Anda di halaman 1dari 3

Hizbul Muslimin

Muslim People's Party of Malaya

Ketua Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Diasaskan 17 Mac 1948

Dibubarkan 18 Jun 1948

Ibu pejabat Gunung


Semanggol, Perak

Sayap belia Syabāb Hizb al-


Muslimīn[1]

Ideologi Islamisme

Penggabungan Majlis Syuro Muslimin


antarabangsa Indonesia[2]

Hizbul Muslimin ('Hamim') atau Parti Orang Muslimin Malaya (Muslim People's Party of


Malaya), merupakan parti Islam yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 17
Mac 1948. Hizbul Muslimin juga parti Islam pertama di Tanah Melayu yang memperjuangkan
kemerdekaan dari penjajahan British.[3]

Penubuhan Hizbul Muslimin


Pada Mac 1947, persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic conference) yang
pertama telah diadakan di Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung
Semanggol, Perak. Perhimpunan yang ditaja oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy dianjurkan untuk membincangkan masalah
ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim. Ianya bertujuan membawa gerakan-
gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam
negeri untuk duduk bersama-sama. Hasilnya MATA, Majlis Agama Tertinggi
Malaya (Supreme Religious Council) Malaya telah tertubuh.
MATA mula menganjurkan perhimpunan dan kegiatan politik bagi aktivis Melayu-Muslim
untuk berkumpul dan berbincang rancangan untuk masa depan dan keperluan untuk
mengerahkan masyarakat umum. Majlis itu juga menganjurkan satu persidangan pada 13–16
Mac 1948 yang membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan
masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu, UMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak
secara umum dan puak konservatif-nationalis juga tidak memainkan peranan yang cukup
untuk kepentingan Melayu-Muslim. Perwakilan UMNO di dalam MATA tidak berpuas-hati
dengan nada perbincangan pihak Islamis, yang dirasai terlalu berunsur revolusi dan militan.
Perwakilan UMNO telah melaporkan pendapat dan pemerhatian mereka pimpinan mereka
menyebabkan pemimpin UMNO Dato' Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai
"ancaman bahaya dari gunung", yang merujuk kepada Gunung Semanggol, lokasi pergerakan
MATA.
Sejurusnya Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada 17
Mac 1948 dipimpini Ustaz Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua MATA yang
mengisytiharkan supaya MATA diatur-semula sebagai satu parti politik Islam. Dengan
penubuhan Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan
politik baru itu. MATA pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Walau
bagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ditakdirkan untuk tidak bertahan
lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaan British dengan dakwaan bahawa Hizbul
Muslimin menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.
Ordinan Darurat 1948 yang diluluskan menyebabkan Hizbul Muslimin diharamkan dan
dianggap bahaya

PEMBUBARAN DAN SELEPASNYA

Ramai anggota Hizbul Muslimin melepaskan diri mereka dari tindakan British dengan


menyertai UMNO. Apabila puak ulamak di dalam UMNO berpecah keluar daripada parti itu,
mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association)[4],
dengan singkatan PAS. Pada masa itu, perlembagaan persatuan membenarkan keahlian
bertindih di dalam PAS dan UMNO yang menjadikan ramai ahli kedua-dua pertubuhan
menganggap diri mereka juga ahli pertubuhan yang lain. Akhirnya, peruntukan keahlian
bertindih di dalam perlembagaan parti dibatalkan dan PAS mula muncul sebagai entiti yang
tersendiri.[5] Demi kepentingan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955, persatuan itu didaftar-semula sengan nama baru sebagai Pan-Malayan
Islamic Party (PMIP). Nama itu ditukar sekali lagi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa
era presiden Asri Muda pad 1970s.[6]

RUJUKAN

1. ^ Ulama dan Perjuangan Politik: Peranan Masyumi Terhadap Penubuhan


Hizbul Muslimin di Tanah Melayu, 1947-1948
2. ^ Ulama dan Perjuangan Politik: Peranan Masyumi Terhadap Penubuhan
Hizbul Muslimin di Tanah Melayu, 1947-1948
3. ^ Sejarah Perjuangan PAS 1951-1970
4. ^ Farish Noor (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the
Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951 - 2003), Vol. I, p. 72. MSRI
5. ^ Farish Noor, ibid
6. ^ Farish Noor, ibid, p. 87

Anda mungkin juga menyukai