Anda di halaman 1dari 11

Pernyataan Masalah.

Menjelang abad ke-20, semangat dan ideologi nasionalisme


telah dipopularkan dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu.
Golongan intelektual dikatakan memainkan peranan penting
dalam penggerakkan ideologi dan konsep nasionalisme
padatahap awal di Tanah Melayu. Buktikan penglibatan dan
inisiatif yang telah diambil oleh golongan intelektual dalam
usaha penggerakkan konsep dan ideologi nasionalisme dalam
kalangan masyarakat Tanah Melayu pada zaman itu.

Persoalan Kajian.

1) Bagaimana golongan intelektual di Tanah Melayut


telah memainkan peranan penting dalam membentuk dan
meyebarkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan
Masyarakat Tanah Melayu pada masa itu?

2) Sejauh manakah golongan intelektual berjaya dalam


matlamat penggerakkan ideologi nasionalisme dalam
kalangan masyarakat Tanah Melayu?

3) Apakah usaha-usaha yang diambil oleh golongan


intelektual untuk menyebarkan idea nasionalisme di Tanah
Melayu dari segi perjuangan melalui penulisan?
Objektif Kajian.

1) Mengenalpasti Tokoh-tokoh intelektual yang


berpendidikan yang melibatkan diri dalam perjuangan
penyebaran dan penggerakkan nasionalisme.

2) Mengemukakan bukti kejayaan tokoh-tokoh Golongan


Intelektual di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dari
segi penggerakkan nasionalisme dalam kalangan
masyarakat Tanah Melayu pada zaman itu.

3) Menghuraikan usaha-usaha yang diambil oleh tokoh-tokoh


Golongan Intelektual untuk menyebarkan ideologi
nasionalisme dari segi perjuangan melalui penulisan.

Kaedah Kajian.

1) Pelayaran Internet- Internet dilayari untuk meperoleh


maklumat mengenai tokoh-tokoh golongan intelektual.

2) Rujukan Ensiklopedia- Buku Teks dirujuk untuk


memperoleh maklumat berkaitan kejayaan golongan
intelektual dalam penularan semangat nasionalisme.
3) Kajian Dokumen- Pelbagai akhbar dan dokumen telah
dikaji untuk memperoleh maklumat berkaitan
perjuangan secara penulisan.

Dapatan Kajian.

Persoalan 1)

Golongan Intelektual yang melibatkan diri dalam pergerakan


semangat nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada tiga
kategori iaitu Intelektual Berpendidikan Agama, Intelektual
Berpendidikan Melayu serta Intelektual Berpendidikan Barat.

Melalui kajian secara pelayaran internet, dapat dikemukakan


bahawa ketiga-ketiga kategori golongan intelektual telah
mengambil pelbagai inisiatif untuk menggerakkan nasionalisme
di Tanah Melayu pada zaman kolonial.
a) Intelektual Berpendidikan Agama:
. Syed Sheikh Al-Hadi merupakan seorang pejuang
nasionalisme di Tanah Melayu. Beliau pernah mengembara
di negara-negara Arab dan belajar
di Makkah, Beirut dan Kaherah. Di Universiti Al-Azhar,
beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari Mesir
serta Gerakan Islah. Beliau telah membuka sebanyak tiga
madrasah untuk menggerakkan nasionalisme di Tanah
Melayu iaitu Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura
pada tahun 1904, Madrasah al-Hadi di Melaka pada tahun
1915 yang dibuka beliau bersama Haji Abu Bakar Ahmad
serta Madrasah al-Mashoor yang terkenal di Pulau Pinang
pada tahun 1916.

b) Intelektual Berpendidikan Inggeris:


. Intelektual Berpendidikan Inggeris kebanyakkannya
dilahirkan oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
yang ditubuh sebagai institusi akademik yang bertujuan
mendidik golongan anak bangsawan untuk dijadikan
kakitangan kerajaan pentadbiran British. Antara lepasan
Kolej berprestij ini termasuklah Raj Chulan Raja Abdullah,
Raja Uda Raja Muhammad, Mohammad Eunos Abdullah
dan Mahmud Mat. Mereka menggunakan intelek mereka
dan pelunag yang diberikan kepada mereka untuk
mendapati pendidikan Inggeris untuk memanfaatkan serta
menyebarkan ideologi nasionalisme kepada masyarakat
Tanah Melayu pada zaman itu. Mereka telah menggunakan
strategi berdiplomatik secara berbaik-baik dengan British
tanpa terpengaruh dengan radikalisme untuk membawa
kesedaran nasionalisme kepada masyarakat Tanah Melayu.
c) Intelektual Berpendidikan Melayu.
. Pada tahun 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris(SITC)
ditubuh bagi tujuan melahirkan semangat kesedaran
bangsa dan nasionalisme dalam kalangan masyarakat
Tanah Melayu. Antara sumbangan SITC terhadap
pembangunan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu
termasuklah peranan guru seperti O.T. Dussek, Abdul Hadi
Hassan, Harun Aminurrashid yang memberi inspirasi
kepada ramai pelajar di maktab tersebut dan menyalakan
api cinta terhadap negara dan semangat nasionalis untuk
mewujudkan ramai lagi tokoh pejuang. Selain itu, penulis-
penulis berbakat di Pejabat Karang Mengarang SITC
seperti Za’ba yang menghasilkan buku-buku dan karya
kreatif lain secara berkualiti yang juga mampu
menimbulkan kesedaran dan semangat nasionalisme dalam
kalangan pembaca juga merupakan factor yang besar.

Persoalan 2)
(Kaedah Kajian: Rujukan Ensiklopedia)

a) Dari segi Intelektual Berpendidikan Agama, usaha-


usaha penubuhan madrasah oleh tokoh-tokoh intelektual
berpendidikan agama seperti Syed Sheikh al-Hadi dapat
menularkan idea dan fahaman Islah kepada keseluruhan
Tanah Melayu dapat menarik minat ramai dalam
kalangan masyarakat Tanah Melayu. Ideologi Gerakan
Islah yang mempromosikan konsep memberi peluang
kepada Wanita untuk belajar di madrasah juga disokong
oleh golongan Wanita

b) Strategi berbaik-baik dengan british yang diamalkan


oleh lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar dapat
memperbaik taraf hidup masyarakat Melayu tempatan.
Mereka juga mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan untuk orang Melayu dalam kerajaan
pentadbiran British. Secara tidak langsung, golongan
berpendidikan Inggeris telah dilihat sebagai pemimpin
bangsa Melayu yang dapat banyak sokongan
masyarakat tempatan dan mereka dapat menggunakan
kedudukan mereka untuk lagi menggerakkan dan
menularkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan
rakyat Tanah Melayu.

c) Intelektual Berpendidikan Melayu:

Peranan guru antaranya termasuklah O.T. Dusekk ,


Abdul Hadi Hassan dan lain-lain Berjaya meniupkan
kesedaran dalam kalangan pelajar sehingga lahir ramai
tokoh pejuang penulis dan nasionalis. Kewujudan
Karang Mengarang dan Ketua Penterjemahnya Za’ba
yang menghasilkan buku berkualiti yang di samping itu
menjadi pemangkin yang mengasah bakat pelajar untuk
membangkit semangat kebangsaan juga dapat
mewujudkan tokoh-tokoh nasionalis seperti Buyong
Adil dan Abdul Hadi Hassan. Di samping itu, kurikulum
SITC menitikberatkan matapelajaran Sejarah untuk
mendedahkan para pelajar kepada keagungan empayar
Melayu untuk membawa kesedaran nasionalisme
kepada golongan pelajar. Pada 1922 pula ditubuh Ikatan
Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo yang
muncul sebagai persatuan radikal iaitu Kesatuan Melayu
Muda (KMM).

Persoalan 3: Perjuangan Melalui


Penulisan.

(Kaedah Kajian: Pengajian Dokumen)


Tokoh-tokoh pejuang juga telah meneruskan perjuangan
penularan nasionalisme di Tanah Melayu melalui
penulisan dan karya-karya kreatif. Penulisan adalah
kaedah yang dapat menyampaikan keperitan dan realiti
hidup kepada masyarakat serta mendedahkan keperitan
hidup kepada rakyat.
. Antara penulisan-penulisan yang memainkan peranan
penting dalam penularan kesedaran nasionalisme di
Tanah Melayu termasuklah Majalah al-Imam. Menurut
Hamka, pengasas al-Imam, Syed Mohamad Salim al-
Khalali menjelaskan tujuan ia ditubuhkan adalah kerana
dirinya merasa terpanggil untuk membangunkan bangsa
dan kaumnya dari lena ketiduran dan kemalasan yang
telah menyerang sejak bertahun-tahun.
.Selain itu, Syed Sheikh al-Hadi juga menerbitkan
akhbar Al-Ikhwan pada tahun 1926
. Majalah Pengasuh ialah majalah terbitan MAIK yang
menggunakan tulisan jawi. Penerbitan Pengasuh
bermula seawal tahun 1918.
. Utusan Melayu merupakan sebuah surat
khabar mingguan Malaysia. Diterbitkan dalam tulisan
Jawi, akhbar ini mula diterbitkan di Singapura pada 29
Mei 1939 oleh Utusan Melayu Press Limited (UMPL).
Ia merupakan sisipan akhbar nasional bagi Utusan
Malaysia yang diedarkan setiap Isnin. Kandungan yang
terdapat di dalam akhbar ini bercirikan berita semasa
dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan,
dan sukan. Utusan Melayu merupakan penerbitan
penting kerana ia merupakan akhbar Melayu pertama
yang dimiliki sepenuhnya, dibiayai, ditulis dan
diuruskan oleh orang Melayu.
. Warta Malaya (juga dikenali sebagai Warta Melayu)
ialah akhbar harian berbahasa Melayu Malaya dan
Singapura. Diterbitkan dalam tulisan Jawi, keluaran
pertamanya diterbitkan pada 1 Januari 1930. Akhbar ini
muncul semasa percambahan 81 terbitan berkala Melayu
baharu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada era
1930-an. Akhbar itu terlibat secara politik pada peringkat
awal nasionalisme Melayu, dan menjadi kertas kerja
untuk Kesatuan Melayu Muda, sebuah parti politik
berhaluan kiri Malaya yang awal. Dengan edaran
terbesar, Warta Malaya menguasai industri
persuratkhabaran Melayu. Ia juga merupakan akhbar yang
pertama menerima langganan luar negara.

Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang


dilaksanakan oleh golongan intelektual untuk
menggerakkan ideologi dan semanagat serta kesedaran
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu.
Usaha-usaha mereka telah berjaya dan semangat
nasionalisme akhirnya dipupuk dalam kalangan
masyatrakat Tanah Melayu. Kesannya, masyarakat Melayu
penuh bersemangat menuntut kemerdekaan negara kita
kerana insipirasi yang diberi oleh tokoh-tokoh pejuang
nasionalis dan negara kita akhirnya dapatlah kemerdekaan
kepada penjajah. Oleh itu, kita sewajarnya menghargai jasa
tokoh-tokoh pejuang yang merupakan sebab menular
kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat Tanah
Melayu dan secara tidak langsugn sebab berlakunya
kemerdekaan Malaysia daripada penindasan penjajah.

BIBLIOGRAFI:

. Akhbar Al-Imam- https://harakahdaily.net/index.php/2018/01/13/al-imam-


majalah-islam-pertama-di-nusantara/
. Majalah Al-Islah- https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/07/majalah-al-
islah-pembawa-suara-pembaharuan-pas/
.Akhbar Warta Malaya-
https://sea.lib.niu.edu/islandora/object/SEAImages%3AWarta?display=list
. Akhbar Pengasuh- http://matsejarah.blogspot.com/2014/09/sejarah-penerbitan-
pengasuh-1918-1955.html
. Hamka (Penulis anak Indonesia)- https://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka
. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM, Ridzuan bin Hasan, Sharifah
Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil, Subramaniam a/l Raman, 2019, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
LAMPIRAN:

Syed Sheikh al-Hadi Tahir Jalaluddin


Raja Chulan Raja Abdullah Mohammad Eunos Abdullah

Sultan Idris Teaching College

Malay College Kuala Kangsar

Anda mungkin juga menyukai