Anda di halaman 1dari 6

CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN

Menjadi Pemimpin yang Diredhai


Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya
di akhirat nanti.  Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah
tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia
orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota,
terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang
dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga
di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada
tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa
aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik,
bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah
dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai
tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut


mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah
kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita
tidak terpimpin?

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w


bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab
berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri
sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain,
tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan
orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika


berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang
semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:

1. Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.


2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu
protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya
bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat
dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang
yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4. The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya
lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah
memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian
bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang
pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddaththir.

1. Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi.
Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia
akan meluruskannya.
2. Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului
Allah.
3. Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
4. Tinggalkan dosa.
5. Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh
jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Pemimpin Mengikut Islam

1. Niat Yang Ikhlas


Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa
yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja.
Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan
kemuliaan.

2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa
sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat
Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).

3. Tidak Meminta Jabatan


Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul
Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika
kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung
jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan,
maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu
memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka
seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.

5. Memutuskan Perkara Dengan Adil


Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang
dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan,
atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab
Al-Kabir).

6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan


Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah
bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap
keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap
keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).

7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu
ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan
masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”

8. Tidak Menerima Hadiah


Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti mempunyai maksud
tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh karena itu, hendaklah seorang
pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah
kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).

9. Mencari Pemimpin Yang Baik


Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah
kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada
kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan
mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,”
(Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).

10. Lemah Lembut


Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya,
maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah
lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.

11. Tidak Meragukan


Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan
merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).
12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi
rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling
tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika
dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya
berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita
ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.

Sebagai penamat posting ini, saya membocorkan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang
baik oleh Tun Dr. Mahathir:

 Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya
tidak bercakap besar.
 Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan
berkeras dalam memimpin.
 Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan
diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
 Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
 Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta
perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
 Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau
laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
 Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah
pimpinannya

PERANAN PEMIMPIN

1. Simbol
Mewakili organisasi dalam hal-hal berkaitan perundangan, sosial, upacara dan aktiviti-ativiti simbolik

• Menandatangani dokumen rasmi (borang tuntutan, baucar, kontrak dll)


• Meraikan tetamu atau pelanggan sebagai wakil rasmi organisasi
• Menyampaikan anugerah dalam majlis

2. Pemimpin
Melaksanakan fungsi pengurusan untuk memastikan organisasi beroperasi dengan berkesan

• Pengambilan kakitangan dan latihan


• Memberi arahan dan "coaching"
• Membuat penilaian prestasi

3. Pegawai perhubungan
Peranan ini dilakukan bila pemimpin berinteraksi dengan orang di luar unit atau luar organisasi yang
sama. Ini termasuklah mewujudkan penjaringan dengan tujuan membangunkan hubungan,
mendapatkan maklumat dan "favour"

• Menganggotai satu jawatankuasa yang turut dianggotai oleh ahli dari unit-unit lain
• Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan pertubuhan profesional
• Menghubungi orang lain ntuk mengekalkan hubungan

4. Pemantau
Peranan ini dimainkan bila seorang pemimpin mengumpul maklumat. Kebanyakan maklumat akan
dianalisis untuk mengesan masalah dan peluang, juga untuk memahami peristiwa yang berlaku diluar
unit. Ada juga maklumat yang akan disebarkan pada orang lain dalam unit dan organisasi.

• Membaca memo, laporan, penerbitan yang berkait degan profesion, suratkhabar dll.
• Bercakap/berbual dengan orang lain, menghadiri mesyuarat di dalam dan di luar organisasi
• Melakukan pemerhatian (melawat kedai pesaing untuk membandingkan produk, harga dan proses
perniagaan)

5. Penyebar maklumat
Menghantar maklumat kepada ahli sesuatu unit. Pengurus mendapat maklumat yang tidak diperolehi
oleh orang lain. Ada maklumat dari pengurusan atasan yang perlu disebarkan dalam bentuk asal atau
yang telah di susun semula dan disampaikan dalam bentuk verbal

• Secara lisan dalam mesyuarat, perbincangan secara bersemuka (satu sama satu)
• E-mail atau mel biasa

6. Jurucakap
Memberi atau menyampaikan maklumat pada orang di luar unit (lembaga pengarah, pemilik dan
pengurusnya) atau di luar organisasi (lain-lain jabatan, pelanggan, pembekal

• Berbincang dengan ketua mengenai prestasi dan pegawai kewangan mengenai bajet.
• Menjawab surat-surat
• Menghantar laporan pada badan-badan kerajaan

7. Usahawan
Pemimpin memainkan peranan ini bila mereka melakukan inovasi dan memulakan penambahbaikan
(improvements)

• Membangunkan atau menambahbaikkan produk atau perkhidmatan


• Membangunkan cara baru memproses produk atau perkhidmatan
• Membeli peralatan (equiptments0 yang baru

8. Pengendali kekacauan
Pemimpin melaksanakan peranan ini bila mereka mengambil tindakan pembetulan semasa krisis atau
konflik. Tidak seperti sesuatu yang dirancang oleh seorang usahawan, pengendali kekacauan
bertindakbalas keatas sesuatu yang tidak dijangka yang menimbulkan masalah. Pemimpin selalunya
memberi prioriti kepada peranan ini mengatasi peranan-peranan yang lain

• Mogok atau tunjuk perasaan


• Kerosakan keatas mesi/peralatan yang sangat penting
• Bahan yang dikehendaki lewat tiba
• Jadual yang sangat ketat yang perlu di ikuti

9. Pembahagi sumber
Pemimpin melaksanakan tugas ini bila bila mereka membuat penjadualan, memohon kebenaran untk
memberi autoriti, melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bajet

• Memutuskan apa yang perlu dilakukan sekarang atau sebaliknya


• Memutuskan apa yang tidak perlu dilakukan
• Menentukan prioriti
• Menentukan siapa yang akan diberi kerja lebih masa
• Menentukan siapa yang mendapat kenaikan gaji berasaskan merit
• Menjadualkan penggunaan bahan dan peralatan

10 Perunding
Pemimpin melaksanakan tugas ini bila mereka mewakili unit/organisasi dalam transaksi rutin dan bukan
rutin yang tidak melibatkan perkara-perkara yang telah ditentukan. Mereka perlu mencuba untuk
mendapatkan yang terbaik sama ada sumber atau apa saja yang dikehendaki

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di
dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin
yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan
hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di
dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh
pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan
organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung
besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg
plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang
pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah
pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke


masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai
kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai