Anda di halaman 1dari 5

Kesan Penjajahan Barat

di Indo china
Penjajahan barat di Vietnam

Kolonialisme merujuk kepada penguasaan politik secara rasmi oleh


sesebuah kuasa besar ke atas sesuatu wilayah lain yang merangkumi
aspek politik, ekonomi dan sosial.Kolonialisme berkait rapat dengan
dasar imperialisme yang dijalankan oleh kuasa penjajah dengan tujuan
meluaskan kuasa, pengaruh serta mendapatkan kekayaan hasil bumi
kawasan yang dijajah.
Perubahan dasar telah dilaksanakan oleh Perancis sehingga mengubah
hampir keseluruhan sistem politik dan struktur sosioekonomi.
Antaranya ialah penghapusan sistem feudal, pengenalan ekonomi
komersial dan perubahan pendidikan ala barat yang mementingkan
bahasa Perancis dan agama Kristian.
Politik

Koloniaslisme Perancis ke atas Vietnam bermula pada 1885 telah


mengubah sistem beraja kerajaan tersebut setelah dua abad ia
diamalkan.
sebelum kehadiran Perancis, kekuasaan maharaja Vietnam meliputi
hampir keseluruhan aspek politik, sosial dan ekonomi. Agama Buddha
turut meletakkan maharaja Vietnam sebagai suci. Unsur agama ini telah
memperkuatkan lagi kuasa pemerintahannya.
Namun begitu, selepas penjajahan Perancis ke atas Vietnam, sistem
feudal yang diamalkan sebelum itu dihapuskan secara berperingkat-
peringkat.
Ekonomi
Penguasaan Perancis ke atas Vietnam pada tahun 1885 telah mengubah ekonomi
bercorak tradisional kepada ekonomi komersial.
Permintaan tinggi pasaran dunia terhadap beras dan getah merancakkan lagi
pembukaan beratus-ratus ladang getah dan aktiviti penanaman padi di Sungai
Mekong.
Namun terdapat beberapa sebab yang telah menyebabkan petani ini miskin dan
dibebani hutang.
Akibat kemelaratan yang ditanggung oleh petani telah membawa kepada
pengenalan undang-undang buruh pada tahun 1918 oleh Perancis.Undang-undang
ini mendapat tentangan hebat daripada golongan kapitalis.
Di dalam undang-undang ini, sistem kerah telah dihapuskan pada tahun 1923 dan
setiap pekerja perlu diberikan upah. Selain itu, pada tahun 1926, Jawatan
Pemeriksaan Buruh telah diwujudkan dan ditugaskan untuk mengkaji keadaan
buruh secara umum. Manakala pada tahun 1927, Jabatan Penyiasatan Buruh pula
ditubuhkan bagi menyelidiki keadaan buruh sama ada melibatkan orang tempatan
atau Eropah terutamanya dalam bidang pertanian, industri dan komersial. Jabatan
ini juga bertujuan untuk melindungi nasib buruh dari dianiaya oleh majikan.
sosial

Semasa penjajahan Perancis di Vietnam, agama Kristian dijadikan


medium untuk mempengaruhi penduduk yang tidak berpuas hati
terhadap pemerintahan kolonial.
Perancis menubuhkan sekolah-sekolah Khatolik dalam melahirkan
masyarakat Vietnam yang taat kepada pemerintah. Malah, pelajar-
pelajar lepasan sekolah ini berpeluang menjawat jawatan dalam
pentadbiran kerajaan di peringkat rendah.
Kesan jangka masa panjang pula dilihat apabila pelajar Vietnam yang
beragama Khatolik mula mentadbir negara Vietnam selepas
kemerdekaan. Hal ini dibuktikan dengan pemilihan Presiden Vietnam
Selatan iaitu Diem (berpendidikan Perancis dan beragama Khatolik).

Anda mungkin juga menyukai