Anda di halaman 1dari 6

Hassan al Banna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hasan al-Banna

Pengasas dan ketua Ikhwanul Muslimun


(pertama)
Tempoh jawatan
19281949
Diganti oleh
Hassan al-Hudaybi
14 Oktober 1906
Mahmudiah, Beheira, Mesir
12 Februari 1949 (umur 42)
Meninggal dunia
Kaherah, Mesir
Alma mater
Dar al-Ulum
Agama
Sunni Islam
Lahir

Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna (Arab atau Jawi:


) atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik
Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal
al-Quran. Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di
sekolah. Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada
usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada
Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan
di setiap pelusuk negara-negara Islam. Pada tahun 12 Februari 1949 beliau meninggal dunia
setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir ketika itu.

Isi kandungan

1 Biografi
o 1.1 Kehidupan awal
o 1.2 Keluarga
o 1.3 Penubuhan "Ikhwanul Muslimun", kegiatan dakwah dan kematian seorang
wira

2 10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


o 2.1 Nota
o 2.2 Bibiliografi

Biografi
Kehidupan awal
Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah alBahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah
perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga
ulama yang dihormati. Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi
pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh
gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang
diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada
tahun 1922.[nb 1] Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia
tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919
menentang pemerintahan British.[nb 2]
Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan
perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesir menawarkannya peluang yang lebih
luas berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya
dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak
senang dengan pengaruh kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus
sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhanpertubuhan sosial sekular yang terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan
meruntuhkan nilai moral traditional.[nb 3] Hassan al Banna turut kecewa dengan apa yang
dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan
bangkangan mereka terhadap peningkatan atheisme dan pengaruh mubaligh Kristian.[nb 4]
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang
giat mengadakan ceramah-ceramah berunsurkan Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan alBanna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat seperti di kedaikedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau

bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin
al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk
menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak
agar dapat mengajar mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber kegembiraan dan
keriangan dalam kehidupan". Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan
sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, sebuah bandar yang
terletak di Zon Terusan Suez. [nb 5]

Keluarga
Bapanya, Syeikh Ahmad al-Banna merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang
pengarang terkenal berkelulusan Universiti Al-Azhar yang menulis serta menyumbang
kepada penulisan kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam. Bapa beliau juga memiliki
kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna
turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis
kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan
Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya
orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke
Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan
kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak
mampu menyaingi industri besar-besaran.[nb 6]
Ahmad Saiful Islam, anak lelaki Hassan al Banna, menceritakan bagaimana beberapa sifat
peribadi Hassan al Bannan semasa beliau masih hidup lagi.[1] Antaranya beliau sangat
menjaga dan memerhati perkembangan anak-anaknya. Setiap anaknya mempunyai fail khas
yang ditulis oleh beliau sendiri. Di dalam fail tersebut terkandung maklumat seperti
maklumat-maklumat perubatan anak-anaknya, sijil-sijil pelajaran bersertakan catatan-catatan
tentang kemajuan pembelajaran mereka. Hukuman yang paling berat pernah beliau kenakan
kepada anak-anaknya hanyalah cubit telinga. Sifat pemurah kepada anak-anaknya dilihat
apabila beliau memberikan wang saku kepada mereka sebanyak 3 Qurusy berbanding kanakkanak lain yang puratanya mendapat suku atau setengah Qurusy sahaja daripada ibu bapa
mereka.
Beliau menyediakan satu perpustakaan khas buat Ahmad Saiful Islam. Ini adalah antara
proses pentarbiahan beliau kepadanya. Beliau tidak melarang Saiful Islam membaca apa-apa
jenis bahan bacaan, malahan memberi bacaan lebih baik untuk dibaca oleh Saiful apabila
selesai membaca bahan bacaan diminatinya.
Hassan al Banna juga bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.[1] Beliau
berusaha untuk mengenali setiap kaum keluarga isterinya. Antara kisah menarik, beliau
pernah mengejutkan isterinya dengan menziarahi seseorang yang telah terputus hubungan
kekeluargaan dengan siterinya kerana orang itu bukanlah anak kepada orang yang
mempunyai hubungan keluarga dengan isterinya. Begitulah tahap kesungguhan dan ketelitian
beliau dalam melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.

Penubuhan "Ikhwanul Muslimun", kegiatan dakwah dan kematian seorang


wira
Pada Mac 1928, Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di
bandar Ismailiyyah. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Di Ismailiyya, sebagai tambahan
kepada kelas siangnya, beliau melaksanakan matlamatnya dengan memberi kelas malam
kepada keluarga anak muridnya. Beliau juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang
pada masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah
pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan
hebat dengan elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan
kontrovesi agama.[nb 7] Beliau sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan
ekonomi di Isma'iliyya seperti kem ketenteraan British, kemudahan awam yang dimiliki oleh
kepentingan luar dan tempat tinggal mewah milik pekerja syarikat Terusan Suez yang
bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. [nb 8]
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun
1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu.
Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin
sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan
Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan
dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian
anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam
dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir
terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan
kuasa politik. Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan
Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan
Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk
menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu, Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba
sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan.
Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah dibunuh kerana ditembak pada waktu
tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang
oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang
pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan AlBanna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak
dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.
Selepas kematiannya pada tahun 1949, beliau dikenali dengan As-Syahid Imam Hassan AlBanna.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau
zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk halhal yang tidak berfaedah.
3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan
sebarang kebaikan.
5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan
mantap.
6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal
yang lain selain kesungguhan.
7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan
kebodohan dan menyakitkan.
8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan
yang baik.
9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta
daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang
lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka
selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Nota
1.
1.

Riduan Mohamad Nor. (2011). Saiful Islam: Dia Seorang Ayah, Pendidik,
Suami Dan Juga Seorang Insan. Memperingati Imam asy Syahid Hasan Al Banna. 4853.

1.

Mitchell 1969, 2; Lia 25-26


Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27
Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30
Mitchell 1969, 5
Mitchell 1969, 6
Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24
Mitchell 1969, 7; Lia 1998, 32-35
1.

Bibiliografi

Mitchell 1969, 7

Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil. (2010). Al-Syahid Hasan alBanna: Pengasas Ikhwan Muslimin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lia, Brynjar. 1998. The Society of the Muslim Brothers in Egypt: The Rise of an
Islamic Mass Movement 1928-1942. Reading, UK: Garnet.

Mitchell, Richard P. 1969. The Society of the Muslim Brothers. London: Oxford
University Press.

Anda mungkin juga menyukai