Anda di halaman 1dari 24

BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia !

Pada hari ini,penulis akan menerangkan sedikit sebanyak tentang Bapa Kemerdekaan
Malaysia.
Beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang pertama.

Biodata beliau:

Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :

08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :

1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :

1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan
Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden
Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian
Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah
disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Ibarat kata pepatah Melayu Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa
dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.Sepanjang hayatnya,
Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam
pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati
diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO
melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi
pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah
membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara
aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat
kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu
merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan..

Tun Henry H.S LEE
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia!

TUN SIR HENRY H.S LEE

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum
dan kemerdekaan
negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang
penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA,
penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut
Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik
sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan
pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

Serba-sedikit tentang beliau...
Sepanjang hayatnya, Tun H.S.Lee menyimpan setiap cebisan kecil kertas dengan teratur.

Seperti yang diperkatakan anak sulung mendiang, Douglas: "Bapa kami ialah seorang penyorok.
Dia tidak pernah membuang apa-apa dan melihat semua benda berharga waima resit letak
kereta bernilai 20 sen.

Tun Lee, salah seorang pengasas MCA dan Parti Perikatan, hidup pada waktu yang penting.
Apa yang mengejutkan ialah dia tidak menulis autobiografinya.

Seorang anak lelaki, Thomas menambah: "Kami menawarkan untuk mendapatkan khidmat
penulis selain merakamkan perbualan serta memori. Dia tidak memberikan sebarang sebab
tetapi dia tidak akan berbuat demikian".

Bagaimanapun, ini tidak bermakna semua maklumat hilang begitu sahaja. Sekarang, 22 tahun
selepas kematiannya, 180,000 kertas persendirian berkaitan Tun Lee boleh diperolehi untuk
tatapan umum.

Anak-anaknya, Datuk Douglas Lee, 87, dan Datuk Thomas Lee, 72, menyerahkan kertas
tersebut pada Institut Kajian Asia Tenggara (Iseas) di Singapura pada 5 Mei. Anak ketiga,
George, tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Berikutan pendermaan tersebut, Douglas berkata, satu bebanan dapat diasingkan dari bahu
mereka kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan koleksi besar bapa mereka.

Koleksi tersebut disimpan dalam lebih 140 kotak di bilik stor rumahnya di Kuala Lumpur.Satu
perjumpaan pada 2003 menggerakkan satu siri peristiwa sehingga kertas itu disimpan di Iseas.

Ahli sejarah, Dr Lee Kam Hing masih ingat bagaimana dia mengingatkan Douglas jangan
sesekali membuang dokumen yang kurang penting seperti bil dan resit.
Tun H.S. Lee (kiri) bersama Tun Tan Siew Sin yang menggantikannya sebagai Menteri
Kewangan pada 1959.

"Saya memberitahu ahli keluarga bahawa setiap cebisan maklumat resit dan bil adalah penting.

"Ini kerana resit dan bil dapat memberitahu kita berapakah kos kehidupan dan bagaimana
kehidupan sosial ketika itu." ujarnya.

Dr Lee membantu Douglas berkomunikasi dengan pustakawan Iseas, Ch'ng Kim See yang
terbang ke Malaysia untuk menasihatkan keluarga itu tentang pengindeksan dokumen.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Iseas, Prof Wang Gungwu memberitahu kemurahan
keluarga Lee telah membantu pihaknya memahami satu tempoh masa yang kritikal dalam
sejarah negara, dari 1945 hingga 1960.

"Kehidupan Tun H.S.Lee belum diceritakan sepenuhnya."

Satu persidangan antarabangsa tentang Lee telah dirancang diadakan pada tahun depan di
Iseas.

Daripada Timah Ke Politik

Henry Lee Hau Sik dilahirkan di Hong Kong pada 1901 dan belajar di Cambridge, Britain. Di
situlah beliau mengenali bakal King George VI.

Lee datang ke Malaya pada 1924 untuk mencari peluang perniagaan terutamanya
perlombongan.

Masanya di Malaya adalah penuh dengan peristiwa. Beliau terlibat dalam politik Kuomintang
dan aktiviti anti-Jepun. Semasa Perang Dunia Kedua, Lee melarikan diri ke India bersama
keluarganya kerana pihak Jepun ingin membunuhnya.

Beliau mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera Cina
yang kemudian ditempatkan di Burma.

Beliau turut dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera Britian di India semasa zaman
peperangan. Beliau menjadi pengantara antara dua Pihak Berikat itu.

Lee memainkan peranan penting dalam membentuk satu pakatan pilihan raya dengan Umno
pada 1952, yang kemudiannya menjadi Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional).

Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan Perikatan yang diketuai Tunku Abdul
Rahman yang terlibat dalam perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan di London pada
1956.

Beliau adalah satu-satunya penandatanganan Cina untuk perjanjian kemerdekaan Malaya.

Lee ialah Menteri Pengangkutan dari 1953 hingga 1956 dan dilantik sebagai Menteri Kewangan
pertama untuk Persekutuan Malaya pada 1957. Dua tahun kemudian, beliau meletakkan
jawatan ekoran kesihatannya merosot.

Selain itu, beliau turut berperanan menubuhkan Malayan (kemudian Malaysian) Chinese
Association pada 1949, dengan bantuan kumpulan perniagaan Cina dan ahli pendidikan.

Menurut Thomas, Lee juga dikenali sebagai seorang pemimpin terkenal di kalangan komuniti
Guangdong dan Gaozhou.

"Saya terkejut apabila seseorang menghampiri saya dan memperkenalkan dirinya berasal dari
Guangdong. Dia berkata keluarganya berasal dari Raub yang didiami banyak orang Gaozhou.
Dia beritahu saya sehingga hari ini, penduduk di situ masih mengenali Lee Hau Shik."

Lee mengasaskan atau terlibat secara aktif dalam pelbagai institusi dan organisasi termasuk
Bank Negara Malaysia, Hospital The Lady Templer, China Press, Majlis Olimpik Malaysia dan
Persatuan Golf Malaysia.

Selepas bersara pada 1959, Lee menubuhkan Bank Pembangunan dan Komersial yang sekarang
dikenali sebagai bank RHB.

Beliau meninggal dunia pada 1988 di Kuala Lumpur. Jalan Bandar yang pada mulanya dikenali
High Street kemudian dinamakan semula sebagai Jalan Tun H.S. Lee untuk mengiktirafnya.

TUN SAMBANTHAN.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia!
Pada hari ini,penulis akan kenalkan tokoh kemerdekaan Malaysia yang seterusnya..

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima
Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai
kementerian dalam kerajaan Malaysia.

Biografi ringkas
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di
Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan
kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC)
ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran
antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA)
untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.
Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi
kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan
punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha
menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada
penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah
seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik
menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah
Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa
yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang
berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji
dengan masyarakat pribumi.

Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri
Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat
penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah
diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.

Perjalanan Kemerdekaan Fasa 1.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia!
Pada post kali ini,penulis akan berkongsi tentang perjalanan sebenar Kemerdekaan Malaysia.

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The
Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald
MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary,
Sir David Watherston.

54 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru
dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua.Malaysia Malayan Union Malaya
Tanah Melayu Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik
ke saat ditemui orang-orang lari dari seberang. Dari saat pembukaan Kedah Tua
disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah
beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara konon-kononnya dalam tahun 1957
Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air
dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu
jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentangKEMERDEKAAN ini yang pernah di
dakwa oleh pengasas UMNOiaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG
SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh
perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan
pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah!
PERMULAAN KERAJAAN
Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan
kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan
Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi
timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan
agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti
Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung
wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib
antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun
turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu
akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki
Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah?
Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa
utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia
bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negaraHindi.
Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik,
pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang
hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa
Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia.
Bahasa Melayu jadi bahasa antah berantah Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula
jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa
kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi The
United States hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!
Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau
golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa lari
dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam
tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang
sebenar-benarnya merdeka.
Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa
kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan
pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang
didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah
asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi
Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang
ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu
kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa Jadi merdekakah mereka?
Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran Yesus
Kristus dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja
agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari
kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka
pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama
beratus tahun.
Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau
kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku
teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang
arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G!
Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and
Gold!Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama Dendam perang salib belum
terpadam dalam jiwa.

ERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I

Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah
pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis
melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada
separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula
secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa
Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu diPortugiskan oleh
mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada
masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil. Jadi tuan memerintah
tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang
Nadim,Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng
Kemboja, Patih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap
pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.
Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia
pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke
Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun
1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan
beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana
Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525
iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka.
Dalam tahun 1615 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya
menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal
dijajah
Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka
dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya.
Semua Melayu yang telah diPortugiskan oleh Potugis, diBelandakan pula oleh Belanda.
Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa
Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.
Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara
rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu
mati disambung pada anaknya dan anaknya mati di sambung pada cucunya sehingga
cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.

Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya
sudah Merdeka.
Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara
dari Belanda akibat Napoleonic War di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka
secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan
Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan
sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka
jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama
Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan
nama Bencoolen Street
Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan
dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-
lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara
langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan
fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat
Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja
Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan
sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..

Perjalanan Kemerdekaan Fasa 2.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II
Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila
Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun
membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari
tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu,
Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis
Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun.
Apabila Jepun tewas setelah hanya menyewa Tanah Melayu selama
3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II,
Inggeris kembali beraja.
Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula
oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri
bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula memberontak
mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi
kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin tinggal di
Tanah Melayu. Perkataan PKM memberontak hanya dapat didengar
dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-
mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya
walhal, PKM juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut
kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa,
membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul. Dari sini,
timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan
sejarah negara. Mereka-mereka ini100% telah dilabelkan sebagai
penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara.
Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepongdiperbesarkan dan
semua jari menunding menyalahkan PKM walhal, kalau para anda
tahu, kaji dan selidik kisah di sebalik kisah peristiwa Bukit Kepong,
pasti mulut terlopong penuh tanda tanya Walau bagaimana pun,
nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid
Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah
C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta
dianggap sebagai musuh negara.

Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.
Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah
dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah
giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang
sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya
ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan
kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan
Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum
membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk
geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda
belum merdeka.
Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang
bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran
dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain White
Water Rafting. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung
Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul
Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan
yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak
dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke
England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan
ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk
kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak
percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk
mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.
Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah
Melayu mula berkuasa, maka kita dimerdekakan dengan syarat
menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan
mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran
khususnya(Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh
berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam
tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab
mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali
1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung
Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media
cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang
dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.

Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya
Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan
menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta
Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada
tahun 1960 bertindak untuk melindungi kisah-kisah dalaman para
politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan
bersuara khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya.
Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah
negara yang merdeka? Kini Perjuangan fasa III diteruskan tetapi
bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda.
Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa
sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan
anak bangsa sendiri.
Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori
RAHMANjadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia
mengikut namaR.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama
Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang
pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi
kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri
mewakili huruf R, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul
Razak bin Haji Dato Hussein mewakili huruf A, disambung lagi oleh
Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf H, disambung lagi oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf M dan kini disandang
jawatan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf A.
R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = Najib Tun Razak

Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan
dengan hebat sekali bahawasanya UMNO adalah pemimpin.
Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah
pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara.
Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan.
Kapten kepada sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela
nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu.
Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian
tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan
tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan
punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah
ada Private University walaupun hanya bertaraf Koleh Universiti
seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti
Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh
bangsa asing.

Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald
MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.
UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan
anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-
macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang
dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab
malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam
Hadhari lah katakan Islam tari menari ataupun Islam yang ada
had harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir.
Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak
pernah keluar pun nama Hadhari ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak
tahu lah
"Hmm.. Entah lah Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal
United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu
Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu
banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik
mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air
diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi
akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan
Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-
mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat
jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik,
bibir pink tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci
Ya Allah Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini.
Amin!"
Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami
pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa
kepada semua bapa di Malaysia ini Dan pada pejuang - pejuang
yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka
selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau
proses pilihanraya. SelagiUMNO tak bersungguh-sungguh
membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh
untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai
masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat
untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama
bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat Dan sepuluh juta
lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri.
Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi,
selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi
itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus
berjuang dalam perjuangan fasa ke III penentangan
terhadapUMNO dan talibarutnya!!
Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan
sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang
untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi
hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan
terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi
yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak
seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal
semua kuasa - kuasa Media.

http://tokoh1malaysia.blogspot.com/2011/07/perjalanan-kemerdekaan-fasa-2.html

Anda mungkin juga menyukai