Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

konsep radikalisme Melayu merujuk kepada suatu individu badan dan organisasi adalah

suatu perjuangan yang bersifat penentangan terhadap golongan penjajah dan golongan

elit Melayu. Mereka juga dikatakan memperjuangkan erti kata sebenar merdeka demi

mendapatkan kebenaran. Misalnya seperti golongan radikal atau golongan kiri di Perak

memperjuangkan tanah air walaupun sanggup mengorbankan banyak masa dan tenaga demi tanah

bangsa mereka sendiri. Di Tanah Melayu, sebelum darurat tahun 1946 hingga 1948, telah berlaku

banyak penentangan yang ekstrem daripada golongan radikal/ kiri ini terhadap pihak penjajah.

Antara konsep yang berlainan antaranya pemimpin-pemimpin yang terkenal memimpin golongan

ini seperti Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Yakoob, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi.

Dalam pensejarahan nasionaIisme Melayu konsep kiri khasnya untuk lewat 1940-

an dan 1950-an merujuk kepada kelompok yang bertentangan dengan parti utama Melayu

iaitu UMNO. Pada 1940-an kelompok utama yang bertentangan serta bersaing sengit dengan

UMNO ialah PKMM. PKMM ketika itu tidak bersifat dogmatik sementara bentuk

nasionaIismenya tidak terbatas setakat ideologi yang sempit sehingga dalam parti Melayu ini

terdapat nasionalis, sosialis, komunis, Islam, Pan Islam, demokrat, konforrnis, non-konforrnis dan

sebagainya. Apa yang penting mereka semua ini mempunyai ''jiwa merdeka". Terdapat persetujuan

bahawa kelompok kiri Melayu bermula sekitar 1930-an dengan penubuhan KMM pada 1938

dengan keahlian tidak melebihi 150 orang yang berselerak di Tanah Melayu khususnya di sekitar

Kuala Lumpur. Seperti mana yang kita tahu, Undang-undang Darurat dikuatkuasa di Tanah

Melayu pada 21 Jun 1948 oleh British yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu, ramai

pemimpin pemimpin gerakan kiri ditangkap dan segala pergerakan golongan ini mula terhenti.

1
IBRAHIM YAAKUB

Ibrahim Haji Yaakub merupakan keturunan Bugis, dari daerah Silo, Sulawesi. Beliau

dilahirkan pada 27 November 1911, di Kampung Tanjung Keratu, Temerloh, Pahang. Ayahnya,

Haji Yaakub adalah seorang alim di kampungnya manakala ibunya yang bernama Hawa binti

Hussein. Ibu bapa telah bercerai semasa beliau berumur dua tahun. Ibrahim telah dipelihara oleh

ibunya sementara ayahnya berpindah ke Kampung Cebung di daerah hutan Sungai Tembeling.

Hubungan dengan ayahnya tetap rapat. Beliau mempelajari ilmu agama dan ilmu dunia dengan

ayahnya.1 Dari aspek pendidikan pula, beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu

Tanjung Kertau semasa berusia tujuh tahun. Bukan itu sahaj, 'beliau turut mendapat pendidikan di

peringkat yang tertinggi apabila beliau telah dipilih untuk mengikuti kursus perguruan sekitar

tahun 1928-1931 di Sultan Idris Training Center (SITC) atau dikenali sebagai Maktab Perguruan

Sultan Idris (MPSI).

Peranan dan sumbangannya dalam gerakan kiri dilihat Pada tahun 1938, Ibrahim Yaakub

dan Ishak Haji Muhammad menyertai Persatuan Melayu Selangor yang masih bersifat

“konservatif". Namun begitu, mereka bertindak keluar daripada persatuan tersebut. Hal ini kerana

mereka meluat persatuan masih dinaungi oleh Raja-Raja Melayu, penguasaan golongan pembesar

tradisional terhadap masyarakat Melayu dan sifat kenegerian yang menebal dalam persatuan

itu. Melayu yang bukan anak negeri Selangor tidak boleh menjadi ahli persatuan ini. Bukan itu

sahaja, Melayu dari Jawa, Sumatera, Sulawesi, dan pulau-pulau lain di Indonesia, bersama-sama

dengan orang Melayu berketurunan campur turut sekali tidak dibenarkan menyertai

1
Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang , KL: Dewan Bahasa dan Pusaka, 1999, hlm 41.

2
persatuan.2 Dengan mengambil kira kekurangan yang ada dalam persatuan-persatuan negeri,

Ibrahim Yaakub bersama beberapa orang rakan telah mengasaskan Kesatuan Melayu Muda

(KMM) pada bulan April 1938 di bandar Kuala Lumpur.

Dalam kalangan pimpinan KMM adalah pengikut-pengikut Ibrahim Yaakub dalam Belia

Malaya iaitu Hassan Haji Manan, A.Karim Rashid dan Isa Mohammad. Juga

terdapat beberapa rakan baru Ishak Haji Muhammad, Abdul Kadir Adabi, R.H. Mohammad Yun

us Riauw dan lain-lain. KMM disokong oleh sejumlah pelajar dan guru Sekolah Teknik di Kuala

Lumpur dan Sekolah Pertanian di Serdang.3 Mesyuarat penubuhan KMM telah diadakan dirumah

Hassan Haji Manan. Ahli-ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan Hassan Haji

Manan yang disokong oleh Abdul Karim Rashid, melantik Ibrahim Yaakub sebagai Presiden

KMM, sementara Mustapha Hussain dilantik sebagai Naib Presiden atas cadangan Sulung bin

Chik, dan disokong oleh Bahar bin Abik.4 Pemuda-pemuda nasionalis dalam KMM mahukan

badan ini mencontohi pergerakan Turki Muda (Young Turks). Itulah sebab mereka menamakan

pertubuhan ini Kesatuan dan memilih perkataan Muda. Maksudnya, ahli-ahli badan ini terbuka

kepada semua, muda ataupun tua, asalkan berjiwa muda.5

Dasar KMM bertentangan dengan dasar Persatuan-persatuan Melayu Perak, Selangor dan

Pahang yang baru sahaja ditubuhkan pada waktu itu. Persatuan-persatuan itu pro-penjajah dan

berfahaman kedaerahan, tetapi KMM pula anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan, dan

pembebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British.6 Tujuan atau objektif utama

2
Cheah Boon Kheng, The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle forIndonesia
Raya, Indonesia, No. 28, 1979, hlm 88.
3
Rustam A. Sani, Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaaan Kesatuan Melayu Muda, hlm
35.
4
Mustapha Hussain, Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO Memoir Mustapha Hussain, hlm 197.
5
Ibid, hlm 195.
6
Ibid, hlm 198.

3
KMM ialah untuk memberi tempat yang sewajarnya kepada bangsa Melayu yang dirasai telah

tertindas oleh kaum-kaum yang menumpang di negeri ini akibat kegagalan kerajaan British

menyekat bangsa-bangsa asing daripada membuat tuntutan, hingga kepada hak ketuanan negeri

ini. KMM dalam pimpinan Ibrahim Yaakub ingin menjalankan ideologi nasionalis yang luas dan

berjuang bersungguh-sungguh untuk bangsa dan negara.

Selepas KMM diharamkan, Pada Ogos 1943, Jepun memberitahu bahawa beliau telah

dipilih untuk menghulurkan bantuan dalam penubuhan giyu gun (Sukarelawan Tentera) atau

Pembela Tanah Air (PETA) dan giyu tai (Ikatan Rela). Giyu gun adalah sebuah angkatan

pertempuran yang digunakan untuk mempertahankan Tanah Melayu sahaja. giyu tai berfungsi

untuk mempertahankan pinggir pantai dan memelihara ketenteraman awam. Unit-unit ini

akanmenguatkan Heiho (Anggota Perkhidmatan Auxiliary) yang ditubuhkan oleh Jepun pada

bulanJun untuk membantu pasukan mereka dalam perkhidmatan buruh. Ibrahim telah

diarahkanuntuk mengarahkan pemuda Melayu ke dalam kedua-dua giyu gun dan giyu tai. Beliau

juga perlu menjalani latihan ketenteraan enam bulan untuk mengambil perintah giyu gun

itu.Walaupun Jepun pada asalnya menjangka giyu gun sebagai angkatan tentera berbilang kaum,

tetapi akhirnya majoriti adalah orang Melayu. Jelaslah bahawa beliau merupakan tokoh yang

memainkan peranan utama dalam kemunculan KMM di Tanah Melayu.

4
DR BURHANUDDIN AL-HELMI

Nama sebenar beliau ialah Burhanuddin bin Muhammad Nor. Beliau dilahirkan pada 29

Ogos 1911 di Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Taiping, Perak. Ayahnya bernama Haji

Muhammad Nor bin Kasim dan ibunya dikenali sebagai Sharifah Zahrah bin Habib Osman.

Beliau berketurunan bangsawan “Melayu Jati”. Sebelum beliau berhijrah ke Tanah Melayu, beliau

sangat aktif berjuang menentang penjajah Belanda di Sumatera Barat. Disebabkan perjuangannya

yang anti Belanda itu, pihak penjajah menjalankan kegiatan memburunya bagi menumbatnya

dalam penjara. Lantaran itu menyebabkan Haji Muhammad Nor melarikan diri ke Tanah Melayu

untuk menyelamatkan diri dan menyambungkan perjuangannya di tempat lain.

Peranan dan sumbangan beliau dilihat dimana beliau merupakan seorang tokoh politik

Melayu yang berkecimpung di arena politik negara ini selama lebih kurang tiga puluh tahun (1930-

1960). Dalam jangkamasa yang agak panjang itu, beliau telah menganggotai KMM (Kesatuan

Melayu Muda), memimpin KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung), PKMM (Parti

Kebangsaan Melayu Malaya) dan Pusat Tenaga Rakyat – All Malaya Council for JointAction

(PUTERA-AMCJA), menganjurkan penubuhan Parti RakyatMalaya (PRM) dan akhirnya

memimpin Parti Islam Se Malaysia (PAS). Sejarah politik tanah air mencatatkan Dr Burhanuddin

Al-Helmi seorang tokoh politik golongan kiri yang terkemuka. Penglibatan beliau dalam bidang

politik, perjuangan kemerdekaan dan ilmu perubatan homeopati yang meletakkan Islam sebagai

asas segala keterlibatannya itu menjadikan ketokohannya sesuatu yang menarik untuk diketahui

oleh generasi baru.

KMM melihat bahawasanya Dr. Burhanuddin adalah calon yangsesuai untuk diserapkan

ke dalam KMM kerana perwatakan beliau yang sememangnya anti-British dan anti-

5
penjajahan. Di dalam KMM beliau tidak memegang sebarang jawatan penting, hanya

sekadar menjadi ahli biasa sahaja dan disebabkan itu beliau tidak ditangkap oleh British pada

tahun 1940 seperti ahli-ahli KMM yang lain iaitu Ibrahim haji Yaacob,

Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam serta Sultan Djenain. Walaupun penglibatannya dalam

KMM pada tahap awal tidak begitu menonjol seperti mana tokoh-tokoh lain akan tetapi

permulaan kehadiran beliau dalam arena politik Tanah Melayu adalah sememangnya dikesan

melalui KMM. Kemunculan Dr. Burhanuddin sebagai pemimpin dalam KMM mula menonjol

apabila beliau berkenalan dengan Ibrahim Haji Yacoob yang merupakan ketua pengarang Warta

Malaya dan juga pemimpin utama KMM. Beliau telah diiktiraf oleh Ibrahim sebagai pemimpin

Melayu yang penting jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh lain seperti

Ishak Haji Mohamad atau

Ahmad Boestamam dan pengiktirafan ini menyebabkan beliau bekerjasama dengan Jepun walau

pun sebelumnya beliau menentang sebarang bentuk penjajahan.7

Selepas perjuangan Dr. Burhanuddin dalam KMM tidak menemui kejayaan dan matlamat

yang diinginkan, beliau kemudiannya telah beralih kepada sebuah lagi parti politik yang

tidak kurang pentingnya di Tanah Melayu iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober dan ditaja oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan tujuan

untuk meluaskan pengaruh PKM dalam kalangan orang Melayu. Bukan itu sahaja Dr.

Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Partai Rakyat Malaya pada

1955 dan pada tahun 1956, beliau juga telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Beliau

telah memimpin PAS mencapai perkembangan yang cemerlang.

7
Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik,, "Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996,
hlm 20.

6
Bukti perjuangan beliau dapat dilihat menerusi beliau pernah beberapa kali ditangkap

kerana kegiatan politiknya yang menginginkan kemerdekaan penuh nusa dan bangsa. Pada tahun

1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan majalah Taman Bahagia yang

menyebarkan semangat merdeka; pada tahun 1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana

memimpin masyarakat Melayu melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah

kerajaan British di Singapura dalam kes Natrah; dan pada tahun 1965-66 dipenjarakan oleh

Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh melakukan kegiatan anti-Malaysia. Akibat dari

seksaan di dalam penjara, beliau telah mengidap penyakit dan meninggal dunia pada 10 Oktober

1969.

7
SHAMSIAH FAKEH

Nama sebenar beliau ialah Shamsiah binti fakeh. Beliau telah dilahirkan di Kampung

Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 1924. Beliau merupakan anak kedua daripada

lapan adik-beradik. Beliau memulakan zaman persekolahannya pada tahun 1931 di Sekolah

Melayu Pekan Kuala Pilah sehingga darjah 5. Kemudian menyambung pelajaran di Madrasah

Tuddimiah di Padang Panjang, Sumatera Barat ketika berumur 13 tahun.8 Kemudian beliau pulang

ke Tanah melayu dan melanjutkan pelajaran di Madrasah Aliyah Islamiah di Pelangai, Negeri

Sembilan. Di sinilah, beliau telah berguru dengan Lebai Maadah iaitu seorang reformis dan

pelopor fahaman kaum muda.9 Semasa belajar di sekolah ini, para pelajar ditanam sifat untuk

mempunyai semangat memperjuangkan nasib bangsa yang tinggi. Ramai daripada pelajar lepasan

sekolah ini menceburkan diri dalam politik dan memperjuangkan kemerdekaan sama ada di dalam

gerakan kiri ataupun kanan.

Peranan dan sumbangan beliau dalam gerakan kiri bermula dari ketika beliau tertarik

dengan ucapan-ucapan yang diberikan oleh ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(PEKEMBAR) atau nama Inggerisnya, United Malaya National Organization (UMNO). Sejak itu,

Shamsiah mula tertarik kepada gerakan nasionalis. Selain ceramah dari kalangan orang UMNO,

Shamsiah turut didatangi oleh aktivis-aktivis PKMM. Shamsiah juga turut mengikuti pertemuan-

pertemuan yang dianjurkan oleh PKMM malah beliau juga turut membuat ucapan dalam satu

pertemuan dan disiarkan di akhbar. Sebelum menyertai PKMM, Shamsiah sering menjadi

penceramah undangan di merata tempat. Khabar tentang kepetahan Shamsiah berpidato dengan

8
Shamsiah Fakeh, Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2004, hlm 15.
9
Ibid, 19.

8
semangat nasionalisme yang membara telah mendapat perhatian beberapa orang bekas ahli

Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Dalam satu pertemuan anjuran PKMM di Seremban, Shamsiah telah memberikan sebuah

ucapan yang telah mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. Ucapan Shamsiah ini telah

disiarkan di dalam surat khabar Utusan Melayu pada keesokkan harinya. Musa Ahmad telah pergi

berjumpa dengan Shamsiah bagi menyatakan hasrat PKMM untuk menjemput Shamsiah supaya

menyertai bahagian dalam pimpinan wanita PKMM. Kesedaran Shamsiah tentang perjuangan

nasionalisme adalah demi memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Pada tahun 1944, beliau telah

menyertai PKMM bagi cawangan Seremban. Kemudian pada tahun 1946, beliau ditugaskan di

Kuala Lumpur menjadi Ketua Bahagian Wanita PKMM yang telah dikosongkan oleh Aisyah

Ghani.10 Atas cadangan Ahmad Boestamam, pertubuhan bahagian wanita PKMM diberi nama

Angakatan Wanita Sedar (AWAS) dan telah ditubuhkan secara rasmi pada 1946 dan beliau telah

diangkat menjadi Ketua AWAS.

Shamsiah Fakeh berjuang dengan mengikut haluan kiri atau lebih radikal. Dalam

perjuangan Shamsiah Fakeh berjuang bersama pihak berhaluan kiri. Dalam pada masa yang sama,

beliau juga memperjuangkan hak-hak wanita sepanjang perjuangannya. Baginya, jika negara

mencapai kemerdekaan maka hak-hak wanita boleh diperjuangkan. Semasa AWAS dibawah

pentadbiran Shamsiah, perjalanan perjuangannya disusun lebih teratur dan maju. Dalam setiap

pidatonya, beliau akan sertakan ayat al-quran dan Hadis Rasulullah s.a.w mengenai peranan dan

kedudukan wanita dalam Islam. Isi-isi pidatonya mengandungi perangsang semangat kaum wanita

10
Ab Rahim, Aisyah,” Shamsiah Fakeh (1924-2008) : Kajian Terhadap Perjuangan Wanita Islam di Tanah Melayu
“, Masters thesis, University of Malaya, 2012, hlm 65.

9
yang mendengarnya dan menyedarkan mereka tentang kemerdekaan tanah air. AWAS yang

dipimpin Shamsiah juga memberi sumbangan besar kepada gerakan kemerdekaan Malaya.

AWAS bukan sahaja berjuang dalam bidang politik sahaja, malah mereka turut

mengadakan gerakan bersifat sosial dan ekonomi. Sebagai contoh di Temerloh, mereka mencari

dana dengan melakukan kerja kraf tangan, mengumpul dan menumbuk padi bagi menjana

pendapatan organisasi untuk meneruskan perjuangan kearah kemerdekaan. Hal ini kerana PKMM

adalah parti yang dianggotai oleh rakyat biasa dan bukannya golongan bangsawan. Jadi mereka

memerlukan kewangan dalam pergerakan politik mereka. Bukan itu sahaja, Shamsiah juga turut

mengatur kelas-kelas bagi kaum wanita untuk mereka belajar menulis dan membaca. Tambahan

lagi, beliau juga mengajar kelas kemahiran agar wanita-wanita kampung boleh membawa diri

dalam apa jua majlis. Beliau juga menggalakkan kaum wanita supaya membeli akhbar untuk

mengetahui tentang dunia luar.11

Namun perjuangannya berbentuk politik telah bertukar kepada perjuangan mengangkat

senjata apabila pihak kerajaan mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 1948 dan parti-parti

politik yang berhaluan kiri diharamkan. Pada ketika itu, beliau tidak gentar dan semangat juangnya

sangat tinggi sehinggakan Shamsiah sanggup masuk ke dalam hutan dan melawan kerajaan. Pahit

manis telah beliau rasa semasa berjuang di dalam hutan dan akhirnya beliau dihantar ke China

untuk bertugas di Stesyen Radio Antarabangsa Parti Komunis. Dan seterusnya ditugaskan ke

Indonesia dan kembali semula ke China. Ketika di China, beliau telah berusaha menghantar surat

kepada kerajaan Malaysia untuk diizinkan pulang ke tanah air sendiri kerana beliau sangat cintakan

tanah airnya. Namun permohonan itu menemui jalan kegagalan. Beliau tetap tidak berputus asa

11
Ab Rahim, Aisyah,” Shamsiah Fakeh (1924-2008) : Kajian Terhadap Perjuangan Wanita Islam di Tanah Melayu
“, Masters Thesis, University of Malaya, 2012, Hlm. 65.

10
dan terus menghantar surat dan sehinggalah tahun 1994, beliau mendapat keizinan untuk pulang

ke Tanah air.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa tanpa tiga tokoh seperi Dr Burhanuddin al-Helmi,

Ibrahim Yakoob dan juga Shamsiah Fakeh ini tidak akan munculnya pasti-pasti gerakan kiri

tersebut. Mereke bertiga ini walaupun digelar sebagai tokoh gerakan kiri, namun mereka

berpegang pada tujuan dan matlamat yang sama iaitu untuk memperjuangkan kemerdekaan dari

cengkaman penjajah. Walaupun gerakan mereka ini dilihat agak ekstrim sehingga pernah

dipenjarakan banyak kali, namun perjuangan mereka tidak harus dilupakan kerana mereka juga

berperanan ingin melawan kuasa penjajah dan ingin membesakan tanah air. Mengambil kata-kata

dari Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, beliau mengatakan bahawa “sekalipun kemerdekaan telah

dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal

juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan”.

11
BIBLIOGRAFI

Ab Rahim, Aisyah,” Shamsiah Fakeh (1924-2008) : Kajian Terhadap Perjuangan Wanita Islam
di Tanah Melayu “, Masters thesis, University of Malaya, 2012,

Cheah Boon Kheng, The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the
Struggle forIndonesia Raya, Indonesia, No. 28, 1979.

Mustapha Hussain, Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO Memoir Mustapha


Hussain.

Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang , KL: Dewan Bahasa dan Pusaka, 1999.

Rustam A. Sani, Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaaan Kesatuan
Melayu Muda.

Shamsiah Fakeh, Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2004.

12

Anda mungkin juga menyukai