Anda di halaman 1dari 3

Muhammad Faisal Bin Zubir

6A UIAM

Sejarah Malaysia = Faktor-faktor perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu pada awal


abad ke-20.

1) Faktor Agama

 Agama Islam memainkan peranan penting


 Semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pendidik dari Universiti Al-Azhar
 Terpengaruh dengan idea pemulihan Islam daripada beberapa tokoh
 Contohnya, Sayid Jamaluddin Al Afghani, Syeikh Muhammad Abduh
 Memulakan gerakan islah
 Menyeru orang Melayu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
 Gerakan Islah dikenali sebagai Kaum Muda
 Kaum Muda terbitkan majalah al-Imam bagi menyalurkan idea pembaharuan
 Mereka berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu

2) Peranan bahasa dan kesusasteraan

 Cerpen, novel, puisi alat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu’


 Karya yang dihasilkan oleh Ishak Haji Muhammad membangkitkan kesedaran
nasionalisme
 Contohnya, Cerpen Rumah Besar Tiang Seribu ( Sifat berani menentang penjajah)
 Novel Puteri Gunung Tahan ( Sikap anti penjajah)
 Menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dalam ekonomi
 Penulisan karya dapat disampaikan dengan lebih berkesan

3) Pengaruh Kewartanan

 Menjalang tahun 1940-an beberapa akhbar dan majalah yang diterbitkan


membangkitkan semangat kesedaran kebangsaan
 Contohnya, Majlis, Al-Imam, Utusan Melayu dan sebagainya
 Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad merupakan
wartawan yang memainkan peranan dalam penulisan
 Majalah berperanan menyalurkan pendapat dan pembincangan hal ehwal politik
4) Peranan Pendidikan

 Sistem pendidikan Islam melahirkan golongan intelektual


 Pendidikan agama melahirkan nasionalis yang menerima Pendidikan di timur tengah
 Pendidikan inggeris melahirkan nasionalis berpendidikan inggeris
 Pendidikan melayu melahirkan nasionalis kalangan intelektual melayu lepasan MPSI
5) Pengaruh Luar

 Membangkitkan semangat kebangsaan


 Contohnya, Gerakan Pan Islamisme , Gerakan Turki Muda , Perang Russia-Jepun ,
Gerakan Nasionalis Di India dan China
 Malahan itu, perjuangan Mahatma Gandhi di India dan kejayaan Dr.Sun Yat Sen di
China membangkitkan semangat golongan nasionalis untuk menentang penjajah.

Sejarah Asia Tenggara = Faktor-faktor yang mendorong perkembangan nasionalisme di


Myanmar pada awal abad ke 20 masihi.

1) Pengaruh Agama

 Agama Buddha menjadi teras penyatuan penduduk


 Penyebaran agama Kristian jejaskan kedudukan agama Buddha
 Penyingkiran ketua agama buddha membangkitkan kemarahan rakyat
 Golongan pongyi mainkan peranan dalam gerakan perkembangan nasionalisme
2) Peranan bahasa dan kesusasteraan
 Penekanan kepada Bahasa Inggeris menjejaskan kedudukan Bahasa Myanmar
 Pendidikan secular menjejaskan kedudukan Bahasa Myanmar
 Golongan Thakin berjuang memartabatkan Bahasa Myanmar
3) Pengaruh Kewartanan
 Akhbar dan majalah menyebarkan idea nasionalisme
 Karya-karya keagungan silam dan sejarah membangkitkan kesedaran rakyat
 Contohnya, akhbar thuriya diterbitkan oleh YMBA dan Parti Sinyetha
 Golongan pongyi menerbitkan akhbar Wunthanu bagi sebarkan idea nasionalisme

4) Peranan Intelektual
 Golongan intelektual menerajui gerakan nasionalisme
 Contoh, Golongan berpendidikan Inggeris (U Ba Pe), Golongan intelektual menubuhkan
parti politik (YMBA), Golongan berpendidikan agama menubuhkan Persatuan Belia
Buddha
 Mogok dan demonstrasi dilancarkan menentang British
5) Pengaruh Luar
 Perjuangan oleh Mahatma Gandhi menentang pemerintahan British di India telah
mempengaruhi nasionalis di Myanmar.
 Nasionalis Myanmar kagum dengan idea yang digunakan bagi menyatukan rakyat India
menentang British.
 Kejayaan Revolusi Rusia 1917 turut mempengaruhi nasionalis Myanmar.
 Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun juga memberikan semangat kepada
nasionalis Myanmar.

Anda mungkin juga menyukai