Anda di halaman 1dari 8

Gerakan Kesedaran

Aspek Kajian:
1.

Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran


a. Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:
I. peranan golongan agama
ii. peranan perkembangan bahasa dan kesusasteraan
iii.peranan para wartawan dan akhbar
iv.peranan sistem pendidikan
v.peranan golongan intelektual
vi.peristiwa dan pengaruh luar

Peranan golongan agama:


Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.
Tujuan reformasi:

perjuangan Pan Islamisasi


perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.

Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang
Melayu.

Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama


Sumbangannya:
Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan
ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.
Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu
bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh
mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

Perkembangan bahasa dan kesusasteraan


Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.
Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan
penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan
budaya Melayu dalam negara sendiri.
Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI.
Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.
Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan
hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.
Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.
Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.
Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa
undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil Melayu
tiidak faham apakah yang dibahaskan.

Sumbangannya:
1. Menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.
2. Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.

3.
4.
5.
6.
7.

Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu


sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.
Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM
berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum
penjajahan.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan
pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.
Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa
Melayu tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa,
Banjar, Bugis dll.

Peranan kewartawanan dan akhbar


Perkembangan:
Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh:
Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau
Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumul Fajar, Shamsul Kamar, Sekolah Melayu, Bintang
Timor, dan Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah
Ilmu, Taman Pengetahuan.
Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru,
Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.
Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi
kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian pengarangnya ialah Song Ong
Siang (Roff , 1975 ).
Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.
Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan
taburannya seperti yang berikut:
Singapura
:
7 buah
Pulau Pinag :
5 buah
Perak
:
4 buah
Tujuan:

Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.
Al-Imam sebagai pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan,
pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga
bangsa Melayu daripada penindasan.

Akhbar beperanan sebagai:


Penyebar maklumat
o Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong
memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada
bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.
o Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.
Propaganda/Alat kebangkitan
o Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan
pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.
Saluran komunikasi

Sumbangannya:

Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan
Union.
Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu
dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.

Menjadi gelanggang kepada sasterawan.


Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.
Faktor penentu bagi kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan
Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa
generasi penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orangorang Melayu.
Peranan Sistem Pendidikan

Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang agama, sosio politik, dan politik
daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan,
Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.

Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka pada
sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.

Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang Melayu
terhadap layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual


Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi
menentang Malayan Union.
Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi
mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama
dalam bidang pendidikan.
Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak
menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta
politik Melayu.
Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.
Dato Abdul Rahman Andak Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur
tangan langsung Inggeris di Johor.
Peranan pengaruh luar
Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam
perang dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.
Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi
kemerdekaan India pada 1947.
Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia
menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.
Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan
penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah
bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada
penjajahan.
Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negaranegara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut
kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.

Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. - Mewujudkan
Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat
dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Perkembangan gerakan kesedaran


Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang
berikut:
1.
2.
3.

Peringkat keagamaan 1906 - 1926


Peringkat sosioekonomi 1927 1937
Peringkat politik 1937 -1957

Peringkat keagamaan 1906 - 1926


Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang mendapat
pendidikan di Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang
berikut:
Konsep perjuangan:
Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan Islam serta
meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.
Matlamat perjuangan:
1.
2.

Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.


Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.
Tujuan reformasi:
2.1 perjuangan Pan Islamisasi
2.1.1

Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan diletakkan dalam


persaudaraan Islam sedunia.

2.1.2

Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara


dan menggagalkan
pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh Inggeris.

2.2 perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah


2.2.1

Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al Quran dan Sunnah
dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.

2.2.2

Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan lekangnya mereka


daripada ajaran Islam yang sebenar.

2.2.3

Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang oleh golongan tua. Hal
ini menyebabkan berlakunya penerusan kepercayaan yang bertentangan dan
berlebihan dalam Islam. ( Lihat penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan
tradisi masih diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema
Satu)

2.3 Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
2.3.1

Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan wanita untuk


mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak dbenarkan untuk
mendapatkan pendidikan disebabkan berpegang kepada amalan tradisi dan adat.

2.3.2

Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak memundurkan


pemikiran orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan sosio-ekonomi.

Antaranya dalam sistem kerah dan serah. Pemilikan dan penghambaan sebagai
tanda taat dan setia kepada raja. Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini
menghalang rakyat biasa dalam memperbaharui diri ke arah pemodenan.
2.4 Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.
2.4.1

Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam
pentingkan ilmu, melarang perbuatan menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam
berdasarkan tamadunnya menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada
penerokaan ilmu. Sedangkan golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke
arah cara hidup Islam yang syumul. Golongan ulama tua lebih menjurus kepada
golongan pembesar/pemerintah. Tidak mencetuskan minda dan gagal dalam
pelaksanaan kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini banyak bersebabkan
sekular penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua. Perjuangan
kaum muda adalah untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup seperti
perjuangan Nabi Muhamad saw.

Cara penyebaran:
1.

Menerusi majalah dan akhbar seperti:


1.1 Al-Imam
1.2 Al-Ikhwan
1.3 Seruan Azhar
1.4 Pilihan Timur
1.5 Semangat Islam
1.6 Sekolah-sekolah pondok.

Tokoh-tokoh pejuang:
1.
2.
3.

Sheikh Tahir Jalaluddin


Syed Sheikh Al Hadi
Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:
Gerakan Sheikh Mohd Abduh
Syed Jamaluddin Al-Afgani
Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.
Ciri-ciri perjuangan:
1.
2.
3.

Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.


Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan bangsawan.
Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

1.

Kejayaan/Rintangan
Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok dan mengamalkan
bidaah.
Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama daripada meluaskan
pengaruhnya.
2.1 Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada kebenaran.
2.2 Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Islam.
2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .
2.4 Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan Islam.

2.

3.

Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang berfahaman sederhana dalam
pentadbiran Inggeris serta kemunculan nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk
mendapatkan kebebasan daripada Inggeris.

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937


Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur tradisi
memperlihatkan perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan
yang berteraskan sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat
Melayu telah mendorong pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh
golongan keagamaan.
1.
2.

Konsep perjuangan:
Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.
Matlamat perjuangan:
Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan masyarakat lain.
Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan secara menyeluruh
sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-peluang kepada semua golongan.
Membolehkan masyarakat Melayu menerima pendidikan tinggi.
Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih mereka mentadbir
negri.
Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :

Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat


pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh AlHadi membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu
agama.
Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan
pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.
Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan
penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham
penggunaan bahasa Inggeris.
Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang
ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI
ditubuhkan bagi
merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah
tertubuhnya DBP pada 1956.
Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan
mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak
terhakis oleh perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.
Bagi menghalang orang Melayu
menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya
menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara minoriti. Ini
penting bagi surviaval bangsa Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi
mengimbanginya ialah dengan menguasai kuasa politik.

3.

Tokoh-tokoh
Berlatarkan pendidikan Inggeris:
Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos Abdullah, Ishak Hj.
Muhamad
Berlatarkan pendidikan Melayu:
Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan Hj. Manan.

4.

Pertubuhan
Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah
Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil
Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan
Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia.
Wujudkan:
Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa
Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan
dalam lingkungan Indonesia Raya.

Paspam Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan perpadauan melayu


melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu supaya tidak terpinggir dalam negara
sendiri. Hal perjuangan bahasa ini bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh
Raja Chulan yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan MMP.
Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Merugikan melayu
kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-undang yang akan diluluskan.
Peringkat Politik 1937-1948
Konsep Perjuangan:

Politik

Matlamat perjuangan:
Tokoh-tokoh pejuang:

Kemerdekaan

Ibrahin Yaakub
}membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan dalam
Onan Haji Siraj
}lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak
Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.
Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang
Burhanuddin Al-Helmi
}Malayan Union.
Ishak Hj Muhammad }
Onn Jaafar

} membentuk UMNO.

Pertubuhan terlibat:
KMM
PETA
MPAJA
PKMM
API
AWAS
PUTERA
UMNO

Kesatuan Melayu Muda


Tentera Pembela Tanah Air
Malayan Peoples Anti Japanese Army
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM
Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM
Pusat Tenaga Rakyat
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Strategi perjuangan:
1.

Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris. Menuntut
kemerdekaan sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus kemerdekaan bersama Indonesia
dalam Indonesia Raya.

Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan kepimpinan


KMM dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun
membebaskan tahan politik. Mula era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan
masih menjadi matlamat, lebih-lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang
dijajah Imperialis barat.

Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi Jepun sebagai alat untuk
memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin Yaakub sebagai persediaan orang-orang
Melayu mendapat latihan ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi
Jepun. Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti MPAJA, Force
136 dan Pasukan Wataniah.

Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu dalam PETA, tetapi
dalam pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan
separa tentera dan polis. Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan
latihan keteteraan secara professional.

2.

PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan rancangan untuk


kemerdekaan bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12
OGOS 1945 antara Ibrahim Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila
Sukarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim Yaakub
melarikan diri ke Indonesia.

Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM. PKMM bekerjasama
dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat,
tetapi tidak diterima Inggeris.

Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun bersama-sama dengan Force
136 dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak
Inggeris, tetapi tidak diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan
berlaku darurat pada 1948.

Bekerjasama dengan Inggeris

3.

Penentangan bersenjata

4.

Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan Union serta disokong
oleh Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada wakil Inggeris ( Harold MacMicheal )
dalam peras ugut nya meminta tanda tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu
bergabung dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan
masyarakat dan taraf keududukan orang-orang Melayu. Berjaya menggagal Malayan Union
dan tertubuh pula politik yang berteraskan pelbagai kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan
semasa pilahanraya perbandaran Kuala Lumpur , 1952

Pemboikotan

6.

Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948 menentang Inggeris
secara gerila dalam zaman darurat 1948-1960.

Demontrasi aman

5.

Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible daripada KMM. Boleh dibawa berunding.
Antara perundingan yang dijalankan ialah perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam
Perlembagaan 1948. Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor General Malayan
Union serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu
seperti Sir Frank Swettenham.

Kerjasama parti-parti politik

Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-parti UMNO,
MCA, dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama PETA, MPAJA, Force 136 dan
Wataniah untuk menentang penjajahan sama ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM
dengan PNI ( Partai Nasionalis Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk
mewujudkan negara bangsa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai