Anda di halaman 1dari 4

HST 328: KERTAS KHAS DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA

Tajuk Soalan : Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kawasan Filipina


Selatan mahu memisahkan diri daripada negara Filipina?

Pengenalan

• Filipina - negara kepulauan besar yang terbahagi kepada dua bahagian kepulauan
• Selatan Filipina - merangkumi Kepulauan Sulu dan Mindanao.
• Mejoriti penduduk di Selatan Filipina - beragama Islam ( bangsa Moro) berbeza
dengan wilayah Utara.
• agama Islam - terlebih dahulu tersebar luas di Selatan Filipina bermula tahun
1380 hasil usaha Karim al-Makhdum dan Raja Baguinda berbanding dengan
agama Kristian Katolik
• Perbezaan agama - menimbulkan banyak masalah yang berlarutan -
mengakibatkan konflik sehingga bangsa Moro di Selatan Filipina bertekad untuk
mewujudkan negara Islam yang merdeka dan terpisah dengan Kerajaan Filipina.
• Ketidakadilan dan penindasan terhadap bangsa Moro – bermula zaman penjajahan
Sepanyol, Amerika sehinggalah zaman pemerintahan kerajaan Filipina sendiri
• Perjuangan Bangsa Moro menentang penindasan – merangkumi hampir 500 tahun
 Bermula tahun 1521 hingga 1898 - menentang Sepanyol (377 tahun)
 Bermula tahun 1898 hingga 1946 - menentang Amerika (47 tahun)
 Bermula tahun 1946 hingga sekarang - menentang kerajaan Filipina.
• Kemuncak perjuangan bangsa Moro - penubuhan organisasi yang telah
memperjuangkan nasib Bangsa Moro iaitu "Moro Islamic Liberation Front" atau
MILF - bercita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam Moro yang bebas
dan merdeka.

1
Faktor tanah
• Spanyol- menyerahkan Filipina kepada Amerika di bawah Perjanjian Paris - 10
Desember 1898
• Mindanao dan Sulu, kedua-dua wilayah dipindah milikkan tanpa kerelaan
penduduk di Selatan Filipina
• Pejanjian 'Kiram-Bates' ditandatangani - Amerika bahawa mereka tidak akan
campur tangan dalam urusan dalaman Kesultanan Moro. Pada 2 Mac 1904,
Presiden Roosevelt - membatalkan pejanjian tsbt.
• Jangka masa dari tahun 1898 hingga 1902 - tempoh percubaan Amerika untuk
mengambil alih tanah dan hutan kepunyaan bangsa Moro
• wujudnya pelbagai bentuk hukum tanah yang tidak adil kepada masyarakat
Muslim Moro
 Land Registration Act No. 496 ( November 1902 )
 Public Land Act No. 296 (Oktober 1903)
 The Mining Law of 1905

• hukum-hukum tanah yang diperkenalkan ini - tidak memihak kepada penduduk


Muslim Moro dan tanah-tanah yang diwarisi mereka selama ini disita oleh pihak
kerajaan untuk kepentingan kerajaan
• Polisi-polisi tanah yang tidak adil - diwujudkan secara khususnya untuk
mengambil tanah umat Islam Moro.
• Dari tahun 1966 hingga 1976, sejumlah 3.5 juta pendatang rakyat Filipina telah
tinggal di kawasan tanah umat Islam di Filipina Selatan. Msykt Moro - menoriti di
bumi sendiri.

2
Faktor Agama
• Ketidakadilan terhadap penduduk Islam Moro – berlaku sejak awal lagi zaman
pemerintahan Sepanyol di Filipina.
• julukan yang buruk oleh kolonial Sepanyol – kpd Masyarakat muslim iaitu
sebagai “Moor” atau “Morisco”.
• Usaha Sepanyol untuk mengkristiankan Masyarakat Islam Moro telah gagal -
mrk menentang keras dasar kerajaan Kolonial yang mahu mengkristiankan
-penduduk-penduduk Islam di Selatan Filipina. menyebabkan mereka - diberi
layanan buruk oleh pihak berkuasa Sepanyol.
• Perbezaan - dan diskriminasi oleh pihak berkuasa Sepanyol banyak
mencetuskan konflik yang menyebabkan permusuhan sesama sendiri
penduduk Filipina khususnya di Selatan Filipina – menyebabkan rasa
cemburu.
• Berlaku episod perperangan Moro – perlawanan menegakkan agama -
Kebangkitan orang Islam Filipina dalam usaha melawan penjajahan Sepanyol
- memang sukar untuk diatasi Sepanyol
• Selama lebih 300 tahun berjuang, orang Moro masih lagi dapat melindungi
kemerdekaan, agama dan kebudayaan mereka dari dijajah oleh Sepanyol.
• Ketika Amerika beri kemerdekaan - Filipina pada tahun 1946, orang-orang
Moro membantah dengan keras kemasukannya ke dalam Filipina.
• Penubuhan kerajaan sendiri Filipina - membuka episod baru penderitaan
masyarakat Islam Moro – iaitu pada Zaman pemerintahan Ferdinand Marcos
(1965-1986)
• Marcos telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam,
• MNLF telah ditubuhkan Pada tahun 1972 dibawah pimpinan Nur Misuari

3
• Marcos - menubuhkan unit-unit pengganas yang dilatih khas bagi
menamatkan sokongan terhadap puak penentang dalam negaranya, terutama
sekali MNLF. Kumpulan yang ditubuhkan diberi nama Ilaga
• Kumpulan-kumpulan Ilaga ini telah bertindak menyerang dan memusnahkan
banyak penempatan luar bandar serta tanah pertanian, menyebabkan
penduduk Moro terpaksa menjadi pelarian di bandar-bandar besar yang
majoriti penduduknya adalah beragama Islam.
• Selamat Hashim - menubuhkan pertubuhannya sendiri yang di berikan nama
MILF pada tahun 1984 - bertujuan untuk mewujudkan sebuah kerajaan Islam
yang terpisah dengan kerajaan Filipina.

KESIMPULAN

Dua faktor kuat iaitu faktor tanah dan agama telah mempengaruhi penduduk

Muslim Selatan Filipina untuk memisahkan daripada Filipina. Namun faktor agama

dilihat lebih banyak mendorong. Hal ini dapat dilihat daripada semua krisis dan konflik

yang diamali oleh bangsa Moro di Filipina kebanyakannya adalah berpunca daripada

faktor agama.