Anda di halaman 1dari 3

9.

0 TENTATIF PROGRAM

BIL PERKARA BULAN

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt

1 Mesyuarat

2 Minggu Suai Kenal

3 Kelas Teori & Bengkel Aktiviti Matematik

4 Kelas Teori & Bengkel Aktiviti Sains

5 Minggu Sains & Matematik

6 Lawatan ke Pusat Sains Negara

7 Aktiviti Petro Sains

8 Membina Bilik Sains & Matematik

9 Membina Taman Mini Sains

10 Mobile Mathematics
11 Pameran Sains & Matematik

12 Latihan tentang Olimpik Matematik

13 Kuiz Sains dan Matematik Bulanan

14 Klinik Sains dan Matematik

PENERANGAN LANJUT
Terdapat empat keistimewaan dalam Persatuan Sains dan Matematik SJKC Chi Ming 1.

Antaranya ialah kelas teori dan bengkel aktiviti Matematik. Aktiviti yang dirancang akan merangkumi 3 aspek iaitu nombor dan operasi,
sukatan dan geometri serta perkaitan dan algebra. Hal ini kerana ketiga-tiga aspek ini telah dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Oleh itu, guru Matematik akan mengajar ketiga-tiga aspek ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan
ada program ini, murid-murid akan memahami ketiga-tiga konsep ini secara mendalam kerana aktiviti ini lebih cenderung kepada pembelajaran
secara langsung. Justeru, murid tidak lagi menghafal konsep sahaja tetapi akan memahami cara menganalisis konsep. Secara keseluruhan,
kelas teori dan bengkel ini amat penting dalam persatuan ini.

Untuk kelas teori dan bengkel aktiviti Sains, aktiviti yang dirancang akan merangkumi eksperimen dan lawatan. Kelas ini memberi peluang
kepada murid untuk mencuba menjalankan eksperimen supaya menunjukkan penyataan yang dikemukakan dalam buku teks adalah benar. Jadi,
murid-murid dapat memahami konsep secara mendalam. Selain itu, murid juga mempunyai inkuiri yang tinggi untuk mencuba perkara yang
baharu dalam bidang Sains. Semua aktiviti ini adalah bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21. Selanjutnya, lawatan ke Pameran Sains
anjuran luar dapat memberi peluang kepada murid untuk mengenali perkara-perkara yang ditemui melalui pengetahuan Sains. Olehitu, murid
akan mempunyai inisiatif untuk membaca bahan bacaan yang luas tentang Sains.

Selanjutnya ialah aktiviti Mobile Mathematics. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk station games. Murid akan bergerak dari satu stesen ke
stesen lain selepas menghabiskan sesuatu tugasan dalam stesen tertentu. Semua aktiviti yang dijalankan adalah berunsur Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) supaya murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Aktiviti ini juga menggalakkan murid untuk bekerjasama dalam
sepasukan iaitu melibatkan aspek kolaborasi. Oleh itu, aktiviti ini mementingkan aspek 4C iaitu pemikiran kritis, kolaboratif, kreativiti dan
komunikasi. Jelaslah bahawa aktiviti ini juga berunsur pembelajaran abad ke-21.

Seterusnya ialah klinik Sains dan Matematik. Guru penasihat akan menyusun jadual supaya setiap hari mempunyai guru yang bertugas
dan murid yang membimbing pada waktu 2 petang hingga 4 petang. Hal ini kerana murid yang cemerlang akan membimbing murid yang lemah
dalam Sains dan Matematik supaya mereka tidak berputus asa semasa menghadapi masalah dalam menjawab soalan. Guru yang bertugas
akan menjaga disiplin di dalam kelas itu dan memberi tunjuk ajar sekiranya murid yang membimbing gagal menerangkan sesuatu konsep dengan
betul. Secara keseluruhannya, aktiviti ini dijalankan dalam setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai