Anda di halaman 1dari 27

Gerakan Kesedaran

Aspek Kajian:
1. Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran
a. Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:
I. peranan golongan agama
ii. peranan perkembangan bahasa dan kesusasteraan
iii.peranan para wartawan dan akhbar
iv.peranan sistem pendidikan
v.peranan golongan intelektual
vi.peristiwa dan pengaruh luar

Peranan golongan agama:


Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.
Tujuan reformasi:
perjuangan Pan Islamisasi
perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.
Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang
Melayu.

Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama


Sumbangannya:
Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan
ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.
Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu
bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh
mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

Perkembangan bahasa dan kesusasteraan


Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.
Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan
tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam
negara sendiri.
Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI.
Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.
Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan
hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.
Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.
Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.
Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-
undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak
faham apakah yang dibahaskan.
Sumbangannya:
1. Menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.
2. Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.
3. Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.
4. Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
5. Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM
berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum
penjajahan.
6. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan
pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.
7. Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa
Melayu tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar,
Bugis dll.

Peranan kewartawanan dan akhbar


Perkembangan:
Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh:
Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang,
Jawi Peranakan - 1876, Nujumul Fajar, Shamsul Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan
Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman
Pengetahuan.
Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-
Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.
Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi kerana ia
diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff ,
1975 ).
Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.
Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan
taburannya seperti yang berikut:
Singapura : 7 buah
Pulau Pinag : 5 buah
Perak : 4 buah

Tujuan:
Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.
Al-Imam sebagai pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan, pengingat
dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu
daripada penindasan.

Akhbar beperanan sebagai:


Penyebar maklumat
o Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong
memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada
bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.
o Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.
Propaganda/Alat kebangkitan
o Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan
pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.
Saluran komunikasi

Sumbangannya:
Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan
Union.
Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu
dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.
Menjadi gelanggang kepada sasterawan.
Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.
Faktor penentu bagi kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan
Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa
generasi penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-
orang Melayu.

Peranan Sistem Pendidikan


Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang agama, sosio politik, dan politik
daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim
Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.
Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka pada sensitiviti
kaum dan layanan Inggeris.
Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang Melayu terhadap
layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual


Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi
menentang Malayan Union.
Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi
mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama
dalam bidang pendidikan.
Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak
menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta
politik Melayu.
Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.
Dato Abdul Rahman Andak Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur
tangan langsung Inggeris di Johor.

Peranan pengaruh luar

Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam perang
dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.
Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi
kemerdekaan India pada 1947.
Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia
menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.
Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan
penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi
merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada
penjajahan.
Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negara-
negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan.
Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.
Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. -
Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika
Syarikat dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Perkembangan gerakan kesedaran


Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang
berikut:
1. Peringkat keagamaan 1906 - 1926
2. Peringkat sosioekonomi 1927 1937
3. Peringkat politik 1937 -1957

Peringkat keagamaan 1906 - 1926


Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang mendapat pendidikan di
Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang berikut:
Konsep perjuangan:
Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan Islam serta meningkatkan
kesedaran perjuangan reformasi.
Matlamat perjuangan:
1. Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.
2. Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.
Tujuan reformasi:
2.1 perjuangan Pan Islamisasi
2.1.1 Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan diletakkan dalam persaudaraan
Islam sedunia.
2.1.2 Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara dan menggagalkan
pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh Inggeris.
2.2 perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
2.2.1 Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al Quran dan Sunnah
dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.
2.2.2 Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan lekangnya mereka
daripada ajaran Islam yang sebenar.
2.2.3 Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang oleh golongan tua. Hal ini
menyebabkan berlakunya penerusan kepercayaan yang bertentangan dan berlebihan
dalam Islam. ( Lihat penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan tradisi masih
diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema Satu)

2.3 Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
2.3.1 Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan wanita untuk
mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak dbenarkan untuk mendapatkan
pendidikan disebabkan berpegang kepada amalan tradisi dan adat.
2.3.2 Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak memundurkan pemikiran
orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan sosio-ekonomi. Antaranya dalam
sistem kerah dan serah. Pemilikan dan penghambaan sebagai tanda taat dan setia
kepada raja. Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini menghalang rakyat biasa dalam
memperbaharui diri ke arah pemodenan.
2.4 Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.
2.4.1 Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam pentingkan
ilmu, melarang perbuatan menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam berdasarkan
tamadunnya menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada penerokaan ilmu.
Sedangkan golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke arah cara hidup Islam
yang syumul. Golongan ulama tua lebih menjurus kepada golongan
pembesar/pemerintah. Tidak mencetuskan minda dan gagal dalam pelaksanaan
kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini banyak bersebabkan sekular penjajah dan ini
dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua. Perjuangan kaum muda adalah untuk
menjadikan Islam sebagai satu cara hidup seperti perjuangan Nabi Muhamad saw.
Cara penyebaran:
1. Menerusi majalah dan akhbar seperti:
1.1 Al-Imam
1.2 Al-Ikhwan
1.3 Seruan Azhar
1.4 Pilihan Timur
1.5 Semangat Islam
1.6 Sekolah-sekolah pondok.

Tokoh-tokoh pejuang:
1. Sheikh Tahir Jalaluddin
2. Syed Sheikh Al Hadi
3. Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:
Gerakan Sheikh Mohd Abduh
Syed Jamaluddin Al-Afgani
Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.
Ciri-ciri perjuangan:
1. Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.
2. Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan bangsawan.
3. Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

Kejayaan/Rintangan
1. Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok dan mengamalkan
bidaah.
2. Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama daripada meluaskan
pengaruhnya.
2.1 Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada kebenaran.
2.2 Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Islam.
2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .
2.4 Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan Islam.

3. Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang berfahaman sederhana dalam
pentadbiran Inggeris serta kemunculan nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk
mendapatkan kebebasan daripada Inggeris.

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937


Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur tradisi memperlihatkan
perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan yang berteraskan
sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat Melayu telah
mendorong pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh golongan
keagamaan.
1. Konsep perjuangan:
Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.
2. Matlamat perjuangan:
Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan masyarakat lain.
Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan secara menyeluruh
sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-peluang kepada semua golongan. Membolehkan
masyarakat Melayu menerima pendidikan tinggi.
Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih mereka mentadbir
negri.
Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :
Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat
pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-
Hadi membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.
Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan pendidikan
orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.
Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan
penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham
penggunaan bahasa Inggeris.
Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang ditulis
dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI ditubuhkan bagi merealisasikan
perjuangan membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya DBP pada
1956.
Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan mewujudkan
Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh
perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.
Bagi menghalang orang Melayu menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya menggagalkan
MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara minoriti. Ini penting bagi surviaval
bangsa Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan
menguasai kuasa politik.

3. Tokoh-tokoh
Berlatarkan pendidikan Inggeris:
Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos Abdullah, Ishak Hj.
Muhamad
Berlatarkan pendidikan Melayu:
Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan Hj. Manan.

4. Pertubuhan
Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah
Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil
Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan
Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia.
Wujudkan:
Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa
Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan
dalam lingkungan Indonesia Raya.
Paspam Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan perpadauan melayu
melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu supaya tidak terpinggir dalam negara sendiri.
Hal perjuangan bahasa ini bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh Raja Chulan
yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan MMP. Orang melayu ada
yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Merugikan melayu kerana mereka tidak faham
perbincangan dan undang-undang yang akan diluluskan.

Peringkat Politik 1937-1948

Konsep Perjuangan: Politik

Matlamat perjuangan: Kemerdekaan


Tokoh-tokoh pejuang:
Ibrahin Yaakub }membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan dalam
Onan Haji Siraj }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak
Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.
Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang
Burhanuddin Al-Helmi }Malayan Union.
Ishak Hj Muhammad }

Onn Jaafar } membentuk UMNO.

Pertubuhan terlibat:
KMM Kesatuan Melayu Muda
PETA Tentera Pembela Tanah Air
MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army
PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya
API Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM
AWAS Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM
PUTERA Pusat Tenaga Rakyat
UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Strategi perjuangan:
1. Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris. Menuntut kemerdekaan
sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus kemerdekaan bersama Indonesia dalam Indonesia
Raya.
Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan kepimpinan KMM
dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun membebaskan
tahan politik. Mula era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan masih menjadi
matlamat, lebih-lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang dijajah Imperialis
barat.
Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi Jepun sebagai alat untuk
memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin Yaakub sebagai persediaan orang-orang Melayu
mendapat latihan ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi Jepun.
Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti MPAJA, Force 136 dan
Pasukan Wataniah.
Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu dalam PETA, tetapi dalam
pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan separa tentera
dan polis. Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan latihan keteteraan
secara professional.
PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan rancangan untuk kemerdekaan
bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12 OGOS 1945
antara Ibrahim Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila Sukarno mengistiharkan
kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Indonesia.
Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM. PKMM bekerjasama
dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat, tetapi
tidak diterima Inggeris.
Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun bersama-sama dengan Force 136
dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak Inggeris,
tetapi tidak diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan berlaku darurat
pada 1948.

2. Bekerjasama dengan Inggeris

Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible daripada KMM. Boleh dibawa berunding.
Antara perundingan yang dijalankan ialah perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam
Perlembagaan 1948. Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

3. Penentangan bersenjata

Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948 menentang Inggeris secara
gerila dalam zaman darurat 1948-1960.

4. Demontrasi aman
Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan Union serta disokong oleh
Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada wakil Inggeris ( Harold MacMicheal ) dalam peras
ugut nya meminta tanda tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu bergabung dalam
UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan masyarakat dan taraf
keududukan orang-orang Melayu. Berjaya menggagal Malayan Union dan tertubuh pula politik
yang berteraskan pelbagai kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan semasa pilahanraya perbandaran
Kuala Lumpur , 1952

5. Pemboikotan

Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor General Malayan Union
serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu seperti Sir
Frank Swettenham.

6. Kerjasama parti-parti politik

Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-parti UMNO, MCA,
dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama PETA, MPAJA, Force 136 dan Wataniah
untuk menentang penjajahan sama ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM dengan PNI ( Partai
Nasionalis Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk mewujudkan negara bangsa
Melayu.

SUMBANGAN JEPUN

Sumbangan Jepun dan Nasionalisme Tanah Melayu

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat Tanah Melayu. Kesan-
kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial
dan agama. Dalam hal ini aspek nasionalisme masih menjadi satu pertikaian kepada sejarawan sama ada
pendudukan Jepun ini mencetuskan semangat nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang mendorongnya.
Dalam hal ini kita akan mengkaji akan peristiwa yang berlaku semasa pendudukan dan kesannya serta kegiatan
pentadbiran British setelah menduduki semula Tanah Melayu.

Umum mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang kepada anak-anak
tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan. Pasukan tersebut terdiri
daripada pasukan tentera, separa tentera, polis atau polis rahsia. Dalam hal ini institusi ketenteraan yang
memberikan peluang kepada anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA dan Kempetai.
Melalui institusi ini anak-anak Melayu ini dapat menggunakan senjata. Di samping itu ia juga mendedahkan
mereka meningkatkan semangat kesetiaan kepada negara dan pemerintah. Umum juga mengetahui antara aspek
semangat yang didedahkan ialah semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir.
Semangat seshin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati kemenangan. Hal
ini juga dinikmati oleh pemuda-pemuda Melayu terutama sekali mereka yang berjuang dalam PETA. Melalui
PETA kita dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang
sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan diri.

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang
Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan
peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran.
Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains
dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-
guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya
menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran
nasionalisme.
Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang
pendedahan cara-cara pentadbiran kepada orang-orang Melayu. Ramailah anak-anak Melayu menjawat
jawatan penting yang sebelum ini diisi oleh pegawai Inggeris. Dalam hal ini, ia bukan setakat melatih, tetapi
mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri. Kekecewaan dan
kepincangan Jepun akhirnya memberikan mereka kesedaran untuk sama-sama berjuang dalam gerakan anti
bawah tanah. Inilah yang mendorong mereka untuk membantu membebaskan diri daripada belenggu Jepun dan
Inggeris. Mereka yang berpeluang untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran adalah seperti Tunku
Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato Onn Jaafar, dan Ghazali Shafie.
Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu
dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun
mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya
menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin
organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu seperti
Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama
dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu.
Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan
maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan
menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran tentera Jepun.
Walaupun peristiwa-peristiwa ini berlaku semasa zaman pendudukan, tetapi satu hal yang menarik
ialah peristiwa selepas Jepun menyerah kalah. Dalam masa 2 minggu, Tanah Melayu tidak mempunyai
pentadbiran yang sah. Untuk itu MPAJA telah memainkan peranan penting dengan menjadi pemerintah. Oleh
yang demikian ramailah orang-orang Melayu yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Hal ini akhirnya
mendorong kebencian orang-orang Melayu terhadap MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Maka wujudlah
ketegangan kaum antara Melayu-Cina. Mengapakah hal ini terjadi? Inilah akibat-akibat daripada pendudukan
Jepun yang memberi kelebihan kepada orang Melayu dan menindas orang Cina. Akibat ini akhirnya mendorong
MPAJA membalas dendam akan perbuatan orang Melayu, terutama sekali anggota PETA. Peristiwa ini juga
menjadi wadah kepada perjuangan kesedaran nasionalisme Melayu. Apakah mereka hendak ditadbir oleh
penjajah Cina pula? Hal ini menjadi satu titik pertemuan yang mengumpulkan pemikir Melayu dan akhirnya
menentang konsep Malayan Union yang memberi kelebihan kepada orang Cina.
Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu yang didasarkan kepada peristiwa-
peristiwa semasa pendudukan Jepun dan beberapa bulan sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British, kita
juga harus memikirkan adakah ia merupakan titik mutlak yang membangkitkan nasionalisme Melayu. Dalam
perkara ini, kita perlu fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya dalam
memberikan sumbangan ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.
Adakah nasionalisme Melayu memang telah tersedia wujud walaupun sebelum pendudukan Jepun di
Tanah Melayu ? Mungkin kenyataan ini dapat diperbincangkan apabila kita melihat dan dibuktikan wujud oleh
sarjana akan permulaan titik-titik permulaan kesedaran nasionalis pada awal abad ke-20 dengan wujudnya
kesedaran golongan agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan bangsawan Melayu, serta
kebangkitan kesedaran politik apabila wujudnya pertubuhan-pertubuhan seperti KMM dan juga PKMM.
Daripada kebangkitan golongan ini kita dapati bahawa kesedaran politik dan kebangkitan nasionalis sebenarnya
sudah tumbuh dengan suburnya walaupun Jepun belum lagi menjajahi Tanah Melayu.
Dalam kita menilai keadaan ini, kita dapati bahawa tindak-tanduk British sebenarnya telah
mencetuskan satu kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bagi mencapai kemerdekaan seperti yang
dilaungkan oleh KMM dan PKMM. Laungan untuk merdeka bukan hanya berlaku setelah tertubuhnya UMNO
tetapi telah dilaungkan oleh Ahmad Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai kepimpinan Melayu
telah terpenjara dan ada yang melarikan diri ke Indonesia. Kita juga perlu menilai cita-cita dan tujuan Ibrahim
Yaakob dan PKMM untuk bergabung dengan Indonesia dalam menjamin ketuanan Melayu di Tanah Melayu dan
Indonesia, dan aspek ini jugalah yang hendak digagalkan oleh Inggeris. Peristiwa-peristiwa ini semuanya
berlaku sebelum kedatangan dan penjajahan Jepun. Para sarjana juga sedia maklum iaitu gagasan untuk
menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 juga adalah hasil daripada keinginan Sir Cecil Clementi Smith
untuk membalas dendam terhdap orang Melayu yang tidak menyokong British dalam perang dunia ke-2.
Adakah perkara-perkara yang berlaku ini tidak menimbulkan satu kesedaran nasionalisme?
Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas peperangan dunia ke-2.
Perubahan-perubahan besar dari aspek tonggak kuasa besar dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS dan
USSR, perubahan dalam PBB, kebangkitan komunis dan permusuhan AS-USSR dalam perang dingin juga
merupakan satu aspek di mana semakin melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.

PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM


HUBUNGAN JEPUN - ASIA TENGGARA
Hubungan Jepun - Asia Tenggara 1945-1952

1. Tidak ada hubungan. Sebab:


i. Keadaan kucar kacir dalam politik Jepun. AS menguasai pentadbiran dengan diperintah oleh
Jeneral MacArthur.
ii. AT sendiri tidak mahu membuat hubungan dengan Jepun kerana angkara Jepun dalam perang.
Rosakkan nilai masyarakat dengan pelakuan kejam dari aspek sosial dan ekonomi.
2. Perbincangan mengadakan hubungan diadakan pada akhir 1951 dan selepas termetrinya perjanjian
San Francisco.
Dalam konteks negara Indonesia perundingan pembayaran pampasan diadakan sekitar tahun 1952 dan
berakhir akhir 1957. Berakhir dengan termtrinya hubungan diplomatik dan perdagangan.

Tumpuan Utama Dasar AS

1. Menyekat pengaruh komunis daripada menular ke negara AT.


Penjalaran Perang Dingin antara blok Barat dan Timur dengan pengaruh komunis yang diakibatkan
daripada dasar-dasar imperialisme dan kapitalisme yang merugikan golongan proleteriat dan kebencian
kepada kuasa penjajah.

2. Tumpuan kepada pembangunan AT. Sebab:


i. Wujudnya teori Domino yang diasaskan oleh komunis antara bangsa untuk kuasai setiap buah
negara AT dan Caucasia.
ii. AT mempunyai sumber bahan mentah yang boleh menjadi asas kepada pembangunan semula
ekonomi Jepun.
iii. AT merupakan tempat pelambakkan barang-barang keluaran Jepun dan pasaran utama barangan
tersebut.
iv. AT ialah kawasan yang giat dengan perjuangan kemerdekaan dan perlukan pembangunan supaya
tidak terpengaruh dengan ideologi komunis.
v. AS cuba cari pengaruh untuk menjadi sebuah kuasa pelindung di AT. Berjaya dengan adanya
pangkalan tentera di Thailand, Fillipina - Pangkalan Udara Clarke dan Pangkalan Laut di Teluk
Subic, Vietnam Selatan di Teluk Cam Ranch.

Pemikiran AS Cara Jepun Boleh Diselamatkan

1. Memberikan bantuan kewangan kepada Jepun untuk pertingkatkan syarikat dan perdagangan Jepun.
Cara ini Jepun boleh menyelesaikan bayaran pampasan yang dituntut. Bayaran pampasan yang perlu
dibayar oleh Jepun kepada negara yang menuntutnya ialah sebanyak US1,152 juta.
2. Mengguna Jepun dengan menjual barangan Jepun yang murah ke AT yang menjadi pasaran utama dan
mendapatkan bahan mentah untuk industri Jepun.
3. Pulihkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Jepun dengan AT. Kesannya dalam konteks
negara Indonesia lebihan dagangan Jepun secara purata meningkat sebanyak 89% jika dibandingkan
dengan bayaran pampasan sebanyak 11% dari tahun 1958 hingga 1970.

Birokrasi Di AS Yang Menentukan Dasar Terhadap Asia

1. Jabatan Pertahanan ( Pentagon )


a. Memberi bantuan senjata kepada negara AT seperti kepada Fillipina, Thailand, Vietnam, Laos
dan Kemboja terutama semasa perang Indo Cina.
b. Mengadakan perjanjian pertahanan.
c. Memberi bantuan ekonomi.

2. Jabatan Negara ( State Department )


a. Bantuan tingkatkan ekonomi dan perdagangan AT.
b. Bantuan memperkembangkan semangat nasionalisme berteraskan demokrasi dan kapitalisme.
c. Bersifat sederhana.
Dalam perlumbaan menentukan dasar Jabatan Pertahanan lebih berjaya daripada Jabatan Negara.

Peristiwa selepas 1950an.

1. Perang Indo Cina.


2. Perjanjian San Francisco 1951. Antara kandungan perjanjian:
a. Bayaran pampasan kepada negara yang diduduki Jepun.
b. Jepun tidak boleh menubuh angkatan tentera untuk tujuan peperangan tetapi hanya dibenarkan
penubuhan tentera pertahanan negara sahaja.
3. Kembalinya pemerintahan negara kepada Jepun pada tahun 1952 dan pengunduran MacArthur.

Pampasan dan negara AT

1. Negara AT terpaksa menerima. Sebab:


a. Ekonomi negara yang mundur. Indonesia berhutang dengan Belanda > US1 billion, daripada
Jepun US170 juta.
b. Kebanyakan negara menuju kemerdekaan dan memerlukan wang untuk membangunkan negara.
Indonesia dalam rancangan 8 tahun memerlukan US 1 billion ( 1961-1968 ).

Hubungan Diplomatik dan Penerimaan Pampasan

Diplomatik Pampasan Jumlah


Indonesia 14 April 58 20 Jan.58 US 400 juta
Burma 1954 US 200 juta
Fillipina 1956 US 550 juta

Faedah Daripada Pampasan Kepada Negara Penerima

Terlalu sedikit faedahnya. Sebab: ( Dilihat dalam konteks negara Indonesia.)

1. Projek ilham Sukarno membawa sedikit faedah kepada negara. Antara projeknya ialah:
a. 4 buah Hotel Besar ( Hanya Hotel Indonesia yang bawa pulangan yang baik. Lagi tiga hotel
pulangannya hanya 20-30% sahaja.)
b. Sarinah Departmental Store.
c. Wisma Nusantara 29 tingkat. Kos pembinaan US5.8 juta. Hanya sebagai gajah putih. Tidak
membawa faedah kepada rakyat.

2. Dalam masa 12 tahun hanya 26 projek besar telah dirancangkan dengan peruntukan sebanyak US
77.63 juta. Sebahagian besar daripadanya tidak siap. Jumlah projek melalui wang pampasan ialah 36
buah. Yang siap 25 sahaja. 7 daripadanya tidak berjalan dengan betul dan cekap. 9 projek lagi dalam
keadaan sederhana dan hanya 9 sahaja yang membawa pulangan yang berfaedah kepada rakyat.
Antaranya:
a. Jambatan Sungai Musi - siap pada tahun 1965 dengan kos US 11.782 juta. Kesannya masa
perjalanan dipendekkan daripada 1 jam kepada 10 minit sahaja.
b. Projek terowong kawalan air Neyama. Bertujuan mengawal air daripada membanjiri kawasan
pertanian dan kawasan rendah Sungai Berantas. Projek dicadangkan pada zaman Belanda tetapi
disiapkan pada zaman pendudukan Jepun. Walaupun begitu terowongnya tersumbat dan
pembinaan semula dijalankan melalui wang pampasan. Kosnya 1.972 juta US siap pada tahun
1961. Kesannya, 3000 hektar tanah pertanian selamat daripada banjir dengan membawa pulangan
2 juta US.
c. Projek 3K - Sungai Karankates, Sungai Konto dan Sungai Kanan. Pembinaan loji elektrik hidro,
bekalan air, pengairan dan kawalan hakisan. Siap pada tahun 1970. dan 1972.
2.1 Projek-projek yang gagal .
a. Kilang kain. Sebanyak 17 buah dibina. 8 dengan bantuan Jepun dan 4 daripada
dibina melalui wang pampasan. 4 buah kilang ini hanya memproses 17% spindles
sahaja.
b. Kilang kertas. Daripada 7 buah dibina 4 dengan biayai wang pampasan. Dijangka
memproses 80 tan kertas sehari tetapi menurunkan pengeluaran kepada 3 tan sahaja
pada tahun 1969. Kilang di Kalimatan tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan
kerugian sebanyak US 1,919,000.
3. Program latihan dan biasiswa tidak mengikut rancangan asal.
Dalam rancangan, 500 pelajar akan dihantar ke Jepun dalam masa 5 tahun dan 1,750 belia untuk
latihan vokesynal dan teknikal di pelbagai jabatan kerajaan serta syarikat swasta.
Yang menjadi kenyataan hanya 378 pelajar dan 474 belia yang dihantar.
Sebabnya:
a. Kewangan program ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti perbelanjaan kedutaan
Indonesia di Jepun.
b. Pemilihan peserta lebih condong kepada fahaman politik dan persaudaraan.
c. Rancangan ini berjaya dari sudut politik tetapi gagal dari sudut ilmu pendidikan.

Sebab Kegagalan Projek

1. Ketidak cekapan kerajaan dan kelemahan dalam pengendalian projek-projek yang siap serta
penyelenggaraan yang buruk untuk kelengkapan pengangkutan.
2. Masalah politik dalaman Indonesia. Rampasan kuasa 1965 dan pertelagahan antara Masjumi dan PNI.
3. Penggunaan wang pampasan untuk bayar kembali hutang luar negara pada 1965-1970 sebanyak
US81.7 juta, dengan interest US 94.76 juta. Banyak mengganggu projek yang dicadangkan.
4. Pelan-pelan rancangan untuk pembangunan menerusi biayai wang pampasan tidak lengkap, lambat
dan tidak tepat waktu siapnya. Cth: Pelan rancangan 1958 hanya dapat disiapkan pada 8 Mac 1959.

Faedah Yang Didapati Oleh Jepun

1. Pemulihan hubungan dengan AT.


2. Peningkatan ekonomi Jepun dan perkembangan perdagangan Jepun.
a. Dapat menyimpan simpanan wang asing yang banyak. Pada 1960 sebanyak US 1,824 juta. Yang
dibayar sebagai pampasan hanya US 7.5 juta atau 0.4% daripada simpanan wang asing.
b. Pembayaran pampasan merangsang pembangunan industri dalam negeri Jepun kerana mereka
tidak terhalang untuk mengekspot barangan ke negara AT berdasarkan perjanjian yang ditanda
tangani.
Contoh: Perdagangan Jepun Indonesia.
Purata bayaran pampasan selama 12 tahun: US 18.56 juta @ 11%.
Ekspot Jepun ke Indonesia: US 146.48 juta @ 89%
Ekspot barangan berat: US 81.01 juta.
Simpanan wang asing Jepun 1960 US 1,824 juta.
Purata simpanan wang asing Indonesia 12 tahun: US 41.85 juta.( 1958-1970 )
Purata Impot Indonesia: US 642 juta.

PENDUDUKAN JEPUN DAN EKONOMI TANAH MELAYU

Ruang lingkup perbincangan:

1. Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun


2. Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun
3. Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu
4. Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun


1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat simpanan senjata.
2. Menyediakan sumber bekalan tentera.
3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus
dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama beras.
2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya untuk membaiki semula keranan
kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.
3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana dihalang oleh tentera
berikat.
Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh pergerakan bawah tanah seperti
MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan makanan Jepun.
4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal.
Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya empat buah lombong bijh timah
beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit
dan arang batu, tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong yang
menjalankan setiap aktiviti perlombongan.
Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada 4 buah pada 1946.
5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu dengan menjalankan
tanaman di halaman rumah.
Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.
6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan
bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.
7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja
Jepun.
8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan
semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:
a. Nilai wang terlalu rendah
b. Peningkatan kadar inflasi
c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.
9. Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi dengan hukuman yang berat.
10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Lihat Jadual:

TAHUN 1939 1941 1946


BILANGAN 4206 1765 429

Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

1. Dasar pembangunan Ekonomi:


Matlamat utama : a. Memastikan bekalan makanan mencukupi.
b. Mengurangkan kadar inflasi.
c. Merendahkan harga barangan

Langkah-langkah yang diambil:

1.1 Dasar Kewangan


a. mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.
b. meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk Muar, Johor Baharu dan
Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak,
Pontian, dan Mersing $200.00 sahaja.
c. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan daripada District
Tresurer for Payment.
d. Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.
e. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal pengeluaran wang.

1.2 Dasar Pertanian


a. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk menggerakkan aktiviti pertanian.
b. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.
c. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta sati kati
gula pasir.
d. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.
e. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan pertanian secara komersial
seperti yang berikut:
I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober
1943.
ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.
iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.
iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober
1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang
menanam dengan padi huma akan diberi sebanyak $10.00.

1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

a. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.


b. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service Consumers Association bagi
membantu kakitangan kerajaan memperoleh sumber makanan.
c. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan Pengawal Makanan bagi
menentukan pengedar menjualkan makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan
anti-Jepun.
d. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman bunuh selain
mengharamkan aktiviti orang tengah.

1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.

a. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.


b. Peningkatan penyakit dan kematian.
c. Kekurangan ubatan dan zat makanan.
d. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-masing.
e. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.

Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan ekonomi Tanah
Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang diambil
oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan
ekonomi, tetapi dari sudut kajayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan
sumbangan cemerlangannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak
pencerobohan Jepun pada Disember 1941.

Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang. Hal ini kerana dari
sudut matlamat sahaja Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh dikatakan
Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam
mementingkan bekalan makanan mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai
pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah
Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang dilombong di Johor sebagai
perbandingan ) Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan ladang-
ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi. Sebenarnya dasar yang
diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa kecewa masyarakat Melayu kerana banyak
tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih
lagi tidak mencukupi kerana sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat Tanah Melayu masih lagi
menghadapi kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.

Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak menghargai wang. Nilai wang telah
jatuh begitu teruk. Perkara yang penting ialah bagaimana mereka dapat mengisikan perut dengan makanan.
Lagipun mereka tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak secara berleluasa sehingga ada yang
tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi
masyarakat tidak perlukan wang, dan nilai wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini
kerana setiap pasukan tentera Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

1. Banyaknya peluang pekerjaan.


Semasa zaman pendudukan Jepun keadaan ini disebaliknya. ( Rujuk jadual taburan pekerjaan ).
2. Kemakmuran bekalan
a. bahan makanan
b. kemudahan asas
c. pakaian dan bahan keperluan harian
d. taraf kesihatan
e. kadar kematian dan hidup
Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu
3. Tiadanya atau kurangnya aktiviti kecurian, penyorokan, dan penipuan oleh pengedar.
4. Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan dibuktikan dengan adanya kad-kad
catuan makanan bagi setiap ahli keluarga.
5. Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam zaman Jepun wang tidak
bernilai kerana tidak terdapat bahan yang boleh dibeli.
6. Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada ekonomi sara diri, kerana Jepun
lebih menggalakkan petani menanam tanaman makanan . Mereka yang berbuat demikian diberi
imbuhan dan bantuan. Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk memberi laluan tanaman
makanan.

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Tanah Melayu dan ini
merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi.

MALAYAN UNION

Ruang lingkup Kajian

1. Isi perlembagaan
2. Sebab digagaskan Malayan Union
3. Reaksi dan Sambutan
4. Proses pembentukan Malayan Union
5. Kesan terhadap orang Melayu
6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

1. Isi Perlembagaan
1.1 Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu, negeri-negeri Selat , termasuk dalam
kesatuan kecuali Singapura.
1.2 Kewarganegaraan dalam Malayan Union diberikan kepada syarat berikut:
a) Setiap imigran yang menetap di Tanah Melayu antara 10 daripada 15 tahun
b) Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas gagasan Malayan Union layak menjadi
warganegara.
c) Selepas gagasan mereka yang masuk ke Tanah Melayu boleh menjadi warganegara setelah
tinggal selama 5 tahun.
1.3 Pemusatan kuasa kepada tangan kerajaan pusat. Kerajaan negeri dan sultan tidak mempunyai
sebarang kuasa.
1.4 Penubuhan Majlis Penasihat Melayu dengan dipengerusikan oleh Sultan bagi membincangkan hal
agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

2. Sebab/Motif gagasan MU
2.1 Untuk menghukum bangsa Melayu yang tidak membantu Inggeris menentang Jepun dan membalas
jasa bangsa Cina yang banyak membantu Inggeris.
2.2 Pegawai British bimbang dengan cadangan beberapa pemimpin Melayu yang hendak bergabung
dengan Indonesia. Kesannya akan terbentuk negara yang berteraskan Melayu.
2.3 MU beri kecekapan dalam pentadbiran dengan menggabungkan semua negeri Melayu menjadi satu
entiti politik. Hasilnya kecekapan dalam pentadbiran dan meningkatkan kemajuan ekonomi serta
pertahanan serta kesamaan dalam kewarganegaraan bagi persediaan untuk bekerajaan sendiri ( Hall,
1987 )
2.4 Membolehkan British mengawal dan menjaga kepentingan ekonominya di Tanah Melayu. Tanah
Melayu kaya dengan sumber bahan mentah untuk membangunkan British selepas hancur dalam
perang dunia kedua.

3. Reaksi dan Sambutan


3.1 Timbul kekhuatiran dan kesangsian terhadap kejujuran Inggeris.
3.1.1 Sebab timbul kekhuatiran.
a. Pelaksanaan MU menghilankan hak istimewa orang Melayu terutama dalam hal kuasa
Raja dan perkhidmatan pentabiran awam Tanah Melayu
Hak- hak istimewa Melayu yang mungkin hilang
I. Hak dalam pentadbiran
a. Keistimewaan dalam perkhidmatan awam ( Malayan Civil Service )
b. Bantuan pendidikan Melayu - MCKK dan MPSI
c. Perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh gabenor belum tentu memberikan
keadilan kepada bangsa Melayu.
ii. Hak dalam ekonomi
a. Khuatir mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu
b. Hilang keistimewaan untuk memperoleh tanah-tanah kerajaan
c. Menjadikan orang Melayu kelas kedua.

b. Khuatir akan kesan-kesan negatif daripada pelaksanaan MU seperti kerakyatan yang


menjadikan orang Melayu golongan minoriti. ( Lihat lain-lain kesan dalam perkara 5 )
c. Tidak bersetuju dengan motif penubuhan MU yang menyatakan orang Melayu tidak
membantu Inggeris menentang Jepun. Ini memberi pelung kepada kaum Cina untuk
mengambil alih peranan pembesar Melayu.
3.2 Membantah dan melancarkan demontrasi aman
3.3 Memboikot perlantikan gabenor MU

4. Proses pembentukan Malayan Union


4.1 Sir Harold Mac Michael ditugaskan untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan Melayu dengan
paksaan. Jika enggan diturunkan takhta dan dituduh bersubahat dengan Jepun
4.2 Sultan tidak diberi peluang untuk berunding dengan penasihat serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
4.3 Sultan tidak dibenarkan melihat kertas putih mengenai gagasan MU kerana British telah mengambil
pengajaran daripada peristiwa sentralisasi iaitu tedapat bantahan daripada pembear-pembesar Melayu
mengenai kuasa dan kekuasaan Raja dan orang Melayu.
5. Kesan terhadap orang Melayu
5.1 Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang Melayu dan mereka menjadi bangsa
majoriti.
5.2 Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan menghilangkan hak istimewa Melayu
serta menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan kemajuan antara Melayu dan bukan Melayu.
( Lihat dalam kehilangan hak Melayu dalam ekonomi dan politik ).
5.3 Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu
diambil alih oleh Gabenor Malaya Union. Sebagai contohnya perkara tentang zakat fitrah
dibincangkan bersama dan mesti mendapat kelulusan daripada gabenor.
5.4 Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.
5.5 Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.
5.6 Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan boleh menjejaskan kepentingan
orang Melayu Singapura.
5.7 Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa dalam menentukan arah
perjalanan pentadbiran negeri-negeri Melayu.
5.8 Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam UMNO serta gandingan tangan antara UMNO
dan Raja-raja Melayu.
5.9 Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja supaya bertindak mengikut kemahuan
orang-orang Melayu. Ini menunjukkan kematangan dan kesedaran yang tinggi dalam
membangkitakan rasa nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union


6.1 Menghantar memorandum kepada pejabat kolonial oleh Sultan Perak dan mengadu sikap Sir Mac
Michael.
6.2 Sultan Kedah menghantar telegram ke London membantah cara baginda dikehendaki
menandatangani perjanjian MU
6.3 Membawa kes ke mahkamah dengan melantik peguan John Foster.
6.4 Membuat petition kepada Raja England.
6.5 Membekalkan maklumat kepada bekas pegawai dalam MCS untuk berkempen di London. Antaranya
oleh Sir Frank Swetteham.
6.6 Adakan kempen di akhbar-akhbar di London terutama dalam London Times.
6.7 Sultan tidak mengakui tanda tangan yang diturunkan dan menarik balik persetujuan.
6.8 Pemboikotan pelantikan gebenor MU - Edward Gent dan Malcolm MacDonal sebagai Gabenor
General oleh pembesar-pembesar, sultan dan rakyat Tanah Melayu.
6.9 Penganjuran demontrasi aman, berkabung, dan penyatuan Melayu dalam UMNO.
6.10 Menggagaskan terma baru MU dan fungsinya seperti perlembagaan 1948.
6.11 Menghantar pemimpin Melayu ke London untuk menjelaskan penentangan dan rasa tidak puas hati
terhadap cara Mac Michael.
6.12 Persatuan Melayu Johor tidak mengakui Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kerana telah melanggar
Fasal 15 Undang-undang Tubuh Negeri Johor - iaitu Raja tidak boleh membuat sebarang perjanjian
tanpa mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Jika tidak perlakuan itu pecah amanah dan
boleh dihukum.
6.12 Sultan Selangor membantu Kesatuan Melayu Selangor dari segi kewangan dan moral.

7. Sebab kegagalan MU
7.1 Tidak ada sokongan daripada orang-orang Melayu
7.2 Konsep yang tidak menguntungkan Melayu
7.3 Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin: Komunis - Kapitalis dan bantahan
Russia terhadap penubuhan MU- memperlihatkan wujudnya unsur regim lama sebelum perang dunia
ke-2. Ini melanggar piagam PBB yang hendak memberikan kemerdekaan kepada negara-negara yang
berkemampuan berbuat demikian.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Ruang lingkup kajian

1. Isi perlembagaan
2. Kesan , keistimewaan, dan pembandingan dengan Malayan Union.

Perbincangan

1. Isi perlembagaan
1.1 Raja dikembalikan hak kedaulatan negeri dan berkuasa memerintah dengan syarat mesti mengikut
nasihat Inggeris seperti sebelum MU.
1.2 Singapura masih kekal berasingan dan dijadikan crown colony.
1.3 Konsep kesatuan digantikan dengan persekutuan dengan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi,
Majlis Undangan dan Majlis Kerja. Majlis Kerja terdiri daripada beberapa orang pegawai rasmi dan
selebihnya diplih daripada pelbagai peringkat bangsa yang menjadi ahli tidak rasmi. Majlis undangan
terdiri daripada 15 orang pegawai rasmi dan 61 orang tidak rasmi yang dipecahkan kepda kuantiti
berikut;
a ) Melayu 31 orang
b) Eropah, Cina, India ,dan Nasrani 30 orang.
1.4 Syarat kewarganegaraan bertambah ketat dengan syarat berikut:
a) Syarat tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima belas tahun semasa tempoh dua puluh
lima tahun sebelumnya.
b) Mengakui mengenai penempatan kekal dan berkebolehan berbahasa Melayu atau Inggeris.

2. Kesan dan keistimewaan


Persekutuan Tanah Melayu 1948 banyak mencorakkan keistimewaan kepada orang-orang Melayu.
Aspek-aspek keistimewaan ini dapat dilihat daripada aspek-aspek yang berikut:
2.1 Menentukan orang-orang Melayu masih menjadi warganegara yang majoriti dan ini memperlihatkan
orang-orang Melayu masih menguasai politik negara. Keadaan ini berbeza dengan kedudukan orang
Melayu dalam perlembagaan Malayan Union, jika MU diteruskan oleh British.
2.2 Penguasaan politik ini dapat dilihat melalui penguasaan kuasa dalam Majlis Kerja dan Majlis
Undangan. Jika dibandingkan dengan MU, orang-orang Melayu tidak menguasai kuasa perundangan
sebaliknya ia tertumpu kepada orang-orang bukan Melayu dan British. ( Lihat perkara 1.3 sebagai
hujah tambahan ).
2.3 Kedaulatan raja-raja Melayu terjamin dan ini memastikan kedudukan adat istiadat Melayu dan
urusan agama Islam masih ditadbirkan oleh orang-orang Melayu. Aspek ini walaupun ditekankan
dalam MU, tetapi pelaksanaannya raja-raja Melayu tidak berkuasa. Ini menyebabkan urusan
pentadbiran agama dijalankan oleh Gabenor Malayan Union. Secara khususnya maruah dan kesucian
agama tidak tercemar dengan penguasaan raja dalam aspek ini.
2.4 Kuasa raja bukan setakat terbatas dalam pentadbiran agama, tetapi dalam menentukan kuat kuasa
undang-undang yang digubal oleh Majlis Kerja. Tanda tangan dan pandangan serta persetujuan raja
penting bagi mengesahkan penggubalan undang-undang. Jika tidak, undang-undang yang digubalkan
tidak boleh dikuatkuasakan. Keadaan ini tidak berlaku dalam perlembagaan MU, di mana kuasa
menentukan kuat kuasa undang-undang terletak pada Majlis Kerja dan gabenor sahaja.
2.5 Perlembagaan ini menjadi asas kepada perubahan-perubahan dan perkembangan perlembagaan
seperti pelaksanaan Sistem Ahli, pilihanraya bandaran 1955, dan kewujudan perlembagaan PTM
yang merdeka. Aspek-aspek ini memberi peluang kepada orang-orang Melayu mendapatkan latihan
pentadbiran bagi bekerajaan sendiri dan akhirnya mencapai kemerdekaan.
2.6 Perlembagaan 1948 juga mengakui kedaulatan Bahasa Melayu yang akhirnya menjadi bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan walaupun perkara ini menjadi bahan tolak ansur dengan kepimpinan bukan
melayu dalam parti Perikatan. Hal ini dapat diperhatikan dalam pemberian taraf kewarganegaraan
yang menghendaki orang-orang bukan Melayu boleh bertutur dalam bahasa Melayu sebelum mereka
diiktiraf menjadi warganegara Tanah Melayu. Yang penting dalam hal ini ialah penerimaan Inggeris
untuk mengiktiraf bahawa semua warga Tanah Melayu mesti boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Jika dilihat dari aspek bahasa perkara ini tidak menjadi asas penting kepada penerimaan seseorang
individu untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.
2.7 Jika dilihat dari sudut syarat-syarat kewarganegaraan PTM 1948 lebih menjaga kepentingan Melayu
dan menjadikan orang Melayu kaum majoriti. Hal ini kerana bagi orang bukan Melayu yang ingin
menjadi warganegara dikehendaki melalui syarat yang ketat tidak seperti yang ada dalam Malayan
Union.

DARURAT 1948 1960 dan PERKEMBANGAN PKM

Ruang lingkup kajian

1. Sebab berlaku darurat dan pemberontakan senjata oleh PKM.


2. Langkah dan tindakan mengatasi.
3. Kesan kepada masyarakat.
4. Kegagalan perjuangan PKM dalam darurat.

1. Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

1.1 Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British terhadap PKM

1.1.1 Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM mempengaruhi kerajaan
British bagi memasukkan Singapura ke dalam MU serta penolakan British terhadap
gagasan MDU dalam gabungan AMCJA-PUTERA untuk menggantikan
perlembagaan MU dengan perlembagaan Rakyat.
1.1.2 Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan organisasi politik
yang membentuk PMCJA dan kemudian bergabung dengan PUTERA digunakan oleh
PKM untuk menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan
masyarakat serta penggunaan kesatuan buruh seperti GLU kemudian diluaskan ke
seluruh Tanah Melayu dengan nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi
mewujudkan kekacauan dan melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu
dan Singapura. Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-undang Buruh
dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang kesatuan
tersebut.

Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-undang


seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui , berucap
dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.

Begitu juga semua keatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan
mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan Persatuan
1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi Ordinan
Persatuan dengan melarang kesatuan sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada
peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

a) Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja buruh.


b) Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh
bukan lagi dibawah telunjuk PKM.
c) Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM
kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat
perjuangan komunis.
d) PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang
berlainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini
melemahkan juga kekuatan PMFTU.
e) Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi Barisan
Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan pengaruh dan matlamat PKM ialah
penentangan bersenjata.
1.1.3 Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota MPAJA meletakan senjata
dan seterusnya tidak mengikiraf perjuangan MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah
Melayu.

1.1.4 Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana komunis cuba


mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan pengaruh dan
menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat dilihat apabila British
meminta MPAJA meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang
menyembunyikan kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu organisasi yang
dicurigai British.

1.2 Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas perang dunia kedua.

1.2.1 Berikutan daripada Perseidangan Pemuda Calcutta dan persidangan parti Komunis
India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus kepada idea pemberontakan . Ini
berikutan daripada pertemuan antara Chin Peng dengan wakil PKC yang
menggalakkan PKM melakukan pemberontakan. Lagipun persidangan ini telah
ditaja oleh organisasi yang pro komunis iaitu WFDY World Federation of
Democratic Youth dan IUS International Union of Student.

1.2.2 Berlakunya perubahan perkembangan politik antarabangsa yang menyaksikan


pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis ataupun perseteruan antara AS
dan Russia. Hal ini dapat dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat
pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan Asia Tenggara
dengan banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara ini, terutama
negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi mereka. Hal ini dapat
dlihat daripada rancangan Truman Doctrine dan Marshall Plan. Bagi Komunis
pemulihan ekonomi ini boleh menghalang dan menghancurkan cita-cita mereka bagi
mengkomuniskan dunia. Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang
memperlihat kesungguhan British memulihkan keadaan yang teruk semasa
pendudukan Jepun. Bagi menyelesaikan masalah, PKM dikatakan mendapat arahan
daripada Moscow bagi melancarkan penentangan bersenjata.

1.2.3 Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti Komunis Australia
yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat Jawtankuasa Pusat PKM yang
mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM dan pandangan Zhadanov yang
menyatakan dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan komunis.
Berikutan daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan bahawa bagi
mencapai kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang Revolusi Rakyat dan
PKm adalah pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada serah diri
kepada perjuangan yang lebih militan, dan disiplin dalam PKM perlu diperketatkan
lagi.

1.2.4 Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi Komunis antarabangsa
mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah bagi
menghalalkan perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini
apabila British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan PKM dalam
keadaan terdesak. Ia akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara perjuangan ke
arah penentangan bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat bagi
penerimaan konsep demokrasi dan kapitalis.

2. Langkah-langkah mengatasi.

Tindakan yang diambil oleh British seperti:


2.1 Rancangan Brigg
2.1.1 Memindahkan dan menempatkan semula penduduk setinggan dan pinggir hutan ke
kampung-kampung baru yang mempunyai kawalan keselamatan yang lebih terjamin. Hal ini
bertujuan komunis daripada mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk ini seperti
bantuan makanan, maklumat, senjata, dan anggota baru.
2.1.2 Gerakan ini juga memutuskan perhubungan antara barisan depada dan institusi Min Yuen
yang menjadi pembekal maklumat dan saraan kepada barisan depan komunis.
2.2 Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )
2.1.1 Bagi menyekat pemberontakan komunis kerajaan British telah merekrut seramai 25 ribu
polis biasa dan 24 ribu polis khas. Kejayaan terpenting ialah wujud pasukan polis cawangan
khas yang menjalankan operasi mereka melalui gerakan internal-subversion, internal
revolution, dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan
seorang agen komunis yang bernama Lee Meng, merupakan seorang orang penting Chin
Peng dalam menerima dan mengutuskan utusan daripada unit rahsia komunis.
2.3 Teknik Perang Urat Saraf
2.3.1 Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer dikenali dengan Operasi Perang Urat Saraf dengan
tujuan mempengaruhi hati dan pemikiran masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada.
Dasar ini merupakan satu dasar Mao yang tidak dipatuhi oleh PKM. Ini diambil peluang
oleh Templer bagi melancarkannya terhadap PKM.
2.3.2 Antara tindakan yang diambil ialah dengan meancarkan voice aircraft iaitu rakaman suara
bekas-bekas komunis yang telah menyerah diri serta menggugurkan risalah supaya gerila
komunis menyerah diri. Selain itu tindakan beliau mengistiharkan Safe Conduct
Passes, iaitu satu cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan kesihatan yang baik
kepada mereka yang meyerah, dan Reward Pardon , iaitu satu langkah memberikan hadiah
kepada penduduk yang membantu kerajaan untuk menangkap Komunis atau berjaya
memujuk komunis untuk menyerah diri.
2.3.3 Melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk supaya menyokong kerajaan ,
jika tidak , meraka akan dikenakan collective punishment iaitu dengan menutup kedai-
kedai dan menambahkan masa perintah berkurung.
2.3.4 Templer juga mewujudkan kawasan hitam dan putih bagi menggalakkan masyarakat
membantu kerajaan dan mendapat kehormonian hidup dan bebas daripada perintah
berkurung.
2.3.5 Selain itu Templer juga mempekenalkan kada pengenalan, menambahkan peratusan orang
cina untuk mendapatkan kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special
Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi menentang PKM,
membentuk Good Citizen Committee- menjalankan perang saraf dan perarakan anti
komunis, dan Templer juga menjalankan kegiatan lawatan ke hospital, mendidirkan dewan
orang ramai, dan mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat.
2.4 Tawaran penyerahan diri dan pengampunan
2.4.1 Penyerahan pertama semasa diadakan runding Baling pada tahun 1955 Tunku Abd
Rahman menawarkan pengampunan kepada ahli PKM. Tawaran tersebut dibebaskan dan
diampunkan daripada tuduhan membunuh dan mereka yang masih berpegang pada
fahaman komunis akan dihantar ke Cina.
2.4.2 Tawaran kedua di tawarkan pada tahun 1957 semasa negara mendapat kemerdekaan dan
dijanlankan selama 8 bulan dengan kaedah tawaran yang sama.
2.5 Menambahkann kekuatan angkatan bersenjata dan polis.
2.5.1 Penubuhan Home Guard dan pembekalan senjata-senjata terkini telah banyak membantu
kerajaan British menentang komunis dengan mengawal kampung-kampung. Pasukan askar
melayu diperbesar daripada 4 batalion kepada 6 batalion. Pasukan tentera udara ditambah
dengan satu skuadran penggempur. Pasukan tentera laut pula menyerang kedudukan
komunis di pinggir-pinggir sungai. Pasukan tentera ini juga mendapat bantuan daripada
pasukan polis Palestin dan Force 136.
2.6 Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.
2.6.1 Setiap kesatuan buruh dikehendaki mendaftarkan pertubuhan mereka kepada pendaftar
pertubuhan.
2.6.2 Kepimpinan kesatuan hendaklah mereka yang bekerja dalam bidang kesatuan yang
diwakili.
2.6.3 Kepimpinan yang telah didakwa dan didapati bersalah tidak dibenarkan memimpin
kesatuan sekerja.
3. Kesan terhadap masyarakat

3.1 Mewujudkan satu perikatan parti-parti politik yang memperjuangkan kepentingan bersama Parti
Perikatan, gabungan UMNO, MCA, dan MIC.
3.2 Menampakkan pertelagahan kaum antara Melayu Cina. Semasa darurat ramai orang-orang
Melayu telah dibunuh oleh PKM sebagai membalas dendam terhadap mereka kerana menyokong
Jepun. Hal ini terutamanya dihadapi oleh bekas anggota PETA dan PUTERA.
3.3 Kesengsaraan ekonomi dan pembunuhan terhadap masyarakat dan individu-individu tertentu seperti
pembunuhan Sir Henry Gurney, dan pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah. Hal ini
menjejaskan masyarakat untuk mencari sara hidup yang begitu banyak bergantung kepada hasil
pertanian seperti getah.
3.4 Perpindahan masyarakat ke kampung-kampung baru seperti dalam Rancangan Brigg.
3.5 Kewujudan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei. Walau bagaimanapun Brunei telah menarik diri daripada gagasan ini.
3.6 Wujudnya kawasan-kawasan hitam yang menjejaskan keharmonian masyarakat dan terbatasnya
kegiatan-kegiatan ekonomi.

4. Sebab Kegagalan PKM/Darurat.

4.1 Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:
a. Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku perpecahan dalam parti.
i. Selepas perang sebahagian ahli MPAJA PKM menyerah diri dan berbalik kepada
pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan jumlah ahli dan kekuatan PKM . Ramai
antara ahli yang masih setia ialah orang Cina. Wujud rasa tidak puas hati di kalangan
ahli Melayu yang merasakan mereka dipinggirkan.

b. Strategi yang tidak bersesuaian dengan kehendak masyarakat.


i. Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang menganggotai pasukan
keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera, dan PETA dipandang masyarakat sebagai
golongan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka terdiri daripada orang
Melayu.
ii. Keadaan ini akhirnya memperlihatkan PKM menjadi organisasi yang didominasikan
oleh orang-orang Cina. Hal ini menjadi keraguan kepada perjuangan orang Melayu untuk
menyokong PKM.
iii. Mereka gagal dalam mempertahankan kawasan yang telah dikuasai sehingga
menyebabkan mereka tidak empunyai satu pangkalan yang kukuh bagi menggerakkan
jentera propaganda sama ada dari segi politik, ekonomi, atau sosial. Dengan kata lain
strategi untuk mencantumkan kesemua kawasan yang dikuasai oleh askar-askar yang
menyerang ladang-ladang, Min Yuen dan askar-askar mahir yang menyerang kedudukan
British gagal disatukan.

c. Masalah kewangan dan Kelemahan kepimpinan tertinggi PKM


i. Lai Teck Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang tabungan PKM .Usaha ini
mengurangkan kemampuan PKM untuk bergerak dengan lebih berkesan.
ii. Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh pemerintah supaya kesatuan
buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat dalam pekerjaan tersebut.
iii. Orang bawahan melihat bahawa kepimpinan PKM boros serta telah menyalahgunakan
kewangan serta bertindak biadap terhadap ahli sendiri sama ada dengan cara merampas isteri
ahli serta tidak menghormati seperti yang dibentangkan dalam ghost letter. Keborosan dan
korup kepimpinan PKM dapat dijelaskan oleh Pye (1957) seperti dinyatakan oleh ahli yang
tertangkap:

Apakah yang telah terjadi dengan wang yang telah kita kumpulkan. Saya lihat mereka
ialah manusia korup. Mereka menjadi kaya dan membeli ladang-ladang getah untuk diri
mereka. Kepimpinan atasan semakin boncit dan semua hak organisasi telah menjadi hak
mereka.
d. Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam menyebarkan propaganda.

e. Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan masyarakat.


i. Kepimpinan PKM adalah terdiri daripada golongan bourjois bandar. Sedangkan
masyarakat yang dikehendaki sebagai penyokong ialah golongan petani desa yang
menjalankan pertanian sara diri. Teknik PKM yang memusnahkan sumber ekonomi mereka
dengancara menakutkan mereka, membunuh dan memusnahkan sumber tersebut
menjadikan masyarakat membenci dan tidak menyokong PKM.
ii. Keadaan ini sebenarnya melemahkan organisasi kerana PKM akhirnya tidak dapat
merekrutkan kader-kader komunis dan terbatasnya pergerakan gerakan Min Yuen dalam
mencari pengaruh di kalangan masyarakat.

f. Perjuangan yang tidak jelas. Objektifnya tidak dikongsi bersama dengan orang-orang Melayu.
Alimin salah seorang pegawai tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak dapat
mempengaruhi orang Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini menyebabkan PKM
gagal mempengaruhi orang Melayu untuk berjuang dalam PKM.

4.2 Tindakan yang diambil oleh British seperti:


a. Rancangan Brigg
b. Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )
c. Home Guard
d. Teknik Perang Saraf
e. Tawaran penyerahan diri dan pengampunan
f. Menambahkann kekuatan angkatan bersenhata dan polis.
g. Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

4.3 Kejayaan dalam memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Ruang lingkup Kajian:

1. Sebab pembentukan
2. Proses pembentukan
3. Kesan pembentukan

Sebab pembentukan

1. Menghalang perkembangan Komunis


a. wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang memperlihatkan kegiatan subversif dan
komunis begitu kuat.
b. kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu
c. Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri semakin menguasai politik Singapura.
d. Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan pengawalan keselamatan kepada
Singapura sehingga 1958 dan apabila Singapura diberi peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan ini
berterusan sehingga 1963, tamat tempoh masa bekeraajaan sendiri.
e. Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila ia menuntut kemerdekaan dari
Inggeris pada 1963.

2. Memperteguh keselamatan
a. Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah serantau berdasarkan aspek berikut:
I. Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.
ii. Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.
iii. Tanah Melayu melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas dalam darurat 1948-1960.
iv Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura merupakan wilayah yang
mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.
b. Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak ,dan Brunei akan
dapat memperteguhkan keselamatan dan pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-negeri
tersebut, terutama Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini berasaskan
keupayaan dan pengalaman Tanah Melayu mengekang pengaruh komunis pada 1960.

3. Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura ,dan Brunei seterusnya ke arah
kemerdekaan dalam Malaysia.
a. Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini untuk mencapai kemerdekaan.
b. Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan Malaysia adalah diandaikan bahawa
Singapura mungkin menghadapi kesukaran menuntut kemerdekaan yang dijangkakan pada 1963
daripada Inggeris jika dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam persetujuannya
membentuk gagasan Malaysia:

... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya dapat


mempercepatkan kemajuan dan perkembangan politik ke arah
kemerdekaan sepenuhnya untuk kita. ( Mokhtar A.Kadir , 1991 )

c. Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan Yew dengan Kuala Lumpur dalam
mencari pengaruh di kalangan pengundi Cina serta menafikan dominan MCA.

4. Kedudukan ekonomi yang stabil


a Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga dalam Persekutuan 1896, negari kaya
membantu negeri miskin. Dalam Malaysia hasil bumi yang tidak seimbang membolehkan negeri kaya
seperti Brunei, dan Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang masih mundur.
b. Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan dengan negara luar berjalan lancar.
c. Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara beterusan.
d. Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-negeri ini mendapat kebebsan
penjajahan dan Tanah Melayu diberi peluang menguatkan ekonominya dengan bantuan negeri-negeri
kaya. Ini dibuktikan lagi dengan kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan daripada Inggeris
sehingga 1987.

5. Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai Malaysia dengan konsep Malaysia
Malaysia yang menjuruskan kepada pertentangan Melayu - bukan Melayu.
a. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang besar. Dengan kemasukkan
Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew cuba untuk menengelamkan peranan MCA yang
lebih bersifat sederhana dan perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.
b. Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37 daripada 51 kerusi. Akhirnya ia
menuntut untuk membentuk kerajaan campuran walaupun dalam konsesi dan persetujuan antara Lee
dan Tunku Singapura hanya boleh diwakili oleh 15 ahli parlimen ke Kuala Lumpur.
c. Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi PAP Lee Kuan Yew telah
menubuhkan Malaysia Solidarity Convention iaitu perikatan parti-parti pembangkang yang
majoritinya keturunan Cina. Selain daripada itu Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian
Malaysia untuk mencabar UMNO dan perikatannya.
d. Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan PAP bagi mendapatkan lebih
banyak pengaruh dan kuasa serta melemahkan perikatan UMNO. MCA, dan MIC.

Proses Pembentukan Malaysia

Proses yang dijalankan

1. Secara rundingan dan permuafakatan serta pemberian konsesi kepada Singapura, Sabah , dan Sarawak.
2. Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri terlibat, dan Inggeris
3. Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu, Inggeris, Dewan Perhimpunan Singapura,
Majlis Undangan Sarawak dan Borneo Utara.
4. Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan Akta Malaysia di London dan Rang
Undang-undang Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong di Kuala Lumpur.
5. Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan pungutan suara rakyat melalui
Suruhanjaya Cobbold. Di Singapura diadakan referendum dan pendapat umum - 71.7 % bersetuju.

Latar belakang dan kronologi pembentukan Malaysia

27.05.1961 Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.


03.06.1961 Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan Yew
27.07.1961 Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan Komanwel dan bersetuju
membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan oleh
Donal Stephen.
16.10.1961 Tunku membentangkan konsep Malaysia di Parlimen.
20.11.1961 Rundingan di London bagi mendapat persetujuan Britain mengenai penggabungan
Singapura dan Tanah Melayu dan dibentuk pada 31 Ogos 1963.
Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.
Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga menyokong penubuhan Malaysia di
PBB.
Awal Tahun SCC menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
1962 Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.
23.10.1962 Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman mengenai penubuhan Malaysia.
Jun 1962 Laporan pungutan suara diumumkan.
Febuari Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan wujud dasar konfrantasi.
1963 Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada British. Kerajaan British menolak
tuntutan tersebut.
16.08.1963 U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi menjalankan pungutan suara di Sabah
dan Sarawak. Dianggotai juga oleh wakil Indonesia dan Fillipina.
13.09.1963 Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan dan mengesahkan kedua-dua rakyat
Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Malaysia.
16.09.1963 Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.

Tujuan SCC

1. Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai mengenai rancangan penubuhan Malaysia.
2. Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.
3. Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan tentang negara baru melalui percantuman.
4. Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan mempercepatkan penubuhannya.
5. Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.

Kesan Pembentukan Malaysia

1. Konfrantasi Malaysia-Indonesia
a. Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia
b. Terlerai ikatan persaudaraan Melayu
c. Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di Pontian, Segamat, Kesang, Muar, dan
Sarawak

2. Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan Sarawak daripada penjajahan Inggeris dan
pergeseran politik Kuala Lumpur - Sabah, Sarawak, dan Singapura..
a. Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan Perikatan Sarawak.
b. Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Datu Mustapa Harun.
c. Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.

3. Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.


a. Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina 1964 di Singapura.
b. Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.
c. PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.

4. Bantahan daripada Fillipina-Indonesia


a. Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di peringkat antarabangsa.
b. Gabungan dalam ASA berkubur.
c. Gabungan Maphilindo tertangguh.

5. Hubungan diplomatik terputus.


a. Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.
b. Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia, tetapi diiktiraf sebagai kedutaan
Tanah Melayu.

6. Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara yang terpenting..
a. Sabah dan Sarawak
I. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga mengenai warganegara
Malaysia dari negeri-negeri lain.
ii. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan tetapi bahasa Inggeris akan
terus digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri
sehingga Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.
iii. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh dikembangkan.
iv. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak istomewa sama seperti
hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah Melayu.
v. Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan untuk pembangunan
negeri.
vi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan ditubuhkan supaya
pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga ada sebilangan pegawai tempatan yang
cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.

b. Singapura
I. Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.
ii. Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.
iii. Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam kedua-dua bidang tersebut.
iv. Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan Rakyat Persekutuan akan dihadkan
seramai 15 orang sahaja.

Rujukan:

Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia, MacMillan Publishers, Kuala
Lumpur, Bab 7.

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.
Kemerdekaan Tanah Melayu

Ruang lingkup kajian:

1. Proses kemerdekaan
2. Cara dan tindakan

Anda mungkin juga menyukai