Anda di halaman 1dari 1

Zaman Kesedaran (Age of Enlightenment) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan

satu fasa dalam kebudayaan hidup dan falsafah Barat yang berpusat pada abad ke-18.
"Zaman Kesedaran" dan "Penyedaran" merujuk khas kepada kemajuan intelektual dan falsafah pada
zaman itu (dan kesannya terhadap pembentukan semula moral dan sosial), iaitu Sebab disokong
sebagai sumber dan asas utama kekuasaan. Bermula di Jerman,Perancis dan Britain, pergerakan ini
menular ke seluruh Eropah, termasuklah Russia dan Skandinavia. Penandatangan Perisytiharan
Kemerdekaan Amerika, Perakuan Hak Amerika Syarikat dan Perisytiharan Hak Manusia dan
Rakyat Perancis adalah didorong oleh prinsip "Kesedaran" (walaupun Perakuan Hak England berlaku
sebelumnya). Era ini ditanda oleh aspirasi politik terhadap penyatuan kerajaan, penciptaan negara
dan hak yang lebih bagus untuk orang kebanyakan, dalam usaha untuk menggantikan kekuasaan
golongan aristokrat dan gereja ternama.

Anda mungkin juga menyukai