUTIONAL
Liberalisme institusional atau institusionalisme liberal adalah
teori hubungan internasional yang menyatakan bahwa lembaga
dan organisasi internasional seperti Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu, NATO, dan Uni Eropah dapat meningkatkan dan
membantu kerjasama antara negara

Persatuan
Bangsa-
bangsa NATO
Bersatu
LIBERALISME REPUBLIK
Liberalisme republik adalah sebuah teori hubungan
internasional yang menyatakan bahawa negara-negara
demokrasi liberal lebih damai daripada negara lain
Hal ini biasa dijelaskan sebagai hasil dari kesamaan budaya
politik dalam negeri, nilai moral bersama, kerjasama ekonomi,
dan saling kebergantungan (interdependensi)
LIBERALISME DALAM BIDANG POLITIK
Terbentuknya suatu negara merupakan kehendak dari individu-
individu
Individu berhak mengatur dan menentukan segala perkara
Kuasa tertinggi (kedaulatan) dalam suatu negara berada di tangan
rakyat (demokrasi).
Supaya kebebasan atau kemerdekaan individu tetap dihormati
dan dijamin, maka harus dibentuk Undang-Undang, Hukum,
Parlimen
LIBERALISME DALAM BIDANG POLITIK
Dalam alam demokrasi liberal itu golongan yang kuat akan selalu
memperoleh kemenangan manakala golongan yang lemah akan
selalu kalah
Meskipun demikian demokrasi itu hingga sekarang dapat berjalan
dengan baik di negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat
LIBERALISME DALAM BIDANG EKONOMI
Liberalisme menghendaki adanya sistem ekonomi besar
Setiap individu harus memiliki kebebasan kemerdekaan dalam
berusaha memilih mata pencarian yang disukai, mengumpulkan
harta benda
Pemerintah tidak berhak mencampuri masalah ekonomi
Dalam alam ekonomi liberal akan terjadi persaingan hebat antara
individu dengan individu lainnya
LIBERALISME DALAM BIDANG EKONOMI
Pengusaha-pengusaha dengan
modal besar akan mudah
menelan pengusaha-pengusaha
kecil.
Akibatnya timbul perusahaan-
perusahaan besar yang dapat
menguasai ekonomi negara dan
politik negara
Jurang pemisah antara orang
kaya dan orang miskin semakin
lama semakin bertambah dalam
LIBERALISME DALAM BIDANG EKONOMI

Sistem Ekonomi Liberal


LIBERALISME DALAM BIDANG AGAMA
Liberalisme menganggap masalah agama sebagai masalah
individu, masalah peribadi
Setiap individu harus memiliki kebebasan untuk beragama.
Oleh sebab itu, liberalisme menolak campur tangan negara
(Pemerintah) dalam bidang agama. Kebebasan kemerdekaan
beragama menurut pendapat liberalisme dapat diertikan :
Bebas memilih agama
Bebas menjalankan ibadah menurut agama yang dianuti
REFLEKSI
Daripada pembacaan saya, saya mendapati bahawa liberalisme ialah
pemikiran bebas dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi dan
negara. Liberalisme mempunyai persamaan dengan konsep
demokrasi tetapi berbeza dari segi kuasa memerintah.
Dalam liberalisme, individu yang lebih berkuasa akan menindas
golongan yang miskin dan lemah. Oleh itu, saya tidak bersetuju
dengan tindakan seperti ini kerana kita perlu menghormati hak orang
lain walaupun individu lain lebih miskin. Sebaliknya, individu yang
lebih berkuasa perlu membantu golongan miskin dengan
mewujudkan peluang pekerjaan, membahagikan keperluan harian
kepada mereka dan memberi peluang pendidikan kepada anak yang
miskin untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Dengan cara
ini, liberalisme dapat dilaksanakan dengan berjaya di semua negara
jika liberalisme dapat mengubah konsep yang sedia ada.
REFLEKSI
Selain itu, liberalisme juga diamalkan di berbagai-bagai benua seperti
benua Eropah, benua Asia dan benua Afrika. Liberalisme dapat
dilaksanakan dalam tiga bidang seperti politik, ekonomi dan agama.
Dalam bidang politik, saya tidak bersetuju dengan tindakan seperti
golongan yang berkuasa (pemerintah) akan menindas golongan yang
lemah dan miskin. Hal ini akan mewujudkan jurang antara rakyat dan
mudah berlaku perselisihan faham antara satu sama lain. Secara
tidak langsung, perpaduan negara tidak dapat direalisasikan. Oleh itu,
liberalisme perlu diubahsuai untuk mengelakkan berlaku penindasan
antara golongan pemerintah dan rakyat.
REFLEKSI
Dalam bidang ekonomi, liberalisme menekankan bahawa pengusaha-
pengusaha dengan modal besar akan mudah menelan pengusaha-
pengusaha kecil. Akibatnya, timbul perusahaan-perusahaan besar
yang dapat menguasai ekonomi negara dan politik negara. Saya
amat tidak bersetuju dengan tindakan seperti ini kerana hal ini akan
wujud perbezaan ekonomi dalam kalangan rakyat. Pengusaha kilang
yang berjaya tidak mewujudkan peluang pekerjaan yang baik kepada
rakyat yang miskin. Rakyat biasa hanya bekerja sebagai pekerja
biasa. Oleh itu, rakyat biasa tidak mendapat rezeki yang mencukupi
untuk melangsung kehidupan manakala pengusaha akan
memperoleh pendapatan yang bernilai besar dan secara tidak
langsung akan menguasai ekonomi negara. Mereka akan
memandang rendah terhadap rakyat biasa kerana mereka berasa
rakyat biasa tidak standing dengan mereka dari aspek ekonomi.
REFLEKSI
Dalam bidang agama, liberalisme menganggap masalah agama
sebagai masalah individu. Oleh itu, setiap individu harus memiliki
kebebasan untuk beragama. Saya amat bersetuju dengan
pandangan ini kerana setiap individu mempunyai pendapat sendiri
terhadap agama yang dianuti. Oleh itu, liberalisme tidak memaksa
rakyat untuk memegang agama yang sama. Sebaliknya, rakyat
bebas memilih agama masing-masing berdasarkan fahaman
terhadap ajaran agama. Rakyat akan menikmati kebebasan
beragama. Kebebasan beragama ini juga diwujudkan di Malaysia.
Oleh itu, liberalisme boleh mengekalkan prinsip ini dan mengubah
prinsip lain untuk menjadi lebih kritis supaya falsafah ini dapat kekal
digunakan di semua negara dengan baik. Kesimpulannya, liberalisme
ialah kebebasan untuk melaksanakan sesuatu maka pemerintah
perlu mengikuti amalan ini dan mengelakkan berlaku penindasan
antara golongan berkuasa dan golongan lemah.

Anda mungkin juga menyukai