Anda di halaman 1dari 23

AEEA 2306: ISLAM DAN MASYARAKAT ISLAM

SOALAN 8:
ISLAM DAN GOLONGAN AGAMA TIDAK MEMAINKAN PERANAN YANG
SIGNIFIKAN DALAM PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN TANAH
MELAYU PADA 31 OGOS 1957. NILAIKAN PERNYATAAN INI.

PENGENALAN
Perjuangan menuju kemerdekaan adalah bermatlamat untuk mencapai kebebasan
bangsa, agama dan tanah air tercinta daripada dijajah oleh pihak asing terutamanya Inggeris
dan Belanda yang mana ia melibatkan dua aspek iaitu aspek dalaman dan aspek luaran. Aspek
dalaman yang menjadi pencetus memperjuangkan kemerdekaan tanah air oleh para ulama dan
pejuang disebabkan oleh faktor keislaman kerana rakyat Tanah Melayu terutamanya Kelantan
dan Terengganu yang sangat berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar. Mereka tidak mahu
berada selamanya di bawah penjajah yang tidak mementingkan agama malah berlainan
kepercayaan dan akidah. Manakala faktor luaran pula adalah disebabkan oleh campur tangan
penjajah dalam adat istiadat dan adat resam Melayu. Sebagaimana yang kita telah ketahui,
peranan ulama adalah mempertahankan agama dan tradisi keilmuan Islam kerana merka lebih
tahu mengenai kebenaran al-Quran dan as-Sunnah serta ilmu Syariah dan Naqliat. Ulama juga
merupakan pemimpin tertinggi dalam umat Islam. Martabat yang mulia dan kedudukan yang
tinggi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada para ulama ini tidak terjejas dan tidak patut
dipertikaikan selama mana para ulama itu sendiri dapat memelihara kemuliaan diri dan
melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin tertinggi umat Islam. Selain itu,
ulama dan pejuang kemerdekaan berasal dari seluruh pelosok negeri. Antara ulama dan pejuang
kemerdekaan yang sangat berjasa dalam memperjuangkan tanah air terutamanya di
Terengganu ialah Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan beberapa orang ulama dan
pejuang yang lain.

Golongan elit agama terdiri daripada golongan yang bergelar ulama. Golongan elit
agama mungkin pemimpin-pemimpin kerajaan, pembesar-pembesar, tokoh agama, dan
pemimpin masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama yang luas serta dapat memberi
tunjuk ajar kepada masyarakat atau sekurang-kurangnya pendakwah yang berpengetahuan asas
tentang Islam.1Golongan elit agama telah memainkan peranan penting dalam pembentukan

1
Muhamamad Abu Bakar. 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Kuala Terengganu:Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd, hlm.3.
masyarakat Islam dari zaman awal Islam hingga ke hari ini. Mereka digelar dengan pelbagai
gelaran yang menunjukkan tahap kedudukan ilmu dan status penghormatan masyarakat kepada
mereka sama ada bergelar Faqih, Imam, Kadhi, Kiyai, Lebai, Makhdun, Maulana, Mualim,
Munsyi, Sidi, Sheikh, Tok Guru, Teungku, Ulama, Ustaz atau wali.

Peranan golongan elit agama tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, bahkan
meliputi kepentingan bangsa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa peranan elit agama ini
mempunyai tanggungjawab yang amat besar bukan sekadar menjadi pemimpin dalam ibadat
bahkan dalam semua aspek kehidupan. Dalam konteks masyarakat tradisional Melayu, sejarah
menunjukkan bahawa proses penyebaran Islam di Tanah Melayu bermula daripada raja atau
sultan kemudian diikuti oleh rakyat jelata. Pendakwah Islam yang terawal lebih menumpukan
usaha untuk mengislamkan raja terlebih dahulu kerana kejayaan mengislamkan raja akan
memberi kesan yang menyeluruh. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam Undang-Undang Tubuh,
dalam Fasal Yang Kedua Pada Menyatakan Syarat-syarat Raja, iaitu raja yang memerintah
kerajaan Terengganu selama-lamanya mesti beragama Islam berbangsa Melayu, dan darah
daging keturunan sultan-sultan yang memerintah kerajaan Terengganu.2 Syarat tersebut
terutama meletakkan agama Islam menunjukkan bahawa golongan agama sangat penting
dalam menyebarkan islam dan memperjuangkan kemerdekaan.

Peranan golongan elit agama di Terengganu merupakan sesuatu yang unik berbanding
dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun begitu golongan agama
negeri-negeri juga sangat penting dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Menurut Shahril
Talib Robert menyatakan; keturunan ulama sangat penting dalam struktur kepimpinan
masyarakat Terengganu. Mereka terdiri daripada alim ulamak, guru, penasihat dan menteri.
Tambahan ikatan yang kuat dengan perkahwinan golongan tersebut dengan kerabat diraja.3
Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh Khoo Kay Kim, beliau mengatakan bahawa
pengaruh Islam lebih penting di Terengganu berbanding kes-kes di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan yang lebih menonjolkan peranan pembesar tradisional. Selain golongan agama. parti
politik seperti PAS, Hizbul Muslimin, UMNO dan sebagainya turut memainkan peranan.
Media juga boleh berperanan aktif dan sangat berkesan dalam menyebar luaskan maklumat
penting, khususnya yang berkaitan dengan isu politik semasa dan membantu perjuangan

2
Muhamamad Abu Bakar, 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Kuala Terengganu:Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd, hlm.3.
3
Shaharil Talib Robert, 1977. The Terengganu Ruling Class In The Late Nineteeth Century, JMBRAS
vol.50 pt.2,hlm.40.
mencapai kemerdekaan antara akhbar dan majalah yang membantu perjuangan ini ialah seperti
akhbar Suara Rakyat, Voice of the People, Suloh Malaya dan Pelita Malaya.

Dalam konteks perjuangan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu , golongan ulama


ini sebenarnya banyak memberi sumbangan seperti meniupkan semangat menentang kuasa
penjajah serta penubuhan parti-parti politik yang turut sama menyemarakkan semangat
kemerdekaan. Menjelang abad ke-20 kebangkitan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu
semakin meluas dan dikatakan berada pada tahap yang matang. Islam dan golongan agama
sememangnya memainkan peranan yang penting dalam perjuangan mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Apa yang amat diharapkan oleh generasi terdahulu kepada
generasi pada hari ini khususnya golongan muda supaya mereka menghargai jasa pejuang
terdahulu serta mengekalkan apa yang kita nikmati sekarang. Selain itu, generasi muda juga
seharusnya menjadi generasi yang tahan menangkis sebarang perkara yang boleh meruntuhkan
dan merosakkan apa yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu serta mempunyai jiwa yang
kental dalam mengharungi cabaran globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat agar dapat
memupuk semangat patriotisme dalam masyarakat terutamanya generasi muda.

PERANAN GOLONGAN AGAMA DALAM PERJUANGAN MENCAPAI


KEMERDEKAAN TANAH MELAYU PADA 31 OGOS 1957.

a) HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG


Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid
bin Haji Abdul Kadir. Lahir pada 1868 dan meninggal dunia di Mekkah pada tahun 29
November 1929. Beliau juga pernah menjadi peguam. Di mahkmah lisannya fasih
berkata-kata dalam membela kebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah dan
Rasul dan bukannya membela undang-undang ciptaan manusia. Beliau mendapat
pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekkah. Gelaran Limbong adalah
kerana pembabitannya sebagai guru di Kampung Limbong yang terletak di Cukai,
Kemaman.4 Beliau pernah mengajar di Al-Arjumiyah hingga kepada Mutammiman dan
Tashil Nail Al-Amani mengenai ilmu nahu dan semuanya dalam bahasa Arab. Beliau
adalah seorang ulama dan pencetus dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air
tercinta yang mana berjuang menggunakan corak agama terutamanya di Terengganu.

4
Timah Hamzah (1981), Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu Satu Kajian Ketokohan Dan Kepimpinan Haji
Abdul Rahman Limbong, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 27.
Penglibatannya jelas sekali apabila tokoh tempatan dari Kuala Berang datang
menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana sepatutnya untuk diambil
tindakan. Malah nama beliau turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul
di Kuala Berang dan Telemong sebelum tercetusnya pemberontakan ini. Oleh kerana
itu, sebagai hukumannya beliau dibuang negeri ke Mekah dengan harapan penentangan
terhadap British tidak akan lagi wujud di Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong sangat dikagumi oleh anak muridnya dan juga
penduduk Terengganu terutamanya penduduk Ulu Terengganu kerana beliau
mengekalkan unsur-unsur nativisme di dalam masyarakat. Misalnya masyarakat Ulu
Terengganu pada tahun 1920-an yang merasai tekanan akibat campur tangan pihak
Inggeris dalam pemerintahan negeri Terengganu. Masyarakat di Ulu Terengganu
mahukan suasana seperti dahulu yang mana Terengganu bebas memerintah negeri
mereka tanpa campur tangan pihak asing. Lalu mereka telah menjadikan Haji Abdul
Rahman Limbong sebagai role model dalam perjuangan mereka.5
Perbahasan tentang Kebangkitan 1921-1928,serta pembabitan Haji Abdul
Rahman Limbong telah disyaki bertanggungjawab dalam kegelisahan Kaum Tani di
Ulu Terengganu semenjak berlakunya Kebangkitan 1928 yang menjadi punca kepada
gerakan protes rakyat desa. Salah seorang pegawai Inggeris yang membuat laporan
mengenai kekacauan di Ulu Terengganu 1928, H.W.Thomson telah membuat
kesimpulan bahawa kekacauan itu keseluruhannya dirancang oleh Haji Abdul Rahman
Limbong. J.L. Humphreys, penasihat British pula dalam laporannya menyifatkan
penentangan oleh pengikut ulama itu sebagai penderhakaan. Akibatnya tokoh itu telah
dibuang negeri ke Mekah bagi meredakan ketegangan sosio-politik dalam negeri 6dan
Kemunculan Haji Abdul Rahman Limbong di dalam masyarakatnya jelas merangkumi
dua bidang utama iaitu bidang pendidikan Islam dan mencetus kebangkitan
masyarakatnya menentang penjajah yang saling berkaitan antara kedua bidang tersebut
di mana, agama dan politik tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain kerana kedua-
duanya saling berkaitan antara satu sama lain

b) TOKKU PALOH

5
Timah Hamzah (1981), Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu Satu Kajian Ketokohan Dan Kepimpinan Haji
Abdul Rahman Limbong, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 53-54.
6
T.p (1991), Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Muhammad Abu Bakar (peny.), Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd., hlm.197-198.
Nama sebenar beliau ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin
Saiyid Zainal Abidin Muhammad al-Idrus merupakan anak Tok Ku Tuan Besar. Jasa
belaiu dalam bidang agama, sosial dan politik di Terenganu susah ditolak banding
dengan sesiapa pun terutamanya pada masa kini. Beliau dilahirkan pada tahun
1236H/1817M di Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu.7 Pada awalnya, Tok Ku
Paloh mendapat pendidikan dari ayahnya sendiri, Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh
Duyong(Wan Abdullah bin Mohd. Amin) sehinggalah beliau melanjutkan pelajaran di
Mekah. Apabila pulang ke negeri asalnya, beliau telah mengajar di surau bapanya di
Chabang Tiga tetapi kemudiannya berpindah ke Kampung Paloh yang jauhnya kira-
kira lima batu dari Kuala Terengganu yang mana beliau telah mendirikan pondoknya
di sini. Pengajarannya telah berjaya menarik ramai penuntut yang bukan sahaja dari
sekitar Terengganu bahkan penuntut dari Pahang dan Kelantan. Selain itu juga, Haji
Badul Rahman Limbong dan Lebai Abdul Rahman (Tok Janggut) yang terlibat dalam
kebangkitan di Hulu Terengganu pada tahun 1920- an juga pernah mengikuti pengajian
agama di Surau Tok Ku Paloh. Sepanjang hidup, beliau mengajar dalam pelbagai
bidang namun bidang yang paling diminatinya ialah tasawuf.8
Perasaan tidak puas hati timbul sejak kemasukan Penasihat British ke
Terengganu yang mana golongan ulama terutamanya Tok Ku Paloh telah sebar idea
antipenjajahan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam tulisannya (Maarij Al-
Lahfan), yang mencela golongan munafik yang dianggapnya sebagai golongan yang
lebih berbahaya daripada orang kafir itu sendiri dan kedua-duanya adalah seteru Allah
dan orang Islam.9
Dalam Pemberontakan Pahang, penentangpenentang British yang dipimpin
oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah berundur dan hampir menyerah
diri setelah mengalami tekanan dari kerajaan. Walau bagaimanapun, mereka telah
menghubungi Tok Ku Paloh lalu beliau telah memberi semangat baru kepada pejuang-
pejuang tersebut dalam mempertahankan Pahang dari dijajah oleh British. Setelah

7
Wan Maizura Wan Mahmud (2006), Pahlawan Kelantan, Terengganu Dan Negeri Sembilan, Selangor: Pustaka
Cahaya Intelek, hlm 28.
8
Shafie Abu Bakar (1991), Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad (Tok Ku Paloh) Berasaskan KarangannyaMaarij
Al-Lahfan, (Kertas Kerja Seminar Kolokium Masyarakat Melayu Abad Ke-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia,
26 Oktober 1991), hlm. 190.
9
Shafie Abu Bakar (1991), Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad (Tok Ku Paloh) Berasaskan Karangannya
Maarij Al-Lahfan, (Kertas Kerja Seminar Kolokium Masyarakat Melayu Abad Ke-19 di Universiti Kebangsaan
Malaysia, 26 Oktober 1991), hlm 205.
mendapat perlindungan daripada Tok Ku Paloh di Paloh serta diajar dengan ilmu
menentang musuh.10 Setelah itu, dengan sokongan Tok Ku Paloh serta sokongan Sultan
dan rakyat Terengganu, mereka bersedia melancarkan serangan tahap kedua
berdasarkan kepada kecintaan kepada agama dan tanah air dengan menggunakan
semboyan Perang Jihad yang telah ditiup oleh Tok Ku Paloh.11 Di samping itu juga,
beliau telah memberi bantuan seramai 200 orang Terengganu dan Kelantan kepada para
pejuang Pahang seterusnya mereka telah menggempur dan menyerang British hingga
berjaya menawan kubu British di Jeram Ampai, Pahang.12
Tok Ku Paloh juga diberi mandat daripada Sultan untuk menghadirkan diri
untuk berunding dengan wakil British. Namun, rundingan pertama di atas kapal British
terpaksa ditangguhkan kerana kapal British tiba-tiba senget beberapa kali apabila Tok
Ku Paloh menyengetkan serbannya. Hal ini menakutkan wakil British dan menganggap
kejadian itu sebagai sihir, sedang hal itu adalah karamah yang dikurniakan oleh Allah
S.W.T. kepada Tok Ku Paloh. Oleh itu, rundingan seterusnya telah dilakukan di rumah
Tok Ku Paloh.13 Mengikut laporan diterima, angkatan perang British yang datang
menyerang Terengganu telah berjaya dipatahkan oleh Tok Ku Paloh kerana mengikut
dakwaan pihak British, mereka nampak beribu-ribu pahlawan Terengganu yang
lengkap bersenjata bersedia untuk menyerang kapal British. Lalu mereka mengundur
diri. Hal ini juga disebabkan oleh karamah yang dimiliki oleh Tok Ku Paloh. Dengan
benteng iman dan takwa yang kukuh dalam diri Tok Ku Paloh itulah yang membuatkan
pihak British tidak berjaya menjajah Terengganu sehinggalah beliau kembali ke
rahmatullah pada tahun 1917 ketika berusia 100 tahun.14
Di samping itu, kalau kita lihat dari aspek lain, ketokohan dan kewibawaan Tok
Ku Paloh terserlah kerana berjaya menimbulkan perasaan bimbang di kalangan pihak
British terutamanya ketika membangkitkan semula semangat pejuang kemerdekaan

10
Shafie Abu Bakar (1991), Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad (Tok Ku Paloh) Berasaskan Karangannya
Maarij Al-Lahfan, (Kertas Kerja Seminar Kolokium Masyarakat Melayu Abad Ke-19 di Universiti Kebangsaan
Malaysia, 26 Oktober 1991), hlm.18
11
Ibid, hlm33.
12
Abdul Rahman Abdullah (1994), Gerakan Anti Penjajahan Di Malaysia 1511-1950: Pengaruh Agama Dan
Tarikat, Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd., hlm. 83.
13
Shafie Abu Bakar (1991), Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad (Tok Ku Paloh) Berasaskan Karangannya
Maarij Al-Lahfan, (Kertas Kerja Seminar Kolokium Masyarakat Melayu Abad Ke-19 di Universiti Kebangsaan
Malaysia, 26 Oktober 1991), hlm 37.
14
Wan Maizura Wan Mahmud (2006), Pahlawan Kelantan, Terengganu Dan Negeri Sembilan, Selangor:
Pustaka Cahaya Intelek, hlm. 38-39
negeri Pahang dengan melaungkan semangat jihad. Kehadirannya juga telah
menggagalkan usaha-usaha awal British untuk bertapak di Terengganu.
c) TOK GURU HAJI ABAS
Nama sebenar beliau adalah Haji Abas bin Muhammad atau lebih dikenali
sebagai Tok Guru Haji Abas. Beliau seorang ulama yang berkebolehan menguasai
bahasa Arab dan Urdu, berkebolehan dalam beberapa mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah
serta merupakan ilmuan Islam yang berperanan besar dalam pendidikan Islam
khususnya pengajian pondok di Terengganu.15 Tok Guru Haji Abas telah dilahirkan di
Kampung Bukit Puteri, Besut pada tahun 1909(1327H). Sebelum melanjutkan
pelajarannya ke Mekah pada tahun 1923, beliau dikenali sebagai Haji Abas Kemucut
kerana kebolehan dan daya ingatannya yang sangat kuat ketika berusia 14 tahun.16
Selepas kembali ke tanah air, beliau telah menjadi seorang mubaligh dan
pengkritik yang mana beliau telah bergerak melalui masjid dan pondok dengan
membahaskan tentang persoalanpersoalan yang sering ditimbulkan oleh golongan
muda iaitu penentangan terhadap amalan-amalan tradisi dalam masyarakat seperti
kenduri arwah dan pembacaan talkin. Namun begitu, beliau lebih tertumpu kepada isu-
isu kebangsaan, khasnya kehadiran kaum imigran yang dirasakan menggugat politik
dan ekonomi bumiputera. Beliau telah menyeru supaya rakyat Terengganu amnya dan
Besut khususnya supaya memulau kedai-kedai orang Cina. Akibat daripada tindakan
beliau itu, beliau telah ditahan beberapa bulan pada tahun 1936 oleh pihak Inggeris atas
tindakannya itu berdasarkan laporan yang dibuat oleh orang-orang Cina terhadap pihak
Inggeris. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat beliau dalam perjuangannya
dalam menetang penjajahan terutamanya menentang kemasukan golongan imigran ke
tanah air kita.17
Satu lagi peristiwa menarik yang melibatkan Haji Abas pada masa pendudukan
Jepun adalah bagaimana beliau telah menyelamatkan orang tertentu dari dihantar ke
Burma yang mana ketika beliau diarahkan oleh OCPD untuk hantar nama-nama orang
yang akan ke Burma tetapi beliau tidak mematuhi arahan OCPD tersebut dan
meletakkan orang tertentu di pondoknya. Namun, persembunyian di pondoknya hanya
sementara sahaja kerana pada waktu malam, orang tertentu tersebut telah melarikan

15
T.p (1991), Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Muhammad Abu Bakar (peny.), Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd., hlm120.
16
T.p (1991), Ulama Terengganu Suatu Sorotan Muhammad Abu Bakar (peny.), Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd., h.12.
17
Ibid, hlm 123.
diri.18 Walaupun beliau bukanlah seorang tokoh yang mengangkat senjata tetapi
peranan beliau melindungi orang-orang tertentu dari dihantar ke Burma dan
penentangan kemasukan imigran ke tanah air kita adalah satu sumbangan yang cukup
besar dalam mempertahankan tanah air kita dari dijajah dan diperkotak katikkan oleh
orang asing terutamanya orang Barat.
d) TOK JANGGUT
Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Beliau Dilahirkan pada
tahun 1853 di kampung Jeram , Pasir Puteh, Kelantan dan mendapat pendidikan di
pondok Kelantan dan Makkah (pandangan Hamdan Aziz). Beliau mahir dalam ilmu
persilatan dan menetap di kampung Nering, Kelantan. Gelaran Tok Janggut kerana
beliau menyimpan janggut yang panjang. Penentangan Tok Janggut bermula apabila
British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajib petani membayar cukai
tanah pada tahun 1915. Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti
cukai pokok kelapa yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sirih dan ternakan
lembu serta kerbau. Pada tahun 1914 satu peraturan baru notis No. 4/1914 dikeluarkan
yang menyatakan peraturan baru tanah akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1915.
Dalam peraturan baru ini, antara lain menyatakan semua tanah diwajibkan bayar cukai,
sama ada diusahakan atau tidak diusaha.. Peraturan cukai baru ini bercanggah dengan
peraturan yang dilaksanakan sebelum ini. Jika sebelum ini bayaran cukai hanya
dikenakan terhadap tanah yang dikerjakan dan mendapat hasil sahaja. Di samping itu
jika hasil yang didapati daripada tanah tersebut tidak sampai jumlah yang patut
dikenakan cukai akan dikecualikan. Ini bermakna, cukai yang dikenakan adalah
berdasarkan jumlah hasil. Jika banyak hasil, tinggilah cukai dikenakan, jika rendah
sedikit pula cukai dikenakan.19 Peraturan baru yang diperkenalkan ini menyatakan
cukai tanah kelas satu $1.00 hingga $1.20 seekar; kelas dua, 80 sen seekar; kelas ketiga,
60 sen seekar; dan kelas empat, 40 sen sekar. Selain itu cukai tiga sen sepokok
dikenakan ke atas sebatang pokok kelapa, dan satu sen sepokok ke atas sebatang pokok
pinang.20 Namun begitu pokok pinang hanya akan dikenakan cukai apabila jumlah

18
Ibid, hlm 125.
19
Abdullah Zakaria bin Ghazali, Kebangkitan Tok Janggut Dalam Konteks Gerakan Anti-British di Malaysia, Nik
Anuar Nik Mahmud (editor), Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?, Bangi: Jabatan Sejarah Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1999, hlm.53-54.
20
C.O. 273/427, A. Young kepada A. Bonar Law, Pejabat Tanah Jajahan, 20 Julai 1915, terlampir Laporan
Farrer, 31 Mei 1915.
yang dimiliki melebihi sepuluh pokok.21 Selain tanah, lembu dan kerbau juga
diwajibkan daftar setelah berumur 18 bulan, dan bayarannya di tempat pembayaran
dalam daerah masing-masing. Pendaftaran ini dinyatakan sebagai usaha mengelakkan
daripada berlakunya kecurian.22 Bayaran pendaftaran 20 sen seekor, dan hanya untuk
sekali sahaja.23 Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.
Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan di denda. Sikap biadap
pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
Sentiment anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah mnenyeru umat
islam berjihad menentang penjajah Barat. Tok janggut mula menyahut seruan tersebut
dengan melancarkan penentangan terhadap british di Pasir Puteh.
Penentangan ini disebut sebagai kebangkitan Pasir Puteh. Pengenalan peraturan
baru dan penguatkuasaan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan
penduduk Pasir Puteh. Dalam keadaan kegelisahan tidak puas hati ini Tok Janggut
dengan bantuan Engku Besar Jeram Tuan Ahmad muncul memimpin gerakan
menentang peraturan baru di Pasir Puteh pada tahun 1915. Dalam pada itu Tok Janggut
juga mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam, Che Ishak, Tok Abas,
Tok Husin, Tok Labuh dan Tok Deraman. Tok Janggut dan Engku Besar Jeram Tuan
Ahmad mengadakan mesyuarat di Jeram. Antara mereka yang hadir, Tok Janggut,
Engku Besar Jeram Tuan Ahmad, Haji Said, Tok Abas, Che Ishak, Penghulu Labuh,
Tok Husin dan Tok Deraman. Sementara itu dalam mesyuarat ini, Engku Besar Jeram
Tuan Ahmad menyatakan tidak akan membenarkan pungutan cukai dilaksanakan di
Pasir Puteh. Dalam pada itu Tok Janggut mengisytiharakan perang jihad kerana British
ingin memerintah Pasir Puteh. Sementara itu Tok Labuh pula menyatakan Tok Janggut
telah tua, dan tidak berupaya mengangkat senjata, dan mereka tidak mempunyai senjata
yang lengkap. Dengan itu beliau mencadangkan mengadu kepada Sultan.24 Mesyuarat
sekali lagi diadakan di Kampung Tok Akib pada 29 April 1915. Antara mereka yang
hadir, Tok Janggut, Haji Said, Penghulu Adam, Raja Chik, Che Mamat, Pak Da Soh

21
Abdullah Zakaria bin Ghazali, Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut,
Abdullah Zakaria bin Ghazali (editor), Warisan Kelantan XXV, Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,
2006, hlm. 3.
22
British Adviser Kelantan 297/195, Timbalan Pesuruhjaya Bangnara kepada Penasihat British Kelantan, 15
Februari 1915.
23
Abdullah Amirah, Riwayat Tok Hidup Tok Janggut, (jawi) Pulau Pinang: Sinaran Bros. Ltd., 1957, hlm. 8.
24
Nik Anuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram dan Kebangkitan Tok Janggut (1915), Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1972, hlm. 32.
dan Mamat Pak Labuh. Dalam mesyuarat ini keputusan dicapai: memulau peraturan
baru, dan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.25 Sehubungan keputusan salah satu
mesyuarat pada 29 April 1915, pasukan Tok Janggut menyerang dan menduduki bandar
Pasir Puteh pada 29 April 1915. Tok Janggut dan pasukannya menduduki pekan Pasir
Puteh selama tiga hari. Ketika menduduki Pasir Puteh ini terdapat pengikut Tok Janggut
membakar fail dan membebaskan tahanan. Dalam pada itu kumpulan Tok Janggut ini
membakar beberapa buah rumah kedai dan mengambil barang dari kedai tersebut.26
Juga ketika menduduki pekan Pasir Puteh satu, upacara diadakan melantik Engku Besar
Jeram Tuan Ahmad sebagai Pemerintah Pasir Puteh, Tok Janggut sebagai Perdana
Menteri dan dibantu oleh Haji Said, dan Che Ishak sebagai Ketua Jajahan.27
Sehubungan dengan Kebangkitan Pasir Puteh 1915, gerakan mengatasi
kebangkitan Pasir Puteh dilancarkan kerajaan Kelantan yang dinasihati Penasihat
British dan angkatan bersenjata British. Bantuan dari Singapura seramai 239 orang
dibawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow dengan kapal S.S. Kapal dan pasukan
dibawah Kapten Marryat dengan kapal H.M.S. Cadmus tiba di Kelantan pada 5 Mei
1915. Kemudiannya pada 12 Mei 1915, pasukan Malay States Guides tiba pula di
Kelantan dengan kapal S.S. Calypso.28 Pasukan di bawah pimpinan Kolonel C.W.
Brownlow tiba di Pasir Puteh pada 9 Mei 1915. Namun begitu pasukan ini gagal
menahan Tok Janggut dan pemimpin lain. Seiringan dengan itu tawaran hadiah $500.00
dikeluarkan kepada mereka yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar
Jeram Tuan Ahmad. Juga tempoh tujuh hari diberikan kepada Tok Janggut, Engku
Besar Jeram Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, dan Che Ishak menyerah diri,
jika tidak rumah mereka akan dibakar.29 Dalam tempoh tersebut, hanya Penghulu Adam
menyerah diri. Dengan itu pasukan British membakar rumah Tok Janggut, Haji Said
dan Che Ishak. Setelah mendapat tahu rumah mereka dibakar, Tok Janggut bertindak
balas melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh pada 23 Mei 1915, dan berundur di
waktu subuh.30

25
Abdullah Zakaria bin Ghazali, Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut,
hlm. 5
26
Nik Anuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram dan Kebangkitan Tok Janggut (1915), hlm.48.
27
C.O. 273/426, Sir A. Young kepada Lewis Harcourt, Pejabat Tnah Jajahan London, 5 Mei 1915.
28
C.O. 273/426, A. Young kepada Lewis Harcourt, 25 Mei 1915, enclosure 1, A Copy of report of the proceeding
of H.M.S. Cadmus at Kelantan, by H.D. Marryat (komander), 14 Mei 1915, terlampir Kolonel C.. Brownlow
kepada Ibu Pejabat Negeri Selat, 16 Mei 1915.
29
C.O. 273/426, A. Young kepada Lewis Harcourt, Pejabat Tanah Jajahan London, 18 Mei 1915.
30
Nik Anuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram dan Kebangkitan Tok Janggut (1915), hlm.55.
Serangan pasukan Tok Janggut ini menyebabkan pasukan British mengambil
bertindak balas. Pada 24 Mei 1915, pasukan British seramai 50 orang Sikh dan tujuh
orang Eropah di bawah pimpinan Mejar Borton bergerak ke Jeram untuk mengesan
kedudukan Tok Janggut. Pada ketika ini pasukan Tok Janggut berkumpul di Kampung
Dalam Pupuh. Seterusnya pertempuran berlaku antara pasukan British dengan pasukan
Tok Janggut di Kampung Dalam Pupuh. Dalam pertempuran ini Tok Janggut terkorban,
Engku Besar Jeram Tuan Ahmad tercedera dan diselamatkan oleh Awang Deraman ke
Reman, Selatan Thailand.31 Mayat Tok Janggut diarakkan dengan kereta lembu di
pekan Pasir Puteh, dan kemudiannya ke Kota Bharu. Ketika di Kota Bharu, mayat Tok
Janggut diarakkan lagi sebelum disalit, digantung kepala ke bawah di Padang Bank atau
Padang Merdeka, Kota Bharu selama satu jam. Kemudiannya mayat Tok Janggut
dibawa dan dikebumikan di Pasir Pekan, Kota Bharu.32
Dengan itu sangat wajar generasi hari ini menghimbau kembali dan menghayati
perjuangan Tok Janggut itu. Perjuangan Tok Janggut, Engku Besar Jeram, dan yang
lain, seperti Penghulu Adam, Che Sahak, Haji Said, Tok Abas, Tok Husin, Tok Labuh
dan Tok Deraman adalah gerakan menentang British, serta mempertahankan agama,
maruah dan tanah air. Perjuangan mereka sangat suci, dan bukan menentang kerajaan
atau menderhaka kepada Sultan. Dengan Tok Janggut bukan Penderhaka tetapi adalah
Pejuang atau Patriot.
e) WAN AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI
Nama penuh beliau ialah Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain. Beliau
dilahirkan pada 5 syaaban tahun 1272H bersamaan 10 April 1856M di Kampung Sena
Janjar, Kampung Jambu, Negeri Jerim dan berhijrah meninggalkan Patani menuju ke
Mekah bersama ibu bapa beliau ketika berumur 4 tahun dan menuntut di Baitul Maqdis
selama 2 tahun sehingga menjadi orang melayu pertama yang mendapat pendidikan
khusus dalam bidang perubatan daripada Syeikh Abd al-Rahim al-kabuli di samping
ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan bidang syariat. Sheikh Wan Ahmad Al-Fatani
merupakan orang melayu pertama yang menuntut di Universiti Al-Azhar Setelah
menamatkan pengajian di Mesir, beliau kembali semula ke tanah suci Makkah pada
ketika itu umurnya belum mencecah 30 tahun namun telah diberi kepercayaan untuk

31
C.O. 273/426, A. Young kepada A. Bonar Law, Pejabat Tanah Jajahan London, Jun 1915, terlampir Straits
Times, 29 Mei 1915.
32
Ibrahim Nik Mahmud, The Tok Janggut Rebellion of 1915, W.R. Toff (ed.), Kelantan: Religion, Society and
Politics in a Malay State, hlm. 83.
mengajar. Beliau merupakan anak murid kepada Tuan Tabal dan Tok Kenali dan beliau
telah menghasilkan lebih 160 tulisan.
Pemikiran Sheikh Wan Ahmad Al-Fatani ialah antipenjajahan dan dan
kepimpinan Orang Turki. Antara sumbangan beliau ialah pada tahun 1884 pernah
menjadi Penyelia Maktabah al-Miriyyah al-Kainah. Pada tahun 1885 beliau pernah
menghadiri persidangan ulama di Istanbul. Pada tahun 1886 beliau jga telah menulis
sebuah buku yang bertajuk Hadiqah Al-Azhar dan pada tahun 1890 beliau cuba untuk
memindahkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan dibawah pentadbiran Daulah
Uthmaniyah walaupun begitu usaha beliau menemui kegagalan. Setelah temetrai
Perjanjian Bangkok pentadbiran Kelantan berpindah dibawah pentadbiran British
(Siam kepada British).
Menurut Sheikh Wan Ahmad Al- Fatani Asas tarbiah ialah ilmu, dan ulama
uthmaniyyah sebagai pelindung tentang penjajah. Snouck Hurgronje sanggup belajar
dengan beliau semata-mata ingin menyekat kebangkitan anti-penjajah. Sheikh Wan
Ahmad Al-Fatani menubuhkan Jamiyatul Fathaniyah. Akibatkatnya Raja Ali tubuhkan
Jamiyatul Rusydiyah di Riau dan seterusnya tertubuhnya sarekat dagang islam 1909.
Sarekat dagang islam menukar nama kepada sarekat islam maka tertubuhnya gerakan
merdeka Indonesia Sheikh Ahmad ubah perhatian daripada Mekah ke Mesir kerana
Sharif Mekah sudah tidak berminat memperkembang kitab pengajian melayu. Sheikh
Ahmad cetuskan gerakan menentang penjajah di peringkat global, Raja Ali Kelana
telah mengutus murid Sheikh Ahmad iaitu Raja Khalid hitam ke Jepun 1912 untuk
memohon bantuan bebaskan nusantara Pemikiran dalam kitab as-asiyasah wa tadbir,
menggesa penjajah kerajaan-kerajaan melayu mesti digesa keluar malah sekali-kali
tidak boleh diperintah oleh bangsa asing terutama bukan islam. Beliau turut menyuntik
semangat Tok Janggut, Tok Janggut berguru dengan Sheikh Ahmad pada ketika British
sibuk menjajah Baitul Maqdis. Di Mekah suntikan semangat benci British.
f) SHEIKH JUNID THOLA
Syeikh Junid Thala,33 atau juga dikenali sebagai Haji Junid Tola Rangkuti 34
,
nama asal Simanonga (1897 - 10 Mac 1948), adalah salah seorang tokoh ulama
nusantara yang terkemuka. Syeikh Junid menaja pengajian agama Islam di pondok

33
Mohammad Redzuan Othman, Syeikh Junid Tola (1886-1948): Ulama Progresif, Penggerak Kesedaran Politik
dan Kemajuan Sosio-ekonomi Masyarakat , dalam Arba iyah Mohd. Noor et.al (editor) Persada Jauhari.
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Dato Wira Dr. Mohd. Yusoff Hashim (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2012).
34
Ibid
Padang Rengas, Perak yang mengikuti aliran pembaharuan, iaitu pelajarnya bukan
hanya ditumpukan kepada pengetahuan agama Islam sahaja tetapi juga meliputi
pelajaran dan latihan kemahiran yang boleh dipergunakan untuk menampung keperluan
hidup duniawi. Syeikh Junid dikebumikan di hadapan Madrasah Al-Junidiah di
kampung kelahirannya di Tapanuli Selatan, Sumatra Utara. Bekas Presiden Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) Tan Sri Datuk Asri Muda adalah menantu beliau. Beliau bercita-
cita hendak melanjutkan pelajarannya. Untuk itu beliau merantau ke Tanah Melayu.
Mula-mula beliau berguru di Kedah di Pondok Haji Che Dol, Gajah Mati, dan
kemudian disambung oleh menantunya Syeikh Ibrahim (Pak Cu Hin) dan di Pondok
Haji Hussain Cik Dol di Guar Cempedak. Kemudian beliau pindah ke Bukit Mertajam,
Pulau Pinang, berguru dengan Tuan Haji Salleh Masri.
Seorang ulama di Padang Rengas membawa beliau ke kampungnya, kemudian
menikahkannya dengan anak perempuannya, Sariyah binti Haji Said pada tahun 1922.
Tiga bulan kemudian Haji Said mengirim menantunya, Sheikh Junid belajar ke
Universiti al-Azhar di Mesir. Turut bersama beliau ke Mesir ialah iparnya, Haji Husin
Said, dan Haji Mohd Zain Haji Noh. Menurut Datuk Asri, pada masa itu isterinya
sedang mengandungkan anaknya yang pertama. Pertemuan beliau dengan puterinya
yang pertama ini berlaku di Mekah. Selama di Mesir beliau bukan hanya mencari ilmu
tetapi juga berkecimpung di dalam pergerakan pelajar Indonesia-Malaya. Mesir pada
waktu itu sedang bergolak menentang penjajahan. Juga sedang berkembang fahaman
"pembaharuan" Muhammad Abduh-Rasyid Ridha. Hal ini menanamkan semangat
menentang penjajahan, yang kelak dibawanya pulang ke negerinya.
Sheikh Junid Thola telah menyentuh aspek perjuangan politik untuk
memerdekakan tanah air daripada penjajahan British dalam kalangan para pelajarnya
di Madrasah ad-Diniah. Pada penghujung tahun 1940-an, pondok di Madrasah ad-
Diniah itu menjadi tempat berkumpul pejuang Melayu menentang penjajahan. Bahkan
pekarangan Madrasah ini selalu dijadikan gelanggang latihan berkawad ahli-ahli
Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang merupakan
sebahagian daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).35 Madrasah ad-
Diniah Padang Rengas ini kadang-kadang dilawati oleh tokoh pimpinan Kesatuan
Melayu Muda (KMM) seperti Majid Sabli dan Pakcik Ahmad. Kadang-kadang juga

35
Nabir Haji Abdullah, 1979, Maahad Ihya Assyarif Gunung Semanggol, Bangi: Jabatan Sejarah, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlm 40.
kader-kader komunis seperti Rashid Maidin dan Syamsiah Pakeh datang berkunjung ke
sekolah ini dan memberi ceramah tentang keburukan feudalisme dan penjajahan.
Peningkatan kesedaran politik dalam kalangan para pelajar dan pemuda kampung itu
nampaknya didorong oleh pengaruh guru-guru Madrasah tersebut terutama Sheikh
Junid.36 Beliau telah menjadikan perjuangannya sebarisan batu-bata di dalam
mendirikan suatu bangunan umat Islam yang kuat dan menjadi pendukung Malaysia
merdeka. Beliau telah menanamkan rasa harga diri kepada umat Islam. Beliau telah
membangunkan semangat berdikari dalam hati umat Islam. Beliau telah menunjukkan
bahawa kaum muslimin juga mempunyai kemampuan yang sama dengan bangsa-
bangsa lain untuk menyusun kehidupan yang lebih baik di dunia ini. Beliau telah
menanamkan semangat merdeka, dan bahawa kemerdekaan dalam politik dan ekonomi
adalah matlamat Islam untuk umatnya. Perjuangan Syeikh Junid Tola di dalam
pembaharuan dan kebangkitan umat Islam Malaysia menentang penjajah British amat
perlu dihargai dan diingati oleh generai muda terutamanya.
g) SHEIKH ABDULLAH FAHIM
Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan pada tahun 1870 di Makkah, Arab Saudi di
satu tempat yang tidak jauh dari Masjidil Haram yang bernama Shuib Ali.
Bagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan ulama terkenal ini dilahirkan di
Kampung Kubur Panjang, kira-kira 32 kilometer dari Alor Setar, Kedah.37 Namanya
disini adalah Fahim yang berasal daripada bahasa Arab, yang bererti orang yang
faham .Menurut penduduk setempat, Abdullah Fahim lebih di kenali dengan gelaran
Pak Him38. Hal ini demikian kerana,Pak Him ialah nama singkatan ayahnya, Ibrahim .
Akan tetapi nama atau gelaran yang diketahui umum ialah Syeikh Abdullah Fahim.39
Abdullah Fahim telah mendapat pendidikan sewaktu usianya masih kecil Syeikh
Abdullah Fahim merupakan seorang kanak kanak yang pintar dan begitu meminati
sebarang ilmu yang diajarkan kepadanya.Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan
cemerlang beliau yang dapat menguasai bukan sahaja ilmu ilmu secara khusus seperti
fekah ,tauhid usuluddin, tafsir al Quran dan sebagainya tetapi ilmu ilmu yang lain
seperti kesusasteraan Arab, mantiaq ,ilmu hisab dan ilmu falak40.Beliau di katakan

36
Nabir Haji Abdullah, 1979, Maahad Ihya Assyarif Gunung Semanggol, Bangi: Jabatan Sejarah, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlm 41.
37
Latar belakang dan sumbangan Sheikh Abdullah Fahim di Kepala Batas Pulau Pinang, hlm 1.
38
Latar belakang dan sumbangan Sheikh Abdullah Fahim di Kepala Batas Pulau Pinang, hlm 1
39
Ibid, hlm2
40
Ibid, hlm2
berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang
pengajain termasuk politik.Dengan kedudukan ilmu beliau ini , Haji Abdullah Fahim
telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.41 Beliau
telah mendirikan rumah tangga denagn seorang gadis Melayu di Makkah dan
memperolehi dua orang anak lelaki iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad Badawi.42Anak
pertamanya telah meninggal dunia di kota Makkah semasa usia kanak-kanak dan tidak
lama selepas itu diikuti oleh ibunya pula. Syeikh Abdullah Fahim telah mendirikan
rumah tangga untuk kali yang kedua dengan hajjah Shariah binti Haji Hasan semasa
pulang ke Tanah Melayu.43 Beliau telah pulang ke Tanah Melayu pada 1921 kerana
semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari
dibelenggu penjajah.44
Sumbangan Sheikh Haji Abdullah Fahim sebagai tokoh agama Abdullah Fahim
telah memberikan sumbangan yang besar dalam idea penubuhan sekolah agama di
Kepala batas pada 1921 merupakan sejarah perjuangan suci Sheikh Abdullah Fahim45
Sheikh Haji Abdullah Fahim telah kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan
sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan bangsa yang boleh memperjuangkan
kemerdekaan Negara.46 Abdullah Fahim juga telah mengadakan kuliah, mengajar
kitab-kitab susi Al-quran dan mengadakan kelas tahfiz di masjid tersebut. Dengan ini,
ia dapat memudahkan penduduk setempat lebih mengetahui dan mendalami ilmu
agama.47 Kewibaan dan keterampilan Sheikh Abdullah Fahim bukan sahaja dapat
dilihat dalam perjuangan mendidik anak bangsa ke arah mewujudkan golongan
intelektual malah ia juga banyak menyumbang dalam bidang kemerdekaan.48Menurut
beberapa sumber yang dikenal pasti Abdullah Fahim mempunyai kepakaran dan
kecerdikan dalam bidang ilmu falak. Kepakaran yang ada padanya pada ketika itu telah
membuatkan beliau di lantik oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak
sebagai penasihat. Dengan kepakaran ilmu yang mendalam tentang Ilmu Falak maka
Sheik Abdullah Fahim telah menggunakan ilmu tersebut untuk menentukan tarikh
kemerdekaan atas nasihat Abdullah Fahim Tunku Abdul Rahman, akhirnya seperti

41
Latar belakang dan sumbangan Sheikh Abdullah Fahim di Kepala Batas Pulau Pinang, hlm 2
42
Latar belakang dan sumbangan Sheikh Abdullah Fahim di Kepala Batas Pulau Pinang, hlm 2
43
Ibid, hlm3
44
Ibid, hlm 3
45
Ibid, hlm 3
46
Ibid, hlm 4
47
Ibid, hlm 4
48
Ibid, hlm 4
yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1997. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh
Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki.
Sumbangan tokoh agama Sheikh Haji Abdullah Fahim dalam bidang politik
dapat dilihat Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula
terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai.
Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau
Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama,
beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang
kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Ketika murid
beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja
memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul
Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno.

PERANAN PARTI POLITIK DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN 31


OGOS 1957

a) PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)


Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan sebuah wadah politik yang sinonim bagi
pejuang agama Islam yang hendak menerapkan Islam ke dalam masyarakat dan
pemerintahan. Perjuangan utama PAS ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang
melaksanakan pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Allah sepenuhnya. Kehadiran
PAS di persada politik tanah air juga telah menyemarakkan lagi usaha dakwah di Tanah
Melayu. Kemunculan awal gerakan PAS adalah berdasarkan kesedaran umat Islam yang
tercetus melalui gerakan pembaharuan yang dipelopori oleh kumpulan reformis di kalangan
para ulama pada 1906.49 Nasionalis-nasionalis Melayu yang radikal mula dipengaruhi oleh
perjuangan anti British di timur tengah dengan semangat reformasi Islam.50 Azhar Haji
Mad Aros menjelaskan bahawa terdapat dua implikasi utama yang mengakibatkan
timbulnya gerakan awal kebangkitan Islam di Tanah Melayu. Pertama ialah implikasi
daripada kedatangan dan penjajahan Barat ke Tanah Melayu dengan membawa pengaruh

49
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian
Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia (Tesis kedoktoran, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2005), hlm 117.
50
Alias Mohammad, Akar Dan Asas-Asas Perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) 25 Tahun :
Nasionalisma, Sosialisma Dan Islam (Kertaskerja dibentangkan dalam Persidangan Pengajian Melayu,
Kuala Lumpur, 8-10 September 1979), hlm 2
sekularisme, nasionalisme, realisme, dan humanisme ke dalam pemikiran masyarakat
Melayu. Implikasi kedua ialah pengaruh daripada gerakan-gerakan Islam yang dilakukan
oleh Muhammad BinAbd al-Wahab, Muhammad Bin Ali al-Sanusi, Jamal al-Din al
Afghani, Shaykh Muhammad Abduh, Rashid Rida, Shaykh Hasan al-Banna, Sayyid Qutb,
dan Sayyid Abu al-Ala al-Mawdudi.51
PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Di Pertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru
Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr. Haji,Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr.
Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji
Yusof Rawa (1982-1988), Dato Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga kini) sejarah perkembangan PAS dari awal
penubuhannya sehingga kini boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Para pengkaji yang
menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah melalui empat tahap
perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap
kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-
sekarang). Dari aspek kepimpinan, PAS telah mengalami empat jenis kepimpinan iaitu
kepimpinan ulama tradisi (1951-1956), kepimpinan nasionalis kiri (1956-1969),
kepimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepimpinan ulama haraki (1982-sekarang)52
Dari aspek pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa
penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982)
danfasa pengukuhan idelogi (1982-1995). Menurut John Funtson, PAS telah mewarisi tiga
ideologi iaitu pendekatan PKMM, yang bercorak nasionalis dan sosialis, gerakan Islam
daripada Hizbul Muslimin dan gerakan anti-UMNO.
Perjuangan PAS adalah berpandukan kepada pencapaian matlamat utamanya ke arah
membina negara Islam. Dalam konteks pelaksanaan dakwah PAS, gerakan dan usaha yang
dilakukan adalah bertujuan untuk menuju ke arah pencapaian matlamat yang sama iaitu
untuk membina negara Islam. Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa matlamat
dakwah PAS adalah untuk membina sebuah negara Islam dan masyarakat Islam. PAS
merupakan sebuah gerakan Islam yang tidak hanya melabelkan parti politik semata-mata,

51
Azhar Hj. Mad Aros et al., Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) : Kertas 1 (Shah Alam : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd., 2000), hlm 287.
52
Mohd Fadli Ghani, Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam
Era Bertindak, 1975-2003 (Disertasi Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik danStrategi Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 2003), hlm 27.
bahkan PAS merupakan sebuah badan dakwah dan siasah.53 Dakwah adalah keutamaan
PAS dan agenda dakwah dilakukan sepanjang masa. Walaupun menang atau kalah dalam
pilihan raya, ianya bukan menjadi titik noktah kepada gerakan dakwah PAS bahkan ia tetap
berjalan sepanjang masa. Pilihan raya bukanlah matlamat PAS semata-mata. Bahkan ianya
adalah sebagai satu wasilah untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara. Ini kerana,
melalui kuasa pemerintahan akan membuka ruang kepada dakwah Islamiah yang lebih
menyeluruh kepada rakyat sekali gus dapat membentuk negara Islam dan masyarakat
Islam.54
Penubuhan PAS adalah satu inisiatif perjuangan para ulama untuk kemerdekaan
melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para
ulama menolak bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan
manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.55 Kewujudan PAS secara rasmi pada 24
November 1951 secara tidak langsung telah meletakkan PAS sebagai sebuah badan siasah
umat Islam di Tanah Melayu.56 Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan yang dilantik sebagai Yang
Di Pertua Agung telah memimpin PAS juga telah bergiat aktif dalam usaha untuk
memperjuangkan kemerdekaan negara seterusnya membentuk sebuah Negara Islam di
Malaysia.57 Kedudukan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Yang Di Pertua Agung
PAS hanya bertahan sehingga tiga tahun apabila beliau telah meletak jawatan pada 26
September 1953.58 Jawatan tersebut seterusnya telah dipangku oleh Haji Abbas Alias dan
telah mengambil alih kepimpinan secara rasmi pada 1954. Di bawah kepimpinan Tuan
Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan
yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan
peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Selain
itu, tiga dewan telah ditubuhkan sebagai jentera utama parti iaitu Dewan Ulama PAS,
Dewan Pemuda PAS, dan Dewan Muslimat PAS. Pada 31 Mei 1955, PAS telah Berjaya

53
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli Majlis Syura Ulama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Pengerusi Lajnah
Penerangan dan Dakwah PAS Pusat), dalam temu bual dengan penulis, 28 Jun 2013.
54
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli Majlis Syura Ulama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Pengerusi Lajnah
Penerangan dan Dakwah PAS Pusat), dalam temu bual dengan penulis, 28 Jun 2013.
55
Mujahid Bin Yusof, Konflik Organisasi Dalam Parti Islam Dan Kesannya Terhadap Penubuhan Organisasi :
Kajian Parti Islam SeMalaysia (PAS) Di Melaka (Tesis kedoktoran, Program Pengajian Islam Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, Kuala lumpur, 2007), hlm 99-100.
56
Ibid, hlm 100.
57
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian
Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia, hlm 120.
58
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian
Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia, hlm 120.
didaftarkan sebagai sebuah parti politik seterusnya mula menyertai Pilihan raya Umum
pada tahun 1955.59 Kejayaan awal pas dalam politik pada pru 1955 bertanding dalam 11
kerusi dan menang 1 kerusi di Krian Perak.
Matlamat awal PAS ialah usaha untuk mengubah pemikiran masyarakat terhadap
kefahaman tentang Islam dan mendekati syariat Allah S.W.T. Oleh itu, usaha awal yang
dijalankan ialah memberi penjelasan kepada masyarakat tentang kebenaran Islam dan
mengubah salah faham mereka terhadap Islam. Matlamat perjuangan PAS ialah untuk
mewujudkan sebuah Negara kerajaan Islam yang mengamalkan pemerintahan Islam
melalui perlembagaan dan undang-undangnya yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Manakala pelaksanaan dasar dan matlamat perjuangan PAS adalah diselaraskan dengan
kehendak Allah dan RasulNya. Kekuasaan dalam pemerintahan sangat penting dalam
memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Usaha PAS untuk memperkenalkan konsep negara Islam telah mengharungi beberapa
tahap dan peringkat. Kerancakan usaha PAS untuk memberikan kefahaman kepada
masyarakat tentang negara Islam pada 1980-an telah merangsang suasana yang radikal di
kalangan ahli-ahli PAS. Mereka menuntut supaya sistem pemerintahan sekular ditukarkan
kepada sistem pemerintahan berasaskan Islam dan menukar corak pemerintahan yang zalim
kepada keadilan Islam. Suasana radikal ini seterusnya telah menyebabkan berlakunya
Debat Agung PAS-UMNO pada 1984, peristiwa Memali pada 1985, dan penangkapan
beberapa pemimpin PAS di bawah tahanan ISA pada tahun 1982,1983,1984, dan 1985.
Keadaan tersebut telah menimbulkan desakan kepada kerajaan untuk segera melakukan
perubahan.60 Untuk meredakan asakan dan kesedaran rakyat terhadap kewajipan
menegakkan negara Islam, beberapa dasar dan perubahan yang lebih Islamik telah
diperkenalkan oleh Kerajaan BN di bawah pimpinan Mahathir Mohammad. Antaranya
ialah Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan dan Dasar
Bersih, Cekap, dan Amanah serta penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam.61 Selain itu,
asakan PAS yang berterusan menuntut kepada pelaksanaan konsep negara Islam di

59
Ibid, hlm121.
60
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian
Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia, 257.
61
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian
Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia, 264
Malaysia akhirnya telah mendorong Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan Malaysia
sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001.62
b) HIZBUL MUSLIMIN
Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, kesedaran orang Melayu terhadap kedudukan
bangsa Melayu yang tertindas semakin meningkat. Orang Melayu mula mengenali erti
kebebasan dan mula menampakkan kematangan dalam berpolitik melalui kesedaran
mereka terhadap penubuhan parti politik bagi mencapai kemerdekaan. Lahir UMNO yang
dilabel British sebagai puak kanan, serta penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dilabel oleh British sebagai puak
kiri. Segelintir orang Melayu menyedari tentang keperluan kepada penubuhan sebuah parti
politik bercorak Islam yang memperjuangkan kemerdekaan. Kesedaran tersebut membawa
kepada penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 1948.63 Penubuhan
Hizbul Muslimin berkait rapat dengan penganjuran Kongres MATA di Gunung
Semanggol, Perak (13-16 Mac 1948, Maahad al-Ihya al-Sharif), Satu usul juga telah
dipersetujui bagi menjemput kesemua orang Melayu, termasuklah UMNO, PKMM dan
Sultan Kedah ke kongres tersebut. Satu resolusi telah dicapai pada hari kedua Kongres
MATA iaitu penubuhan Hizbul Muslimin (HAMIM). Barisan pemimpin Hizbul Muslimin
terdiri daripada Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Ketua Umum), Haji Ariffin bin Haji Alias
(Ketua Satu) dan Daud bin Jamil (Ketua Dua). Penubuhan HAMIM merupakan parti Islam
yang pertama ditubuhkan dan ia merupakan asas pembentukan parti Islam dalam sejarah
perkembangan politik Melayu di tanah air.64 Manakala Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah
dilantik sebagai ketua pemimpin HAMIM yang pertama. HAMIM disyaki berhubung
dengan Masyumi (Indonesia). Dato Onn Jaafar pernah memberi amaran kepada orang
Melayu dengan menggelarkan pengikut HAMIM, hubaya-hubaya musuh turun dari
gunung.65
MATA telah mengadakan mesyuarat yang keempat di Madrasah Al-Ihya Assharif dan
satu isu yang paling penting yang dibincangkan ialah penubuhan sebuah parti politik Islam
yang telah dihadiri seramai 5000 orang. Penubuhan Hizbul Muslimin ini mempunyai

62
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian
Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia, 264.
63
Abu Hanifah Haris, Reaksi British Terhadap Kegiatan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu 1948-1949, Persidangan
Intelektual Kebangsaan Malaysia (PIKM) 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris 17 April 2013.
64
Wan Ismail Bin Wan Abdullah, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dalam Usahanya Menegakkan Sebuah
Negara Islam, hm 6.
65
Abu Hanifah Haris, Reaksi British Terhadap Kegiatan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu 1948-1949, Persidangan
Intelektual Kebangsaan Malaysia (PIKM) 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris 17 April 2013.
matlamat yang tersendiri iaitu mencapai kemerdekaan, membina masyarakat yang
berasaskan Islam dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. HAMIM merupakan
sebuah parti politik Islam yang berusaha untuk mencapai matlamat perjuangan melalui
jalan keamanan dan saluran perlembagaan kerana Islam sendiri tidak pernah mengiktiraf
keganasan. Tujuan utama penubuhan HAMIM ialah bagi membangkitkan keadaan sosial
orang Melayu, selain meluaskan pemahaman mereka terhadap agama. Hizbul Muslimin
telah merangka tujuh objektif untuk memastikan matlamat pertubuhan ini tercapai. Tujuh
matlamat yang dimaksudkan ialah untuk menjadikan orang Islam di Malaya sedar tentang
prinsip-prinsip Islam, menyatukan barisan orang Islam yang berpecah berpegang pada satu
ideologi, menyokong kebebasan akhbar, berhimpun dan bercakap, meningkatkan bilangan
sekolah, menyediakan pendidikan mengikut keperluan semasa, meningkatkan kebaikan
moral orang-orang Melayu dan juga menjaga ekonomi dan kebajikan orang Melayu.
Pada 29 Julai 1948, beberapa pemimpin tertinggi HAMIM dan Bahagian Belia
HAMIM telah ditangkap seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rab Tamimi bin
Sulaiman dan Ustaz Abdul Rauf bin Ahmad. Beberapa tangkapan lain juga telah dibuat
terhadap ahli HAMIM seperti Mohamed bin Abbas, Saidon bin Abdul Jalal, Che Lah bin
Haji Mohamed, Mohamed Noor bin Haji Mokhtar dan Anwar bin Haji Taha. Mohamed
Asri telah menghantar telegram kepada Pesuruhjaya Jeneral British bagi membantah
penangkapan mereka. British juga melaporkan salah seorang anggota HAMIM mengaitkan
penangkapan tiga pemimpin utama HAMIM akibat permusuhan mereka dengan Menteri
Besar Perak iaitu Dato Abdul Wahab bin Abdul Aziz. Menurut British, pergerakan HM
boleh mengancam keselamatan melalui perjuangan politik bercorak agama yang boleh
menarik sokongan ahli UMNO dan PKMM. British juga percaya bahawa HAMIM yang
telah dibiayai oleh Parti Masyumi dari Indonesia juga boleh menjadi jambatan perhubungan
antara PKMM dengan UMNO.66 Walaupun HAMIM masih dikawal komunis dari
Indonesia, namun politik bercorak agama yang diperjuangkan mampu menarik sokongan
orang Melayu. Pada bulan September 1949, British melaporkan bahawa HAMIM
kemungkinan besar akan dibubarkan. Menurut Haji Ariffin (Ketua Satu HM), keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan, selain masalah hutang disebabkan pelbagai aktiviti yang
dijalankan bersama Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ) menyebabkan beliau ingin
meletakkan jawatan. Bahkan anaknya sendiri (seorang penjawat awam & ahli UMNO)

66
Abu Hanifah Haris, Reaksi British Terhadap Kegiatan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu 1948-1949, Persidangan
Intelektual Kebangsaan Malaysia (PIKM) 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris 17 April 2013.
tidak akan membantu Haji Ariffin melangsaikan hutangnya kecuali beliau berhenti
daripada politik. Yacob bin Hitam (Pembantu Setiausaha HM) dan beberapa pegawai
HAMIM juga telah meletakkan jawatan. Mereka percaya bahawa HAMIM tidak akan
mencapai kemajuan tanpa kepimpinan Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang telah ditahan di
bawah Undang-Undang Darurat. Hasrat mereka untuk meletakkan jawatan dan
membubarkan HAMIM juga tiada kaitan dengan Ordinan Pertubuhan yang baru digubal
(1948). British kemudian melaporkan bahawa Haji Ariffin (Ketua Satu HM) akhirnya
mengumumkan bahawa penguatkuasaan Ordinan Pertubuhan yang baru digubal
menyebabkan tiada lagi kebebasan dalam politik, sekaligus membawa kepada
pembubaran HAMIM. Pembubaran HAMIM juga menyebabkan Maahad al-Ihyaal-Sharif
mengalami masalah kewangan yang serius. Satu pekeliling yang ditandatangani oleh
Setiausaha Maahad al-Ihyaal-Syarif juga telah diedarkan bagi memohon bantuan
kewangan.67
Walaubagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur
ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.15 Dasar radikal HAMIM
menyebabkan ia dilumpuhkan oleh Inggeris melalui penahanan beberapa pimpinan
utamanya.68 Dengan kata lain, kewujudan HAMIM sebagai sebuah parti politik telah
mendapat tentangan dari penjajah dan UMNO sendiri. Dato Onn Jaafar pernah melabelkan
HAMIM sebagai Parti Merah Islam dan mengingatkan rakyat tentang bahaya dari gunung
iaitu Gunung Semanggol.69Seterusnya HAMIM telah diharamkan dan kebanyakan dari
pemimpinnya telah ditangkap.70
Walaupun gerakan Hizbul Muslimin telah dilumpuhkan, ianya tidak sedikitpun
menjejaskan perjuangan para ulama untuk membela dan mempertahankan Islam. Bahkan
melalui Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO, pelbagai usaha-usaha untuk menyatukan
ulama Malaya di bawah satu badan telah digerakkan.71 Ia dapat dilihat melalui desakan

67
Abu Hanifah Haris, Reaksi British Terhadap Kegiatan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu 1948-1949, Persidangan
Intelektual Kebangsaan Malaysia (PIKM) 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris 17 April 2013.
68
Ahmad Kamar Bin Abdul Rahman, Parti Islam SeMalaysia Di Peringkat Negeri (Kedah) Dan Di Peringkat
Kawasan (Kubang Pasu) : Satu Kajian Tentang Agama, Politik, Dan Kepimpinan, hlm 226.
69
Nabir Abdullah, Maahad II Ihya Assyariff Gunung Semanggol : 1934-1959 (Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1976), hlm 188.
70
Amaluddin Darus, Kenapa Saya Tinggalkan PAS (Kuala Lumpur : Harimau Press Sdn. Bhd., 1977) hlm 18
71
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian
Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia, hlm 118.
kepada Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO supaya menganjurkan sebuah Kongres
Alim Ulama.72

72
Ibid, hlm 118.

Anda mungkin juga menyukai